Hari ini saya berbesar hati kerana En. Zul dari Cendawan Puchong merangkap penceramah kursus cendawan sudi meluangkan masa untuk diwawancara oleh Cendawan Global bagi mengenali lebih dekat lagi latar belakang beliau dan tip-tip bisnes cendawan.
..
..
Cendawan Global: Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara, keluarga, kerjaya dan sejarah penglibatan dalam perusahaan cendawan ini?
.
.
....
En. Zul : Saya merupakan seorang Senior Officer di salah sebuah syarikat swasta di Bandar Baru Bangi. Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di UKM (1999). Berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak. Isteri saya merupakan seorang pensyarah di UNITEN. Namun begitu saya juga merupakan salah seorang penanam cendawan tiram kelabu di Puchong.
.
Saya bermula pada Mei 2006 iaitu dengan menyertai kursus Tanaman Cendawan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Johor Bahru Selatan. Pada bulan Jun saya terus memulakan perniagaan ini dengan melakukan survey dan marketing. Saya juga ada membeli beberapa beg cendawan untuk testing. Setelah begitu yakin dengan potensi yang ada dan dah dapat market kat mana nak jual maka, saya mula melakukan pembinaan bangsal cendawan, membeli beg cendawan, daftar syarikat dan sebagainya.

Cendawan Global : Sudah berapa lama mengusahakan penanaman cendawan secara komersil?

......
En. Zul : Saya bermula pada Jun 2006 hingga ke hari ini iaitu hampir setahun setengah.

Cendawan Global : Kenapa pilih cendawan tiram kelabu?

En. Zul : Cendawan Tiram Kelabu, adalah salah satu daripada 12 jenis cendawan yang boleh dikomersialkan di Negara ini. Namun begitu, dari segi pasaran dan permintaan, cendawan Tiram ini mendapat pasaran dan permintaan yang sangat baik. Ini kerana hampir semua komuniti di Negara ini sangat sebati dan menyukai cendawan jenis ini kerana rasanya yang sangat manis dan berkhasiat tinggi. Jadi atas factor-faktor inilah yang menjadi pendorong bagi saya untuk mengusahakan tanaman jenis ini.

...
Cendawan Global : Apakah prospek tanaman cendawan di Malaysia dan boleh beri komen berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saudara?
.Cendawan Global : Apakah prospek tanaman cendawan di Malaysia dan boleh beri komen berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saudara?
En. Zul : Mengikut statistic yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan bahawa, kerajaan masih lagi mengimport cendawan termasuk cendawan Tiram. Ini menunjukkan bahawa, permintaan ke atas cendawan sudah melebihi penawaran. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa, industri tanaman cendawan ini sangat berpotensi besar untuk menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya oleh mereka yang berminat.
...
Cendawan Global : Berapakah kos permulaan saudara mulakan dari awal?

En. Zul : Saya memulakan projek ini dengan modal sebanyak RM15,000. Di mana sebanyak RM5,000 untuk pembinaan bangsal (20” x 25”), Beli beg cendawan matang RM5,000 dan baki RM5,00 untuk cash flow dan perbelanjaan lain seperti bil air dan elec, plastic membungkus cendawan dan sebagainya.

Cendawan Global : Biasanya, ramai yang mengatakan cendawan sensitif kepada penyakit, boleh beri ulasan?

..En. Zul : Penyakit!!!, semua benda hidup akan berdepan dengan penyakit! Baik manusia, haiwan dan ternakan. Tetapi bagi saya, cendawan ini mudah ditanam dan mudah dijaga apatah lagi untuk dituai. Jika sudah cukup 2 bulan ia diperam, maka tumbuhlah cendawan ini walaupun beg cendawan tidak begitu sempurna rupanya. Asalkan, kita menjaga 3 asas utama iaitu menjaga dari segi kelembapan, kegelapan dan suhu bangsal. Saya juga ada mengguna sejenis baja yang sangat membantu saya dalam projek tanaman ini iaitu EM (Effective Microb). Baja ini sangat murah dan sangat efektif dalam menghasilkan cendawan yang sihat, besar, berat, tahan penyakit serta memanjangkan hayat cendawan. Ia merupakan baja organic semulajadi yang dicipta oleh Prof. dari Jepun pada 20 tahun yang lalu. Hampir 116 buah Negara telah menggunakannya termasuklah Malaysia.
...
Cendawan Global : Bagaimana untuk pasarkan cendawan?

...En. Zul : Sebagai pengusaha kita perlulah tahu bagaimana dan dimana kita hendak pasarkan hasil keluaran kita. Jadi dalam hal ini, marketing sangat penting. Para usahawan perlulah melakukan survey, tanya setiap pekedai sayur sama ada sudi atau tidak memebeli hasil kita, pergi ke super market dan tanya taukeh mereka dan sebagainya. Muka kena tebal sikit baru boleh menjual. Kalau boleh jual terus kepada end user seperti menjual di pasar malam, pasar pagi, pasar minggu atau pasar tani dan borong.
...
Cendawan Global : Di mana untuk dapatkan bekalan bahan-bahan tanaman cendawan?

En. Zul : Segala bentuk bahan mentah boleh didapati dari pengusaha-pengusaha Cina yang dah lama bertapak dalam industri ini. Untuk mendapatkan bekalan benih, plastic, stopper, neck, top, kapur dan dedak anda boleh beli dari Vita Agrotech Tg Sepat Morib (03-31975600), Kuan Damansara (019-2613107) atau Lau Klang (016-3135977). Saya juga ada menjual beg cendawan berbenih dengan harga RM1.10 setiap beg. Baja EM juga saya ada jual dengan harga RM5 setiap botol 500ml.

Cendawan Global : Matlamat saudara dalam bisnes ini?

En. Zul : Matlamat utama saya ialah ingin berjaya dalam industri tanaman cendawan ini dan menjadikan ianya satu lagi kerjaya kepada saya.

Cendawan Global : Perancangan masa hadapan saudara untuk bisnes ini?

En. Zul : Sudah pastinya saya ada perancangan masa hadapan di mana saya akan pastikan projek tanaman cendawan saya ini terus berkembang dengan jayanya. Saya juga bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan ini supaya saya dapat menampung keperluan setempat. Kepada mereka yang ingin berkongsi ilmu daripada saya, bolehlah datang berkursus di farm saya supaya lebih ramai lagi usahawan-usahawan baru menceburi bidang ini.

Cendawan Global : Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi cerita tentang cendawan dengan kami. Selamat maju jaya.
..
..