Halaman

Isnin, Ogos 17, 2015

FAQ Projek Tanaman Cendawan


Berdasarkan pemerhatian, ramai yang berminat tentang projek cendawan dan kepada yang baru nak mula projek cendawan ni, anda perlu melihat kepada minat anda terlebih dahulu. 
.
Buat kajian terlebih dahulu dari segi kehendak pasaran, cara kerja, kos permulaan, risiko yang perlu di tanggung dan masa yang anda perlukan untuk menjalankan projek anda.
.
Di sini ada sedikit FAQ projek cendawan yang biasa ditanya:
.
1. Berapa kos permulaan projek cendawan?
Kos permulaan bergantung kepada berapa bongkah yang anda ingin mulakan. Bahan yang anda gunakan untuk membuat bangsal tidak perlulah hebat sangat...sekadar kukuh dan teduh dari hujan pun dah cukup. Jimatkan kos membuat bangsal lebihkan modal untuk membeli bahan mentah atau bongkah cendawan matang kerana itu lebih baik dari bangsal yang mahal-mahal.
.
2. Apakah cara memulakan projek cendawan?
Pertama:
Dapatkan bongkah cendawan matang yang sedia untuk pengeluaran hasil. anda hanya perlu sediakan bangsal cendawan dan rak sahaja. Tugas anda hanya siram,kutip cendawan,jual, dan rekod. Kaedah yang mudah dan menjimatkan masa anda. Sesuai dibuat secara partime.
Kedua:
Dapatkan bongkah cendawan matang yang sedia untuk pengeluaran hasil. Mula belajar selok-belok pengeluaran hasil dan apabila anda sudah yakin anda boleh mula membuat bongkah sendiri. Kaedah yang susah sedikit anda perlu mengambil kursus, Cari peralatan dan bahan mentah.
Proses membuat media sendiri masalah bongkah rosak dan penyakit dll.
.
3. Perlu mesin atau steamer ke?
Kalau projek cendawan anda 5k bongkah ke bawah bagi saya tak perlu anda membeli mesin gaul ataupun steamer. Memadai gaul media secara manual dan pengukusan guna tong drum sudah cukup. Tidak berbaloi anda membeli peralatan ini dan lebih baik anda gunakan untuk membeli bahan mentah membuat media seperti benih, habuk kayu dll.
.
4. Pasaran
Isu yang biasa di tanya oleh peminat projek cendawan. Sebenarnya setiap bisnes yang kita buat mesti ada pasaranya cuma kita perlu mencari pasaran bukanya menunggu pasaran itu sendiri datang kepada kita.
Begitu juga dengan cendawan, ianya merupakan produk makanan yang diperlukan oleh manusia hampir setiap hari...lagipun banyak produk yang boleh kita hasilkan dari cendawan..sebagai contoh cendawan boleh dijadikan sebagai kerepek, serunding, sos cendawan, karipap, popia, cendawan goreng tepung dll.
.
5. Di mana nak jual cendawan segar?
Katakanlah ramai pengusaha cendawan di sekitar anda yang telah menjalankan projek ini...anda perlu selidik di mana mereka memasarkan cendawan segar, sebagai contoh kalau ada ramai pengusaha jual di pasar anda tidak perlu turut jual di sana.
.
Cuba cari alternatif lain seperti jual di kedai runcit atau penjual goreng pisang, kedai makan dan lain-lain. Bila dah ramai orang tau anda menjual cendawan maka pasaran anda sebanyak dan anda hanya perlu bersabar.

Ini adalah pandangan saya sahaja...mungkin anda ada idea yang lebih baik boleh kongsikan bersama. smile emoticon
.
Jika berminat untuk menempah bongkah cendawan berbenih separa matang pada harga istimewa, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam)
.

Khamis, Ogos 06, 2015

Lima Kelebihan Cendawan Yang Baru Diketahui


Cendawan selalunya dianggap sebagai kulat yang berkhasiat dan sedap rasanya. Ia merupakan makanan yang menyihatkan yang mengandungi asid amino, mineral, vitamin, dan banyak protein dengan lemak yang rendah.

Kebanyakan cendawan mengandungi beta-karotena yang dapat bertukar menjadi vitamin A. Maka cendawan juga digelar "khazanah vitamin A".

Menurut hasil kajian, selain ciri-ciri tersebut, cendawan juga mempunyai lima kelebihan, seperti yang di bawah ini:

1. Hanya 20 kalori
Khasiat cendawan bermanfaat bagi kesihatan jantung kita dan juga dapat meningkatkan daya keimunan tubuh badan manusia. Sepiring cendawan hanya mengandungi 20 kalori. Jumlah in jauh kurang daripada sepiring puding.

2. Rasanya sedap
Cendawan mempunyai rasa yang amat sedap dan ia sesuai dimasak atau dicampur dengan makanan lain, menjadi sejenis perasa yang enak.

3. Mengandungi Banyak Vitamin D
Cendawan kaya dengan vitamin D, iaitu vitamin yang tidak ada pada sayur-sayuran dan buah-buahan lain. Ia amat baik bagi kesihatan tulang dalam badan kita.

4. Fungsi anti-oksida
Fungsi anti-oksida cendawan ini sama dengan sayur-sayuran yang berwarna-warni, seperti zucchini, lobak merah, kubis bunga dan paprika.

5. Pengganti beras dan roti
Berdasarkan anggaran yang dibuat, jika kita memakan 100 gram cendawan untuk menggantikan nasi goring setiap kali makan, selama satu tahun, ia boleh mengurangkan 18 ribu kalori, iaitu dua kilogram lemak, meskipun kita tidak mengubah struktur makanan asalnya.

Jika berminat untuk menempah bongkah cendawan berbenih separa matang pada harga istimewa, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam)
.

Selasa, Ogos 04, 2015

Penyediaan beg media cendawan


Peralatan yang diperlukan:
  • Beg Plastik Tahan Panas (6cm x 13cm, tebal 0.05)
  • Tutup dan Leher Beg Media, Kapas/Span Penyumbat

Projek Kecil: Penyodok besar dan kecil
Projek Besar: Mesin bancuh (Mixer), Mesin Pengisi Beg

Bahan yang diperlukan
  • Dedak padi (halus)
  • Kapur Pertanian
  • Habuk kayu getah
  • Air

Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat.
Siram air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal.
Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg.
Pasangkan leher dan tutup (penutup disumbat dengan sedikit kapas).

p/s: Jika berminat untuk menempah bongkah cendawan berbenih separa matang pada harga istimewa, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam)