Halaman

Khamis, April 11, 2013

Senang diusahakan sedap dimakan



Inilah rupa cendawan tiram kelabu di bongkahnya
Inilah dia kalau nak kenal Cendawan Tiram Kelabu. Ia mudah untuk di tanam di rumah atau tempat yang bersesuaian.

Ia sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat kecil-kecilan atau belajar menjadi usahawan kecil-kecilan. Bila dah biasa mengusahakannya dan memahami tabiat dan habitat cendawan ini, bolehlah kalau nak serius menjadi usahawan cendawan.

Pantang larang tentang cendawan ini, ia amat sensitif dengan bahan kimia, asap rokok, minyak wangi, atau sebarang bauan. Dan yang penting ia perlu kepada tempat yang teduh, lembap dan sedikit gelap.

Mudah dijaga tapi perlu tahu caranya
Menu apa yang sesuai? 

Oh banyak sekali...yang paling asas adalah sup cendawan bersama lada hitam atau goreng bersama telur, juga enak kalau digoreng celup tepung. Selain itu dimasak tom yam, chinese style, western style dan macam-macam lagi.

Kos untuk satu bongkah bagi yang berminat adalah antara RM1.50 hingga RM2.00 bergantung kepada kos pengusaha dan selalunya ia siap disuntik dengan benih cendawan.

Bestkan kalau dapat petik sendiri
Kalau nak tengok macam mana ia diusahakan secara komersil, boleh melawat ke ladang-ladang yang diusahakan di kawasan yang berhampiran tempat anda sebagaimana gambar-gambar ini.

Sesuai untuk sesiapa yang ingin jadi usahawan
Banyak yang kita boleh belajar maca mana cendawan ini tumbuh, jangka hayatnya serta lain-lain yang berkaitan dengan cendawan. 
Pihak kami di  sedia membantu anda. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan