Halaman

Khamis, Disember 26, 2013

Beli bongkah atau buat bongkah cendawan sendiri?

 

Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masakini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? 

Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit.

Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tau seba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik-teknik buka tutup penutup untuk tau macam manae nak keluarkan hasil setiap hari. Ini ada sedikit tip untuk anda lihat perbandingan serta kelebihan / kekurangan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.

Beli bongkah cendawan matang

  • Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll 
  • Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh
  • Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual
  • Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit
  • Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat
  • Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la
  • Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung
  • Boleh buat separuh masa

Buat bongkah sendiri

  • Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll… 
  • sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
  • Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
  • Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
  • Masalah penyakit kulat perosak
  • Jimat kos
  • Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z
  • Kena buat sepenuh masa

Cara mana yang anda pilih?


Itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Saya sendiri pun bermula dengan membeli bongkah yang diproses dan benih diisikan sendiri. :)

Selasa, Disember 17, 2013

Kursus Tanaman Cendawan tahun 2014






Tahun baru 2014 akan bermula dengan kursus asas tanaman cendawan yang akan dianjurkan oleh rakan bisnes Cendawan Global iaitu Cendawan Puchong.

PESANAN DARIPADA CENDAWAN PUCHONG: Kepada mereka yang berminat untuk berkursus cendawan secara berkumpulan sendiri, kami tetap menerimanya. Minimum 3 orang dan yuran cuma RM200 seorang. Kelebihannya ialah tarikh kursus anda yang tetapkan! :) 

Kursus yang masuk tahun ke-7 anjuran En. Zul dari Puchong ini merupakan peluang terbaik buat anda mendapatkan maklumat dan tips berguna dalam memulakan bisnes cendawan. Tiada apa lagi yang lebih berguna selain mendapatkan tunjuk ajar daripada usahawan cendawan sendiri.

Cadangan saya ialah tetapkan satu masa berdasarkan tarikh-tarikh yang disenaraikan dan hubungi pihak urusetia untuk pertanyaan lanjut dan juga pendaftaran.

Selamat maju jaya diucapkan!

Ahad, Disember 15, 2013

Projek Cendawan Global di Johor


Semalam saya telah hadiri satu perjumpaan dengan pemilik tapak, En Bob dan En. Salim yang juga mentor saya merangkap penyewa semasa rumah cendawan di PPRT Sri Jaya, Johor. Hasil perbincangan tersebut adalah saya akan menjadi pengusaha baru di tempat ini di mana terdapat 6 buah rumah cendawan yang boleh memuatkan sehingga 50,000 bongkah cendawan. Kerja-kerja pembersihan akan bermula pada bulan ini dan dijangkakan kerja-kerja pembuatan bongkah pada bulan Januari 2014.

Perjumpaan dihadiri bersama oleh rakan kongsi saya iaitu Puan Zakiyah dari Pasir Gudang. Kami merancang untuk menjadikan projek cendawan ini antara yang terbesar dan berdaya maju di kawasan Kota Tinggi & Kulai khasnya dan Johor amnya. Lokasi yang strategik iaitu 11km dari Kota Tinggi dan 32 km dari Kulai serta kemudahan yang lengkap, ditambah keyakinan dengan khidmat nasihat pengusaha yang berpengalaman, saya yakin projek ini akan berjaya.

Tujuan utama adalah tidak lain untuk memenuhi permintaan cendawan segar di kawasan sekitar Kota Tinggi serta membekalkan bongkah cendawan yang telah siap kepada bakal pengusaha yang ingin memulakan projek cendawan. Insyaallah, kursus asas juga boleh dijalankan di sini pada sedikit masa lagi.

Buat peminat, pelanggan dan rakan-rakan cendawan sekalian, saya akan kemas kini perkembangan projek ini dari masa ke semasa. Nantikan!  


Bersama Puan Zakiyah, En Salim dan Bob.

Selasa, Disember 10, 2013

Cendawan Busut


cendawan-busut2 Cendawan Busut
Nama: Lyophyllaceae
Nama saintifik: Termitomyces sp
Spesis yang terdapat di Malaysia: Termitomyces heimii Natarajan, Termitomyces albuminosa. 
Saiz: Pileus (Kepala/ Tudung)1.5-7 cm diameter menegikut spesis.
Lokasi: Ladang kelapa sawit, kebun getah, kebun, kawasan hutan yangtidak tercemar dengan racun serangga. Boleh didapati seluruh Malaysia.
Cara Pembiakan: Obligat simbiosis dengan anai-anai (Macrotermes spesis dan Odototermes spesis).
Fakta
  • Tumbuh di atas busut anai-anai
  • Tumbuh secara koloni
  • Antioksida yang baik dan kandungan lemak yang rendah kolesterol yang tinggi
  • Tahap racun (sekiranya ada) pada manusia. Setakat ini tiada kes keracunan. Perlu dimasak sebelum makan

Harga Pasaran: RM20 sekilogram
Salah Faham:
Struktur morfologi dan warna yang hampir sama iaitu putih spesis yang beracun seperti Macrolepiota spesies, Lepiota Spesies dan Amanita spesies.
Cara untuk mengelakkan salah faham. Pastikan bahawa di bawah cendawan tersebut terdapat busut cendawan dan akar cendawan busut panjang dan sampai ke dalam sarang anai-anai tersebut.
Sumber: malaysianfungi.webs.com

Isnin, Disember 09, 2013

Persediaan memulakan projek cendawan

 RAMAI daripada kita merupakan penggemar cendawan, sayur yang unik tetapi mempunyai banyak khasiat. Tahukah kita bahawa jumlah cendawan yang dimakan oleh rakyat Malaysia ialah 324 gram seorang setahun atau jumlah yang diperlukan ialah 8,100 tan setahun. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan pengeluaran cendawan negara pada masa ini iaitu sebanyak 5,500 tan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan pengambilan cendawan rakyat Malaysia dari 324 gram setahun kepada dua kilogram setahun. Ini memerlukan peningkatan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan setahun.

Jawapan kepada masalah tersebut ialah perlunya industri tanaman cendawan diperhebatkan, sekali gus menjana pengeluaran yang mencukupi pada masa akan datang. Seperti juga tanaman lain, industri tanaman cendawan juga mengalami evolusi teknologi dan berdasarkan catatan, pada 1960- an cendawan ditanam pada batang kayu terutama jenis shiitake dan telinga kera.

Sedekad kemudian, kaedah baru digunakan iaitu penggunaan jerami padi sebagai media tanaman sebelum penggunaan hampas kapas pada tahun 1980-an. Itu cerita dalam tempoh tiga dekat tetapi suntikan teknologi kini menjadikan tanaman cendawan diusahakan secara komersial dan berteknologi tinggi.

Kaedah terkini ialah menanam cendawan menggunakan habuk kayu dalam polibeg atau beg media. Setengah pengusaha kini mampu menghasilkan benih sendiri dengan penggunaan kaedah bioteknologi tetapi kosnya lebih tinggi.


.
Persediaan Bagi Memulakan Projek Cendawan

1. Minat dan pengetahuan mengenai teknologi
  • mempunyai minat dalam penanaman cendawan
  • tahu teknologi terkini
  • tahu jenis cendawan yang hendak ditanam
  • tahu keperluan asas jenis cendawan yang hendak ditanam

2. Tapak/ Lokasi Projek
  • pastikan di mana lokasi projek yang sesuai
  • keperluan bangunan
  • maklumkan kepada pejabat Pertanian Daerah terdekat

3. Pembekal Peralatan dan Bahan
  • pastikan peralatan dan bahan yang perlu
  • dapatkan senarai pembekal yang terdekat

4. Sumber Kewangan
  • kewangan penting untuk membangunkan projek
  • modal sendiri atau perlukan pinjaman
  • ambil tahu dan ambil peluang insentif kerajaan

5. Pemasaran
  • kaji keperluan dan permintaan cendawan semasa
  • dapatkan saluran pemasaran yang termudah
  • fikirkan bidang industri asas tani untuk cendawan yang ditanam
 
Sebagai usahawan dan juga bakal pengusaha cendawan, rancangan perniagaan yang lengkap dan berkesan menjadi satu kewajipan apabila ingin memulakan projek cendawan. Dalam rancangan perniagaan itu, perlu dimasukkan kelima-lima elemen yang disebutkan di atas. 

Kejayaan projek cendawan dan bisnes nanti bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan pihak pengurusan dan sumber-sumber yang ada. 

Selamat maju jaya!

Selasa, Disember 03, 2013

Fakta menarik tentang kulat dan cendawan


.
 
# 1.  Hericium erinaceus
Atau Cendawan Gigi Berjanggut salah satu kulat  yang boleh dimakan. Terdapat di Amerika Utara di kawasan hutan pokok Beech Amerika. Bila dimasak rasanya seperti makanan laut. Menakjubkan rupanya,kan?



  .
# 2. Gyromitra esculenta Cendawan otak. Spesies yang jarang ditemui.Ada yang boleh dimakan dan ada yang beracun. Ditemui dengan mudah di kawasan hutan kedua-dua belah Atlantik Ia terus dicari oleh pemburu cendawan walaupun cendawan otak telah diharamkan daripada dijual kepada orang awam di Sepanyol. 
 


  .
# 3. Fly Agaric (Amanita Muscaria)
Cendawan Fairy Tale Ia juga dikenali sebagai Fly Amanita, ini mungkin salah satu cendawan yang paling terkenal di dunia dalam lukisan, kartun Smurfs, cerita dongeng Alice In Wonderland, filem, dan permainan komputer. Cendawan yang indah dengan topi merah terang dan bintik putih. Sangat cantik untuk dipandang tetapi hakikatnya ia adalah sangat beracun.



Cendawan Gigi Berdarah
.
 
# 4. Hydnellum pecki
Cendawan Gigi Berdarah, mendapat namanya daripada cecair yang berwarna merah seperti batu delima yang meleleh dari liang-liang kulat seperti bentuk gig. Ini menjadikan ia kelihatan seperti cendawan berdarah dari dalam. Bagaimanapun, cecair ini juga boleh menjadi  merah jambu, jingga, kuning atau beige. 
 
Cecair merah seperti darah membuat ia kelihatan  sangat dramatik dan menyeramkan. Walaupun tidak toksik, kulat ini  tidak boleh dimakan manusia kerana rasanya yang amat pahit. Walau bagaimanapun, penyelidikan saintifik memberi kredit kepada cendawan ini dengan sifat antibiotik yang berkesan terhadap streptococcus pneumoniae.Kuman ini penyebab utama penyakit pneumonia.
 .

.
 
# 5. Lactarius indigo ( biru) Biasanya dikenali sebagai penutup susu indigo, indigo  Lactarius atau cendawan susu biru, adalah spesies kulat dalam keluarga cendawan Russulaceae . Suatu spesies yang  tumbuh secara semulajadi di timur Amerika Utara, Asia Timur dan Amerika Tengah, juga  selatan Perancis. Ia tumbuh di atas tanah di hutan daun luruh dan hutan konifer. Warna badan dari biru gelap ke biru pucat-kelabu yang lebih tua. 
 
Susu atau susu getah, yang meleleh apabila tisu cendawan dipotong atau pecah berwarna biru nila, tetapi perlahan-lahan bertukar menjadi hijau apabila terdedah kepada udara. Penutup biasanya antara 5 hingga 15 cm diameter, dan batang 2 hingga 8 cm tinggi. Ia adalah cendawan yang boleh dimakan dan dijual di pasaran luar bandar di Mexico, Guatemala dan China. Boleh dimakan tetapi tidak sedap dimakan kerana rasanya sedikit pahit.
.
.
# 6. Chorioactis
Chorioactis juga dikenali sebagai Curut Syaitan, dan ia merupakan salah satu kulat yang jarang ditemui di dunia. Setakat ini, hanya dikesan di tengah Texas dan beberapa tempat-tempat yang sangat terpencil di Jepun. Badan buah kelihatan sedikit seperti curut coklat hitam atau gelap. Tetapi apabila ia dibuka, ia mempinyai bentuk yang indah seperti bintang. Satu lagi yang menarik mengenai kulat ini adalah ia mengeluarkan desiran atau bunyi bersiul apabila buah terbuka untuk melepaskan awan spora ke udara. Wah...betullah...macam curut berasap....Subhanallah...
 ..


 
# 7. Cendawan Bercahaya - Mycena chlorophos
Cendawan  kulat bercahaya  yang ditemui di hutan Brazil dan Jepun. Mereka bercambah dari bumi selepas monsun dan diketahui  kembang  di kawasan-kawasan yang tidak diganggu oleh manusia. Di Jepun, adalah biasa bagi sekumpulan orang untuk menempuh perjalanan ke dalam hutan setiap malam untuk menikmati permukaan lantai hutan yang dipenuhi dengan gumpalan cahaya fosforus pucat  mycena chlorophos.
.


.
 
# 8. Puffball Giant (Calvatia gigantea)
Puffball gergasi, Calvatia gigantea, mudah dikenali oleh saiz dan bentuknya. Spesimen tipikal dengan saiz bola sepak yang bulat. Ia boleh menjadi lebih besar (5-kaki, 50 paun dalam rekod!). Boleh dimakan sebelum ia menjadi matang dan bertukar warna kekuningan di mana spora yang terbentuk didalamnya bila ia matang boleh menjadi racun. Rasa seprti taufu atau keju cair bila dimasak.
Hem...nampak macam sedap..


.
 
# 9. Trametes versicolor
Sering dipanggil "Cendawan ekor ayam belanda," kerana memang kelihatan seperti ekor ayam Belanda. Terdapat di kebanyakkan tempat di dunia. Mempunyai nilai perubatan sebagai terapi perangsang sistem pertahanan badan manusia daripada penyakit kanser juga digunakan  dalam perubatan Cina.

.
.


.

# 10 Ophiocordyceps 
Cendawan yang tumbuh  daripada kepala "zombi" semut dalam hutan hujan Brazil. Spesies kulat boleh menjangkiti seekor semut, mengambil alih otak, dan kemudian membunuh serangga tersebut sebaik sahaja ia bergerak ke lokasi yang ideal untuk kulat berkembang dan menyebarkan spora mereka.disebabkan oleh perubahan iklim dan pembasmian hutan, kata  David Hughes, ketua bagi kajian entomologi di Penn State University.