Halaman

Isnin, April 08, 2013

Maklumat rumah cendawan


PENANAMAN CENDAWAN
Penanaman cendawan mengikut persekitaran adalah seperti berikut:-
     Penanaman cendawan tanah rendah:
    Keperluan suhu antara 25-32o

Penanaman cendawan tanah tinggi:
Keperluan suhu antara 14-22o

Penanaman cendawan persekitaran terkawal:
Keperluan suhu antara 10-18oC
Persediaan di tapak projek (seluas 2 ekar)
  • 1 unit bangunan untuk pejabat, pengumpulan hasil, bilik penyimpanan (chiller) dan bilik proses.
  • 1 unit bangunan untuk menyimpan habuk kayu dan ruang penyediaan beg media
  • 1 unit bangunan untuk pengukusan, penyejukan beg media dan bilik penyuntikan benih
  • 10 unit rumah cendawan bersaiz 20' x 50' untuk pemeraman dan pengeluaran hasil

Ciri-ciri asas rumah cendawan
  • Pengudaraan yang baik - gunakan dinding netting
  • Suhu sesuai:  28oC-30oC - rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari
  • Kelembapan bandingan yang tinggi:  80-90% (siram dua kali sehari)
  • Kalis serangga dan penyakit - dinding netting dan lantai bersimen

 
Ukuran rumah cendawan yang sesuai
Besar:  20' x 50' - memuatkan 10,000 - 15,000 beg
Kecil:   20' x 15' - memuatkan 5,000-6,500 beg
Contoh:  Rumah berdinding jaring (netting) dan rumah berdinding daun nipah.  Rumah cendawan tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal jangkitan pencemaran.

Ruang dalam bangunan
  • Ruang penyediaan - ruang menggaul media
  • Ruang pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
  • Bilik suntik - ruang menyuntik benih
  • Bilik pemeraman - ruang untuk meletak beg media semasa pemeraman
  • Ruang pengeluaran hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil

Amalan pengurusan baik
Mematuhi susun atur kerja yang mengambil kira kawasan basmi kuman dan bukan basmi kuman (perlu dipatuhi untuk mengelakkan pencemaran).  Kebersihan ruang perlulah dijaga. Kerja-kerja penyediaan beg hendaklah dilakukan di kawasan tidak basmi kuman dan aktiviti pengukusan di sempadan antara kawasan tidak basmi kuman dan kawasan basmi kuman. 
Manakala kerja menyuntik benih dilakukan di kawasan basmi kuman dan pemeraman serta memungut hasil di kawasan basmi kuman.
Dapatkan bekalan bahan media (habuk kayu getah, dedak, kapur) dan bekalan peralatan (tutup dan leher beg media, mesin bancuh, tong dram atau pengukus besar (steamer) serta mesin pengisi dan pembekal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan