Jumaat, Ogos 29, 2008

Dried Mushroom

....

Promosi!!! Promosi!!
...
Dried Mushroom.
...
Pembeli dan Pengedar diperlukan. Dried mushroom merupakan satu produk baru dipasaran. Jika selama ini kita biasa melihat dried mushroom daripada cendawan jenis Gano, Shitake, Mitake, Button dan telinga kera, sekarang Cendawan Tiram juga doleh dikeringkan. Ini bermakna bagi mereka yang jauh, yang nak simpan lama cendawan tiram atau nak post dan export ke luar Negara bolehlah membeli dried mushroom ini.
....
Dari segi teknikal, cendawan segar basah ini telah melalui satu proses pengeringan air sebanyak 100%. Ini bermakna cendawan yang tinggal hanyalah cendawan asal yang masih mempunyai nutrient dan khasiat serta rasa yang sama seperti cendawan segar yang lain cuma tiada air. Ini menjadikan berat asal cendawan akan hilang sebanyak 90%. Yang tinggal hanya 10% sahaja berat cendawan tersebut.
...
Cara nak masak sungguh mudah. Anda hanya perlu memasukkan Dried mushroom ini kedalam masakan anda tanpa perlu direndam air terlebih dahulu. Dried mushroom ini akan mengembang secara sendiri di dalam masakan anda dengan menyerap air,minyak dan bahan perasa yang anda gunakan di dalam masakan anda. Sungguh mudahkan.
...
So, harga pasaran adalah RM3.50 bagi setiap bungkusan yang mempunyai kandungan berat sebanyak 25gram. Harga yang berpatutan.
....
Boleh tempah dengan kami dan kami akan postkan kepada anda. Kos post ditanggung oleh pembeli.

....

Nota Cendawan Global : Saya baru dapat info tentang Dried Mushroom ini daripada rakan saya, En. Zul dari CendawanPuchong. Jika anda ada sebarang persolana atau perlukan maklumat lanjut, boleh contact beliau (019 2071 743) atau lawati blog cendawanpuchong.
...
CG juga akan menjadi salah seorang pengedarnya nanti dan maklumat pembelian akan diberitahu kelak.

Selasa, Ogos 26, 2008

Potensi Penanaman Cendawan di Jerteh

Hari Jumaat, 25 Ogos lepas, saya mengambil kesempatan bercuti untuk melawat keluarga di kampung di Seberang Jerteh, Terengganu. Tempoh masa cuti yang agak lama digunakan sepenuhnya untuk meninjau kawasan berhampiran rumah untuk dijadikan tapak komersil penanaman cendawan tiram kelabu nanti.
...
Kawasan tak lah luas sangat tapi kalau nak bina 2 buah rumah cendawan bersaiz 20' x 40' pun boleh. Yang lebih menggalakkan ialah adanya sokongan daripada keluarga dan juga bakal rakan kongsi. Kajian pasaran dah buat serba sedikit. Kiranya kalau ada projek kat kampung, lebih keraplah boleh balik berbanding sekarang. Tidak lama lagi proses pembinaan rumah cendawan akan dibuat termasuk kos dan modal yang terlibat . Perancangan awal pada pertengahan September nanti.

...
Saya juga berkesempatan berjumpa dengan seorang pengusaha cendawan yang dah pun memulakan projeknya di kampung berhampiran iaitu Kg. Pengkalan Sentul, En. Shauki. Sempatlah bertukar-tukar info tentang bekalan bahan-bahan mentah cendawan di sini dan saya juga membeli beg cendawan beliau sebagai sampel.
...
Dalam masa seminggu dua ni, proses perbincangan akan dibuat dengan bakal rakan kongsi tentang cara memulakan projek dan besar kemungkinan kami akan membeli dahulu dalam 1,000 ke 2,000 beg yang telah siap untuk diperam sementara mendapatkan pembekal bahan mentah dan pembinaan bangsal cendawan siap nanti.
....
Menurut En. Shauki, harga di kawasan ini boleh dikatakan agak rendah kerana adanya persaingan daripada pengeluar Siam yang menawarkan pada harga yang jauh lebih murah tetapi saya yakin dengan strategi pemasaran yang akan dibua t boleh mengatasi masalah berkenaan. Jadi, bersedialah rakan-rakan dan bakal pemborong dan pelanggan cendawan kerana Cendawan Global akan mula mengusahakan sendiri cendawan tiram kelabu secara komersil sebelum akhir tahun ini.
...
Saya akan kemas kini perkembangan dari masa ke semasa. Buat masa ni, gambar pun lupa nak ambik, lain masa nanti.

