Halaman

Jumaat, April 05, 2013

Lagi khasiat cendawan dibongkar


5) Cendawan Shiitake

Cendawan Shiitake (Lentinus edodes) adalah sejenis cendawan macam bunyi "Bahasa Jepun"  yang sukar orang Melayu nak sebut. Cendawan ini ada ditanam di negara kita terutama di kawasan suhu sejuk di kawasan tanah tinggi dan juga ada juga ditanam dikawasan rendah. 

Cendawan ini mengandungi bahan Lentinan iaitu sejenis ubat antikanser khusunya untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.  

Cendawan ini dapat membantu merencatkan kejadian semula sel kanser.  seperti kebanyak jenis cendawan yang dikenali, cendawan Shiitake memang mempunyi keupayaan meningkatkan sistem imun badan dengan merangsang limfosit dan Makrofaj melawan bakteria, virus dan sel tumor serta toksin dalam badan manusia.


6) Cendawan Kukur

 Cendawan Kukur (Schizophyllum commune) merupakan sejenis cendawan yang sukar kita jumpai di negara kita kalau kita tidak mengenalinya. Cendawan ini mengandungi bahan Schizophyllan iaitu sejenis ubat yang dikenalpasti sebagai ubat anti tumor dan kanser. 

Cendawan ini mampu meningkatkan sistem imun badan manusia jika dimakan mengikut kesesuaiannya. 

Khasiat lain cendawan ini seperti sebagai antiradangan (anti inflamatory system) dan anti bakteria serta anti parasit. Keistimewaan cendawan ini adalah untuk mengawal dan melindungi Hati manusia.


7) Cendawan Butang

 Cendawan Butang (Agaricus brasilliensis) adalah sejenis cendawan berbentuk butang dibahagian atasnya yang berwarna keputihan. Cendawan Butang ada ditanam di Malaysia oleh beberapa usahawan seperti di Kelang Selangor untuk pasaran segar tempatan. 

Cendawan Butang yang telah dikeringkan banyak djual di pasaraya dan sering digunakan oleh ramai penduduk Malaysia. 

Cendawan Butang didakwa dapat merencatkan sel tumor dalam badan manusia serta membantu mengawal tekanan darah. Keistimewaan cendawan butang adalah dapat merawat penyakit Gastrik dengan memakannya. 

Cendawan butang yang kering direndam dahulu atau terus masukan dalam sup, masakan tumis dan sebagainya untuk dihidangkan. Rasanya sedap dan lazat.


8) Cendawan Jarum Emas

Cendawan Jarum Emas (Flammulina velutipes) adalah cendawan berbentuk jarum yang mempunyai batang pabjang berwarna keemasan dibahagian kudup.  Cendawan ini tidak ditanam di negara kita secara komersil dan banyak dihasilkan di negara China, Jepun dan Korea selain daripada di Eropah. 

Khasiat cendawan Jarum Emas adalah merupakan toksik kepada sel tumor manusia. 

Cendawan ini juga didapati meningkatkan sistem imun dalam badan bagi menghalang jangkitan kulat dan juga virus kepada pemakannya. Secara klinikal juga terbukti bertindak sebagai antiradangan, meningkatkan aktiviti pelindung sel yang menghalang kerosakan DNA Sel Darah. 


Khasiat cendawan memang telah terbukti baik dalam meningkatkan kesihatan. Pengeluaran cendawan memerlukan modal dan ilmu pengetahuan dalam proses pengeluaran. Banyak masalah dalam pengeluaran yang perlu diatasi seperti pengeluaran  benih, kawalan penyakit, masaalah lepas tuai dan masaalah media untuk bongkah. 

Industri ini perlu disokong dengan baik agar pengeluaran cendawan untuk pasaran domestik akan menuju kearah pasaran ekspot pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan