Halaman

Selasa, Julai 21, 2015

Kursus Tanaman Cendawan 2015







Kursus Tanaman Cendawan bakal dianjurkan di atas permintaan ramai oleh sifu yang tidak asing lagi dalam bidang penanaman cendawan iaitu En. Zul dari Puchong Selangor. 

Kursus satu hari yang menggabungkan teori dan praktikal ini adalah cara yang paling berkesan untuk anda, bakal pengusaha dan usahawan cendawan mendapatkan tip dan ilmu bagaimana memulakan bisnes cendawan dengan cara yang betul. 

Jangan berlengah lagi, sila book tarikh yang tertera dengan menghubungi pihak urusetia. Terima kasih.

Khamis, Julai 16, 2015

Teknik Asas Penanaman Cendawan


Aktiviti Utama Penanaman Cendawan:
1. Menyediakan Beg Media Cendawan
2. Mengukus Beg Media Cendawan
3. Menyuntik Benih
4. Pemeraman Beg Media Cendawan
5. Memungut Hasil
6. Pengendalian Lepas Tuai
7. Pemasaran

Penyediaan Beg Media Cendawan

Peralatan yang diperlukan:

- Beg Plastik Tahan Panas (6cm x 13cm, tebal 0.05)
- Tutup dan Leher Beg Media, Kapas/Span Penyumbat
Projek Kecil: Penyodok besar dan kecil
Projek Besar: Mesin bancuh (Mixer), Mesin Pengisi Beg

Bahan yang diperlukan
- Dedak padi (halus)
- Kapur Pertanian
- Habuk kayu getah
- Air

Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat.

Siram air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal.

Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg.

Pasangkan leher dan tutup (penutup disumbat dengan sedikit kapas).

Jika berminat untuk menempah bongkah cendawan berbenih separa matang pada harga istimewa, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam)

Rabu, Julai 08, 2015

Kunjungan para pelajar UMK di Jerteh



Pihak Cendawan Global menerima kunjungan para pelajar jurusan biotech dari UMK, Jeli bagi program SIEP selama 10 hari bermula 1 Julai.
.
Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk belajar tentang cendawan dan harap semoga dapat belajar sesuatu. Dengan berbesar hati saya sedia berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada.