Halaman

Ahad, Julai 20, 2008

Cendawan Shiitake Hybrid Kebanggaan Gunung Jerai

JERAI 2 Jun - Di sebalik rimbunan pohon-pohon yang menghijau di puncak Gunung Jerai, tiada siapa menyangka wujudnya ladang penanaman cendawan shiitake yang berjaya menghasilkan cendawan bermutu tinggi hasil daripada titik peluh anak tempatan.
...
Mungkin kita pernah melihat produk cendawan keluaran syarikat Agro-Bio Future Sdn. Bhd. di kebanyakan pasar raya seluruh negara dan menyangka cendawan itu diimport dari Jepun atau China tetapi sebenarnya ia adalah hybrid dari Gunung Jerai.
...
Usaha tanpa jemu selama lebih 10 tahun, Ooi Chooi Liang, 55, akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kepada pemiliknya itu setelah dia memulakan projek penanaman cendawan pada 1985. Hanya berteraskan minat, Chooi Liang yang merupakan anak jati Kedah memberanikan diri untuk meneroka kawasan pergunungan yang masih belum diteroka untuk dijadikan kawasan tanaman cendawan shiitake.
...
Menurut beliau, permintaan tinggi terhadap cendawan shiitake atau nama saintifiknya 'Lentinus Edodus' di pasaran tempatan mendorongnya untuk berani mengambil risiko bersara awal dari sektor awam dan 'bertapa' di Gunung Jerai sehingga berjaya menghasilkan cendawan shiitake hybrid Jerai.
...
"Saya berbangga setelah berulang kali mencuba ketika mula-mula menceburi bidang ini, kejayaan berpihak kepada saya," kata Chooi Liang ketika ditemui Utusan Malaysia di Gunung Jerai baru-baru ini. Jelasnya, seseorang itu perlu jatuh cinta dahulu pada cendawan shiitake untuk mendapatkan hasil yang bermutu tinggi.
...
Malah kata Chooi Liang, dia perlu membelai manja semua cendawan yang ditanam dengan penuh kasih sayang selama sembilan bulan sebelum dapat mengutip hasilnya.
...
"Cendawan ini adalah cendawan yang amat cerewet dan sensitif kepada keadaan persekitaran dan setelah menjalankan penyelidikan mengenai cendawan ini saya dapati ia sesuai ditanam dikawasan gunung ini.
...
"Pertumbuhan cendawan shiitake memerlukan suhu yang sejuk dan kawasan Gunung Jerai yang terletak berhampiran laut juga menjadikan cendawan yang terhasil amat bermutu tinggi dan antara yang terbaik di dunia," katanya.
..
Sebelum dapat menuai hasil cendawan, terdapat langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan cendawan yang dihasilkan benar-benar bermutu tinggi.
...
Katanya, bermula dengan proses strain selection, innoculation, spawn run, fruiting dan harvesting semuanya perlu dilakukan dengan teliti dan penuh kesabaran barulah cendawan terbaik dapat dihasilkan.
...
"Mungkin ada yang berkata saya tidak betul, tetapi setiap hari saya akan bercakap dengan cendawan dengan harapan ia akan memberikan hasil yang terbaik kepada saya.
...
"Setelah melalui tempoh matang selama sembilan bulan, setiap beg cendawan dapat mengeluarkan hasil selama tiga bulan secara berterusan.
...
Chooi Liang berkata, shiitake mempunyai harga yang tinggi di pasaran dan mencecah RM50 sekilogram dan kerana kekurangan bekalan, setakat ini ia hanya mampu memenuhi pasaran tempatan walaupun terdapat permintaan dari luar negara.
...
Sumber : Utusan Online





Tiada ulasan:

Catat Ulasan