Halaman

Jumaat, November 30, 2007

Bicara Cendawan Bersama Lan, Chini Agro

Saya amat berbesar hati kerana hari ni En. Zamlan dari Chini Agro sudi meluangkan masanya yang sibuk di rumah cendawan untuk ditemu ramah dan berkongsi ceritanya. Berikut adalah temu bual tersebut.
. ..
Cendawan Global : Sudah berapa lama melibatkan diri dalam bidang bisnes cendawan dan mengapa pilih bisnes ini?

..
Lanchini : Saya mula berjinak-jinak dengan cendawan pada akhir 2006 tapi mulakan projek sendiri pada awal 2007. Didorong oleh ayah yang amat meminati bidang pertanian. Saya pilih bisnes ni kerana menyedari akan potensinya yang sangat besar di Pahang. Di sana, pengusaha masih kurang jika dibandingkan dengan di N.Sembilan ni.. Selain dari tu, bahan2 asasnya mudah diperolehi.
..
Cendawan Global : Melalui pengalaman anda, apakah yang perlu perlu ada dalam diri seseorang untuk berjaya dalam mengusahakan penanaman cendawan?
..
Lanchini : Perusahaan ni nampak senang tapi perlukan komitmen yang tinggi. Kita mesti berdisiplin dalam pelbagai perkara untuk elakkan pencemaran yang boleh mengundang masalah penyakit. Lagi satu, kita mesti rajin bertanya,buat perbincangan dengan pengusaha-pengusaha lain untuk tingkatkan pengetahuan dan kemahiran.
..
Cendawan Global : Bagaimana anda memasarkan keluaran cendawan?
..
Lanchini : Buat masa ni, kami hanya tumpukan pasaran di kawasan sekitar. Kebanyakan hasil dijual sendiri (80%) memandangkan hasil kami tidaklah beberapa banyak. Selain dari tu, hasil pun belum tetap pengeluarannya, so agak sukar untuk memberi komitmen kepada peniaga lain. Selain dari tu, hasil juga dipasarkan ke restoran dan kedai runcit berdekatan.
..
Cendawan Global : Apakah masalah yang sering dihadapi dalam bisnes ini?
..
Masalah yang paling sering dihadapi adalah penyakit. Kadang2 tu penyakit datang tanpa disangka walau kita telah ambil perlbagai langkah pencegahan. Ini jelas menunjukkan kita perlu sentiasa belajar dan mengkaji. Selain dari tu, masalah tiada bekalan juga sering berlaku. Sedih juga kalau kita tidak dapat penuhi permintaan customer.
..
Cendawan Global : Rancangan anda pada masa hadapan, dalam 5 tahun atau 10 tahun lagi?
..
Lanchini : Saya berharap dapat mempelbagaikan hasil kami. Contohnya, kami ingin mencuba penanaman cendawan Ling Zhi pula. Saya ingin mencontohi pengusaha yang telah established seperti VITA AGRO di tanjung sepat. Perjalanannya masih jauh, tapi kami akan berusaha ke arah itu.
..
Bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman, beliau akan menganjurkan satu kursus intensif cendawan pada 8 dan 9 December 2007. Anda boleh mendaftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Sila hubungi 019-3951516 (Zamlan) untuk maklumat lanjut.
..

Rabu, November 28, 2007

Global Kit

Atas permintaan ramai dan juga perkembangan minat orang ramai yang semakin meningkat terhadap penanaman serta bisnes cendawan, team Cendawan Global hari ini melancarkan satu produk dipanggil Global Kit. ..
..
Ia merupakan satu set lengkap terdiri daripada 5 beg cendawan berbenih separa matang, 5 biji stopper, buku manual penjagaan dan 1 botol EM 500ml (Effektif Mikrob) bagi penanaman Cendawan Tiram Kelabu. Kiranya anda boleh terus peramkan ia untuk melihat hasil dan perkembangannya terutamanya kepada first timer / beginner yang tidak mempunyai asas kepada penanamannya serta bagi mengurangkan risiko. Anda juga boleh menghubungi saya sekiranya ingin mendapatkan nasihat tentang penjagaannya selepas menerimanya nanti..
....
..
Tujuan utama ialah untuk membiasakan bakal penanam dan usahawan cendawan dengan proses perkembangan cendawan sebelum mula menanamnya dalam skala yang besar. Juga, risiko kerugian dan penyakit dapat dikurangkan di samping keluaran yang lebih bermutu kerana beg cendawan matang ini dibekalkan oleh pengusaha yang berpengalaman. ..
..
Satu lagi kelebihan ialah Kit Asas Cendawan Global ini akan dijual secara online dan ia akan dihantar terus ke pintu rumah anda. Jumlah minimum kuantiti pesanan ialah 1 set pada harga pengenalan RM50 termasuk kos penghantarannya...
..
Pada peringkat permulaan ini, kami mulakan di kawasan sekitar Lembah Klang dan akan dikembangkan ke seluruh Malaysia sekiranya ada permintaan tetapi mungkin kos penghantaran akan meningkat berdasarkan lokasi. Perkhidmatan courier samada poslaju dan lain-lain perkhidmatan swasta akan digunakan dan no. rujukan penghantaran akan dipaparkan bagi kemudahan anda.
.
..Bagaimana untuk membuat pesanan? ..

MASUKKAN RM50 UNTUK PEMBELIAN
KIT ASAS CENDAWAN GLOBAL

.. KE AKAUN :

MAYBANK : 1510-7116-7133
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

.. @

CIMB BANK :. 0506-0078-123525

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

SMS
NAMA PENUH
ALAMAT KEDIAMAN / TEMPAT PENGHANTARAN
NO. H/P
NO. TRANSAKSI
MASA & TARIKH PEMBAYARAN

KE
019 758 9774 (NIZAM) ....

GLOBAL KIT AKAN DIHANTAR DALAM TEMPOH 3 HARI BEKERJA!

Rabu, November 21, 2007

FAQ - Soalan-Soalan Lazim

.
Soalan
Berapa kos minimum yang diperlukan untuk memulakan bisnes cendawan?
..
Jawapan ..

Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
..
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 - RM5,500 (Kos beli beg).
..
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
..
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
..
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.

....
Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
Cash flow = RM1,000
Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
..
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
..
..
..
Soalan
Bagaimana untuk jual cendawan?

Jawapan

....
Nak jual cendawan sama seperti menjual sayur-sayuran. Anda boleh menjual sendiri terus ke end-user atau menjual kepada middle-man seperti Pasar Borong, Pekedai, Pasar Raya dan juga peraih. Harga jualan berbeza mengikut tempat dan keadaan. Harga semasa di pasar malam RM13 hingga RM15 sekilo. Harga di Pasar Raya RM9-RM10 sekilo. Harga di pasar borong agak rendah sekitar RM5 hingga RM7 sekilo. Jadi saya nasihatkan agar penanam cendawan menjual terus kepada end user kerana harga lebih tinggi dan untung lebih banyak.

Dalam industri ini, belum ada pengusaha Melayu yang buat contract Farming memandangkan jarak dan volume kerana ia melibatkan kos pengangkutan. Nasihat saya, tidak kira kita menanam apa atau menternak apa, yang penting kita mesti tahu di mana hendak jual hasil kita. Jika kita gagal berbuat demikian, maka gagallah usaha kita selama ini. Marketing is very important to each grower!!!.

Soalan

Di mana saya boleh dapatkan bekalan benih cendawan?

....
Jawapan

Benih cendawan boleh dibeli Vita Agrotech (Tg Sepat Morib) 03-3197 5600, MARDI (Serdang) : 013-285 9031, Kuan (Damansara): 019-261 3107, En. Hamzah (Kulai Johor): 012-762 2027.


..
Soalan
Dimana boleh saya dapatkan cap, penutup dan beg cendawan?
..
Jawapan
..
Boleh beli di Vita Agrotech & Kuan (Damansara).
..
Soalan
Saya amat berminat untuk tanam cendawan, apa nasihat anda?
....
Jawapan
..
Dapatkan dulu ilmu pengetahuan tentang cendawan melalui bahan bacaan ataupun menyertai kursus praktikal dan baru ambil keputuan untuk tanam cendawan atau tidak. Kalau nak kursus praktikal, sila pergi ke Puchong dan jumpa En. Zul.

..
Soalan
Berapa harga sebotol benih cendawan?
..
Jawapan ..
Biasanya RM3.50/ beg dan RM2/botol.

....
Nasihat kepada peserta kursus dan bakal pengusaha

  • Biasanya nasihat saya pada para peserta, supaya lepas kursus praktikal cendawan, anda boleh fikirkan semula susah senang nak buat beg, merebus, menyiram dan sebagainya. Selepas itu, anda bolehlah cuba beli beg secara kecil-kecilan sebab nak mahirkan atau nak test samada berminat ke atau tidak.
  • Mereka juga kena survey market sekitar rumah mereka..test jual ada laku atau tak… Cuba juga survey mana nak dapatkan supplier habuk, benih, gamdum, plastic dan sebagainya. Takut di kawasan mereka takde supplier tu atau terlalu jauh. Selepas semua faktor telah di selidiki dan diambil kira, barulah mereka boleh buat keputusan nak biz atau tak.

Isnin, November 12, 2007

Penyakit dan Masalah Cendawan

Persoalan ini adalah antara yang bermain di fikiran bakal pengusaha cendawan sebelum terjun ke bidang yang menarik tetapi mencabar iaitu bisnes cendawan. Namun, sebagai usahawan yang ingin maju dan berjaya, kita perlu mengetahui serta menjangkan sesuatu masalah yang bakal muncul agar senang membuat persediaan kelak.

.. ..
Terdapat banyak faktor penyebab yang boleh menyumbang kepada penyakit dan masalah kepada cendawan yang diusahakan dan ia boleh dibahagikan kepada elemen yang boleh dikawal dan juga tidak boleh dikawal. Elemen yang boleh dikawal di sini maksudnya pengusaha boleh mengambil langkah perlu untuk mengelakkannya dan elemen yang tidak boleh dikawal biasanya daripada faktor alam sekitar.


Antara penyakit yang sering melanda penanam cendawan ialah :

Serangan Kulat Jingga / Oren

Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan dan untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengukusan yang cukup bagi membunuh kulat ini dari awal.




Serangan Kulat Hijau

Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar. Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.

  • Serangan kulat hitam
  • Serangan hama ke atas beg cendawan
  • Ulat yang banyak membiak di dalam beg cendawan
  • Pertumbuhan maisilium yang terbantut / rosak
  • Makhluk perosak yang kerap menyerang seperti lipas, tikus, serangga dll.
Seperti yang kita sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih dan ia amat sensitif kepada persekitaran. Sebagai penyelesaian dan langkah berjaga-jaga, seorang pengusaha perlu melaksanakan aturan kerja yang sistematik. Maksudnya di sini, proses kerja juga perlu diambil kira dari awal hingga akhir bagi mempastikan hasil yang diperolehi berbaloi dengan usaha dan modal yang telah dikeluarkan.

Berikut adalah contoh pelan susun atur rumah cendawan dan aturan kerja yang ideal

Pengusaha harus bijak dan mengambil langkah proaktif bagi mempastikan projek yang diusahakan berjaya dan memperolehi hasil yang diidamkan.

Selasa, November 06, 2007

Nutritional Value of Mushroom

The nutritional value of edible mushrooms compares favorably to that of most vegetables. Generally, they are rich in the B vitamins, including choline, which acts as a protective agent for the liver in case of mushroom poisoning. Some are also high in vitamins A, D, and K; but only a few contain any vitamin C. Other nutrients include potasium, linoleic acid, folate, copper, and iron, as well as other trace elements. Cultivated mushrooms, especially the grocery store “white buttons”, contain very few nutrients.
..
Depending on the species, mushrooms can contain up to 3% useful proteins. Some types are actually quite high in protein, especially Agaricus, Lepiota, and Calvatia species. On a dried weight basis, the King Bolete (Boletus edulis), contains more protein than any common vegetable, except soybeans. However, much of it is indigestible so should not be used in place of other proteins.
....
Mushrooms are low in calories, until they are fried in butter. They are about 90% water, low in fat, and have most of their carbohydrates in the form of indigestible chitin. Chitin is a polysaccharide composed of the essential sugar, Glucosamine. Supplements are often derived from shells of crustaceans (shrimps, crabs, krill).
..
Mushrooms should always be cooked, but never overcooked. Cooking does increase their nutritive value by increasing their digestibility, but overcooking decreases this value. Mushrooms should not be washed, but rather wiped free of dirt and debris. However, certain ones do require soaking to remove the dirt and insects imbedded in their deep crevices. Few rarely need peeling, and some have stems that should not be eaten. Again, ALWAYS have a knowledgeable person confirm the species before any mushrooms are eaten as there are look-alike species which can be lethal.

Khamis, November 01, 2007

Gigih Usaha Cendawan Meskipun Tangan Lumpuh

KEENAKAN cendawan segar yang menjadi pembuka selera dalam masakan memberi ilham kepada seorang petani menceburkan diri dalam dunia perniagaan cendawan secara komersial.
..
Berbekalkan modal kira-kira RM7,000, Anthony Wok Hock Chai, dari Kampung Cina, Sitiawan berjaya mengorak langkah untuk menjadi seorang pengusaha cendawan di kalangan bukan Bumiputera di daerah Manjung.

..
Dalam usia di awal 30-an, Wok, insan kurang upaya bertekad menjadi seorang usahawan berjaya pada masa depan. Dengan keadaan tangannya yang lumpuh, ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi malah menjadi pendorong kepadanya untuk terus berdikari.
..
"Saya mahu buktikan saya juga seperti mereka yang lain dan mampu melakukan apa yang dilakukan oleh orang normal," katanya.
..
Walaupun negara sudah mencapai tahap kemajuan teknologi canggih, Wok masih memilih kaedah tradisional untuk menanam cendawan di ladangnya. Katanya, jika menggunakan kaedah moden, ia memerlukan modal agak tinggi sedangkan dia tidak mampu untuk berbuat demikian.
"Jadi biarlah saya bermula dari bawah menggunakan kaedah tradisional dan sekiranya penat lelah saya berhasil, barulah saya boleh beralih kepada teknologi moden," katanya.
..
Di ladang cendawan, Wok menggunakan habuk kayu yang dimampatkan ke dalam beg plastik untuk menyemai benih cendawan. Seterusnya, dia memilih tempat mengukus yang diperbuat daripada batu bata serta menggunakan kayu getah sebagai bahan bakar. Bagi sesetengah pengusaha, mereka menggunakan kaedah moden iaitu cara steril, bagaimanapun bagi Wok, menggunakan bahan semula jadi seperti pokok getah atau kayu lain kerana ia mudah diperolehi.
..
Menurut Wok, cendawan boleh dituai selepas dua bulan benihnya disemai di dalam habuk kayu. Di segi pemasaran pula, cendawan miliknya dihantar ke bandar besar termasuk Ipoh dan Kuala Lumpur selain pasaran tempatan sekitar pekan Sitiawan.
..
Cendawan itu perlu dipasarkan segera kerana sayuran itu tidak boleh bertahan lama dan akan hilang khasiatnya."
..
Cendawan segar rasanya lebih sedap dan mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh," katanya.
..
Nota Cendawan Global : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Yang penting perancangan yang rapi dan sikap gigih dalam mengusahakan sesuatu hingga berjaya.