Halaman

Jumaat, Ogos 30, 2013

Beli bongkah vs buat bongkah


 Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masakini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? 

Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. 

Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit. Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. 

Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tahu serba sedikit cara penjaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik2 buka tutup penutup untuk tau macamne nak keluarkan hasil tiap-tiap hari. 

Ini ada sedikit tip untuk anda lihat kelebihan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.

Beli bongkah


  • Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll.
  • Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah rumah pun boleh.
  • Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual!
  • Tiada masalah penyakit..kalau dah pun sedikit.
  • Boleh test market dulu…ada atau tidak permintaan penduduk setempat.
  • Boleh beli sikit-sikit dulu…100 bongkah ke ikut modal la.
  • Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung.
  • Boleh buat secara separuh masa.


Buat bongkah



  • Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll…
  • Sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
  • Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
  • Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
  • Masalah penyakit kulat perosak
  • Jimat kos
  • Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z
  • Kena buat sepenuh masa
  • Cara mana yang anda pilih itu bergantung la….ikut kemampuan masing-masing.

Isnin, Ogos 26, 2013

SOP memulakan projek tanaman cendawan



Langkah 1. Kenalpasti lokasi tapak bangsal cendawan..tiada berlaku banjir.

1,000 bongkah ruang bersaiz 2m x 3m
2,000 bongkah ruang bersaiz 3m x 4m
3,000 bongkah ruang bersaiz 4m x 5m
4,000 bongkah ruang bersaiz 5m x 6m

2. Siapkan rumah cendawan, rak, dan peralatan berkaitan.

3. Beli bahan mentah seperti habuk kayu getah, dedak, kapur pertanian dll.

Dinasihatkan supaya beli bongkah matang (sedia dibuka) bagi yang baru nak mula projek. Sekurangnya 1000 bongkah matang supaya anda boleh belajar selok-belok pengeluaran hasil cendawan tanpa mengeluarkan modal yang banyak.

4. Penjagaan Rumah Cendawan

Sentiasa bersihkankan rumah cendawan untuk kurangkan penyakit dan serangga. Monitor kelembapan dan cahaya.

5. Periksa jangkitan kulat perosak dan penyakit
Periksa paling kurang 2 kali seminggu.

6. Menuai hasil

Kutip cendawan 2 atau 3 kali sehari untuk mendapat cendawan yang muda dan segar.

7. Jualan dan pemasaran

Jual terus atau supply kat hotel dan kedai makan. Sentiasa respon kepada harga dan permintaan pelanggan.

8. Simpan rekod

Rekod penting untuk kita tahu keuntungan yang diperolehi dan kos-kos yang terlibat. 

Ahad, Ogos 18, 2013

Panduan tanam cendawan guna VCD



KRISIS kenaikan harga minyak bukan sekadar mempengaruhi peningkatan kos perkhidmatan malah barangan runcit termasuk makanan dan produk pertanian juga turut melambung.

Kemelut yang menjurus kepada inflasi ini sekali gus mengubah gaya hidup dan cara kita berbelanja.

Memanfaatkan kawasan tanah atau ruang belakang rumah dengan bercucuk tanam merupakan antara usaha berjimat cermat yang nyata mampu membantu mengurangkan perbelanjaan dapur.

Sudah tiba masanya kita menukar pokok hiasan di halaman rumah dengan cili, serai, lengkuas, bendi atau tomato.

Pagar yang mengelilingi kawasan rumah pula boleh ditanam dengan sayuran menjalar seperti kacang panjang, petola atau kacang botol.

Yang pastinya usaha kecil ini mampu mengurangkan keluhan kita akibat kenaikan harga pelbagai jenis sayuran ketika membeli-belah di pasar.

Cendawan juga merupakan antara tanaman sayuran yang mudah ditanam.

Di samping dapat menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga ia juga boleh dijual bagi menambah pendapatan.

Menanam cendawan tidak memerlukan kawasan yang luas. Selagi ruangnya teduh dan bebas pencemaran, cendawan mudah tumbuh dan membesar.

Memandangkan cendawan tidak perlu dibaja atau kerap disiram, ia amat sesuai untuk diusahakan oleh golongan wanita.

Menyedari akan hakikat inilah maka Cendawan Global bekerjasama Cendawan Puchong mengambil inisiatif dengan menerbitkan VCD mengenai Teknik Penanaman Cendawan Tiram Kelabu bagi memberi kemahiran kepada orang ramai dalam mendalami teknik sebenar penanaman tersebut.

Antara aspek yang diketengahkan ialah Kaedah Pemilihan Tapak, Pembinaan Rak Cendawan, Teknik Menyedia Beg Cendawan, Pemilihan Benih, Pengkukusan, Pemeraman dan Proses Penjagaan dan Penuaian.

“Apa yang diharapkan penerbitan VCD ini akan dapat memberikan gambaran jelas mengenai industri ini sekali gus melahirkan lebih ramai lagi pengusaha cendawan di Malaysia. 

Konsep penanaman secara kecil-kecilan yang terkandung di dalam VCD ini juga dapat mengubah tanggapan orang ramai bahawa perusahaan cendawan ini perlu dimulakan dengan skala besar.

Selain itu, dengan kenaikan harga sayuran masa kini, dirasakan industri cendawan ini mampu memberi pulangan yang lumayan kepada para pengusaha terutama kepada pengusaha yang dapat meneroka pasaran sendiri.

Ini memandangkan harga cendawan kini di pasaran telah menjangkau sehingga RM12 sekilogram.

Dengan mempelajari teknik penjagaan yang baik, hasilnya bukan sekadar dapat dinikmati sekeluarga, malah ia mampu menjana pendapatan sampingan terutamanya kepada kaum ibu, pesara, para belia dan siswazah menganggur.

Bagi mereka yang ingin mengusahakan pada skala sederhana atau besar, garis panduan mengenai penyediaan dan ukuran tepat rumah cendawan juga diketengahkan.

Pelbagai contoh rumah cendawan dipaparkan untuk rujukan pengusaha.

Pada dasarnya ruang atau rumah cendawan yang berukuran 20 x 50 kaki mampu memuatkan 10,000 hingga 15,000 beg cendawan manakala keluasan ruang antara 20 x 15 kaki pula mampu menampung 3,000 hingga 4,500 beg cendawan.

Rumah cendawan tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal jangkitan pencemaran.

Bagi yang ingin mengusahakannya secara kecil-kecilan, konsep ruang yang sama boleh diubah suai mengikut jumlah cendawan yang hendak dihasilkan.

Rak cendawan juga boleh dibina mengikut kreativiti sendiri. Bagaimanapun asas binaan haruslah mempertimbangkan aspek kebersihan dan kemudahan ketika tuaian.

Penggunaan atap dan dinding berjaring juga penting bagi menjamin kelembapan.

Begitu juga dengan saiz rak cendawan.

Kedudukan rak yang terlalu rendah ke lantai akan menyebabkan kekotoran mudah hinggap di beg cendawan dan merosakkannya.

Tingkat rak yang terlalu tinggi pula akan menyukarkan proses mengutip hasil.

Dalam situasi menghadapi krisis pemakanan dan kenaikan harga barangan mentah, jangan membatasi kehendak kita untuk bercucuk tanam di rumah sendiri. Kita mampu berjimat cermat dengan menanam hasil sayuran sendiri.


Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Isnin, Ogos 12, 2013

Cendawan yang cantik di dunia tetapi...



















Di Malaysia, kalau dengar cendawan pasti kita akan membayangkan cendawan yang berwarna koko dan bertompok-tompok tidak cantik tetapi tahukah anda?

Cendawan ataupun lebih tepat lagi kulat juga mempunyai pelbagai warna, bentuk dan rasa.

Pastinya cendawan-cedawan  di atas sangat cantik tetapi...awas kerana ia sebenarnya beracun!