Halaman

Jumaat, September 26, 2008

Semakan Harga

Saya bersyukur kerana bermula daripada pos pertama di blog cendawan global bulan julai tahun lepas sehinggalah sekarang, pengunjung dan peminat cendawan sentiasa memberikan sokongan dan respon ke atas setiap usaha yang dilakukan di sini untuk mengembangkan lagi bisnes cendawan secara online dan offline.
....
Adalah menjadi hasrat saya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan namun di atas kesan kenaikan harga hampir kesemua bahan, saya mengumumkan berikut adalah semakan harga produk dan perkhidmatan terkini.
...
Berikut adalah harga baru kami:
....
Global Kit 101
......

Global Kit 102

RM70 (Semenanjung Malaysia)

RM90 (Sabah / Sarawak)

.......

VCD Teknik Asas Cendawan : RM50

....

Setakat ini produk yang melibatkan penghantaran menggunakan perkhidmatan pos sahaja yang disemak semula. Bagi kursus dan ebook, masih pada harga yang asal. Diharapkan dengan harga baru ini dapat membantu dalam usaha kami mengembangkan lagi industri cendawan di Malysia dan global.

..

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan Cendawan Global yang pernah melanggan produk dan perkhidmatan kami secara langsung dan tidak langsung. Kepada kaum muslimin dan muslimat, saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin atas segala kesilapan.



Khamis, September 18, 2008

Lagu Anak Tupai



Saya minat lagu rakyat ciptaan saudara Halim Yazid. Banyak pengajaran yang boleh dikutip. EnjoY!..
...
Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte…
kudung ekor... perut lapar… jale cari make….(2x) (2x)
.....
kejadie Tuhe...dipanggil namo tupai...
asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x)
........... ....
kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda…

jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar…
..........
panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok…

nok wi kabar oghe jahat…
jange terlajak manggak…
.....
ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai…

bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X)
......
nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai…

pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual….
........
pakat bedil ado… tupai habih mati….

hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x)
.......
kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji…

nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi
.......
oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai..

krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x)
.......
bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera…

maghi dale baruh bokali keno racun bakar..

Isnin, September 15, 2008

Bina Bengkel Cendawan Dari Bahan Terbuang


....
ALOR STAR 14 Sept. - Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Itulah perumpamaan yang menjadi pegangan Nordin Ahmad yang kini muncul sebagai pengusaha cendawan tiram berjaya.
.....
Nordin, 48, yang tidak pernah kenal erti patah semangat, gigih mengusahakan tanaman itu walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan yang moden dan canggih. Bapa kepada tiga orang anak itu cuma menggunakan kreativiti sendiri mencari barang-barang terpakai untuk membina sebuah bengkel bagi menempatkan tanaman yang semakin disukai ramai itu.
...
Nordin sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori nekad menjual lorinya dengan harga RM21,000 untuk dijadikan modal permulaan.
...
Pada awal tahun lalu, dia berjaya membina sebuah bengkel yang boleh memuatkan sehingga kira-kira 20,000 beg cendawan.
..
''Saya cari semua bahan-bahan terpakai seperti kayu, asbestos dan kanvas yang dibuang penduduk di sekitar kampung untuk membina bengkel ini.
...
''Malah, tempat untuk mengukus (wap) beg-beg yang telah diisi dengan benih juga saya gunakan tong-tong minyak yang tidak digunakan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
....
Hasilnya, dia kini mempunyai 15,000 beg cendawan yang sedia untuk dituai pada bila-bila masa.
...
''Walaupun saya buat secara kecil-kecilan tapi saya berpuas hati kerana kualiti cendawan saya setanding dengan cendawan lain yang penanamannya menggunakan peralatan yang lebih moden dan canggih.
...
''Malah, ada juga pelanggan datang terus membeli di rumah selain dijual di pasar sekitar daerah ini," katanya yang membina bengkel ini bersebelahan rumahnya di Bukit Tinggi, Kepala Batas di sini.
...
Tambahnya, permintaan cendawan tiram yang mempunyai rasa seakan-akan ayam goreng itu amat menggalakkan sehingga melebihi penawaran dan dia sering kehabisan stok walaupun ia dituai antara lapan hingga 10 kali dalam sehari.
Menurutnya, dia yang berhasrat membesarkan perusahaannya sering kali terbatas disebabkan tenaga kerja yang terhad.
....
''Saya mengusahakan tanaman ini secara manual. Campuran habuk kayu, dedak dan kapur pertanian diisi dalam beg-beg plastik hanya mengguna tulang empat kerat ini.
....
''Saya hanya mampu menyiapkan 500 beg dalam sehari. Ternyata jumlah itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan permintaan yang semakin hari semakin meningkat," jelasnya.
...
Dia pernah berusaha untuk mendapatkan dana dan peralatan yang lebih moden daripada beberapa jabatan kerajaan namun sehingga kini permohonan tersebut masih belum menampakkan hasil.
....
Dalam pada itu, dia tetap bersyukur kerana hasratnya untuk meneruskan perniagaan tersebut menarik minat anak gadisnya, Nur Hidayah, 21, yang mempunyai kelulusan Diploma Elektronik.
...
''Sedikit sebanyak, dapatlah meringankan tugas saya kerana Nur Hidayah juga cepat belajar dan boleh diharap untuk mengusahakan tanaman ini," ujarnya yang menggunakan rak ciptaannya untuk penanaman cendawan tersebut.
...
Utusan Malaysia

Khamis, September 11, 2008

Tip Menarik Pelanggan

Hari ni saya ingin ulas tentang tip bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan akhirnya membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jika anda mengikuti cara ini, peratusan anda berjaya adalah tinggi.
....

Sebagai seorang usahawan yang ingin berjaya, bukalah mata dan minda anda serta perhatikan di sekeliling bagi mempelajari teknik-teknik jualan yang berkesan daripada para penjual. Mana tahu, mungkin ada sesetengah cara promosi yang dibuat oleh mereka akan berkesan untuk diaplikasikan dalam bisnes anda nanti. Contoh yang paling dekat ialah sempena bulan Ramadhan ni, banyak bazar dibuka dan pelbagai produk ditawarkan. Bersedia?
...
Sebenarnya, prospek atau bakal pembeli anda akan terdorong untuk membeli apa sahaja yang anda tawarkan jika anda:
..
Boleh memberi peluang kepada mereka menggunakan pancaindera mereka sebanyak yang mungkin mencuba ke atas produk atau perkhidmatan anda.
....
Berilah peluang mereka menggunakan mata (pandangan / visual), telinga (bunyi), tangan (sentuhan) , lidah (rasa) atau kombinasi daripada kesemua pancaidera ini. Semakin banyak pancaindera yang boleh mereka gunakan, semakin berkesan dan lebih mudah untuk anda menutup jualan.
...
...
Cuba anda perhatikan seseorang yang membeli buah durian. Perhatikan, kebiasaannya, apa yang mereka buat. Ada yang mencium bau, belek-belek dan malahan menggoncangnya, kan?
....
Bila dah berpuas hati, mereka akan beli tanpa banyak soal lagi.
...
Untuk anda praktikkan cara ini ke atas produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, terutama cendawan, pastikan ia dibuat dengan cara yang betul, di mana dalam kos yang boleh diterima serta mampu meningkatkan jualan anda. Gunakan daya kreativiti anda dan selamat mencuba.
....

...

Kepada yang ingin menggunakan kelima-lima pancaindera seperti yang disebutkan tadi, anda boleh mencubanya dengan hadir ke kursus anjuran rakan saya, En. Zul dari CendawanPuchong seperti maklumat di atas. Pendaftaran masih dibuka dan setakat ini dah ada 12 orang yang mendaftar.

Rabu, September 10, 2008

Terengganu acquires taste for mushrooms

By : Rosli Zakaria
...
Mat Yusof with a sample of a mushroom that can provide growers with good returns.
....
KUALA TERENGGANU: Mushroom cultivation will be promoted as one of the state's ventures, as it has proven to be successful in providing the poor with a stable income.
...
With low technology application and low starting capital, coupled with a high demand and good market price, makes it an ideal backyard venture.
...
"You only need a small space in the backyard and you need not spend too much on building a shed.
..
"With a bit of training, you can already start a small project," said Mat Yusof, an officer at the Agriculture Department research station in Ajil, Hulu Terengganu.
...
The station has started propagating the mycelium collected from fresh and high quality mushrooms that will enable the cloning of the spores, which will later be transferred into a growing medium such as sterilized wheat or sawdust.
...
At the moment, the commercial mushroom growers are getting the spores from Johor and Selangor, but with the station given the tasks of producing more of them, there will soon be more than enough for both commercial growers and participants of poverty eradication projects.
...
"Mushrooms have a short life cycle but they can be grown all year round. "As such they can be harvested continuously.
..
"Moreover, their market price is high and so is their yield.
..
"A shed with about 1,000 healthy bags of spores can produce four kilogrammes of mushrooms a day, and at a price of RM10 a kg, a participant can easily earn RM40 a day.
...
"And mushrooms can be harvested everyday.
..
"Although the life cycle of mushrooms is only two weeks, a scheduled production will enable participants to consistently produce them all year round. Mat said despite high demand outside the state, the demand for the fleshy oyster mushrooms was also growing in Terengganu based on a study done by the station at wet markets.
...
"Attempts must be made to promote mushrooms.
...
"There is also a potential for growers to be employed as contract farmers for companies which produce canned mushrooms."
...
Source: NST Online

Selasa, September 09, 2008

Atap Rumbia Masih Diminati

Oleh SYED RIDZUWAN SYED ISMAIL
...
Man Ismail menyusun atap rumbia untuk dipasarkan di rumahnya di Kampung Beseri Dalam, Beseri, semalam. - Gambar FAIZAL ABU HASSAN
....
KANGAR 7 Sept. - Biar pun negara kini membangun dengan pesatnya dalam bidang pembinaan apabila wujud rumah serta bangunan pencakar langit yang mengagumkan namun bagi sesetengah individu mereka lebih mementingkan keaslian dan ciri seni bina tradisional dalam pemilihan sesuatu lokasi atau tempat tinggal.
....
Satu ciri tradisional dalam seni bina Melayu yang menjadi lambang dan kebanggaan ialah penggunaan bumbung yang diperbuat daripada daun rumbia atau nipah.
...
Tidak hairan mengapa kini walaupun negara telah menyambut ulang tahun kemerdekaan kali yang ke-51, masih ada kedai, gerai, restoran, tempat rehat malahan rumah yang 'mengabadikan' bumbung yang diperbuat daripada atap daun nipah atau rumbia.
...
Atap tersebut menjadi pilihan kerana nilai sentimental yang ada padanya, selain ia dapat menyejukkan keadaan dalam kediaman atau tempat yang dilindunginya.
Di Perlis, satu kawasan yang terdapat ramai pembuat atap daripada rumbia dan nipah ini ialah Beseri Dalam di Beseri.
...
Seorang pembuat atap rumbia, Man Ismail, 68, berkata, dia mewarisi kepakaran membuat atap tradisional itu daripada arwah bapanya. Katanya, di kawasan Beseri Dalam terdapat beberapa pembuat atap rumbia kerana di kawasan itu mempunyai banyak pokok rumbia dan ramai yang mahu mempelajari cara membuat atap rumbia sebagai satu cara meraih pendapatan sampingan.
...
''Saya mula membuat atap rumbia kira-kira 40 tahun lalu dengan mempelajarinya daripada arwah bapa saya, Ismail Abd. Ghani.
...
''Apa yang saya banggakan, walaupun kini terdapat pelbagai jenis atap moden yang baik dan berkualiti tetapi sambutan daripada orang ramai terhadap atap rumbia kekal menggalakkan walaupun tidak serancak zaman dahulu," katanya yang mengusahakan pembuatan atap rumbia bersama isterinya, Hasisah Ali, 60-an.
....
Man memberitahu, sejak mengusahakan secara serius kerja membuat atap rumbia, dia menerima tempahan yang banyak termasuk daripada pelanggan dari Johor dan Langkawi.
...
''Daripada maklum balas yang saya dapat, kebanyakan mereka membelinya untuk membuat bumbung tempat rehat, kedai, rumah. Ada yang membelinya untuk membuat bumbung serta adang untuk projek tanaman cendawan.
...
''Atap rumbia ini lebih istimewa daripada atap nipah kerana daunnya lebih tahan lasak dan tahan lama, jika atap gred satu yang menggunakan daun yang banyak ia dapat bertahan sehingga lebih 10 tahun," jelasnya.
...
Atap rumbia juga menjadi pilihan kerana daun rumbia yang digunakan dapat menahan haba panas matahari dan menjadikan ruang rumah atau tempat rehat menjadi lebih nyaman.
...
Menceritakan cara membuat atap rumbia, Man berkata, teknik tradisional masih dikekalkan dalam membuatnya supaya ia dapat bertahan lama dan 'khazanah' orang terdahulu terpelihara.
...
''Saya masih menggunakan batang buluh dan kulit pokok bemban untuk mengikatnya kerana jika menggunakan tali ia mudah reput dan putus.
...
''Setiap atap rumbia mempunyai panjang kira-kira 1.2 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap itu," ujarnya.
...
Menurutnya, setiap hari sebanyak 25 keping atap rumbia dapat disiapkan seorang kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.
...
''Jika atap dibuat tanpa kemasan yang betul ia akan rosak dan terkeluar jika ditiup angin jadi saya memastikan setiap atap rumbia yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik.
...
''Atap yang telah siap, diikat sebanyak 25 keping atau lebih dikenali sebagai 'mengkawan' di kalangan orang utara. Bagi setiap ikatan, saya menjualnya dengan harga RM37.50," katanya.
...
Selalunya daun rumbia diperoleh daripada pokok yang ditanam sendiri dan ada juga yang dikutip dari kawasan sekitar.
...
Bagi sesiapa yang menggemari dan meminati atap tradisional ini mereka boleh menghubungi Man di talian 04-9383581 untuk maklumat lanjut ataupun tempahan.
...
Sumber: Utusan Malaysia Online



Khamis, September 04, 2008

Sup Cendawan Paksa Pesawat Mendarat

BERLIN: Pesawat Ryanair terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Jerman selepas seorang penumpang mengalami alahan akibat sup cendawan yang tertumpah. Sup itu tertumpah ke atas lelaki berkenaan dari sebuah bekas yang terletak di laci atas dalam pesawat dari Budapest ke Dublin Isnin lalu, kata syarikat penerbangan berkenaan.
...
Leher mangsa dilaporkan membengkak dan dia sukar bernafas, yang memaksa pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
...

Mungkin inilah sup yang dimaksudkan

...

Pada hari sama, sebuah lagi pesawat Ryanair terpaksa melakukan pendaratan cemas di Perancis selepas hilang tekanan kabin. Jurucakap Ryanair berkata, bekas itu mengandungi ‘minyak sayuran atau sup cendawan.’

...

“Sudah menjadi prosedur untuk mendarat di lapangan terbang terdekat apabila penumpang memerlukan rawatan perubatan. Krew kabin dan juruterbang membuat keputusan itu,” katanya.

....

Pesawat Boeing 737 itu mendarat di Lapangan Terbang Frankfurt Hahn dan lelaki berkenaan dirawat di situ oleh sekumpulan doktor. Kapal terbang berkenaan meneruskan penerbangan ke Dublin selepas dua jam. - Agensi
...

Sumber: Berita Harian





Isnin, September 01, 2008

Produk Nilai Tambah Cendawan Atasi Lambakan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
...
Industri perusahaan cendawan yang berkembang bak cendawan selepas hujan lambat laun akan menyebabkan lambakan bahan mentah jika tiada usaha dijalankan.
....
Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memberikan nilai tambah kepada produk cendawan yang dipasarkan.
....
Misalnya pengusaha harus mencari pelbagai alternatif bagi menghasilkan produk hiliran cendawan seperti yang dijalankan oleh usahawan wanita Sinona Mat Shaari.
....
Mengeluarkan empat jenis produk berasaskan cendawan, Sinona menghasilkannya menggunakan formula resipinya sendiri.
...
Buat masa ini, usahawan wanita ini mengeluarkan cendawan segar, cendawan tempura, serunding dan tepung goreng cendawan.
....
Sinona menceritakan kisahnya bermula apabila saudaranya, Zainon Ariffin, seorang pengusaha yang mengeluarkan cendawan dalam skala yang besar bimbang dengan masalah lambakan.
...
“Cendawan tidak tahan jika disimpan lama dan perlu digunakan segar sama ada dibuat sup atau digoreng.
....
“Masalah timbul apabila produk cendawan yang dihasilkan tidak dapat dijual,” katanya semasa ditemui selepas Seminar Perladangan Kontrak anjuran AgroHub di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
....
Senario berkenaan pasti saja merugikan pengusaha yang bersusah payah mengusahakan penanaman cendawan. Industri hiliran cendawan, tambah Sinona bukan saja dapat menambah nilai produk yang dipasarkan tetapi mengelakkan lambakan.
..
“Setakat ini, sambutan pengguna amat menggalakkan terutama dalam cendawan tempura dan serunding cendawan.
...
“Jika sambutan terus menggalakkan, saya perlu mendapatkan bekalan yang banyak secara berterusan daripada pengusaha,” katanya yang menjalankan operasinya di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.
...
Beliau juga berminat memberikan tunjuk ajar kepada pengusaha industri hiliran cendawan yang berminat. Buat masa ini, Sinoni juga sedang menghasilkan formula sendiri bagi mempelbagaikan produk seperti pau, pai dan roti yang menggunakan inti cendawan.
..
“Saya juga terfikir untuk menghasilkan kuih talam cendawan, keropok kering dan basah daripada cendawan,” katanya.
...
Bagaimanapun bagi menghasilkan semua bahan terutama serunding mengambil masa yang lama memandangkan kandungan air cendawan yang tinggi.
...
Justeru Sinona banyak menjalinkan kerjasama dengan ZullDesign bagi bantuan mekanisasi memudahkan penyediaan.
...
Sinona juga sedang menulis buku resipi berasaskan cendawan bagi pembaca yang berminat.
...
Buat masa ini usahawan wanita ini terlibat sebagai pengajar di Puspanita dan bakal pengusaha terutama dalam industri hiliran cendawan.
...
Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi Sinona di talian 012-3008918.

...

Sumber: Utusan Malaysia Online

...

Nota CG: Sememangnya cendawan berpotensi dikomersilkan dalam pelbagai produk hiliran seperti yang dibuat oleh Sinona ini. Apa yang diperlukan adalah kreativiti dan usaha bersungguh-sungguh bagi mempastikan kejayaan. Idea yang baik untuk kembangkan oleh para pengusaha cendawan.