Halaman

Sabtu, Mei 31, 2008

Sebelum Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan

Topik yang serius sikit hari ni iaitu Perkara-Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan.
..
Kita semua akan dapat merasakan keadaan tidak selesa untuk meninggalkan pekerjaan sekarang demi melakukan sesuatu yang gila dan seronok serta berisiko dalam hidup kita. "Sesuatu yang gila" sering ditafsirkan sebagai menceburi bidang keusahawanan.
..
Saya akan berikan nasihat yang berguna melalui senarai perlu dibuat khas untuk anda yang telah mengambil keputusan nekad untuk mengikuti jalan ini.
..
1 Nilaikan berapa banyak simpanan yang anda ada. Memandangkan kebanyakan sumber modal pemilik perniagaan ialah daripada simpanan peribadi mereka, kita andaikan anda juga begitu. Duduklah dan tuliskan berapa banyak wang simpanan yang anda ada. Lihat bukan sahaja terhadap akaun simpanan anda di bank tetapi juga pegangan di dalam amanah saham atau mungkin saham-saham yang dimiliki.
..
Adakah semua ini mencukupi untuk bahagian anda bagi menyumbang kepada sebahagian modal permulaan bisnes anda. Jika tidak, mungkin anda fikir yang anda akan memperolehi pendapatan daripada perniagaan apabila beroperasi kelak dan seterusnya boleh menambah jumlah modal yang diperlukan.
..
Saya membangkitkan perkara ini kerana bisnes mungkin atau mungkin tidak berkembang maju sebagaimana yang dijangka dalam tempoh yang diharapkan. Adalah lebih baik untuk mempastikan yang anda secara peribadi mempunyai simpanan mencukupi bagi memenuhi keperluan modal malahaa sebelum anda memulakan operasi perniagaan anda.
..
2 Terus kekalkan dengan pekerjaan sekarang-buat masa ini. Jangan harapkan untuk memperolehi gaji daripada bisnes anda pada hari pertama ia dimulakan. Ia mungkin mengambil masa sebelum bisnes berkembang maju dan sehingga saat itu, anda perlu mempastikan bahawa anda masih mempunyai sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.
..
Jika tidak, anda akan terpaksa menggunakan wang simpanan yang ada. Memandangkan anda biasanya akan menjalankan perniagaan bersama rakan kongsi, bincang siapa di antara anda yang akan mengambil tugas dan peranan aktif di dalam operasi harian perniagaan tersebut. Individu tersebut mungkin akan menjalankan perniagaan sepenuh masa sekarang dengan gaji permulaan yang minimum (asalkan beliau mempunyai simpanan untuk menampung perbelanjaan seharian beliau).
..
Kemudian apabila perniagaan tersebut maju dan berkembang, anda mungkin melihat kepada keperluan untuk fokus kepada bisnes - itulah masanya untuk melepaskan pekerjaan yang dipegang sekarang.
..
3 Mulakan secara kecilan. Semasa perniagaan masih dalam tahap permulaan, pastikan kos yang anda tanggung adalah kecil dan seminimum mungkin. Pertimbangkan untuk mempunyai pejabat di dalam rumah untuk menjimatkan sewa pejabat. Ambil pekerja yang benar-benar diperlukan sahaja.
..
Berbanding membeli van penghantaran dan kederaan pengangkutan yang baru, dapatkan kenderaan secondhand yang baik atau gunakan kenderaan anda sendiri. 'Outsource' sesetengah kerja seperti perakaunan untuk merendahkan kos overhead.
..
4 Lakukan segalanya dengan betul dari awal lagi. Pastikan dana peribadi dan bisnes terpisah. Pastikan juga anda mempunyai kesemua permit dan kertas kerja yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan anda. Bayar lesen perniagaan dan cukai dengan tepat dan pada tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan denda. Jika tidak, denda dan penalti akan 'memakan' modal perniagaan anda.
..
5 Jangan abaikan sikap menjaga kesihatan kewangan peribadi anda. Teruskan menyimpan sebahagian daripada gaji anda. Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan kasar adalah permulaan baik tetapi lagi tinggi lagi bagus. Sasarkan untuk mempunyai dana kecemasan meliputi sekurang-kurangnya enam bulan nilai perbelanjaan peribadi. Jika bisnes anda gagal, anda akan mempunyai dana untuk digunakan sehinggalah anda bersedia untuk langkah seterusnya.
..
6 Kembangkan hanya selepas berfikir sedalamnya. Adalah amat mengujakan untuk membuka cawangan lain secepat mungkin jika yang pertama telah menunjukkan kejayaan. Sesetengah orang juga mula membeli peralatan baru dan aset tetap yang lain semasa tahun pertama walaupun pada masa bisnes tidak dapat menampung pembelian sebegini lagi. Sebelum melaksanakan sebarang langkan pengembangan untuk bisnes, kaji aliran tunai anda dan kos yang terlibat. Buat satu keputusan bijak berasaskan kedudukan kewangan anda.
..
7 Dapatkan seorang mentor. Adalah bagus untuk bertanyakan seseorang yang berpengalaman tentang selok-belok perniagaan yang diceburi, tentunya kepada usahawan yang berjaya, agar anda tidak melakukan kesilapan besar. Dapatkan seorang mentor yang anda boleh percayai dan berjumpalah beliau sekerap mungkin. Menyertai persatuan perniagaan juga akan banyak membantu anda dari segi mempelajari sesuatu daripada orang lain dan mengembangkan jaringan anda.
..
Pesanan Cendawan Global: Pastikan anda memulakan perniagaan sendiri berdasarkan sesuatu yang anda BENAR-BENAR mahu dan minat, dan bukannya untuk sekadar melarikan diri daripada kebosanan bekerja di pejabat sekarang. Untuk memudahkan anda melaksanakan apa yang dirancang, di sini saya senaraikan kursus tanaman cendawan yang akan dianjurkan oleh rakan-rakan usahawan cendawan di seluruh Malaysia.
..
Hampir 50% apa yang dinyatakan boleh anda perolehi melalui kursus ini dan selebihnya adalah atas kebijaksanaan dan usaha anda sendiri untuk merelaisasikan kejayaan sebagai usahwan yang berjaya. Selamat maju jaya!

..

..
............................................................


....

..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan