Halaman
▼
Sabtu, Februari 28, 2015
Selasa, Februari 24, 2015
Panduan Mengusahakan Cendawan Tiram
JENIS-JENIS CENDAWAN TIRAM
Terdapat 4 jenis cendawan tiram yang boleh diusahakan di kawasan tanah rendah iaitu:
Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)
Tiram putih (Pleurotus florida)
Tiram kuning (Pleurotus citrinopileatus)
Tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus)
.
.
Kejayaan perusahaan cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktor penting seperti jenis media, suhu, kelembapan, cahaya, pengudaraan dan lain-lain.
Namun faktor penting ialah amalan kebersihan yang baik. Aktiviti perusahaan ini bermula dengan penyediaan infrastruktur, bahan dan peralatan yang berseuaian mengikut susun atur seperti berikut:
1. INFRASTRUKTUR CENDAWAN
Disyorkan kemudahan infrastruktur cendawan mempunyai 2 komponen bangunan yang berasingan iaitu:
1) Bangunan penyediaan media yang mempunyai 4 ruang bagi tujuan menyimpan stok, menggaul dan mengukus media, stor bahan dan peralatan dan bilik suntik benih cendawan.
2) Rumah cendawan dilengkapi dengan rak untuk meletakkan beg-beg media dan berdinding jaring. Semua infrastruktur mestilah berlantaikan simen.
2. PENYEDIAAN BEG MEDIA
Beg media cendawan perlu disediakan sebagai tempat miselia cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu yang tidak dirawat, dedak halus dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1.
Campurkan air supaya kelembapan 60-65%. Bahan-bahan ini digaul rata dan dimampatkan ke dalam beg plastik jernih yang tahan panas. Pasangkan leher dan tutup mulut beg media dengan penutup yang telah disumbat kapas.
3. PENGUKUSAN BEG MEDIA CENDAWAN
Selepas penyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma pencemar dan perosak yang terdapat di dalam media supaya miselia cendawan dapat tumbuh dengan baik.
Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong dram yang bertutup atau menggunakan pengukus besar (steamer) dan set dapur gas. Pengukusan dijalankan lebih kurang 7-12 jam.
4. PENYUNTIKAN BENIH CENDAWAN
Beg media cendawan kemudian disejukkan, diikuti dengan kerja penyuntikan benih yang mesti dijalankan di dalam bilik yang bersih suoaya tidak berlaku pencemawan. Benih cendawan dilerai dan dimasukkan sebanyak 5 gm ke dalam beg media.
5. PEMERAMAN BEG MEDIA
Beg media yang telah dimasukkan benih cendawan perlu melalui proses pemeraman lebih kuran 60 hari, di tempat yang gelap sehingga miselia tumbuh memenuhi keseluruhan beg media.
6. MEMUNGUT HASIL
Sebaik sahaja didapati mesilia memenuhi keseluruhan beg media, penutup mulut beg media boleh dibuka. Hasil pertama cendawan boleh dikutip mulai hari ketiga hingga kelima berikutnya. Pastikan cendawan dikutip sebelum tepi kelopaknya menjadi berombak dan pecah.
Sebaik saja selesai mengutip hasil, mulut beg media perlu dibersihkan dan ditutup untuk direhatkan selama tidak kurang dari 10 hari. Setelah cukup direhatkan, buka semula penutup mulut beg media untuk mendapatkan hasil berikutnya.
Jumlah hasil bagi setiap beg media bagi setiap tuaian adalah sebanyak 60-80g dan proses memungut hasil ini boleh diulangi antara 6-8 kali.
7. PEMBUNGKUSAN DAN PENYIMPANAN CENDAWAN
Pangkal batang cendawan dipotong dan kelopaknya disusun sehala di dalam pembungkus plastik. Disyorkan cendawan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5-8'c yang boleh bertahan segar selama 3-4 hari dengan cara insangnya menghala ke atas.
8. TIP PENGURUSAN RUMAH CENDAWAN
Pastikan suhu dalam rumah cendawan 28-30'c, kelembapan 80-90'c dan pengudaraan yang baik.
Jika perlu, rumah cendawan disiram dengan air bersih ke arah badan beg media, lantai dan dinding bagi mengekalkan kelembapan.
Pastikan beg media yang telah rosak dan tercemar dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibuang di tempat yang jauh. Sebaiknya, beg media dikitar semula sebagai baja organik.
Lantai rumah cendawan perlu dibersihkan setiap kali selepas membuat kerja.
Pastikan rumah cendawan sentiasa diperiksa untuk memastikan tiada serangan perosak dan pencemaran.
Terdapat 4 jenis cendawan tiram yang boleh diusahakan di kawasan tanah rendah iaitu:
Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)
Tiram putih (Pleurotus florida)
Tiram kuning (Pleurotus citrinopileatus)
Tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus)
.
.
Kejayaan perusahaan cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktor penting seperti jenis media, suhu, kelembapan, cahaya, pengudaraan dan lain-lain.
Namun faktor penting ialah amalan kebersihan yang baik. Aktiviti perusahaan ini bermula dengan penyediaan infrastruktur, bahan dan peralatan yang berseuaian mengikut susun atur seperti berikut:
1. INFRASTRUKTUR CENDAWAN
Disyorkan kemudahan infrastruktur cendawan mempunyai 2 komponen bangunan yang berasingan iaitu:
1) Bangunan penyediaan media yang mempunyai 4 ruang bagi tujuan menyimpan stok, menggaul dan mengukus media, stor bahan dan peralatan dan bilik suntik benih cendawan.
2) Rumah cendawan dilengkapi dengan rak untuk meletakkan beg-beg media dan berdinding jaring. Semua infrastruktur mestilah berlantaikan simen.
2. PENYEDIAAN BEG MEDIA
Beg media cendawan perlu disediakan sebagai tempat miselia cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu yang tidak dirawat, dedak halus dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1.
Campurkan air supaya kelembapan 60-65%. Bahan-bahan ini digaul rata dan dimampatkan ke dalam beg plastik jernih yang tahan panas. Pasangkan leher dan tutup mulut beg media dengan penutup yang telah disumbat kapas.
3. PENGUKUSAN BEG MEDIA CENDAWAN
Selepas penyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma pencemar dan perosak yang terdapat di dalam media supaya miselia cendawan dapat tumbuh dengan baik.
Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong dram yang bertutup atau menggunakan pengukus besar (steamer) dan set dapur gas. Pengukusan dijalankan lebih kurang 7-12 jam.
4. PENYUNTIKAN BENIH CENDAWAN
5. PEMERAMAN BEG MEDIA
6. MEMUNGUT HASIL
Sebaik sahaja didapati mesilia memenuhi keseluruhan beg media, penutup mulut beg media boleh dibuka. Hasil pertama cendawan boleh dikutip mulai hari ketiga hingga kelima berikutnya. Pastikan cendawan dikutip sebelum tepi kelopaknya menjadi berombak dan pecah.
Sebaik saja selesai mengutip hasil, mulut beg media perlu dibersihkan dan ditutup untuk direhatkan selama tidak kurang dari 10 hari. Setelah cukup direhatkan, buka semula penutup mulut beg media untuk mendapatkan hasil berikutnya.
Jumlah hasil bagi setiap beg media bagi setiap tuaian adalah sebanyak 60-80g dan proses memungut hasil ini boleh diulangi antara 6-8 kali.
7. PEMBUNGKUSAN DAN PENYIMPANAN CENDAWAN
Pangkal batang cendawan dipotong dan kelopaknya disusun sehala di dalam pembungkus plastik. Disyorkan cendawan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5-8'c yang boleh bertahan segar selama 3-4 hari dengan cara insangnya menghala ke atas.
8. TIP PENGURUSAN RUMAH CENDAWAN
Pastikan suhu dalam rumah cendawan 28-30'c, kelembapan 80-90'c dan pengudaraan yang baik.
Jika perlu, rumah cendawan disiram dengan air bersih ke arah badan beg media, lantai dan dinding bagi mengekalkan kelembapan.
Pastikan beg media yang telah rosak dan tercemar dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibuang di tempat yang jauh. Sebaiknya, beg media dikitar semula sebagai baja organik.
Lantai rumah cendawan perlu dibersihkan setiap kali selepas membuat kerja.
Pastikan rumah cendawan sentiasa diperiksa untuk memastikan tiada serangan perosak dan pencemaran.
Ahad, Februari 15, 2015
Cendawan gergasi seberat 7.45 kilogram dijumpai di China
BEIJING 13 Jan. – Seorang pekedai ubat-ubatan di China, menemukan cendawan gergasi seberat 7.45 kilogram yang dianggarkan bernilai AS$894 (RM3,185) dan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Portal berita Mail Online melaporkan, pemilik kedai berkenaan, Wei Fangning menunjukkan cendawan yang dikenali sebagai Lingzhi bagi penduduk tempatan atau nama saintifiknya, Ganoderma lucidum dengan ukuran lebar 107 sentimeter.
Tambah laporan itu, cendawan tersebut ditemukan di wilayah Guangxi, barat daya China, dan tumbuhan tersebut sering digunakan dalam perubatan tempatan sejak lebih 2,000 tahun lalu.
Rakyat China juga menggelar cendawan Lingzhi sebagai ‘cendawan abadi’ kerana khasiatnya yang dipercayai boleh memanjang umur selain mempunyai banyak kegunaan untuk kesihatan termasuk mengatasi masalah tekanan darah rendah dan meningkatkan aktiviti sel darah putih.
Kebiasaannya, sebungkus cendawan itu dengan berat 250 gram dijual pada harga AS$30 (RM106) dan Fangning boleh mendapat pulangan lumayan dengan menjual cendawan gergasi itu.
Bagaimanapun, tiada harga tetap dalam penjualan cendawan kerana bergantung kepada kualiti, jumlah pemprosesan dan saiz tumbuhan tersebut.