Isnin, November 12, 2007

Penyakit dan Masalah Cendawan

Persoalan ini adalah antara yang bermain di fikiran bakal pengusaha cendawan sebelum terjun ke bidang yang menarik tetapi mencabar iaitu bisnes cendawan. Namun, sebagai usahawan yang ingin maju dan berjaya, kita perlu mengetahui serta menjangkan sesuatu masalah yang bakal muncul agar senang membuat persediaan kelak.

.. ..
Terdapat banyak faktor penyebab yang boleh menyumbang kepada penyakit dan masalah kepada cendawan yang diusahakan dan ia boleh dibahagikan kepada elemen yang boleh dikawal dan juga tidak boleh dikawal. Elemen yang boleh dikawal di sini maksudnya pengusaha boleh mengambil langkah perlu untuk mengelakkannya dan elemen yang tidak boleh dikawal biasanya daripada faktor alam sekitar.


Antara penyakit yang sering melanda penanam cendawan ialah :

Serangan Kulat Jingga / Oren

Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan dan untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengukusan yang cukup bagi membunuh kulat ini dari awal.




Serangan Kulat Hijau

Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar. Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.

  • Serangan kulat hitam
  • Serangan hama ke atas beg cendawan
  • Ulat yang banyak membiak di dalam beg cendawan
  • Pertumbuhan maisilium yang terbantut / rosak
  • Makhluk perosak yang kerap menyerang seperti lipas, tikus, serangga dll.
Seperti yang kita sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih dan ia amat sensitif kepada persekitaran. Sebagai penyelesaian dan langkah berjaga-jaga, seorang pengusaha perlu melaksanakan aturan kerja yang sistematik. Maksudnya di sini, proses kerja juga perlu diambil kira dari awal hingga akhir bagi mempastikan hasil yang diperolehi berbaloi dengan usaha dan modal yang telah dikeluarkan.

Berikut adalah contoh pelan susun atur rumah cendawan dan aturan kerja yang ideal

Pengusaha harus bijak dan mengambil langkah proaktif bagi mempastikan projek yang diusahakan berjaya dan memperolehi hasil yang diidamkan.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails