Halaman

Selasa, April 29, 2008

Untuk Berjaya Perlukan Ilmu Pengetahuan

.. ..

Sering kita dengar ungkapan ilmu adalah kuasa atau dalam bahasa lain disebut "Knowldege Is Power." Saya amat bersetuju dengan ungkapan ini kerana dalam apa jua bidang yang ingin kita lakukan memerlukan pengetahuan tentang sesuatu yang kita ingin jalankan. Nabi SAW juga bersabda, "Untuk berjaya berjaya di dunia perlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat perlukan ilmu. Untuk berjaya kedua-duanya juga perlukan ilmu." Oleh kerana itu, tanpa ilmu pengetahuan, mustahil untuk berjaya walaupun masih lagi ada yang bergantung kepada nasib semata-mata.
..
Sebenarnya ilmu yang dipelajari akan lebih bermakna jika diaplikasikan sebaiknya. Menambah kepada faktor kejayaan ialah dengan tunjuk ajar dan panduan yang diterima daripada guru atau mentor yang telah pun berjaya. Ia bolehlah dianggap sebagai jalan pintas kerana mereka telah merintis jalan melalui kesukaran, cabaran dan sebagainya sebelum mencapai kejayaan.
..
Saya di Cendawan Global amat bertuah kerana seorang guru cendawan ingin berkongsi ilmu pengetahuan dan tip dengan bakal usahawan cendawan tentang cara yang terbaik bagi memulakan bisnes cendawan sehingga berjaya. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Zul dari Cendawan Puchong. Kursus intensif bagi bulan Mei 2008 akan membuka tirainya pada 4hb ini. Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan sebanyak mungkin pengetahuan daripada salah seorang mentor cendawan ini. Sekian dan selamat berkursus!
..

Ahad, April 27, 2008

Kunjungan Ilmu Ke Lembah Bio-Tech

....
Kota Tinggi 27 APRIL - Kunjungan kali ke -3 ke Ladang Cendawan di Lembah Bio-Tech hari ini bersama-sama anak saya dan juga adik ipar untuk mendalami lebih lanjut tentang Cendawan Tiram Kelabu serta sebab utamanya kerana memenuhi pesanan daripada pelanggan yang membeli sebanyak 120 beg.
....

..
Malam sebelum tu pun adik ipar saya, Firdaus dah excited sangat nak datang ke sini untuk melihat sendiri bagaimana penanaman cendawan tiram kelabu dijalankan dan tentunya saya boleh anggap bakal team Cendawan Global tidak lama lagi. ..
..
..
Kami amat berbesar hati kerana En. Yanto sudi melayan kedatangan kami serta menunjukkan rumah hasil cendawan yang mana tidak semua orang yang mempunyai kemudahan untuk memasukinya atas sebab meminimumkan pencemaran dan sebagainya.
....
Banyak info dan tip berguna diperolehi termasuklah rasional mengapa beg cendawan disusun secara berselang antara satu sama lain dan sebabnya ialah bagi mengelakkan 'kesesakan' semasa pengeluaran dan juga untk keselesaan ia keluar nanti. Juga, rahsia menghasilkan cendawan yang baik dan kelihatan segar adalah kerana unsur penting yang perlu ada iaitu sejuk, lembap dan gelap.
..
Jika beg yang mengeluarkan hasil telah pun ringan dan kecut, itu tandanya kualiti beg adalah kurang dan kita perlu pastikan suasana dan suhu cendawan dalam keadaan sentiasa sejuk dan gelap, terutama dalam proses pengeluaran cendawan.
..

..
Sebenarnya, beg-beg cendawan di rumah hasil yang berjumlah kira-kira 18,000 beg ini adalah kepunyaan USAHAWAN di mana satu konsep perkongsian pintar dijalankan di sini iaitu mereka membeli beg cendawan tetapi urusan penjagaan dilakukan oleh pihak Pertubuhan Peladang. Ini bermakna, USAHAWAN hanya mengeluarkan modal pembelian beg, pekerja dan tidak perlu keluarkan modal untuk tempat dan pembinaan rumah. Satu langkah yang bijak dan saya sendiri pun dah mulakan bulan lepas di mana rumah saya di Pasir Gudang menjadi tempat menyimpan beg-beg cendawan, pelanggan beli dan cuma kutip hasil bila cendawan keluar nanti. Setakat ini, dah 100 beg termasuk dalam skim ni. Harap ia boleh dikembangkan terutama kepada yang kurang modal untuk mulakan secara besar-besaran.
..

..
Hasil daripada perbincangan juga timbul idea daripada saya untuk menjalankan kursus cendawan di sini jika segala urusan selesai termasuk kemudahan dan juga kerjasama daripada pihak pengurusan berjalan lancar, sedikit masa lagi. Sebelum balik, En. Yanto telah mengisi bonet kereta saya dengan 120 beg untuk dibawa ke Pasir Gudang.
..

..
Kepada yang masih tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan hasil daripada cendawan, jawapan saya ialah : Satu cara untuk menjalankan bisnes cendawan dan memperolehi hasil pendapatan daripadanya ialah trading iaitu jual lebih tinggi pada harga belian pada kadar margin tertentu seperti yang saya lakukan sekarang. Sebenarnya banyak cara lagi dan saya akan kongsi pada masa-masa akan datang.
..
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En. Yanto atas kerjasama dan diharap kerjasama ini akan lebih mantap dan maju pada masa hadapan.

Rabu, April 23, 2008

Cendawan Masak Cili

Salam sejahtera. Resipi dari dapur Cendawan Global hari ini ialah masakan yang special sikit iaitu dengan menggunakan Cendawan Jeli Hitam. Selamat mencuba!
..
Bahan A (dikisar):
..
3 biji cili merah
10-12 tangkai cili padi
2 cm kunyit
2cm lengkuas
200gram cendawan jeli hitam (cendawan telinga kera), dipotong kecil
500ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
80 gram ikan talang masin, dihiris nipis
1 helai daun kunyit, dihiris
Garam secukup rasa
..
Cara Membuat:
..
Satukan cendawan dan santan di dalam periuk.

Masukkan asam gelugur, ikan talang, daun kunyit dan bahan kisar.

Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Kecilkan api dan reneh selama 15 minit. Kemudian angkat dan sajikan.

Selasa, April 15, 2008

Makhluk Perosak Cendawan

Saya yakin ramai pengusaha cendawan yang mengalami salah satu masalah ni iaitu makhluk kecil tapi boleh bagi masalah juga iaitu lipas (Gambar yang dipaparkan hanya sebagai hiasan semata-mata sebab suspek sebenar belum dijumpai). Semenjak akhir-akhir ni, di ladang cendawan saya kat Keramat (macam besar sangat) ni pun setiap kali keluar hasil cendawan, ada la sampai tiga empat kuntum cendawan yang cantik lak tu dah jadi rongak. Rasa macam tak best lak walaupun nampak macam perkara kecil je. Saya pun tanya lah kat sifu tentang masalah global ni dan ini jawapan beliau -tanpa suntingan, siapa lagi kalau bukan En. Zul dari Cendawan Puchong.

"Lipas satu natang yang sukakan cendawan sebab cendawan berasa manis dan lemak serta sangat berzat dan berkhasiat. Saya pon ada masalah lipas juga dan bila keluaran kurang maka banyak yang kena gigit sebab mereka berebut-rebut nak makan. Kena beli racun lipas atau spray lipas. Ada satu keluaran CNI..agogo…namanya. Memang baik untuk hindarkan lipas. Spray aje kat luar bangsal…fuh berpuluh mati dan pitam kat dalam bangsal..takde bau tapi cukup kuat untuk bunuh lipas. Cuba cari produk CNI nie….satu lagi boleh beli racun Malation kat hardware..harge dalam RM6 ke..baunya sangat busuk tapi haiwan perosak memang tak suka..boleh bancuh dan sembur pada beg cendawan semasa tutup rehat sahaja. Jangan sembur masa ada cendawan tumbuh, takut nanti ada yang gol..pulak."
Satu tip yang bernas dan saya akan praktikkan nanti. Terima kasih sifu dan jumpa lagi.

Sabtu, April 12, 2008

Sup Ayam Cendawan



Hari ni Chef Zam (bukan nama sebenar) nak berkongsi resipi Sup Ayam Cendawan dengan peminat cendawan seluruh Malaysia. Bersedia dengan pen dan kertas serta sedikit keberanian, ye?. Nasihat saya, PLEASE TRY THIS AT HOME!
....
Bahan-bahan ( bergantung kepada kuantiti )


100g isi ayam
10-15 kuntum cendawan tiram
1 kiub pati ayam (sebarang brand)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
lada sulah
3 sudu minyak masak - untuk menumis
air--bergantung, kalau nak pekat air sikit saja


Cara-caranya
..
Panaskan periuk dgn minyak masak.
Tumis bawang putih dan isi ayam.
Masukkan air sikit demi sikit.
Masukkan semua bahan lain, kiub Pati ayam, Lada Hitam dan juga Garam.
Kemudian masukkanlah cendawan tu..Bukan ape cendawan tu cepat sangat layu..
Nanti kurang sedap kalau terlebih masak. Akhir sekali masukkan lada sulah. Bolehlah diangkat.
....
Taburkan daun sup, daun bawang. Enak dimakan...juga sedap kalau makan camtu je sementara masih berasap. Selamat mencuba!

Selasa, April 08, 2008

Kunjungan Ilmu Ke Lembah Bio-Tek Peladang Johor

..
Kota Tinggi 8 APRIL - Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor pada hari ini dan kebetulan saya sendiri mengambil cuti tahunan, peluang yang ada digunakan untuk membawa keluarga melawat tempat penanaman dan pengeluaran cendawan komersil di Lembah Bio-Tek Peladang Johor. Ini merupakan kali kedua setelah kunjungan yang pertama pada dua bulan yang lepas.
..
.. ..
Rumah tuaian hasil cendawan di bawah seliaan En. Haris
..
..
Saya disambut oleh En. Haris, salah seorang yang diberi tugas dalam urusan pemasaran dan pengeluaran cendawan ini. Layanan mesra dan informasi berguna yang diberikan oleh beliau amat bermakna kepada kami untuk meningkatkan lagi kualiti hasil cendawan dan juga mempastikan penyakit daripada cendawan dapat diminimumkan sebaik mungkin.
..
En. Haris sedia berkongsi tip dan pengalaman dalam penanaman dan pengeluaran cendawan tiram
..
.
Lawatan kami bermula di dalam rumah cendawan yang bersaiz 20’ x 30’ yang memuatkan lebih kurang 18,000 beg cendawan yang matang dan dalam proses pengeluaran. Beliau berkata, beg-beg cendawan ini ditempah oleh Persatuan Usahawan Johor dan mereka menyewa tempat ini bagi menghasilkan cendawan. Apabila hasil cendawan keluar, ia akan dipasarkan kepada ahli, pengguna dan pasar serta mini market berhampiran di sekitar sini.
..
Berbeza latar belakang dan kaedah promosi cendawan tetapi berkongsi visi dan misi yang sama
..

Antara tip berguna yang diberikan oleh En. Haris dalam penghasilan cendawan ialah, beg cendawan dibuka sepenuhnya bagi menghasilkan cendawan yang lebih banyak. Kiranya tak perlu gunakan neck, kemudian, untuk tutup rehat, ikatkan dengan tali dengan menjerutnya. Lebih mudah dan cepat katanya. Juga, di ladang ini menggunakan EM sebagai campuran asas di dalam penghasilan serta penjagaan cendawan. Memang cendawan di sini kelihatan segar dan bebas daripada penyakit dan kadar penyakit adalah hanya di sekitar 1-2% sahaja.
..
Yang lebih menarik lagi, di dua buah tempat pemeraman yang diasingkan, beg-beg cendawan yang diperam setelah disuntik benih disusun menegak di atas rak dengan keadaan yang terbuka, tidak memerlukan jaring untuk melindungi dan ini bagi saya sendiri satu cara yang baru kerana walaupun tempat tersebut terdedah tetapi ia langsung tidak menunjukkan sebarang jankitan penyakit. Memang cara ini kata En. Haris diamalkan dari dulu lagi dan hanya beg cendawan yang telah matang sahaja akan dipindahkan ke rumah yang tertutup dan berjaring serta disiram sebanyak dua kali sehari bagi mempastikan kelembapannya.
..
Di belakang Insyirah (model sambilan) ialah beg-beg cendawan yang baru dibuka untuk kali pertama menunggu masa untuk dipetik hasil
..
Beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk melawat dan juga membeli beg cendawan yang telah siap agar datang ke sini dan berjumpa dengan beliau. Beg cendawan yang dijual adalah pada harga yang berpatutan dan perkhidmatan penghantaran disediakan bagi tempahan yang banyak.
..
Sesi lawatan di akhiri dengan kami membeli 30 beg cendawan untuk dibawa ke Pasir Gudang atas permintaan pelanggan saya di sana. Saya berharap agar pertemuan ini akan berterusan untuk meningkatkan lagi kerjasama antara dua pihak yang sama-sama berhasrat memajukan lagi bisnes cendawan di Malaysia.