Halaman

Selasa, Jun 02, 2009

Nasi Cendawan

BAHAN-BAHAN
..
  • 250 gm Cendawan Tiram Kelabu
  • 250 gm beras
  • 50 ml minyak masak
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 ulas bawang merah - mayang
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar rempah empat sekawan
  • 250 ml air
  • Garam secukup rasa
....
CARA MENYEDIAKAN
..
1. Cairkan marjerin dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan di dalam periuk. Kemudian masukkan rempah empat sekawan. Tumis lagi hingga naik bau.
..
2. Masukkan pula beras, air, dan garam secukup rasa. Tanak sehingga nasi hampir kering barulah masukkan cendawan. Kacau sebati dan tanak semula sehingga nasi masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan