Halaman

Sabtu, Julai 12, 2008

Bagaimana Menangani Kulat Hijau

...
Masalah penyakit tidak dapat lari daripada projek tanaman cendawan dan seperti yang dikatakan oleh rakan saya, En. Zul daripada CendawanPuchong, setiap benda hidup akan mendapat penyakit. Dengan itu, kami di Cendawan Global cuba mengkaji dan membuat analisa apakah puncanya dan ini merupakan hasil pemerhatian:-
...
Pertama Beg media terlalu basah. Kandungan air semasa membancuh terlebih. Bila media terlalu basah biasanya pembiakan kulat hijau cepat terjadi. Terutamanya selepas tuaian pertama dan kedua. Bila kita buka penutup rehat beg media lebih terdedah kepada persekitaran, maka kulat ini mudah menyerang.
...
Kurangkan air semasa membancuh media. Bagi beg media saiz standard pastikan berat beg media antara 800g ke 1kg sahaja. Jika lebih dari 1kg bermakna kandungan air sudah terlebih.
..
Kedua Benih yang digunakan. Disebabkan benih yang digunakan tidak berkualiti. Benih boleh ditransfer sehingga 8 kali (8 generasi).
Generasi ke 4 dan ke atas biasanya kurang daya tahan kepada penyakit. Benih yang baik adalah adalah benih yang melalui proses tisu kultur iaitu generasi pertama dan benih hasil transfer dari benih yang pertama hingga yg ke 3 sahaja.
...
Gunakan benih dari pengusaha yang sudah establish sahaja. Cara yang paling mudah ialah dengan membuat sedikit eksperimen iaitu gunakan benih daripada pengeluar yang berlainan dan lihatlah hasilnya. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai benih tersebut dan kemudian barulah putuskan mana satu pembekal benih yang akan dipilih.

...
Ketiga Beg media belum cukup matang. Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak bermakna ianya sudah matang. Memanglah maisilium akan menguasai luas permukaan beg media dalam 2 bulan. Tetapi tempoh tersebut maisilium tidak cukup matang.

...

Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg media selama 3 bulan, barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan ianya betul-betul menguasai keseluruhan beg media dan menghalang kulat lain bersaing dengannya. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.

... ...
Keempat Bawaan seranggan kumbang atau bari-bari. Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkati kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg media lain, kulat hijau ini akan berjangkit ke beg media yg lain pula.

......

Jika anda mengalami masalah kumbang yang serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu. Tutup semua beg media dengan penutup rehat. Kemudian spray rumah cendawan dan beg media dengan racun serangga agar kumbang dan bari2 tersebut mati. Sebelum buka semula penutup rehat basuh rumah cendawan dan semburkan air ke beg media agar rasa dan bau racun serangga tersebut hilang. Kalau tak takut cendawan yang keluar ada bau racun serangga.

...
Kelima Bahan dedak yang digunakan. Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak gandum. Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau adalah lebih baik asingkan beg tersebut dan buatkan banyak lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan ini akan membantu tingkatkan kg cendawan. Walaupun umur beg tak panjang, sekurang-kurangnya kos belian beg dapat semula. Jika kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada rawatan. Cuma guna saja kaedah di atas supaya dapat balik kos belian tu.

...

Keenam Penjagaan kebersihan. Cara yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan atau sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah dengan mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa akar cendawan. Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai bahan steril dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup terlebih dahulu di dalam larutan tersebut. Kebersihan amat penting dan perlu dititik beratkan.

...

Kesimpulannya, banyak faktor terjadinya serangan kulat hijau dan kaedah pencegahan serta penjagaan kebersihan memainkan peranan utama agar kerosakan dan kerugian daripada penyakit ini dapat dikurangkan seminimum mungkin.

...

Sumber di petik daripada www.e-cendawan.blogspot.com, www.cendawanpuchong.blogspot.com, dan PPJBS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan