KEENAKAN cendawan segar yang menjadi pembuka selera dalam masakan memberi ilham kepada seorang petani menceburkan diri dalam dunia perniagaan cendawan secara komersial.
..
Berbekalkan modal kira-kira RM7,000, Anthony Wok Hock Chai, dari Kampung Cina, Sitiawan berjaya mengorak langkah untuk menjadi seorang pengusaha cendawan di kalangan bukan Bumiputera di daerah Manjung.
..
Dalam usia di awal 30-an, Wok, insan kurang upaya bertekad menjadi seorang usahawan berjaya pada masa depan. Dengan keadaan tangannya yang lumpuh, ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi malah menjadi pendorong kepadanya untuk terus berdikari.

"Saya mahu buktikan saya juga seperti mereka yang lain dan mampu melakukan apa yang dilakukan oleh orang normal," katanya.

Walaupun negara sudah mencapai tahap kemajuan teknologi canggih, Wok masih memilih kaedah tradisional untuk menanam cendawan di ladangnya. Katanya, jika menggunakan kaedah moden, ia memerlukan modal agak tinggi sedangkan dia tidak mampu untuk berbuat demikian.
"Jadi biarlah saya bermula dari bawah menggunakan kaedah tradisional dan sekiranya penat lelah saya berhasil, barulah saya boleh beralih kepada teknologi moden," katanya.

Di ladang cendawan, Wok menggunakan habuk kayu yang dimampatkan ke dalam beg plastik untuk menyemai benih cendawan. Seterusnya, dia memilih tempat mengukus yang diperbuat daripada batu bata serta menggunakan kayu getah sebagai bahan bakar. Bagi sesetengah pengusaha, mereka menggunakan kaedah moden iaitu cara steril, bagaimanapun bagi Wok, menggunakan bahan semula jadi seperti pokok getah atau kayu lain kerana ia mudah diperolehi.
..
Menurut Wok, cendawan boleh dituai selepas dua bulan benihnya disemai di dalam habuk kayu. Di segi pemasaran pula, cendawan miliknya dihantar ke bandar besar termasuk Ipoh dan Kuala Lumpur selain pasaran tempatan sekitar pekan Sitiawan.

Cendawan itu perlu dipasarkan segera kerana sayuran itu tidak boleh bertahan lama dan akan hilang khasiatnya."

Cendawan segar rasanya lebih sedap dan mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh," katanya.
..
Nota Cendawan Global : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Yang penting perancangan yang rapi dan sikap gigih dalam mengusahakan sesuatu hingga berjaya.
saya nk tahu bagaimana nk tanam dan dapatkan benih cendawan merah.. saya amat tertarik cendawan merah kerana mempunyai banyak khasiat dan ilmu perubatan bermula daripada cendawan merah..
BalasPadam