Halaman

Selasa, Jun 16, 2015

Panduan Perusahaan Cendawan

Pendahuluan
Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi, ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan.
Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.
Jenis-jenis Cendawan
t_-kelabu.jpg t_-kera.jpg
Tiram Kelabu                            Telinga Kera
t_-putih.jpg abolone.jpg
Proses Penanaman Cendawan
PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:
  • Habuk Kayu Getah
  • Dedak Halus
  • Kapur Pertanian
  • Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
  • Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
  • Surat Khabar Lama + Getah Pengikat
  • Cara:
    1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
    2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
    3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
    4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.
    bahan_tanaman_cend.jpg media_cend.jpg
    Peralatan penyediaan beg cendawan MediaCampuran
    gaul_media_cend.jpg siram_media.jpg
    Mengaulkan Campuran Media Mencampur-kan Air
    masuk_media_cend.jpg memasang_leher.jpg
    Masukkan Ke Dalam Beg Memasang Penutup
    PENGUKUSAN BEG CENDAWAN
    • Bahan/Peralatan:
    • Drum,Set Dapur Gas
    Cara:
    • Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
    • Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
    • Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
    • Kukus 5-6 jam.
    • Sejukkan sebelum disuntik benih.
    kukus_beg_cend.jpg pelapik.jpg
    Peralatan Mengukus Memasukkan Pelapik Ke Dalam Tong
    memasukkan-air.jpg susun_beg.jpg
    Isikan Air Menyusun Beg
    mengukus-beg.jpg keluarkan_beg.jpg
    Kukus 5-6 jam Sejukkan
    .
    PENYUNTIKAN BENIH
    Bahan/Peralatan:
    • Benih Cendawan
    • Pencungkil Benih
    Cara:
    1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
    2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
    3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
    4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari
    cahaya matahari)
    5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).
    alat_suntik_benih.jpg basmi_kuman.jpg
    Peralatan Penyuntikan Benih Membasmi Kuman
    hancur_benih.jpg masuk_benih_cend.jpg
    Menghancurkan Benih Memasukkan Benih Dalam botol
    proses_geraman.jpg
    Membuat Catatan; Biarkan 30-40 hari
    MEMUNGUT HASIL
    1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
    2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
    4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
    5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.
    spot-running.jpg buka_tutup_beg.jpg pengeluaran-hasil.jpg
    Maisilium Kelihatan Tumbuh Menyusun Beg                            Memungut Hasil
    PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI
    1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
    2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering dan panas.
    3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil yang pertama. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak).
    4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
    5.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg
    6.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
    7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
    8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur
    sekeliling pokok sebagai baja organan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan