Halaman

Jumaat, April 17, 2009

Nabil usahawan cendawan berjaya

Jalankan kajian hasilkan benih terbaik
.
MUHAMMAD KHAIRIL S ISWAN
Sinar Harian 16 April 2009
.
CENDAWAN kini mendapat permintaan tinggi di seluruh negara. Menurut beberapa pengusaha cendawan yang ditemui, antara pelanggan utama mereka ialah pengusaha restoran tomyam.
.
Selain menjadi ramuan dalam masakan popular Thai itu, cendawan juga sedap digoreng setelah disalut dengan tepung. Tidak hairanlah, lading cendawan kini menjadi pilihan golongan pengusaha. Selain itu, kemudahan dan sokongan daripada kerajaan turut menjadi factor utama merancakkan perusahaan cendawan.
..
Begitu juga halnya dengan pemilik Nas Agro Farm, Nabil Sanusi. Katanya, dia memilih mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.
..
Idea mengusahakan cendawan ini bermula daripada isteri saya yang berminat dalam bidang pertanian,"katanya.
..
Menurut beliau, isterinya Surina Saad, 38, sanggup berhenti kerja sebagai akauntan sebuah syarikat perakaunan di Shah Alam. Justeru, seiring dengan sokongan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nabil kemudiannya yakin dengan keputusannya untuk membuka ladang cendawan. Krisis kegawatan ekonomi 1998 memberi banyak pengajaran kepada saya dalam menghadapi dunia perniagaan. Saya melihatkan perniagaan dalam bidang pertanian tidak menerima kesan kegawatan, inilah yang membuatkan saya berani menanggung risiko untuk mempelbagaikan jenis perniagaan yang saya usahakan,"katanya.
..
Menurut Nabil, ladang cendawan miliknya seluas 0.5 hektar diusahakan di atas tanah milik keluarga di Sepang.Bagi mewujudkan kelainan, ladang ini diubah suai menjadi lokasi tanaman cendawan berdaya saing berkonsepkan taman,"katanya. Beliau yang mempunyai Ijazah Perakauan United Kingdom berkata, isterinya banyak memberi idea dan nasihat serta menjadi tulang belakang projek penanaman cendawan yang diusahakannya.
.
Disebabkan saya mempunyai tugasan lain, kebanyakan urusan ladang dijalankan oleh isteri namun saya masih meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali sehari menjenguk keadaan di ladang bersamanya. Walaupun tanaman cendawan agak sukar untuk dijaga disebabkan sifatnya yang sensitive dan mudah dijangkiti penyakit, saya tetapkan tekad meneruskan perniagaan ini berkat dorongan daripada isteri dan keluarga,"katanya.
..
Menurutnya, penanaman cendawan memerlukan ruang yang berbumbung bagi memastikannya tidak terdedah kepada hujan dan pencahayaan matahari melampau selain memerlukan kelembapan serta suhu yang sesuai bagi membolehkan sporanya membiak dengan lebih pantas dan subur.
..
Kata Nabil, disebabkan sifat cendawan yang sensitive, penjagaannya memerlukan ketelitian ditambah persekitaran bersih supaya cendawan ini tidak menghidap penyakit yang boleh memudaratkan.
..
Kurang habuk kayu, tidak dapat tingkat pengeluaran
.
Walaupun dijalankan dalam skala yang agak besar, namun beliau menggunakan system penuaian secara harian di mana pada setiap hari, cendawan ini akan dituai sebanyak tiga kali iaitu pada tengah hari, petang dan malam. Dengan keluasan ladang yang ada sekarang, ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 200 kilogram sehari namun Nabil meminimumkan pengeluarannya kepada 70 ke 80 kilogram sehari disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
..
Menurutnya, antara masalah tersebut adalah kekurangan habuk kayu di mana bahan tersebut menjadi asas utama tanaman cendawan.Permintaan produk berasaskan perabot kayu kini menurun disebabkan kegawatan ekonomi menyebabkan permintaan habuk kayu yang hanya boleh didapati di kilang pembuatan perabot tidak dapat dipenuhi,"katanya.
..
Menurutnya, setelah mengikuti kursus yang diperkenalkan rakannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai tanaman cendawan, dia mula mengorak langkah meneroka bidang ini. Ladang Nas Agro Farm mengeluarkan cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju disebabkan cendawan jenis ini popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan kerana harganya yang agak murah.
..
Cendawan ini dijual dengan harga RM7 sekilogram dan mendapat sambutan yang sangat baik disebabkan masakan berasaskan cendawan kini popular dalam kalangan restoran selain rasanya yang enak serta berkhasiat,"katanya.
..
Menurut beliau, ladang ini mempunyai sembilan dan diuruskan dengan sistematik di mana seripa pekerja mempunyai tugas khusus dan dipantau oleh seorang ketua. Dengan menggunakan modal sendiri sebanyak RM200,000, dia dan isterinya memulakan perniagaan ini dengan membina bangunan dan kelengkapan asas yang kemudiannya diubah suai mengikut kesesuaian sehingga hari ini.
..
Menurut Nabil, penyelidikan terhadap pembenihan cendawan turut dijalankan sendiri di ladangnya di mana beliau membina makmal ujian bagi mendapatkan benih cendawan terbaik. Walaupun terdapat 16 spesies cendawan sesuai ditanam di Malaysia, cendawan jenis ini paling mudah untuk dibiakkan dan buat masa ini, saya sedang mengusahakan untuk mencari variety baru bagi mempelbagaikan cendawan yang ada di negara ini.
..
Penanaman cendawan menggunakan proses tisu kultur dan kajian yang saya jalankan ini akan mendatangkan hasil menggalalakkan, "katanya. Nabil turut menyarankan supaya lebih ramai petani menceburi bidang ini dan beliau sanggup menjadi pembekal selain kursus kepada mereka yang berminat.
..
"Walaupun saya meningkatkan pengeluaran sehingga ke tahap maksimum, permintaan terhadap cendawan tidak akan dapat dipenuhi dan pasaran saya kini hanya untuk di sekitar Sepang sahaja. Biasanya pembeli dan pemborong perlu menempah terlebih dahulu cendawan, selain jualan terus dari ladang turut dilakukan,"katanya.
..
Menurut Nabil, untuk perancangan masa depan dia merancang membangunkan pusat penyelidikan cendawan di Sabah tidak lama lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan