Halaman

Ahad, Januari 25, 2009

Sumbangan untuk blog Cendawan Global

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
..
Blog Cendawan Global dilancarkan pada bulan Julai 2007 yang pada asalnya saya setelah membuat serba sedikit kajian pasaran dan gerak hati, apakah bisnes yang boleh dibuat secara online dan mendapat sambutan ramai ketika itu.
..
Tak sangka dalam masa sebulan dua tersebut sambutan semakin menggalakkan dan sehingga kini momentumnya masih ada walaupun kadang-kadang ada pasang surutnya. Yang paling saya banggakan ialah melalui blog ini, jaringan antara pengusaha, pelanggan, pembekal dan usahawan berkembang dan membentuk komuniti usahawan yang unik.
..
Secara peribadi saya boleh katakan yang memang kita boleh buat duit dengan kuasa internet dan blog jika subjek dan produk yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran. Namun, ada masanya untuk menjadikan blog Cendawan Global ini sentiasa relevan dan dikemas kini sentiasa, sokongan daripada anda sekalian amatlah dialu-alukan terutamanya dari segi dana bagi menjalankan operasinya.
..
Untuk itu, saya melancarkan satu usaha iaitu dana bagi blog Cendawan Global. Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai bagi memperkembangkan lagi industri cendawan ini di peringkat yang lebih tinggi.
..
Anda boleh membuat sumbangan terus ke akaun saya dan jika mahu, anda boleh emailkan maklumat peribadi atau syarikat serta bisnes anda dan saya akan paparkan kredit di blog ini sebagai pulangan, maknanya sumbangan anda akan dipaparkan di sini untuk ditatapi oleh semua (jika anda mahu) dan juga boleh dianggap sebagai iklan bisnes anda nanti.
..
Sumbangan kewangan untuk Cendawan Global:

..
MAYBANK : 1510-7116-7133 : AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
..
@
..
CIMB BANK : 0506-0078-123525 : AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
..
Saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga bisnes cendawan lebih sukses lagi pada masa hadapan. Sekian, wassalam.

2 ulasan:

  1. Menarik sungguh melihat aktiviti yang ada di dalam Blog ini.. Semoga industri cendawan terus berkembang..



    bLOG-Teknologi-Pertanian

    BalasPadam
  2. terima kasih. sila berkunjung lagi dan kongsi cerita bisnes dan cendawan di sini

    BalasPadam