Halaman

Sabtu, Julai 26, 2008

The Shiitake-What You Need No Know

..
The shiitake mushroom is a wonder of a mushroom. With endless ways of cooking this delectable shroom, the shiitake makes for a true & welcome guest in my kitchen.
.......
Shiitake mushrooms are native to China where it has been cultivated for over 100 years, typically this mushroom is cultivated on the
shii tree. The first written record of a shiitake can be traced to Wu Sang Kwuang, born during the Sung Dynasty 960-1127 A.D. Some documents, however, record the mushroom being eaten as early as 199 A.D.
.....
Shiitake mushrooms are found in a variety of cultures & cuisines. Russia produces and consumes large amounts of shiitakes, although they are mostly
sold pickled. Of course the shiitake has its home in Chinese & Japanese cuisines where you will find it in miso soup.
.....
Shiitake mushrooms are commonly sold dried in preserved packages. All you need to do to re-hydrate them is to soak them in water prior to using. I prefer the fresh shiitakes myself, they have a better, more full-flavored taste.



Rabu, Julai 23, 2008


Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Ikon Jutawan Malaysia!

Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!


Saya yakin ramai di antara anda telah maklum iaitu matlamat saya ialah untuk menjadi jutawan pada tahun 2012 seperti yang dipaparkan sebelum ini.

Untuk jadi jutawan.....

Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau...
..
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau...
...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau...
...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau...
...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau...
...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang...
...
Atau apa sahaja di antaranya!
...
Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 - 100,000 pelanggan.

Jadi, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan… berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?
...
Inilah berita baiknya!
...
Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual seusatu yang memberi keuntungan RM1,000.
...
Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan!
...
Seperti kata pepatah, perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat pendapatan tambahan untuk anda dan keluarga.
..
Untuk menjadi jutawan, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Yang pling penting adalah perancangan, usaha yang gigih dan teratur serta sikap yang positif untuk berjaya.
...
Bermula semalam (22 Julai), saya telah melanggani ebook Mentor Jutawan daripada jutawan internet Malaysia yang kebetulan memang seorang mentor saya walaupun dari jauh iaitu Irfan Khairi. Beliau saya anggap sebagai Rich Dad saya.
...
Setelah menanti sekian lama, akhirnya muncul ebook ini yang pada pendapat saya merupakan satu buku yang penting untuk dijadikan panduan mencapai matlamat menjadi seorang jutawan. Tiada yang lebih meyakinkan dan bermanfaat untuk pergi ke sesuatu destinasi selain bertanyakan orang yang telah sampai ke sana!



...
Jika anda masih tertanya-tanya dan mencari manual lengkap dan tip-tip berguna daripada jutawan Malaysia, ebook ini adalah jawapannya. Ebook Mentor Jutawan ini boleh dilanggan melalui blog www.cendawanglobal.blogspot.com dan juga www.nizamsurf.blogspot.com. Selamat maju jaya dan selamat datang ke dunia jutawan!
...



