Halaman

Ahad, April 12, 2009

Cendawan Tumis Udang Kering

Bahan-bahan:
.
5 tangkai cili api
1 sudu udang kering dan
2 ulas bawang putih; ketiga-tiga ini ditumbuk.
200g Cendawan Tiram
.
Cara Membuat:
.
1. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan garam, gula, bahan perasa dan sedikit air dan kacau.
3. Setelah itu masukkan cendawan di dalam tumisan. Setelah cendawan masak, angkat dan hidangkan.
.
.
Cendawan Tiram Masak Sos Tiram
.
Bahan-bahan:
.
10-15 tangkai cendawan tiram
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 cawan air
1 sudu tepung jagung
Sedikit minyak untuk menumis
..
Cara memasak:
.
1. Ketuk bawang putih dan tumis hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan air (kalau nak kuah banyak boleh tambah lagi 1 air).
2. Kalau rasa tawar boleh ia tambah garam mengikut cita rasa sendiri.
3. Bila dah menggelegak, masukkan cendawan dan biarkan sekejap.
4. Larutkan tepung jagung dalam air dan masukkan dalam kuali untuk memekatkan kuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan