Halaman

Isnin, Oktober 10, 2016

Kedah sasar muncul pengeluar cendawan tiram putih terbesar


CENDAWAN Tiram Putih yang diusahakan di Kampung Jelutong. - Foto Nur Syazwana Mansor



SIK: Kerajaan negeri berhasrat menjadi pengeluar terbesar cendawan tiram putih dalam tempoh dua tahun selepas projek perintis yang dimulakan awal tahun ini membuahkan hasil memberangsangkan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob, berkata projek perintis membabitkan 50 usahawan dalam kalangan penoreh getah itu berjaya membantu peserta meningkatkan pendapatan. 

"Seramai 50 peserta iaitu 20 di tanah besar dan 30 di Langkawi, dibantu menerusi Yayasan Prihatin Kedah yang membekalkan 500 bongkah cendawan sebagai permulaan untuk mereka meningkatkan pendapatan susulan kejatuhan harga getah. 

"Selepas lapan bulan hasil cukup membanggakan apabila kebanyakan peserta mampu meraih pendapatan tambahan mencecah RM1,500 hingga RM2,500 sebulan. 

"Cendawan tiram putih ini menarik kerana potensinya besar dan saya harap Kedah akan menjadi pengeluar terbesar di negara ini dalam tempoh dua tahun lagi," katanya selepas mengadakan lawatan kerja di tiga rumah pengusaha tanaman cendawan tiram putih di Kampung Jelutong di sini, hari ini. 

Suraya berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan pusat pengumpulan cendawan di enam lokasi iaitu di Sik, Pendang, Padang Terap, Kulim, Langkawi dan Jerai bagi membolehkan peserta memasarkan hasil sama ada secara segar atau sebagai produk hiliran berasaskan cendawan. 

"Tiga lokasi paling banyak mengeluarkan cendawan ialah di Sik, Pendang dan Padang Terap, namun Sik dilihat lebih berpotensi menjadi pelopor dan rujukan untuk usahawan yang baru mula berjinak dengan tanaman ini, memandangkan tidak semua tempat sesuai dari segi cuaca. 

"Hari ini kita turun untuk menilai sebelum memberikan peruntukan tambahan kepada peserta dalam usaha membantu mereka menggandakan pendapatan sedia ada, malah saya berharap lebih ramai yang berminat menjadi usahawan cendawan," katanya.
sumber: Berita Harian

Rabu, Julai 20, 2016

Ingin mulakan projek mini cendawan?


Bongkah cendawan separuh matang untuk dijual dan pihak kami sedia menerima tempahan bongkah.

Anda boleh mulakan projek mini cendawan dengan membeli bongkah separuh matang yang telah sedia berbenih. Cuma peram lagi 2 minggu dan cendawan akan keluar buat kali pertama.

Anda boleh buat tempahan dan mulakan projek mini cendawan dengan bajet anda pada serendah rm500 sahaja.

Cuma sediakan bangsal atau rumah cendawan untuk bongkah dibawa masuk.

Saya nasihatkan supaya anda mulakan kerja-kerja pemasaran cendawan seperti siapa pelanggan, tempat untuk dihantar dan harga jual cendawan serta cara pakejing.

Dengan membeli bongkah separuh matang, anda tidak perlu buat sendiri bongkah dan lebih menjimatkan masa.

Pihak kami berpengalaman lebih 3 tahun secara offline dan 9 tahun secara online.

Anda juga boleh datang melawat projek cendawan kami di kampung seberang jerteh, jerteh, terengganu.

Harga satu bongkah yang diambil di ladang ialah rm1.40 satu. Ada diskaun jika jumlah yang banyak. Pengangkutan akan disediakan bergantung kepada jarak dan tempat penghantaran.

Khidmat nasihat percuma.

Boleh whatsapp saya ke 019-7589774 (Nizam) untuk tempahan.

https://www.facebook.com/cendawanglobal/

Jumaat, Jun 10, 2016

Cendawan volvariella pikat hati juri



KUALA NERANG – Inovasi teknologi cendawan volvariella yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian Padang Terap berjaya menarik perhatian pihak juri apabila dinobatkan johan bagi kategori awam dan johan keseluruhan dalam Konvensyen Pertandingan Inovasi Inklusif di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Pegawainya, Yuzaidi Azmi berkata, Jabatan Pertanian Padang Terap mewakili Kedah dalam pertandingan peringkat kebangsaan itu.
Menurutnya, melalui teknologi itu petani tidak memerlukan kos yang tinggi bagi mengusahakannya dan pengurusannya juga sangat mudah berbanding cendawan biasa yang memerlukan pengalaman serta kos yang tinggi untuk menghasilkannya.
“Petani tidak memerlukan tanah yang luas serta membina pondok untuk menghasilkan cendawan ini. Bagi penoreh getah mereka boleh mengusahakannya di tengah antara pokok getah dan ini juga hasil alternatif kepada mereka bagi menampung pendapatan terutamanya semasa musim hujan.
“Cendawan ini boleh diusahakan di ladang kelapa sawit dan dusun kerana cuacanya yang dingin. Dengan hanya bermodalkan sebanyak RM3,000 petani mampu memperoleh RM10,000 sebulan jika cendawan itu dijaga dengan baik,” katanya.
Yuzaidi berkata, tanaman cendawan dari Pejabat Pertanian Padang Terap itu merupakan kali pertama dihasilkan di Malaysia.
Jabatan Pertanian Padang Terap juga turut dinobatkan bagi memenangi juara keseluruhan selepas mengatasi juara kategori awam dan pendidikan.
Kejayaan ini membolehkan Jabatan Pertanian Padang Terap membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta piala iringan.
Katanya, diharap teknologi tanaman cendawan ini dapat dimanfaatkan kepada seluruh petani di negara ini terutamanya kepada penoreh getah yang sering menghadapi masalah kejatuhan harga dan juga musim hujan.
“Kejayaan ini juga telah mengharumkan nama Jabatan Pertanian Kedah dalam membantu petani di luar bandar dan pihak kami juga sentiasa peka dengan masalah petani supaya mereka dapat keluar dari masalah kemiskinan,” katanya.
sumber: Sinar Harian

Gambar Hiasan : Cendawan volvariella

Video Teknik FB Retargeting


‘Benda Licik’ Ini Bantu Saya Follow Prospek Ke Mana-mana Sahaja Dalam Facebook!

Saya Bongkar Habis!
Strategi SECRETPROVEN Bagaimana Saya...
Buat Iklan Terpapar Betul-betul Depan Mata Prospek & Ikut Mereka Ke Seluruh Pelusuk Facebook & Hasilkan KEUNTUNGAN RM3,310 Kurang Dari 15 Hari!

Ini yang terjadi pada bisnes saya:

Maklumat lanjut di sini.

.

Sabtu, Mei 21, 2016

Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya

Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya
Mohd Hairolzeman menunjukkan hasil tanaman cendawan kepada wakil PPK Kangkong yang datang melawat ke rumahnya.

MINAT mendalam terhadap cendawan tiram menyebabkan seorang pemuda sanggup melepaskan jawatan sebagai juruteknik semata-mata mahu mengusahakan tanaman berkenaan.

Keputusan nekad Mohd Hairolzeman Harun, 36, untuk mengusahakan tanaman cendawan sejak 2013, meletakkan pemuda ini antara pengusaha berjaya di jajahan Pasir Mas.

“Saya buat keputusan untuk serius dalam bidang ini kerana mendapati tanaman cendawan mempunyai potensi cukup besar di pasaran. Bermula dengan 3,000 bongkah, Alhamdulillah, sekarang saya mempunyai 9,000 bongkah cendawan.

"Cendawan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran dan digunakan dalam masakan tomyam serta sup. Penggunaan cendawan dalam kedua-dua masakan itu mampu menjadikan ia lebih sedap," katanya.

Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya

Menurut Mohd Hairolzeman, kejayaan itu menguatkan lagi semangatnya untuk terus maju dalam bidang tersebut.

Selain itu katanya, dia turut bercita-cita untuk mengusahakan cendawan sejuk beku berperisa 'Crispy' dan snek cendawan.

“Kedua-dua produk ini masih dalam kajian dan penelitian. Bila siap, saya akan pasarkan. Selain itu, saya juga bertekad untuk menjadi pembekal bongkah cendawan yang berkualiti di negeri ini," katanya.

Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya

Mohd Hairolzeman berkata, pengalaman mengusahakan tanaman itu dan mengikuti kursus berkaitan, menjadikan dia lebih bersedia untuk melebarkan sayap dalam bidang tersebut.

“Kejayaan saya ini juga adalah hasil tunjuk ajar dan sokongan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong. PPK Kangkong banyak membantu saya dengan memberi sokongan dalam menjayakan program,” katanya.

sumber: Sinar Harian

Ahad, April 17, 2016

Tanam cendawan di ladang getah

Tanam cendawan di ladang getah
Abd Lateh (dua, kanan) menyerahkan bantuan mereka kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama As Siddiqiah, Mohd Sidek Junus (dua, kiri).

ALOR SETAR - Golongan penoreh getah yang menerima kesan ekoran kejatuhan harga komoditi getah dicadangkan mengusahakan tanaman alternatif.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Abd Lateh Mohd Saman berkata, cendawan volvariella dilihat bersesuaian sebagai tanaman sampingan di kebun getah.
“Proses mengusahakan tanaman cendawan jenis berkenaan berkenaan tidak rumit, sekali gus membolehkan penoreh getah menjana pendapatan tambahan.
“Malah, inisiatif penanaman cendawan dalam kebun getah buat pertama kalinya dalam negara di Kampung Kubang Kenyeng, Padang Terap kini dilihat membuahkan hasil,” katanya.
Menurutnya, inovasi cendawan volvariella berkenaan menempa nama sebagai johan dalam Konvensyen Pertandingan Inovasi Inklusif peringkat kebangsaan di Pahang, tahun lalu.
"Cendawan volvariella ini boleh diusahakan di kebun getah menggunakan bahan terbuang, malah kaedah penjagaan tanaman itu mudah.
"Harga runcit bagi cendawan berkenaan buat masa ini adalah sekitar RM15 sekilogram (kg), sekali gus dilihat mampu menambah pendapatan mereka," katanya.
Untuk itu katanya, penoreh getah dinasihatkan mengambil peluang mempraktikkan inovasi berkenaan bagi menempuhi keadaan harga getah jatuh melalui bantuan dan sokongan kerajaan.
"Kami sentiasa memandang serius kebimbangan golongan berhubung kejatuhan harga getah, apatah lagi penoreh merupakan sebahagian daripada peladang," katanya.
Malah katanya, pihak mereka sedang menyiapkan kertas kerja usul kepada pihak bertanggungjawab untuk memberi bantuan kepada pekebun getah kecil terutamanya di luar bandar.
"Antara cadangan adalah peruntukan kewangan dan bantuan mesin proses cendawan terhadap golongan penoreh getah terlibat.
"Kami berharap cadangan berkenaan diberikan perhatian oleh mana-mana pihak berkaitan bagi membantu golongan yang terjejas kebelakangan ini," katanya.
Sementara itu katanya, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian tanah seluas 404.7 hektar di Gunung Bongsu, Kulim.
"Pihak PPN Kedah akan membangunkan tanah berkenaan untuk penanaman pokok getah bagi membantu golongan penoreh di negeri ini.
"Tanah diberikan kepada PPN Kedah di Cherok Selok sudah diusahakan sebagai ladang getah, malah ia kini sedang membuahkan hasil," katanya.
Terdahulu, pihak PPN Kedah menyalurkan sumbangan 230 beg sekolah dan wang sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran di Sekolah Menengah Agama As Siddiqiah, Padang Terap, kelmarin.
 
sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/tanam-cendawan-di-ladang-getah-1.496382

Ahad, Mac 06, 2016

Cendawan jerami bantu penoreh

Cendawan jerami bantu penoreh
Razali (kanan) menunjuk teknik mengusahakan cendawan jerami di dalam ladang getah.

KUALA NERANG - Cendawan jerami akan diperkenalkan kepada penoreh getah di Padang Terap bagi menambahkan pendapatan ketika harga getah semakin merosot.

Pegawai Jabatan Pertanian daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata, tanaman cendawan ini akan dijadikan tanaman alternatif supaya penoreh boleh menambah pendapatan mereka melalui projek itu.

Menurutnya, bagi peringkat permulaan, projek di bawah jabatan ini mula diusahakan seorang penoreh getah di Kampung Kubang Kenyeng, Mukim Tekai Kanan, dekat sini.

"Melalui projek ini, penoreh boleh mengusahakannya di tengah ladang getah mereka dan mudah untuk mengusahakannya berbanding teknik tanaman cendawan sebelum ini," katanya.

Mohamad Yuzaidi berkata, projek itu hanya memerlukan tandan sawit atau jerami padi yang diperam tujuh hari dan kemudiannya ditambak menjadi batas sepanjang tiga meter panjang dan satu meter lebar di atas plastik hitam.

“Jerami itu akan dimampatkan dan ditutup selama tujuh hari kemudiannya plastik hitam itu dilengkungkan dengan buluh supaya tidak mengganggu proses tumbuhan cendawan nanti.

"Selepas lima hari, akan kelihatan cendawan tumbuh dan hasilnya boleh bertahan sehingga sebulan,” katanya.

Katanya, setiap batas boleh menghasilkan dua kilogram cendawan sehari dan penoreh mampu mengusahakannya lima batas sebagai peringkat permulaan.

"Harga setiap satu kilogram cendawan jerami pada hari ini ialah RM10 dan jika mereka mampu menghasilkan 10 kilogram sudah tentu mampu meraih pendapatan RM100 sehari," katanya.

Tambahnya, cendawan jerami ini sangat sesuai dengan cuaca di kawasan itu dan tidak memerlukan kos tinggi untuk mengusahakannya.

"Jerami dan tandan kelapa sawit yang terbuang juga boleh digunakan untuk tanaman cendawan ini," katanya.

Malah katanya, apabila musim luruh daun getah berlaku, pengusaha boleh memasang jaring hitam bagi menutup batas cendawan itu supaya dapat mengekalkan cuaca di dalam ladang getah mereka.

"Pengusaha tidak perlu membina rumah khas yang memerlukan kos tinggi.

“Saya mengalu-alukan penoreh getah melibatkan diri dalam tanaman cendawan jerami ini kerana mampu menambah pendapatan sebagai penoreh getah. Pihak Jabatan Pertanian juga bersedia membimbing penoreh yang berminat,” katanya.


sumber: Sinar Harian

Ahad, Februari 21, 2016

Beli bongkah atau buat bongkah cendawan sendiri?



.
Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masa kini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang sederhana, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini.
.
Adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? 
.
Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. 
.
Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit. Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. 
.
Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang separuh matang supaya anda tau serba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik-teknik buka tutup penutup untuk tau macam manae nak keluarkan hasil setiap hari.
.
Ini ada sedikit tip untuk anda lihat perbandingan serta kelebihan / kekurangan beli bongkah separuh matang atau buat bongkah sendiri.


.
Beli bongkah cendawan separuh matang 
================================
.
-Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual 
-Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit 
-Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat -Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la 
-Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung 
-Boleh buat separuh masa 
.
Buat bongkah sendiri 
=================
.
-Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll… sesetengah tempat susah nak dapat bekalan 
-Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit 
-Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih 
-Masalah penyakit kulat perosak 
-Jimat kos 
-Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z -Kena buat sepenuh masa 
.
Cara mana yang anda pilih?
Itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Saya sendiri pun bermula dengan membeli bongkah yang diproses dan benih diisikan sendiri. smile emoticon
.
Ahmad Hanizam Abdullah
Cendawan Global
019-7589774
https://www.facebook.com/cendawanglobal/?ref=hl

Selasa, Februari 02, 2016

Pertandingan Cendawan Tercantik


Alhamdulillah...

Minggu lepas penolong pegawai pertanian besut datang ke rumah dan berikan wang hadiah dalam pertandingan cendawan tercantik yang diadakan pada bulan November 2015 yang lalu. 

Pertandingan di peringkat negeri Terengganu dan saya perlu menghantar sampel 5 bongkah cendawan yang bersama-sama dengan cendawan untuk dinilai.

Semoga menjadi pembakar semangat untuk saya berikan yang terbaik pada masa hadapan.