Ahad, Julai 20, 2008

Cendawan Shiitake Hybrid Kebanggaan Gunung Jerai

JERAI 2 Jun - Di sebalik rimbunan pohon-pohon yang menghijau di puncak Gunung Jerai, tiada siapa menyangka wujudnya ladang penanaman cendawan shiitake yang berjaya menghasilkan cendawan bermutu tinggi hasil daripada titik peluh anak tempatan.
...
Mungkin kita pernah melihat produk cendawan keluaran syarikat Agro-Bio Future Sdn. Bhd. di kebanyakan pasar raya seluruh negara dan menyangka cendawan itu diimport dari Jepun atau China tetapi sebenarnya ia adalah hybrid dari Gunung Jerai.
...
Usaha tanpa jemu selama lebih 10 tahun, Ooi Chooi Liang, 55, akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kepada pemiliknya itu setelah dia memulakan projek penanaman cendawan pada 1985. Hanya berteraskan minat, Chooi Liang yang merupakan anak jati Kedah memberanikan diri untuk meneroka kawasan pergunungan yang masih belum diteroka untuk dijadikan kawasan tanaman cendawan shiitake.
...
Menurut beliau, permintaan tinggi terhadap cendawan shiitake atau nama saintifiknya 'Lentinus Edodus' di pasaran tempatan mendorongnya untuk berani mengambil risiko bersara awal dari sektor awam dan 'bertapa' di Gunung Jerai sehingga berjaya menghasilkan cendawan shiitake hybrid Jerai.
...
"Saya berbangga setelah berulang kali mencuba ketika mula-mula menceburi bidang ini, kejayaan berpihak kepada saya," kata Chooi Liang ketika ditemui Utusan Malaysia di Gunung Jerai baru-baru ini. Jelasnya, seseorang itu perlu jatuh cinta dahulu pada cendawan shiitake untuk mendapatkan hasil yang bermutu tinggi.
...
Malah kata Chooi Liang, dia perlu membelai manja semua cendawan yang ditanam dengan penuh kasih sayang selama sembilan bulan sebelum dapat mengutip hasilnya.
...
"Cendawan ini adalah cendawan yang amat cerewet dan sensitif kepada keadaan persekitaran dan setelah menjalankan penyelidikan mengenai cendawan ini saya dapati ia sesuai ditanam dikawasan gunung ini.
...
"Pertumbuhan cendawan shiitake memerlukan suhu yang sejuk dan kawasan Gunung Jerai yang terletak berhampiran laut juga menjadikan cendawan yang terhasil amat bermutu tinggi dan antara yang terbaik di dunia," katanya.
..
Sebelum dapat menuai hasil cendawan, terdapat langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan cendawan yang dihasilkan benar-benar bermutu tinggi.
...
Katanya, bermula dengan proses strain selection, innoculation, spawn run, fruiting dan harvesting semuanya perlu dilakukan dengan teliti dan penuh kesabaran barulah cendawan terbaik dapat dihasilkan.
...
"Mungkin ada yang berkata saya tidak betul, tetapi setiap hari saya akan bercakap dengan cendawan dengan harapan ia akan memberikan hasil yang terbaik kepada saya.
...
"Setelah melalui tempoh matang selama sembilan bulan, setiap beg cendawan dapat mengeluarkan hasil selama tiga bulan secara berterusan.
...
Chooi Liang berkata, shiitake mempunyai harga yang tinggi di pasaran dan mencecah RM50 sekilogram dan kerana kekurangan bekalan, setakat ini ia hanya mampu memenuhi pasaran tempatan walaupun terdapat permintaan dari luar negara.
...
Sumber : Utusan Online





Jumaat, Julai 18, 2008

Nabil Tekad Tanam Cendawan

Oleh LAUPA JUNUS
Utusan Online
..
"Bukan senang hendak tanam cendawan,'' demikian kata-kata yang terpacul dari mulut Nabil Sanusi, sebaik ditanya apakah beliau seronok dan tidak menyesal menceburi industri penanaman cendawan yang kini semakin popular itu.
....
Kata-kata tersebut seakan satu 'pukulan balas' kepada mereka yang beria-ia ingin menceburi pertanian khususnya tanaman cendawan kerana membayangkan setiap helaian daun tanaman tersebut sebagai wang ringgit.
...
Kepada Nabil, membayangkan sesuatu yang menguntungkan boleh menjadi pendorong dalam setiap perkara yang diusahakan tetapi dengan syarat, perlu mengusai ilmu yang berkaitan untuk menjamin kejayaan.
...
Nabil, 37, yang kini terlibat dalam industri automotif pada mulanya hanya ingin mempelbagaikan sumber ekonominya dan memilih cendawan tiram kelabu untuk diusahakan. Pada 2005, beliau ditawarkan mengusahakan tanaman orkid di Johor oleh Persatuan Penanam Orkid tetapi atas faktor tertentu dan lokasi yang agak jauh, Nabil menolak tawaran tersebut.
...
Namun tekadnya untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam malah, sering terfikir melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan. Takdir telah menentukan beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila dipertemukan dengan seorang rakan di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu.
....
Beliau yang disarankan untuk mencuba bidang tersebut tidak menunggu lama, dan dengan sokongan keluarganya, Nabil mengambil keputusan untuk terlibat secara serius.
...
Nabil tidak perlu menunggu lama, sama ada kerana terpaksa menubuhkan syarikat atau membuat pinjaman terlebih dahulu, tetapi seperti kebanyakan usahawan pertanian masa kini, dia terus sahaja memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) milik keluarganya di Jalan Ahmad Khushasi, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor.
...
Pelaburan berbekalkan wang simpanan, Nabil membuat pelaburan awal sebanyak RM200,000 untuk membina tiga rumah cendawan bersaiz 70 kaki x 30 kaki pada awal tahun lalu dan menambah empat rumah lagi secara berperingkat-peringkat.
...
Beliau juga mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat khas, NAS Agro Farm pada Oktober tahun lalu untuk menjalankan operasi di kawasan tanah tersebut yang pada asalnya dusun buah-buahan.
....
Tanpa meninggalkan kerjayanya sebelum ini, beliau menambah pelbagai kemudahan dan kelengkapan sebagai bukti kesungguhannya untuk terbabit secara serius.
...
Nabil yang turut dibantu isterinya, Surina Saad, juga terpaksa menggaji tujuh pekerja termasuk seorang penyelia memandangkan tanaman cendawan memerlukan tumpuan dan kerja yang banyak.
...
Ketika ini, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM400,000, kompleks tanaman cendawan tersebut telah dikembangkan operasinya dengan tujuh rumah cendawan yang memuatkan kira-kira 200,000 polibeg. Rumah itu dilengkapi sebuah bilik suntikan benih, rumah menyediakan polibeg dan alat pengukusan dan alat mencampur adunan substrat (media).
...
"Saya juga sedang menyiapkan sebuah makmal menghasilkan benih cendawan menggunakan teknik kultur tisu bagi mengatasi masalah pengusaha untuk mendapatkan benih yang baik,'' ujarnya.
...
Kelengkapan tersebut, kata beliau, dapat disediakan dengan bantuan peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000. Nabil menjelaskan, beliau akan memberi tumpuan kepada pengeluaran benih, sebagai satu cabang perniagaan baru dalam industri tanaman cendawan supaya pengusaha sedia ada mudah mendapatkan bekalan.
...
Bagaimanapun katanya, pengeluaran benih yang boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat hanya akan dikomersialkan seawal-awalnya enam bulan daripada sekarang. Ini kerana, beliau perlu terlebih dahulu memastikan benih yang dihasilkan bermutu tinggi sebelum dipasarkan kepada pengusaha lain. Mengenai kemungkinan beliau akan menambah kemudahan sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran, Nabil berkata, meskipun permintaan terhadap cendawan amat tinggi, tumpuan perlu diberikan kepada tanaman sedia ada.
...
"Saya hanya mampu mengeluarkan 50 kilogram (kg) cendawan sehari sedangkan permintaan yang diterima sekurang-kurangnya 150 kg sehari dan kadangkala mencecah 200 kg,'' ujarnya.
...
Tambahnya, cendawan merupakan tanaman yang sensitif dan memerlukan kawasan bersih sepanjang masa. Penggunaan bahan kimia perlu dielakkan sama sekali tetapi pada masa yang sama kawalan penyakit perlu beri keutamaan. Katanya, penyakit utama cendawan ialah kulat hijau dan oren dan ia boleh dikesan dengan memerhatikan sebarang perubahan warna pada polibeg yang telah disuntik dengan benih.
...
Cendawan katanya, boleh mengeluarkan hasil selepas dua bulan disuntik dan kemudiannya dieramkan. Sepanjang tempoh dua bulan setengah berikutnya, kutipan hasil boleh dilakukan enam atau tujuh kali. Setiap cendawan yang dipetik pula dianggarkan mempunyai berat antara 80 dan 100 gram.
...
Pada masa ini, beliau memasarkan cendawan harga RM7 sekilogram dengan pembeli datang sendiri ke ladangnya untuk mendapatkan bekalan. Beliau juga akan cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal. Syarikat Nabil juga akan menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan dan sebuah bangunan khas untuk tujuan itu sedang dibina.
...
Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan. Sebuah bangunan khas disediakan untuk tujuan itu.
...
Selepas lebih setahun beroperasi, usaha Nabil semakin menampakkan sinar yang diharapkan. Tetapi bagi mereka yang berminat, dia sekali berpesan, supaya bertahan kerana cendawan bukan satu tanaman yang mudah diusahakan.
....
"Saya sendiri pernah dilanda pelbagai masalah terutama serangan penyakit yang memaksa polibeg yang mengandungi benih dimusnahkan selain serangan makhluk perosak,'' ujarnya.
...
Fakta cendawan
  • Tidak mempunyai klorofi.
  • Membiak melalui spora yang bercambah menjadi hyphae (mycelia apabila jumlahnya banyak) yang tidak nampak dengan mata kasar.
  • Hypahe yang bercambah membentuk primary mycelia dan kemudiannya secondary mycelia.
  • Mengumpul nutrien daripada substrat.
  • Benih cendawan peringkat mycelia tumbuh atas substratnya sendiri seperti sekoi, barli gandum dan habuk kayu.
  • Cendawan yang popular ditanam ialah tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju).





Isnin, Julai 14, 2008

Apakah Itu Ling Zhi?

...
Ling zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada family Polyporaceae. Nama saintifik ling zhi ialah Ganoderma lucidium. Menurut Sistem Pengklasifikasi Fungi Ainsworth (1973), Ganoderma lucidium tergolong dalam Basidiomycotina. Hymenomycetes. Holobasidiomycetidae. Aphyllophorales atau Polyporals. Ganodermatacea. Ganoderma.
...
Genus Cendawan ini ialah Ganoderma dan selain spesies lucidium, terdapat juga beberapa spesies lain daripada genus ini. Ganoderma lucidium merupakan jenis spesies ling zhi yang paling dikenalidan telah digunakan secara meluas untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan. G.lucidum (merah) adalah fungi yang mempunyai tangkai yang panjang . Ia memiliki badan yang berkilat dan berwarna perang seperti buah berangan (chestnut brown). ‘Topinya’ di mana ia terlekat pada bahagian sisi adalah berkulit keras dan berbentuk seperti buah ginjal. Galuran serta spora yang seperti berkarat jelas kelihatan. Spora-spora tersebut dibebaskan melalui liang-liang yang berwarna putih atau perang yang pudar.
...
Ling zhi yang liar adalah teramat jarang dan sukar ditemui. Mungkin hanya satu atau dua payung cendawan sahaja yang boleh ditemui di atas sebuah gunung. Tambahan pula, kemungkinan sepayung dua yang dijumpai itu mungkin kualiti perubatannya terjejas akibat cuaca dan juga serangga. Lantaran itu, kualitinya adalah kurang terjamin dan sukar diduga.
..
Di samping itu, setelah cendawan tersebut menjadi matang, badan buahnya (fruit body) akan menjadi keras disebabkan oleh gentian serabut lalu menambahkan kesukaran untuk mengekstrak dan dan menghadam ingredien yang aktif. Spora-sporanya pula bersaiz hanya sebesar bakteria dan dilindungi oleh dua lapisan sel dinding yang keras. Sel dinding inilah yang memerangkap ingredien aktif itu dan ia adalah tidak dapat dihadamkan.
...
Justeru itu, masyarakat dahulu perlu menggunakan ling zhi dalam kuantiti yang banyak demi memperolehi mafaat yang sedikit.
...
HABITAT

Pada zaman dahulu, manusia terpaksa memanjat tinggi ke atas gunung dan menjelajah ke dalam hutan rimba yang tebal demi mendapatkan cendawan yang misteri ini. Ling zhi liar hanya tumbuh pada tunggul kayu atau pada akar-akar pokok yang berdaun lebar sahaja.
...

Ini menyebabkan kuantiti yang diperolehi tersangat sedikit. Maka ia hanya diperuntukkan kepada raja-raja. Tetapi, pada zaman teknologi yang moden ini, manusia tidak perlu lagi bersusah payah mendaki gunung serta menjelajah hutan bagi mendapatkannya kerana dengan adanya teknologi moden kejuruteraan-bio, kini ia telah ditanam secara komersil di dalam rumah hijau di kebanyakan negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat.
....
Dengan ini seluruh umat manusia pun mula dapat menikmati kebaikannya. Benih-benih ling zhi yang disemaikan pada musim bunga akan bertunas pada bulan Julai dan kemudian akan menjadi matang sepenuhnya pada bulan Ogos atau September. Apabila ling zhi menjadi matang sepenuhnya di bawah keadaan pengawalan penanaman yang baik, maka perubatannya akan berkumpul di dalam tangkai dan cendawan (casp).
.....
SEJARAH LING ZHI DI CHINA
Ling zhi pertama sekali disebut sebagai perubatan di China adalah ketika pada zaman Dinasti Shu iaitu kira-kira 2,400 tahun dahulu. Pada masa itu, ling zhi yang memiliki nilai yang begitu tinggi hanya digunakan oleh maharaja-maharaja China sahaja. Ia dipercayai bukan sahaja boleh melanjutkan usia seseorang bahkan juga boleh menjamin hidup yang abadi.
...
Demi mencari jenis tumbuhan mujarab ini, maharaja China yang pertama Shih Huang Ti telah menghantar ekspedisi yang terdiri daripada 500 lelaki dan perempuan muda ke negara Jepun melalui jalan laut. Malang sekali ekspedisi maharaja ini telah gagal.
...
Menurut sejarah China, cendawan ini ditemui oleh seorang petani yang bernama Seng Nong yang juga digelar "Petani yang suci" (Holy Farmer). Menurut beliau, ling zhi merupakan sejenis tumbuhan yang bersifat menyembuh setelah beratus-ratus spesies tumbuhan dicuba olehnya. Beliau telah menghasilkan sebuah manuskrip yang berjudul Herba Seng Nong Klasik yang dikatakan merupakan materia medica Cina yang terulung. Malahan pada masa kini, manuskrip ini masih dianggap sebagai asas atau panduan kepada ubat tradisional Cina dan ubat tradisional timur pada umumnya.
...
Dalam manuskrip tersebut, Seng Nong telah menyifatkan ling zhi dengan terperinci iaitu di antara 365 spesies tumbuhan, akar, kayu-kayan, haiwan dan batu-batan; yang dibahagikan kepada tiga gred, ling zhi digredkan dalam gred pertama. Bukan itu sahaja, malah ia juga merupakan nombor pertama di antara spesies yang digredkan pertama.
....
Ciri-ciri tumbuhan yang grednya pertama ialah kesan sampingan tidak akan wujud walaupun telah digunakan dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, Seng Nong juga membezakan 6 spesies ling zhi dengan mengikut warna masing-masing.
.....
Li Shi Zhen, seorang saujana perubatan yang terkenal pada zaman Dinasti Ming (1368 – 1644) telah memperkenalkan 6 spesies ling zhi dengan penunjuk yang jelas. Kerja-kerja beliau kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1956. Tambahan pula, ia telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa asing termasuklah bahasa Jepun, Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia dan Latin. Penerbitan itu juga dianggap sebagai asas ubat tradisional Cina.
.....
SEJARAH DI JEPUN
Oleh sebab ling zhi tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti dan kualiti yang lebih baik ketika di China, maka pada tahun 1971 bermulalah seorang penyelidik Jepun yang bernama Yukio Naoi yang berasal dari Universiti Kyoto untuk menanam ling zhi ini dengan lebih giat. Beliau telah menemui pelbagai cara untuk menanam cendawan ini supaya dapat meningkatkan hasil tanamannya. Sejak penemuan cara-cara menanam ling zhi ini dan setelah diperbaiki, maka hasil pengeluaran ling zhi telah meningkat lebih 10 kali ganda dalam masa sepuluh tahun.
...
Di samping itu, terdapat juga catatan yang mengatakan bahawa sebelum Yukio Naoi, ling zhi sebenarnya pernah dicatatkan dlaam salah sebuah buku sejarah "Nihon-Shoki" yang diterbitkan pada abad ke-8 zaman Nara. Di dalam buku itu, ling zhi disifatkan sebagai sejenis tumbuhan "Shiba-kusa". Manakala terdapat juga sebuah buku perubatan yang bernama "Fukasoko" ditulis oleh seorang paderi yang terkenal ketika zaman Yedo yang memuji ling zhi sebagai "Fukoso".
.....
KANDUNGAN KIMIA DAN NILAI PERUBATAN
Setelah ling zhi menjadi matang, serbuk ling zhi akan dikumpulkan melalui spora-sporanya di mana serbuk ini merupakan esen ling zhi yang mengandungi nilai perubatan yang tinggi. Apabila dikaji melalui farmakologi, didapati ling zhi mempunyai kandungan protein berkualiti yang tinggi iaitu sebanyak 26.4%, 18 jenis asid amino perlu, 112 jenis triterpenes yang diketahui, campuran vitamin natural dan mineral, ingredien aktif seperti germanium, lanostan, coumarin dan ergosterol dan yang selebihnya ialah polisakarida.
...
Cendawan ling zhi memiliki kandungan polisakarida yang amat tinggi. Polisakarida ini terdiri daripada molekul gula yang menjadi rantai supaya dapat membentuk satu lapisan gula (sugar layer). Ia amat diperlukan dalam sistem pengimunan dan sebagai "pelawan tumor" (tumor fighter). Ini telah menarik perhatian yang amat sangat daripada para penyelidik di Chian, Jepun dan Amerika Syarikat.
...
Baru-baru ini, para penyelidik di Universiti Perubatan Shanghai, Hospital Tumor Shanghai dan Hospital Chung San Shanghai telah berusaha mengasingkan beberapa jenis poisakarida daripada ling zhi kerana pernah ditunjukkan dalam kajian klinikal bahawa ia bertindak sebagai anti aktiviti pertumbuhan tumor.
...
Dalam aspek lain, misalnya merendahkan tekanan darah dan anti-hipertensi, triterpenes merupakan agen utama yang boleh didapati dalam bentuk asid lemak yang dikenali sebagai asid "lucidenic" dan "ganoderic". Triterpenes yang didapati dlaam ling zhi dapat diklasifikasikan kepada 112 jenis yang diketahui. Dengan ini, ia dapat bertindak menurunkan tekanan darah dan anti hipertensi dengan berkesan.
...
Cendawan ini digunakan sebagai adaptogen kerana ia mempunyai kesan adaptogenik yang dapat mengurangkan tekanan akibat daripada persekitaran (enviromental stress), emosi dan serta memulihkan semangat badan dan minda. Sebenarnya, penggunaan ling zhi untuk masalah ini telah dipratikkan sehingga ia dikenali sebagai "a historical use".
...
Ling zhi boleh digunakan juga sebagai tonik dan sedative. Maka ia amat berguna dalam Sindrom Kepenatan Kronik, dan kepenatan saraf. Cendawan ini juga memiliki tindakan antihistamin yang boleh membantu dalam mengatasi alergi dan menguatkan sistem pengimunisasi.
...
Di samping itu, telah dikenalpasti bahawa ia dapat mengubati kebanyakan penyakit repiratori seperti asma kronik, bronkitis dan masalah sinus. Satu kajian telah dijalankan di China pada tahun 1970-an, di mana 2,000 pesakit bronkitis diberi sirap ling zhi dalam bentuk pil selama dua minggu. Keputusan yang didapati ialah 60-90% menunjukkan pemulihan penyakit tersebut termasuk selera makan bertambah baik. Ujian di Jepun pula menunjukkan pemulihan 50 hingga 90%.
...
Pada umumnya, selain penyakit-penyakit di atas, ling zhi juga dipercayai dapat mengatasi masalah kesihatan seperti kolestrol yang tinggi, insomia, diabetes, masalah hati, arthritis dan melegakan kesakitan.
...
Kesan toksik tidak dapat diperhatikan walaupun ling zhi digunakan sebanyak 300 kali dalam dos yang direkomenkan. Walau bagaimanapun, pengambilan ling zhi pada mulanya mugkin menyebabkan rasa pening, sengal tulang, kulit bermasalah, cirit-birit atau sembelit. Keadaan-keadaan ini berbeza mengikut individu-individu masing-masing tetapi ia adalah tanda bahawa toksin telah dibersihkan dari badan. Sebaik sahaja semua toksin telah dikeluarkan, keadaan-keadaan tersebut akan pulih dan tidak akan wujud lagi.

NILAI KOMERSIAL
Kini, ling zhi telah dijadikan produk yang komersial oleh kebanyakan negara misalnya Jepun, China, Taiwan, Korea, Amerika Syarikat dan juga di Asia Tenggara. Ekstrak ling zhi boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti kapsul, pil, sirap mahupun bungkusan teh (paket).
...
Bentuk kapsul merupakan bentuk yang paling mendapat sambutan kerana ia dapat mengelakkan rasa pahit dalam dos yang diperlukan. Wala bagaimanapun, bukan semua kapsul ling zhi adalah sama kerana terdapat kapsul yang diperbuat daripada buah badannya di mana ia mengandungi gentian dietari yang banyak.
..
Sementara itu, ada pula kapsul yang telah dicampurkan dengan herbal yang lain dan ini mungkin akan membawa kepada kesan sampingan. Begitu juga ada ling zhi yang telah dicampurkan dengan bendasing ketika ia dituai misalnya serpihan dari tunggul kayu yang ditumbuhinya. Perbezaan antara ling zhi tulen dan tidak tulen boleh dilakukan dengan merasai serbuknya. Ling zhi yang tulen akan menghasilkan rasa pahit yang tulen.
...
Terdapat beberapa pengeluar yang cuba menghaslkan risalah yang tidak benar supaya orang ramai membeli produk mereka. Informasi sebegini akan mengelirukan orang ramai. Pengguna yang bijak perlu berhati-hati ketika meneliti sumber informasi tersebut.
..
Sumber informasi yang datang dari sumber para ahli sains barulah merupakan sumber yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, penulisan ling zhi oleh dr.Terry Willard yang pernah menghasilkan buku berkenaan ling zhi dan Dr. Shiuh Sheng Lee yang berasal dari Universiti Perubatan, Taiwan.
..
Dipetik dari sumber internet. Untuk maklumat lanjut: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/too_min.htm

Sabtu, Julai 12, 2008

Bagaimana Menangani Kulat Hijau

...
Masalah penyakit tidak dapat lari daripada projek tanaman cendawan dan seperti yang dikatakan oleh rakan saya, En. Zul daripada CendawanPuchong, setiap benda hidup akan mendapat penyakit. Dengan itu, kami di Cendawan Global cuba mengkaji dan membuat analisa apakah puncanya dan ini merupakan hasil pemerhatian:-
...
Pertama Beg media terlalu basah. Kandungan air semasa membancuh terlebih. Bila media terlalu basah biasanya pembiakan kulat hijau cepat terjadi. Terutamanya selepas tuaian pertama dan kedua. Bila kita buka penutup rehat beg media lebih terdedah kepada persekitaran, maka kulat ini mudah menyerang.
...
Kurangkan air semasa membancuh media. Bagi beg media saiz standard pastikan berat beg media antara 800g ke 1kg sahaja. Jika lebih dari 1kg bermakna kandungan air sudah terlebih.
..
Kedua Benih yang digunakan. Disebabkan benih yang digunakan tidak berkualiti. Benih boleh ditransfer sehingga 8 kali (8 generasi).
Generasi ke 4 dan ke atas biasanya kurang daya tahan kepada penyakit. Benih yang baik adalah adalah benih yang melalui proses tisu kultur iaitu generasi pertama dan benih hasil transfer dari benih yang pertama hingga yg ke 3 sahaja.
...
Gunakan benih dari pengusaha yang sudah establish sahaja. Cara yang paling mudah ialah dengan membuat sedikit eksperimen iaitu gunakan benih daripada pengeluar yang berlainan dan lihatlah hasilnya. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai benih tersebut dan kemudian barulah putuskan mana satu pembekal benih yang akan dipilih.

...
Ketiga Beg media belum cukup matang. Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak bermakna ianya sudah matang. Memanglah maisilium akan menguasai luas permukaan beg media dalam 2 bulan. Tetapi tempoh tersebut maisilium tidak cukup matang.

...

Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg media selama 3 bulan, barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan ianya betul-betul menguasai keseluruhan beg media dan menghalang kulat lain bersaing dengannya. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.

... ...
Keempat Bawaan seranggan kumbang atau bari-bari. Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkati kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg media lain, kulat hijau ini akan berjangkit ke beg media yg lain pula.

......

Jika anda mengalami masalah kumbang yang serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu. Tutup semua beg media dengan penutup rehat. Kemudian spray rumah cendawan dan beg media dengan racun serangga agar kumbang dan bari2 tersebut mati. Sebelum buka semula penutup rehat basuh rumah cendawan dan semburkan air ke beg media agar rasa dan bau racun serangga tersebut hilang. Kalau tak takut cendawan yang keluar ada bau racun serangga.

...
Kelima Bahan dedak yang digunakan. Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak gandum. Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau adalah lebih baik asingkan beg tersebut dan buatkan banyak lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan ini akan membantu tingkatkan kg cendawan. Walaupun umur beg tak panjang, sekurang-kurangnya kos belian beg dapat semula. Jika kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada rawatan. Cuma guna saja kaedah di atas supaya dapat balik kos belian tu.

...

Keenam Penjagaan kebersihan. Cara yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan atau sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah dengan mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa akar cendawan. Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai bahan steril dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup terlebih dahulu di dalam larutan tersebut. Kebersihan amat penting dan perlu dititik beratkan.

...

Kesimpulannya, banyak faktor terjadinya serangan kulat hijau dan kaedah pencegahan serta penjagaan kebersihan memainkan peranan utama agar kerosakan dan kerugian daripada penyakit ini dapat dikurangkan seminimum mungkin.

...

Sumber di petik daripada www.e-cendawan.blogspot.com, www.cendawanpuchong.blogspot.com, dan PPJBS.

Jumaat, Julai 11, 2008

Usahawan Cendawan Tiram

Oleh SUFIAN ABU BAKAR
...
MUAR 7 Julai – Pada asalnya beliau seorang kontraktor membina beberapa buah rumah atau bangsal tanaman cendawan di sekitar daerah ini.
.....
Namun, setelah melihat sendiri bagaimana rumah cendawan itu beroperasi, Rashid Elias, 38, tertarik dan bertekad menceburi tanaman cendawan tiram kelabu yang kini diusahakannya di sebuah kawasan di Kampung Tengah, Sungai Terap di sini sejak awal tahun ini.
......
Cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya ‘Pleurotus sajor-cabu’ yang diusahakan oleh Rashid itu merupakan salah satu daripada tiga jenis cendawan tiram yang ditanam di negara ini selain cendawan tiram putih dan cendawan tiram abalone.
....
Berbekalkan modal sebanyak RM100,000, beliau membina sebuah rumah cendawan seluas 9.6 meter x 43.2 meter yang mampu memuatkan 50,000 bongkah beg tanaman cendawan yang disusun dalam rak-rak kayu.
...
“Meskipun baru dalam bidang ini, saya sentiasa mempelajari sesuatu yang baru mengenai tanaman cendawan setiap hari dan apa yang saya nampak ialah tanaman cendawan ini agak rumit tetapi menyeronokkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pusat tanaman cendawan beliau, di sini baru-baru ini.
.....
Menerusi syarikat Wirajaya Marketing yang dikendalikannya, Rashid yang menubuhkan syarikat itu sejak tahun 2002 kini mula mengusahakan tanaman cendawan dengan mengupah 15 pekerja yang terdiri daripada penduduk kampung terbabit.
.....
Proses tanaman cendawan tiram kelabu, katanya, memerlukan penggunaan habuk kayu getah serta beberapa campuran lain termasuk dedak padi serta kapur pertanian bagi mengelak daripada ianya menjadi masam.
......
Menurut Rashid, untuk memulakan tanaman cendawan ini, kesemua bahan itu perlu digaul dan dicampur dengan air sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik khas yang berukuran 15.8 x 36.2 sentimeter (sm).
....
“Selepas itu, beg plastik tersebut akan dikukus dalam alat khas selama enam jam sebelum disejukkan selama 12 jam dan kemudiannya disuntik dengan benih cendawan.
.....
“Beg-beg itu kemudian akan disusun dalam rumah cendawan untuk proses pengeraman selama 55 hingga 60 hari dan kemudian benih yang asal itu akan dibuang,” jelasnya.
.....
Katanya, bongkah-bongkah cendawan yang dikawal suhunya itu akan mula mengeluarkan hasil selepas empat ke lima hari benihnya dibuang. Setiap beg bongkah itu pula, katanya, akan mengeluarkan cendawan antara 200 hingga 300 gram bergantung kepada kesuburan benih dan ianya kemudian akan dipetik dan dibungkuskan sebelum dijual di pasaran.
.....
Menurut Rashid, kesemua hasil tanaman itu akan dipasarkan ke pasar-pasar tani dan kedai runcit dan sepanjang pengalamannya mengusahakan tanaman itu, setiap 10,000 bongkah beg mampu menghasilkan 1.6 tan cendawan.
.....
Rashid menambah, dia kini berhasrat menganjurkan seminar dan kursus tanaman cendawan dan sesiapa yang berminat beoleh menghubunginya di talian 06-9556300 atau 019-6592829 atau menerusi emel wjm_tt@yahoo.com.
...
Sumber: Utusan Online
......
Nota Cendawan Global: Telah terbukti kini projek tanaman cendawan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan kepada sesiapa sahaja yang berazam dan bercita-cita tinggi.
...
Dapatkan sebanyak mungkin pengetahuan pada peringkat permulaan dan selepas itu, lakukan saja!

Khamis, Julai 10, 2008

Mushrooms for Treatment of Cancer and Diabetes


My brother, Nizam-though graduated and trained in accountancy field, developed his passion with mushrooms. I would call him a mushroom specialist!. visit his blog:
..
..
This article from Natural News (http://www.naturalnews.com/ ) is about an interview between the webmaster, Mike Adams with Mark Kaylor, a PhD holder researhing in area of medicinal benefits of mushroom especially maitake, and reishi in treating cancer and diabetes.
..
I think a worth article to read-for mushroom lovers as well as holistic medicine proponent like me..
...

______________________________________________________


Mike: I'm here today with Mark Kaylor of Maitake Products. Can you tell me about the company and the line of products you represent?

Kaylor: I'm here with a company named Maitake Products; maitake is actually the name of a mushroom. It's a Japanese word -- "mi" in Japanese translates as dancing, and "taki" translates as mushroom. "Shiitake" means mushroom from the shii tree, and in this case we have dancing mushroom, which is maitake. We're known for a variety of medicinal mushroom products, particularly two: The SX-Fraction and the maitake D-fraction.
...

read full interview: http://www.naturalnews.com/012788.html
..
Dipetik dari blog abang saya, Dr. Ahmad Hapizi di www.rawatan-holistik.blogspot.com