Penanaman cendawan juga mengalami masalah yang boleh merugikan dan melemahkan semangat pengusaha. Tetapi sebarang masalah mesti ada sebab dan cara untuk menyelesaikannya.
.
Di sini terdapat beberapa masalah yang dihadapi, punca dan cara untuk mengatasinya.
.
Mesilia gagal untuk berkembang
Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan
..
Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembang
.
Mesilia gagal untuk berkembang
- Air klorin atau air kotor ---- guna air telaga atau peram air paip semalaman
- Bahan mentah rosak---- pastikan bahan mentah elok dan segar
- Kukus tidak sempurna----pastikan kukus 7-8 jam
- Beg media panas----biarkan sejuk baru suntik benih
- Benih tidak berkualiti
- Lupa nak suntik benih
Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan
..
- Formula media tidak betul----ubah formula, periksa pH, habuk kayu, dedak
- Serangga, kulat perosak, virus, bacteria dan hama---periksa proses kukus, suntik benih, dan kebersihan rumah cendawan
- Benih tidak berkualiti---dapatkan daripada pembekal lain
- Cendawan terbentuk, tetapi payung tidak terbentuk
- Cahaya tidak cukup---ubah cahaya dalam rumah cendawan
- Pengudaraan tidak sempurna----tingkatkan pertukaran udara luar dan dalam
Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembang
- Masa peram terlalu lama
- Cahaya kurang
- Media campuran berkualiti rendah
- Kadar pentumbuhan mesilia kurang—benih kurang
- Benih tidak berkualiti
Cendawan gagal tumbuh pada pusingan kedua
- Formula campuran tidak betul
- Benih tidak berkualiti
Saiz cendawan kecil
- Terlalu banyak anak cendawan tumbuh
- Formula tidak betul
- Benih tidak berkualiti
Cendawan ringan
- Periksa kelembapan semasa gaul media
Cendawan cepat rosak
- Cendawan dikutip terlalu tua—kutip yang muda sebelum tepi berombak
.
Cendawan suam sebelum pek- Sejukkan dulu baru bungkus dalam plastic
.
Cendawan lembap- Cendawan disimpan terlalu lama
Bintik-bintik kuning pada cendawan
- Serangan bakteria---periksa kelembapan dan rumah cendawan 80-85%