Jumaat, Disember 28, 2007
Pembekal Benih Cendawan
Rabu, Disember 26, 2007
Graduan Raih RM12,000 Sebulan Tanam Cendawan
PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.
Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan. Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari. Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.
Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand. Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.
"Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.
"Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini," katanya.
Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.
"Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.
"Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari," katanya. Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.
"Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.
Rabu, Disember 19, 2007
Khasiat Cendawan Tiram Kelabu
- Tiada bahan kimia
- Tiada buangan haiwan
- 100% organik
- Taman tertutup
- Amalan kebersihan dalam penanaman
- Khasiat tinggi
- Pemakanan sihat
- Sesuai untuk diet sayur
- Disukai kanak-kanak
Jumaat, Disember 07, 2007
Pembekal Bahan Mentah Cendawan
- Sukar mendapatkan bahan mentah untuk penyediaan media cendawan?
- Memerlukan bekalan dalam kuantiti besar dan konsisten pada kadar segera?..
Stok Dedak Padi
Berdasarkan pengalaman sebagai pengusaha cendawan sendiri, syarikat yang dijalankan oleh En. Rasul dan dua orang lagi rakan kongsinya ini telah sedia maklum dan tahu selok-belok keperluan bagi penanaman cendawan. Oleh sebab itu, inisiatif membekalkan bahan mentah ini diambil kerana pengusaha cendawan komersil memerlukan bahan mentah ini dalam kuantiti yang besar, konsisten dan pada harga yang berpatutan. Pada masa ini kesemua stok disimpan di Senawang, Negeri Sembilan.
..
Beg Cendawan Berbenih
Segala urusan pesanan boleh dibuat melalui saya samada secara online ataupun offline dan cara bayaran ialah cash-on-delivery (COD). Anda juga boleh hubungi En. Rasul untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Nizam - Cendawan Global (019 7589774)
Rasul - Mentah Resources (019 6693718)
Mentah Resources
No 30, Jalan PS 1/5, Taman Pinggiran Senawang,
71450 Sg Gadut,
Negeri Sembilan.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan bekalan sementara harga masih dalam tempoh promosi!
Selasa, Disember 04, 2007
Kunjungan Ilmu ke Rembau, Negeri Sembilan
.. ..
....
..
....
..
Saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohammad Rasul, En. Din dan En. Zul kerana sudi menerima kunjungan ilmu daripada saya.
Kalau nak tau, inilah En. Rasul, yang berbaju oren tu.
Ahad, Disember 02, 2007
Cendawan Tiram Kelabu
..
Air : 89.2 gm
Protin : 3.6 gm
Lemak : 0.7 gm
Karbohidrat : 4.1 gm
Serat : 1.8 gm
Fosforus : 88 mg
Zat Besi : 1 mg
Natrium : 6 mg
Kalium : 195 mg
..
Vitamin
B2 : 0.46 mg
Niacin : 1.9 mg
Jumaat, November 30, 2007
Bicara Cendawan Bersama Lan, Chini Agro
. ..
Cendawan Global : Sudah berapa lama melibatkan diri dalam bidang bisnes cendawan dan mengapa pilih bisnes ini?
Lanchini : Saya mula berjinak-jinak dengan cendawan pada akhir 2006 tapi mulakan projek sendiri pada awal 2007. Didorong oleh ayah yang amat meminati bidang pertanian. Saya pilih bisnes ni kerana menyedari akan potensinya yang sangat besar di Pahang. Di sana, pengusaha masih kurang jika dibandingkan dengan di N.Sembilan ni.. Selain dari tu, bahan2 asasnya mudah diperolehi.
Cendawan Global : Melalui pengalaman anda, apakah yang perlu perlu ada dalam diri seseorang untuk berjaya dalam mengusahakan penanaman cendawan?
Lanchini : Perusahaan ni nampak senang tapi perlukan komitmen yang tinggi. Kita mesti berdisiplin dalam pelbagai perkara untuk elakkan pencemaran yang boleh mengundang masalah penyakit. Lagi satu, kita mesti rajin bertanya,buat perbincangan dengan pengusaha-pengusaha lain untuk tingkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Cendawan Global : Bagaimana anda memasarkan keluaran cendawan?
Lanchini : Buat masa ni, kami hanya tumpukan pasaran di kawasan sekitar. Kebanyakan hasil dijual sendiri (80%) memandangkan hasil kami tidaklah beberapa banyak. Selain dari tu, hasil pun belum tetap pengeluarannya, so agak sukar untuk memberi komitmen kepada peniaga lain. Selain dari tu, hasil juga dipasarkan ke restoran dan kedai runcit berdekatan.
Cendawan Global : Apakah masalah yang sering dihadapi dalam bisnes ini?
Masalah yang paling sering dihadapi adalah penyakit. Kadang2 tu penyakit datang tanpa disangka walau kita telah ambil perlbagai langkah pencegahan. Ini jelas menunjukkan kita perlu sentiasa belajar dan mengkaji. Selain dari tu, masalah tiada bekalan juga sering berlaku. Sedih juga kalau kita tidak dapat penuhi permintaan customer.
Cendawan Global : Rancangan anda pada masa hadapan, dalam 5 tahun atau 10 tahun lagi?
Lanchini : Saya berharap dapat mempelbagaikan hasil kami. Contohnya, kami ingin mencuba penanaman cendawan Ling Zhi pula. Saya ingin mencontohi pengusaha yang telah established seperti VITA AGRO di tanjung sepat. Perjalanannya masih jauh, tapi kami akan berusaha ke arah itu.
Rabu, November 28, 2007
Global Kit
..
MASUKKAN RM50 UNTUK PEMBELIAN
.. KE AKAUN :
CIMB BANK :. 0506-0078-123525
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
NO. H/P
Rabu, November 21, 2007
FAQ - Soalan-Soalan Lazim
Soalan
Berapa kos minimum yang diperlukan untuk memulakan bisnes cendawan?
..
Jawapan ..
Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
..
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 - RM5,500 (Kos beli beg).
..
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
..
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
..
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
....
Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
Cash flow = RM1,000
Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
.. ..
Soalan
Jawapan
....Nak jual cendawan sama seperti menjual sayur-sayuran. Anda boleh menjual sendiri terus ke end-user atau menjual kepada middle-man seperti Pasar Borong, Pekedai, Pasar Raya dan juga peraih. Harga jualan berbeza mengikut tempat dan keadaan. Harga semasa di pasar malam RM13 hingga RM15 sekilo. Harga di Pasar Raya RM9-RM10 sekilo. Harga di pasar borong agak rendah sekitar RM5 hingga RM7 sekilo. Jadi saya nasihatkan agar penanam cendawan menjual terus kepada end user kerana harga lebih tinggi dan untung lebih banyak.
Dalam industri ini, belum ada pengusaha Melayu yang buat contract Farming memandangkan jarak dan volume kerana ia melibatkan kos pengangkutan. Nasihat saya, tidak kira kita menanam apa atau menternak apa, yang penting kita mesti tahu di mana hendak jual hasil kita. Jika kita gagal berbuat demikian, maka gagallah usaha kita selama ini. Marketing is very important to each grower!!!.
Soalan
Di mana saya boleh dapatkan bekalan benih cendawan?
Jawapan
Benih cendawan boleh dibeli Vita Agrotech (Tg Sepat Morib) 03-3197 5600, MARDI (Serdang) : 013-285 9031, Kuan (Damansara): 019-261 3107, En. Hamzah (Kulai Johor): 012-762 2027.
..
Dimana boleh saya dapatkan cap, penutup dan beg cendawan?
Jawapan ..
Soalan
Jawapan
Dapatkan dulu ilmu pengetahuan tentang cendawan melalui bahan bacaan ataupun menyertai kursus praktikal dan baru ambil keputuan untuk tanam cendawan atau tidak. Kalau nak kursus praktikal, sila pergi ke Puchong dan jumpa En. Zul.
..
Biasanya RM3.50/ beg dan RM2/botol.
....
Nasihat kepada peserta kursus dan bakal pengusaha
- Biasanya nasihat saya pada para peserta, supaya lepas kursus praktikal cendawan, anda boleh fikirkan semula susah senang nak buat beg, merebus, menyiram dan sebagainya. Selepas itu, anda bolehlah cuba beli beg secara kecil-kecilan sebab nak mahirkan atau nak test samada berminat ke atau tidak.
- Mereka juga kena survey market sekitar rumah mereka..test jual ada laku atau tak… Cuba juga survey mana nak dapatkan supplier habuk, benih, gamdum, plastic dan sebagainya. Takut di kawasan mereka takde supplier tu atau terlalu jauh. Selepas semua faktor telah di selidiki dan diambil kira, barulah mereka boleh buat keputusan nak biz atau tak.
Isnin, November 12, 2007
Penyakit dan Masalah Cendawan
.. ..
Terdapat banyak faktor penyebab yang boleh menyumbang kepada penyakit dan masalah kepada cendawan yang diusahakan dan ia boleh dibahagikan kepada elemen yang boleh dikawal dan juga tidak boleh dikawal. Elemen yang boleh dikawal di sini maksudnya pengusaha boleh mengambil langkah perlu untuk mengelakkannya dan elemen yang tidak boleh dikawal biasanya daripada faktor alam sekitar.
Antara penyakit yang sering melanda penanam cendawan ialah :
Serangan Kulat Jingga / Oren
Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan dan untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengukusan yang cukup bagi membunuh kulat ini dari awal.
Serangan Kulat Hijau
Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar. Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.- Serangan kulat hitam
- Serangan hama ke atas beg cendawan
- Ulat yang banyak membiak di dalam beg cendawan
- Pertumbuhan maisilium yang terbantut / rosak
- Makhluk perosak yang kerap menyerang seperti lipas, tikus, serangga dll.
Berikut adalah contoh pelan susun atur rumah cendawan dan aturan kerja yang ideal
Pengusaha harus bijak dan mengambil langkah proaktif bagi mempastikan projek yang diusahakan berjaya dan memperolehi hasil yang diidamkan.
Selasa, November 06, 2007
Nutritional Value of Mushroom
Depending on the species, mushrooms can contain up to 3% useful proteins. Some types are actually quite high in protein, especially Agaricus, Lepiota, and Calvatia species. On a dried weight basis, the King Bolete (Boletus edulis), contains more protein than any common vegetable, except soybeans. However, much of it is indigestible so should not be used in place of other proteins.
Mushrooms are low in calories, until they are fried in butter. They are about 90% water, low in fat, and have most of their carbohydrates in the form of indigestible chitin. Chitin is a polysaccharide composed of the essential sugar, Glucosamine. Supplements are often derived from shells of crustaceans (shrimps, crabs, krill).
Mushrooms should always be cooked, but never overcooked. Cooking does increase their nutritive value by increasing their digestibility, but overcooking decreases this value. Mushrooms should not be washed, but rather wiped free of dirt and debris. However, certain ones do require soaking to remove the dirt and insects imbedded in their deep crevices. Few rarely need peeling, and some have stems that should not be eaten. Again, ALWAYS have a knowledgeable person confirm the species before any mushrooms are eaten as there are look-alike species which can be lethal.
Khamis, November 01, 2007
Gigih Usaha Cendawan Meskipun Tangan Lumpuh
Berbekalkan modal kira-kira RM7,000, Anthony Wok Hock Chai, dari Kampung Cina, Sitiawan berjaya mengorak langkah untuk menjadi seorang pengusaha cendawan di kalangan bukan Bumiputera di daerah Manjung.
..
Dalam usia di awal 30-an, Wok, insan kurang upaya bertekad menjadi seorang usahawan berjaya pada masa depan. Dengan keadaan tangannya yang lumpuh, ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi malah menjadi pendorong kepadanya untuk terus berdikari.
"Saya mahu buktikan saya juga seperti mereka yang lain dan mampu melakukan apa yang dilakukan oleh orang normal," katanya.
Walaupun negara sudah mencapai tahap kemajuan teknologi canggih, Wok masih memilih kaedah tradisional untuk menanam cendawan di ladangnya. Katanya, jika menggunakan kaedah moden, ia memerlukan modal agak tinggi sedangkan dia tidak mampu untuk berbuat demikian.
"Jadi biarlah saya bermula dari bawah menggunakan kaedah tradisional dan sekiranya penat lelah saya berhasil, barulah saya boleh beralih kepada teknologi moden," katanya.
Menurut Wok, cendawan boleh dituai selepas dua bulan benihnya disemai di dalam habuk kayu. Di segi pemasaran pula, cendawan miliknya dihantar ke bandar besar termasuk Ipoh dan Kuala Lumpur selain pasaran tempatan sekitar pekan Sitiawan.
Cendawan itu perlu dipasarkan segera kerana sayuran itu tidak boleh bertahan lama dan akan hilang khasiatnya."
Rabu, Oktober 31, 2007
Dari Motel Ke Bangsal Cendawan
..
..
..
Isnin, Oktober 29, 2007
Industri Cendawan Berkembang
29.10.2007
Sabtu, Oktober 27, 2007
Ruangan Iklan Bisnes Cendawan
Iklan anda akan dipaparkan di sini setiap hari dan akan dipastikan ia mudah dilihat dan senang dicapai oleh pelawat blog ini. Saya akan kemas kini contohnya dalam masa terdekat ini. Cheers!
Rabu, Oktober 24, 2007
Pengusaha cendawan di Malaysia (Tahun 2005)
NEGERI ...........BIL. PENGUSAHA ..........HASIL(kg/tahun)
Johor .................... 28 ......................944,508
Melaka ................... 1 .......................1,200
N.Sembilan .............. 7 .......................23,760
Selangor ................. 18 ......................368,520
Perak .................... 9 .......................87,480
P.Pinang ................ 5 ....................... 30,000
Kedah .................... 5 .......................18,000
Kelantan ................. 2 ....................... 27,000
Terengganu ............. 5 ....................... 1,440
Pahang ................... 7 ....................... 15,195
Sabah .................... 3 ...........................-
Sarawak ................. 1 ...........................-
Jumlah ................. 91 .......................1,517,103
Khamis, Oktober 18, 2007
10 Facts About Mushrooms
• People have been eating mushrooms since Palaeolithic times.
• The Ancient Egyptians believed mushrooms grew by magic, because of the way they could appear overnight.
• The “Iceman” discovered in the Italian Alps in 1991 (and thought to have died 5,000 years ago) was carrying dried mushrooms with him.
• More than 85% of Australian households purchase fresh mushrooms regularly; 55% of them buy at least once per week and 38% of primary grocery shoppers always have them on their shopping list. The average purchase volume is 457 grams.
• In the mid 1970’s most of the mushrooms eaten in Australia were sold in cans. Today Australians eat 95% of their mushrooms fresh.
• 88% of consumers love mushrooms in a stir-fry; 83% of consumers love mushrooms in a salad.
• 74% of mushroom eaters would probably order a mushroom entrée in a restaurant.
• 98% of mushroom eaters believe mushrooms add something special to a dish.
Selasa, Oktober 02, 2007
Teknik Penyediaan Media Cendawan
- Habuk Kayu Getah (Jangan gunakan habuk kayu getah yang dirawat)
- Dedak Padi / Gandum
- Kapur Pertanian (Kalsium Karbonat)
- Habuk Kayu Getah : 100
- Dedak Padi / Gandum : 10
- Kapur Pertanian : 1
Nota
- Jangan gunakan habuk kayu getah yang baru dipotong, cari yang warnanya dah kelabu.
- Pastikan juga, jangan gunakan habuk kayu yang dirawat kerana dikhuatiri terdapat kandungan bahan kimia didalamnya.
- Kelembapan campuran ialah antara 60-65%.
- Plastik beg PP bersaiz 0.6'.
- Kukus selama 7 jam.
- Tempoh sejukkan media adalah selama 2 hari 1 malam. Jangan ada suam pun di media tersebut.
- Selepas disuntik, peram ia selama 2 bulan.
- Setelah masilium memenuhi beg, hasil akan keluar selepas hari ketiga atau keempat ia dibuka.
- Sebaiknya hasil cendawan mesti dalam bentuk bulat dan tidak bergerigis.