Saya Muzaffar dr Alor Setar, Kedah. Ceritanya begini. Saya ada satu Cendawan yang unik dan ada nilai seninya telah disimpan lama oleh keluarga sebelah isteri saya. Abang ipar saya telah menjumpainya semasa mencari madu lebah di hutan tebal sebelah Pokok Sena, Kedah sekitar 10 tahun yg lalu.
Keadaan cendawan tersebut masih lagi baik walaupun telah dikerat dari tutasnya dan tidak reput. Saya tidak tahu apa kelebihan kulat ini. Ada yang kata ianya boleh buat ubat, buat perhiasan rumah dll.
Apa-pun, saya & isteri tidak lagi berhasrat mahu menyimpannya. Lebih baik dijual kepada mereka yg tahu menilai dan boleh menjadikan ia lebih unik dan berniali tinggi. Saya mahu menjualnya dengan kadar segera.
Mohon tuan nilai dan beri pendapat pada saya kerana saya percaya anda lebih berpengetahuan dalam cendawan daripada saya.
Tuan boleh hubungi saya 013-497 5996.
Terima kasih. Nota Cendawan Global: Secara peribadi, saya kurang pasti, apakah jenis cendawan ini serta khasiat daripadanya. Apa pun, sekiranya ada rakan-rakan yang tahu, mungkin boleh komen di sini ataupun hubungi terus En. Muzaffar. Terima kasih. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan