Halaman

Sabtu, Mei 31, 2008

Sebelum Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan

Topik yang serius sikit hari ni iaitu Perkara-Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan.
..
Kita semua akan dapat merasakan keadaan tidak selesa untuk meninggalkan pekerjaan sekarang demi melakukan sesuatu yang gila dan seronok serta berisiko dalam hidup kita. "Sesuatu yang gila" sering ditafsirkan sebagai menceburi bidang keusahawanan.
..
Saya akan berikan nasihat yang berguna melalui senarai perlu dibuat khas untuk anda yang telah mengambil keputusan nekad untuk mengikuti jalan ini.
..
1 Nilaikan berapa banyak simpanan yang anda ada. Memandangkan kebanyakan sumber modal pemilik perniagaan ialah daripada simpanan peribadi mereka, kita andaikan anda juga begitu. Duduklah dan tuliskan berapa banyak wang simpanan yang anda ada. Lihat bukan sahaja terhadap akaun simpanan anda di bank tetapi juga pegangan di dalam amanah saham atau mungkin saham-saham yang dimiliki.
..
Adakah semua ini mencukupi untuk bahagian anda bagi menyumbang kepada sebahagian modal permulaan bisnes anda. Jika tidak, mungkin anda fikir yang anda akan memperolehi pendapatan daripada perniagaan apabila beroperasi kelak dan seterusnya boleh menambah jumlah modal yang diperlukan.
..
Saya membangkitkan perkara ini kerana bisnes mungkin atau mungkin tidak berkembang maju sebagaimana yang dijangka dalam tempoh yang diharapkan. Adalah lebih baik untuk mempastikan yang anda secara peribadi mempunyai simpanan mencukupi bagi memenuhi keperluan modal malahaa sebelum anda memulakan operasi perniagaan anda.
..
2 Terus kekalkan dengan pekerjaan sekarang-buat masa ini. Jangan harapkan untuk memperolehi gaji daripada bisnes anda pada hari pertama ia dimulakan. Ia mungkin mengambil masa sebelum bisnes berkembang maju dan sehingga saat itu, anda perlu mempastikan bahawa anda masih mempunyai sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.
..
Jika tidak, anda akan terpaksa menggunakan wang simpanan yang ada. Memandangkan anda biasanya akan menjalankan perniagaan bersama rakan kongsi, bincang siapa di antara anda yang akan mengambil tugas dan peranan aktif di dalam operasi harian perniagaan tersebut. Individu tersebut mungkin akan menjalankan perniagaan sepenuh masa sekarang dengan gaji permulaan yang minimum (asalkan beliau mempunyai simpanan untuk menampung perbelanjaan seharian beliau).
..
Kemudian apabila perniagaan tersebut maju dan berkembang, anda mungkin melihat kepada keperluan untuk fokus kepada bisnes - itulah masanya untuk melepaskan pekerjaan yang dipegang sekarang.
..
3 Mulakan secara kecilan. Semasa perniagaan masih dalam tahap permulaan, pastikan kos yang anda tanggung adalah kecil dan seminimum mungkin. Pertimbangkan untuk mempunyai pejabat di dalam rumah untuk menjimatkan sewa pejabat. Ambil pekerja yang benar-benar diperlukan sahaja.
..
Berbanding membeli van penghantaran dan kederaan pengangkutan yang baru, dapatkan kenderaan secondhand yang baik atau gunakan kenderaan anda sendiri. 'Outsource' sesetengah kerja seperti perakaunan untuk merendahkan kos overhead.
..
4 Lakukan segalanya dengan betul dari awal lagi. Pastikan dana peribadi dan bisnes terpisah. Pastikan juga anda mempunyai kesemua permit dan kertas kerja yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan anda. Bayar lesen perniagaan dan cukai dengan tepat dan pada tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan denda. Jika tidak, denda dan penalti akan 'memakan' modal perniagaan anda.
..
5 Jangan abaikan sikap menjaga kesihatan kewangan peribadi anda. Teruskan menyimpan sebahagian daripada gaji anda. Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan kasar adalah permulaan baik tetapi lagi tinggi lagi bagus. Sasarkan untuk mempunyai dana kecemasan meliputi sekurang-kurangnya enam bulan nilai perbelanjaan peribadi. Jika bisnes anda gagal, anda akan mempunyai dana untuk digunakan sehinggalah anda bersedia untuk langkah seterusnya.
..
6 Kembangkan hanya selepas berfikir sedalamnya. Adalah amat mengujakan untuk membuka cawangan lain secepat mungkin jika yang pertama telah menunjukkan kejayaan. Sesetengah orang juga mula membeli peralatan baru dan aset tetap yang lain semasa tahun pertama walaupun pada masa bisnes tidak dapat menampung pembelian sebegini lagi. Sebelum melaksanakan sebarang langkan pengembangan untuk bisnes, kaji aliran tunai anda dan kos yang terlibat. Buat satu keputusan bijak berasaskan kedudukan kewangan anda.
..
7 Dapatkan seorang mentor. Adalah bagus untuk bertanyakan seseorang yang berpengalaman tentang selok-belok perniagaan yang diceburi, tentunya kepada usahawan yang berjaya, agar anda tidak melakukan kesilapan besar. Dapatkan seorang mentor yang anda boleh percayai dan berjumpalah beliau sekerap mungkin. Menyertai persatuan perniagaan juga akan banyak membantu anda dari segi mempelajari sesuatu daripada orang lain dan mengembangkan jaringan anda.
..
Pesanan Cendawan Global: Pastikan anda memulakan perniagaan sendiri berdasarkan sesuatu yang anda BENAR-BENAR mahu dan minat, dan bukannya untuk sekadar melarikan diri daripada kebosanan bekerja di pejabat sekarang. Untuk memudahkan anda melaksanakan apa yang dirancang, di sini saya senaraikan kursus tanaman cendawan yang akan dianjurkan oleh rakan-rakan usahawan cendawan di seluruh Malaysia.
..
Hampir 50% apa yang dinyatakan boleh anda perolehi melalui kursus ini dan selebihnya adalah atas kebijaksanaan dan usaha anda sendiri untuk merelaisasikan kejayaan sebagai usahwan yang berjaya. Selamat maju jaya!

..

..
............................................................


....

..

Jumaat, Mei 23, 2008

Cendawan Sisik

Cenawan Kukur / Sisik
(Schizophyllum commune)
..

Substrat / Media
Habuk kayu getah
Batang kayu
..
Pemeraman
Jangka masa : 21-25 hari
Suhu sesuai : 28-30°C
..
Pengeluaran Hasil
Jangka masa : 2-3 minggu
Suhu sesuai : 30-32°C
..
Hasil/beg (1 kg media)
40-50 gram
..
Catatan
Biasa tumbuh liar pada batang kayu mati.

..

..
Schizophyllum commune is a macrofungus, commonly called the "Split-Gill." It looks like a polypore but has uniquely splitting gills, and has been placed in its own family, the Schizophylaceae, by most taxonomists. It has been found growing on a variety of domestic materials, including plaster. These small bracket-like fungi are whitish, hairy, with tough leathery flesh.
..
They may remain dry for 50 years and when moistened will unroll their gills and begin shedding spores. Adverse health effects are rare but cases of the following in have been reported: brain abscess (1996), fungus ball in the lungs (1995), sinusitis (1992, 1990, 1986, 1956), allergic bronchopulmonary mycosis (1994), ulcerative lesions of the hard palate (1973), chronic lung disease (1956), meningitis (1955), and onychomycosis (1950).
..
No information is available regarding toxicity and allergenicity has not been well studied. Identification is made when the macro fungal bodies are collected and submitted. The basidiospores are somewhat distinctive and would be identifiable on spore trap samples if large fruitings are present within a building. In addition, this is one of the few macrofungi that grow and fruit on general fungal media.
..
Our laboratory has isolated this fungus on Andersen samples from buildings with large numbers growing on wooden building materials. Natural outdoor habitat of this fungus is hardwood sticks, stumps, and logs, with a worldwide distribution.

Rabu, Mei 07, 2008

Perkembangan Peserta Kursus Intensif Cendawan

..
..

Dua hari lepas saya dihubungi oleh saudara Zaidi, salah seorang peserta kursus yang hadir pada bulan Disember 2007 yang lepas. Saya masih ingat lagi kami sempat bertukar-tukar contact no. sebelum sesi kursus bersurai. Beliau memaklumakn baru sahaja memulakan projek cendawannya di kawasan Klang dengan saiz rumah cendawan boleh memuatkan sehingga 10,000 beg.
..
Projek ini akan diusahakan beliau bersama 4 orang lagi rakan kongsi. Dalam masa terdekat ini En. zaidi akan menghantar perkembangan terbaru beliau beserta gambarnya sekali dan saya akan paparkan di Cendawan Global ini untuk para pengunjung. Sebenarnya memang dari dulu lagi saya merancang untuk memaparkan perkembangan para peserta kursus cendawan setelah mereka mengikuti kursus intensif terutama dari En. Zul, Cendawan Puchong.
..
Kepada yang berminat, anda boleh hantarkan cerita terbaru anda dengan menyertakan sedikit sebanyak maklumat seperti:
..
1. Nama syarikat (jika ada)
2. Tempat projek cendawan
3. Jenis cendawan diusahakan
4. Siapa yang mengusahakan
5. Target dalam bisnes ini
6. Kejayaan terbesar setakat ini
7. Lain-lain tambahan
..
Anda boleh emailkan kepada saya di nizamsky@gmail.com dan sertakan juga gambar termasuk promosi daripada produk dan perkhidmatan anda.
Di samping cerita tentang perkembangan mereka (macam rancangan realiti pulak), saya akan berusaha sebaik mungkin untuk "matching' antara para pengusaha atau pengeluar cendawan yang ada di seluruh Malaysia dengan para bakal pembeli atau mereka yang memerlukan bekalan cendawan. Sebolehnya kita ingin melihat industri ini terus berkembang dan boleh memberikan sumbangan bagi meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.

..



..
Dan kepada yang berminat untuk menghadiri kursus intensif cendawan, anda masih berpeluang kerana pendaftaran dibuka sekarang. Sila hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut.

Sabtu, Mei 03, 2008

Merancang Strategi Pemasaran Berkesan

Saya percaya ramai bakal usahawan cendawan yang masih lagi belum begitu yakin dengan bisnes yang ingin dimulakan kerana memikirkan tentang pemasaran hasil keluaran nanti. Satu perkara yang perlu anda tahu ialah ada perbezaan antara jualan (sales) dengan pemasaran (marketing). Perbezaannya ialah jualan dilakukan secara individu manakala pemasaran dilakukan melalui sistem.
..
Terpulang kepada anda kaedah yang bagaimana untuk diaplikasikan bagi mempastikan bisnes cendawan anda sukses dan yang paling penting ia merupakan elemen wajib yang perlu dimasukkan di dalam rancangan perniagaan anda. Pada saya sendiri yang lebih berminat dengan pemasaran, akan lebih menumpukan kepada segala kaedah terbaik untuk mengembangkan jenama Cendawan Global dan bisnes cendawan itu sendiri. Sebagai panduan, saya sertakan di sini penerangan ringkas tentang pemasaran.
..
Apakah itu pemasaran?
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
..
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
..
1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
3. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan.
6. Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
..
Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi.
..
Mudah, kan?
Di sini saya kemukakan contoh bagaimana salah satu ciri pemasaran tersebut digunakan di Cendawan Global mempromosikan kursus intensif cendawan yang dianjurkan oleh En. Zul dari Puchong. Pendaftaran masih dibuka dan selamat berkursus diucapkan kepada yang hadir. Sekian, wassalam.
..