Halaman
▼
Ahad, Julai 07, 2013
Kebaikan cendawan
Pengenalan Fakta Mengenai Cendawan:
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah.
Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.
Senarai cendawan yang boleh dimakan ialah:
1. Cendawan Tiram
2. Cendawan Telinga Kera @ Jeli Hitam
3. Cendawan Kukur
4. Cendawan Shiitake
5. Cendawan Butang
6. Cendawan Enoki
7. Cendawan Jarum Emas
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang, kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.
Cendawan Tiram Kelabu
Mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan