Jumaat, Disember 28, 2007

Pembekal Benih Cendawan

..Cendawan Dalam Botol
..
Cendawan Global menambah satu lagi produk dan perkhidmatan belian secara online dengan menawarkan benih cendawan kepada pengusaha cendawan yang memerlukan bekalan yang banyak dan berterusan. Saya akan pastikan benih ini berkualiti dan boleh menghasilkan cendawan dengan kadar kejayaan yang tinggi.
..
Stok Benih Cendawan
..
Anda boleh membuat pesanan dengan saya (019-7589774) dan ia boleh dihantar samada melalui pos atau pun pengangkutan biasa. Harga boleh dirunding. Bagi memudahkan lagi, saya akan membuat simpanan stok benih cendawan di rumah saya dan kepada sesiapa yang berminat, boleh datang sendiri ke alamat rumah saya terutama yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Benih Cendawan Dalam Beg
..
Semalam ada rakan kita, pengusaha dari Perak, call saya nak dapatkan benih cendawan. Bekalan benih cendawan ini saya dapatkan daripada rakan saya En. Rasul, Mentah Resources yang semakin berkembang dalam memenuhi keperluan penanaman cendawan di Malaysia. Anda boleh hubungi saya samada tel / sms.

Rabu, Disember 26, 2007

Graduan Raih RM12,000 Sebulan Tanam Cendawan

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.
..
Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan. Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari. Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.
..
Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand. Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.
..
"Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.
..
"Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini," katanya.
..
Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.
..
"Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.
..
"Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari," katanya. Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.
..
"Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.
..
Sumber : Utusan Online

Rabu, Disember 19, 2007

Khasiat Cendawan Tiram Kelabu

Setiap 100g Cendawan Tiram Kelabu Segar mengandungi:

..
  • Tiada bahan kimia
  • Tiada buangan haiwan
  • 100% organik
  • Taman tertutup
  • Amalan kebersihan dalam penanaman
  • Khasiat tinggi
  • Pemakanan sihat
  • Sesuai untuk diet sayur
  • Disukai kanak-kanak
Biasanya cendawan segar dibungkus dan dijual dalam packet 100g. Anda boleh gunakan ciri-ciri ini apabila memasarkan hasil keluaran cendawan anda kepada bakal pembeli atau prospek dan tekankan kelebihan dan faedahnya, dengan teknik yang betul, pasti boleh close jualan.

Jumaat, Disember 07, 2007

Pembekal Bahan Mentah Cendawan

  • Sukar mendapatkan bahan mentah untuk penyediaan media cendawan?
  • Memerlukan bekalan dalam kuantiti besar dan konsisten pada kadar segera?..

Masalah tersebut boleh diselesaikan kerana kini Cendawan Global mengorak langkah setapak lagi dengan memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan pembekal bahan mentah antara yang terbesar di Negeri Sembilan iaitu Mentah Resources. (http://www.mentahresources.blogspot.com/)
..
Syarikat ini merupakan satu kumpulan dengan pemilik perusahaan cendawan di Kundur, Rembau. Saya di pihak Cendawan Global amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk memasarkan bahan mentah tersebut yang terdiri daripada dedak padi, kapur pertanian, beg cendawan berbenih dan lain-lain lagi.
..

Stok Kapur Pertanian

Pendek kata, cuma sebut sahaja apakah keperluan anda berkaitan penanaman cendawan, kami akan uruskan segalanya dan yang paling penting ia ditawarkan kepada anda pada harga promosi bagi bulan ini sebelum harganya dinilai semula pada bulan Januari 2008 nanti.
..
..

Stok Dedak Padi

Berdasarkan pengalaman sebagai pengusaha cendawan sendiri, syarikat yang dijalankan oleh En. Rasul dan dua orang lagi rakan kongsinya ini telah sedia maklum dan tahu selok-belok keperluan bagi penanaman cendawan. Oleh sebab itu, inisiatif membekalkan bahan mentah ini diambil kerana pengusaha cendawan komersil memerlukan bahan mentah ini dalam kuantiti yang besar, konsisten dan pada harga yang berpatutan. Pada masa ini kesemua stok disimpan di Senawang, Negeri Sembilan.
..

Beg Cendawan Berbenih

Segala urusan pesanan boleh dibuat melalui saya samada secara online ataupun offline dan cara bayaran ialah cash-on-delivery (COD). Anda juga boleh hubungi En. Rasul untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Nizam - Cendawan Global (019 7589774)

Rasul - Mentah Resources (019 6693718)


Mentah Resources

No 30, Jalan PS 1/5, Taman Pinggiran Senawang,

71450 Sg Gadut,

Negeri Sembilan.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan bekalan sementara harga masih dalam tempoh promosi!

Selasa, Disember 04, 2007

Kunjungan Ilmu ke Rembau, Negeri Sembilan






.. ..


..
..
Atas jemputan rakan saya, En. Mohd Rasul, pengusaha cendawan tiram dari Rembau, Negeri Sembilan, satu lawatan yang saya suka panggil Kunjungan Ilmu telah diadakan pada 30 November 2007 (Jumaat) yang lepas. Saya bertolak dari KL pukul 7 pagi dan dijemput oleh beliau sendiri dan salah seorang partnernya, En. Din dari Seremban ke tempat rumah cendawan yang terletak di Kundur, Rembau. Lagipun eden pornah tinggal kek Negori ni 10 tahun.
....



...


..

....
..
Perusahaan cendawan ini dijalankan atas nama Ayu Naim Enterprise bermula hampir setahun yang lepas dan diuruskan bersama tiga orang rakan kongsi iaitu En. Zul (pengurus operasi - tiada dalam gambar), En. Rasul (business development) dan En. Din (logistik). Saya amat berbesar hati dan bangga kerana syarikat beliau merupakan antara pengusaha cendawan bumiputra yang berjaya di Negeri Sembilan.
..

..
Ini kerana syarikat ini mampu membina sehingga empat buah rumah cendawan yang mempunyai kapasiti sehingga 40,000 buah beg pada setiap rumah cendawan tersebut. Ramai pembekal cendawan kecil-kecilan di kawasan berdekatan datang untuk mendapatkan bekalan cendawan segar dan bahan mentah di sini..
... ....
Setibanya saya di sana terasa macam masuk kat taman tema, punyalah 'excited'. Perasaan kagum bercampur bangga kerana En. Rasul sudi berkongsi cerita dan kepakarannya serta menjadi salah seorang ahli Jaringan Cendawan Global.
....
Apa lagi, kesempatan yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk menanyakan seberapa banyak soalan dan juga berkongsi pendapat bagi mengembangkan serta memajukan lagi bisnes ini. Rumah cendawan beliau diusahakan oleh seramai 17 orang pekerja yang dibuat secara sepenuh masa.

..


Bersama partner beliau, En. Din
..
Banyak yang telah saya pelajari dan 'business deal' dibuat hasil daripada lawatan ini dan semakin yakin bahawa industri perusahaan cendawan mempunyai potensi yang amat besar di negara ini untuk dimajukan. Cuma bagaimana kita mengambil kesempatan tersebut dan melaksanakan ia dengan sebaik mungkin bagi mencapai kejayaan yang diidamkan.
....
En. Rasul menunjukkan ribuan cendawan yang sedia untuk dituai hasilnya...
....
Kunjungan ilmu diakhiri dengan sesi bergambar dengan ribuan beg cendawan yang hanya menunggu masa untuk dipetik tidak lama lagi. Tidak lupa juga saya membawa balik buah tangan beberapa kilo cendawan segar hasil daripada ladang beliau. Yang paling penting saya membawa pulang ilmu yang bermanfaat serta tip berguna untuk diaplikasikan dan dikongsi bersama anda di Cendawan Global kelak...
..

Saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohammad Rasul, En. Din dan En. Zul kerana sudi menerima kunjungan ilmu daripada saya.

Kalau nak tau, inilah En. Rasul, yang berbaju oren tu.

Ahad, Disember 02, 2007

Cendawan Tiram Kelabu


Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium (K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap.
Antara jenis cendawan yang paling popular dan digemari pada masa kini ialah Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifik ialah Pleurotus Sajor Caju. Kepada anda yang baru menceburi bidang ini terutamanya memikirkan tentang cara pemasaran, boleh menggunakan maklumat dan manfaat kesihatan cendawan ini untuk diterangkan kepada prospek anda.
Berikut adalah kandungan khasiat pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100 gm berat basah).
..
Pecahan Zat Pemakanan
Tenaga : 37.0 Kcal
Air : 89.2 gm
Protin : 3.6 gm
Lemak : 0.7 gm
Karbohidrat : 4.1 gm
Serat : 1.8 gm
..
Zat Galian
Kalsium : 2 mg
Fosforus : 88 mg
Zat Besi : 1 mg
Natrium : 6 mg
Kalium : 195 mg
..
Vitamin
B1 : 0.03 mg
B2 : 0.46 mg
Niacin : 1.9 mg
C : 9.4 mg
..
Selain daripada khasiat di atas, cendawan tiram kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
Satu lagi kelebihan cendawan terutama sekali ditanam secara komersil adalah ia tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun kawalan perosak. Maka tidak hairanlah semakin ramai pengguna di negara ini menggemari cendawan terutama Cendawan Tiram Kelabu sebagai salah satu makanan pilihan dalam kehidupan seharian mereka.
a> Related Posts with Thumbnails