...
Kepada yang berminat untuk mendalami ilmu penanaman cendawan, rakan saya dari CendawanPuchong akan menganjurkan kursus yang terakhir bagi bulan Ogos sebelum berehat untuk memberi laluan kepada bulan Ramadhan dan Hari Raya. Pendaftaran di buka sekarang.

...


Ahad, Ogos 17, 2008

Three More Farms To Produce Mushrooms

KUALA TERENGGANU: Three additional mushroom farms that could produce 300kg of the edible agaric in a day will complement the East Coast Economic Region’s (ECER) thrust to promote industrial crop.
...
Terengganu’s leading mushroom producer, TLT Dynamic Sdn Bhd will increase its mushroom production from its current 100kg of oyster mushroom production daily via its soon-to-be-ready farms. The company is Terengganu’s largest mushroom producer.
...
“We initially started commercial production of grey oyster mushrooms last October where 50 kg of mushrooms a day were collected and with the three farms we are now able to increase our output to three folds,
...


Gourmet delight: A file picture of the oyster mushroom.

..
“TLT has spent about RM500,000 to build five farms, each with the capacity to house 30,000 bags of mushroom seeds which can be harvested in five months.” said the company’s executive chairman Sufian Mohd Said said.

...
Oyster mushrooms have been touted as a gourmet delight the world over. Known for its nutritional value including anti-oxidant properties, it is a good alternative to animal protein and is believed to be anti-carcinogenic.

...
Oyster mushrooms are grown in semi-darkened shed with temperatures of 28 degrees Celsius during the day, and between 25 to 26 degrees Celsius at night. TLT had signed a deal last year with GCH Retail (M) Sdn Bhd for the sale of its mushrooms in the chain’s 87 Giant outlets and 16 Cold Storage stores nationwide.

....
Sufian added that TLT was also marketing its mushrooms to other supermarkets in Terengganu. The Ministry of Agriculture has declared mushrooms as an industrial crop. The country’s best selling mushroom is the white oyster.
Terengganu is emerging as a main producer of mushrooms, to reduce its dependency on neighbouring Thailand.

...
The state government had started giving monetary aid amounting to RM110,000 last year to mushroom cultivators to give the industry a shot in the arm and create farming entrepreneurs.

...
More than 2.6 million tonnes of mushrooms were imported into Malaysia in 2004, amounting to RM25.74mil. China, Canada and India are the top three producers of both fresh and processed mushrooms. Global mushroom production is 31% for button, shiitake (24%), oyster (14%), black ear mushroom (9%) and paddy straw mushroom (8%).

Sumber: The Star Online


Jumaat, Ogos 15, 2008

Pengusaha Cendawan Perlu Ilmu Mencukupi

Industri cendawan kini bukan sahaja terdiri daripada petani semata-mata tetapi melibatkan pelbagai golongan profesional. Ini menunjukkan industri cendawan semakin mendapat tempat dalam masyarakat kerana konsep penanaman ringkas dan kemas serta memberikan pulangan lumayan.
...
Walaupun bilangan pengusaha cendawan semakin hari semakin ramai, namun tidak ramai pengusaha yang arif tentang teknik penjagaan cendawan dan pengurusan kewangan dan peka terhadap kesan pengabaiannya.

.....
Dalam usaha merealisasikan pertanian sebagai perniagaan, pengusaha atau bakal pengusaha perlu mengetahui teknik penanaman serta konsep penjagaan cendawan yang betul. Ini bagi membolehkan pengusaha cendawan mengurangkan kadar kerosakan cendawan selain mendapat keuntungan dan hasil maksimum.

....
Konsep penanaman yang dimaksudkan termasuklah teknik dan kemahiran penyediaan beg media (tempat membiak cendawan) tidak berpenyakit, pengukusan dan pemeraman sempurna, pengawalan penyakit dan kebersihan, pengudaraan rumah cendawan teknik penuaian serta pemasaran.

......
Namun bagi pengusaha yang ingin menjalankan perusahaan ini secara komersial, mereka perlu mendapat pendedahan tentang cara penggunaan mesin dan peralatan yang digunakan dalam industri ini seperti mesin penggaul, mesin pengisi beg media dan mesin pengukus.

.....
Melalui latihan dan kursus bimbingan, pengusaha akan didedahkan tentang ramalan pendapatan yang bakal diperoleh oleh mereka. Purata pendapat pengusaha cendawan kini boleh mencecah RM3,000 sebulan jika pengusaha memulakan penanaman cendawan sebanyak 12,000 beg media.

....
Ini menunjukkan pendapatan yang diperoleh oleh pengusaha setanding dengan perusahaan dan industri lain.

.....
Bagi memberi pendedahan lengkap tentang teknik penanaman cendawan, pihak Cendawan Global dengan berbesar hati mencadangkan kursus tanaman cendawan daripada CendawanPuchong (CP).

.....


Isnin, Ogos 11, 2008

Dua Faktor Utama Kejayaan Bisnes


Ya, sebenarnya dua sahaja perkara yang perlu diberikan perhatian oleh usahawan apabila ingin memulakan satu bisnes baru iaitu pengaruh dan bukti. Tidak kira apa jua jenis bisnes anda sama ada berskala kecil, sederhana atau besar, dua faktor ini memainkan peranan paling penting.
......
Pertama, Pengaruh. Anda amat bertuah dan berpotensi untuk berjaya sekiranya anda sendiri merupakan seorang yang berpengaruh. Kata orang, ‘somebody.’ Maksudnya, anda dikenali dan disegani oleh orang ramai dan mempunyai ramai kenalan, rakan-rakan dan juga dipandang tinggi oleh masyarakat umum.
...
Dengan pengaruh yang ada, anda dengan mudah dapat bercerita dan melakukan promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kerja yang dianggap sukar pada peringkat permulaan bisnes telah anda langkau kerana anda sendiri seorang yang berpengaruh. Setiap patah cakap anda didengari dan ditunggu-tunggu. Contohnya, ahli politik, pemimpin masyarakat, ketua pertubuhan dan sebagainya.
.....
Kedua, Bukti. Bukti di sini ialah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah boleh diceritakan keberkesanannya kepada bakal pelanggan dari segi kualiti, fungsi, kebaikan serta boleh disyorkan pula oleh pelanggan sedia ada. Biasanya bukti menjadi lebih kukuh apabila ia dicerita berdasarkan pengalaman dan kejayaan yang telah dilalui.
...
Sekiranya bisnes itu merupakan satu program networking atau pemasaran berperingkat atau bisnes yang memerlukan pembinaan insan lain untuk berjaya, prospek akan lebih yakin sekiranya mereka sendiri boleh melihat kejayaan anda.
..
Hasil kejayaan yang anda capai melalui bisnes inilah yang akan mendorong mereka menyertainya ataupun berminat membeli produk dan perkhidmatan anda. Jadi, bakal usahawan sekelian, sebelum memulakan satu bisnes yang anda rasakan berpotensi untuk membawa anda mencapai kebebasan kewangan, pastikan terlebih dahulu anda memiliki salah satu faktor ini. Anda lebih bertuah jika memilki kedua-duanya sekali.
..
Cendawan Global amat bertuah kerana rakan jaringannya iaitu CendawanPuchong (CP) bersedia untuk berkongsi pengalaman atau tip-tip penanaman cendawan dengan anda sekalian. Maklumat kursus adalah seperti di bawah dan pendaftaran masih dibuka. Sila hubungi pihak urusetia kursus untuk urusan pendaftaran dan maklumat lanjut. Selamat maju jaya!
.....



Ahad, Ogos 10, 2008

College Dropout Now A Mushroom King

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
...

newsdesk@thestar.com.my

....

MUAR: From college dropout to mushroom millionaire – that sums up the success story of a village boy from Kampung Grisek, near here, who is now the biggest mushroom producer and exporter in the country.

...

Chew Swee King, 40, now plans to sell his Grisek mushrooms, named after the village, to the Arabs.His C&C Mushroom Cultivation Farm Company, cultivates several different colours of oyster mushrooms, abalones and the popular Lingzhi mushrooms.

...

Chew (left) pointing at rows of Lingzhi mushrooms.
...
“At present we export about 30% of our fresh mushrooms to Singapore and processed mushroom products to India, Hong Kong, Brunei, Indonesia and Canada,” he said.
..

The company also supplies mushroom snacks to Singapore Cold Storage and NTUC (the republic’s multi-enterprise national trades union congress), besides Malaysia Cold Storage and the Giant hypermarket chain.

...

Chew, who dropped out of college in 1982, said he planned to export his products, which had been certified halal, to West Asia.

...

“We are hoping for a Malaysian organic certification for our products from the Agriculture and Agro-Based Industry Ministry before marketing the Grisek mushrooms to the Arabs,” he said.

Workers at the C&C Mushroom Cultivation Farm sorting out the mushrooms.
Speaking to The Star, Chew said it all began after he attended a course on mushroom growing in 1986, conducted by one Prof Mohammed Noor from Universiti Kebangsaan Malaysia.
...

“After learning the basics, I asked my father to allow me to start a mushroom project on his land in 1987.

...

“With the help of four of my brothers, we began to grow mushrooms and I set up C&C,” he said when met at his farm in Grisek.

...

Chew said he later bought the land from his father and today the C&C farm produces about 150 tonnes of mushrooms a month.

...

He said there were about 400 mushroom growers in the country, producing about RM30mil worth of mushroom products a month, and one-third came from C&C.



Jumaat, Ogos 08, 2008

Gigih Tanam Cendawan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
...
PEPATAH yang berbunyi ‘seperti cendawan tumbuh selepas hujan’, seakan-akan menjelaskan apa yang berlaku pada masa ini iaitu ramai individu mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu selepas kerajaan khususnya Jabatan Pertanian berusaha mempromosi tanaman tersebut.

.....

Senario tersebut didorong oleh faktor permintaan yang kian meningkat serta mempunyai potensi pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu memberangsangkan terhadap cendawan spesies berkenaan.

..

Justeru, semakin ramai individu tempatan bertekad untuk menceburi serta mengusahakan tanaman tersebut dengan tujuan mencari pendapatan tambahan serta keuntungan yang boleh dikatakan agak lumayan.

..

Melihat kepada fenomena tersebut, seorang pegawai kerajaan, Saleha Mohamed, 47, tidak ketinggalan dalam mengambil inisiatif untuk bergiat serta mengusahakan perusahaan tersebut.

..

Dia yang berasal dari Kelantan, menjelaskan bahawa penglibatannya dalam penanaman cendawan itu disebabkan minat berniaga dan juga keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran.

...

Semuanya bermula apabila beliau mengambil keputusan untuk berkongsi perniagaan tersebut bersama-sama anak saudaranya, Norazila Mohd Yusof, 28 yang kini masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).

...

Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan modal sebanyak RM20,000, dia bersama-sama Norliza telah memulakan pengusahaan tersebut sejak tiga bulan lalu.

..

‘‘Dengan modal sebanyak itu, kami mampu menyewa dua buah lot kosong rumah kedai, membeli peralatan serta menghasilkan cendawan dan kini setelah tiga bulan berlalu, cendawan tiram kelabu kami telah mengeluarkan hasil yang memuaskan,’’ katanya ketika ditemui di rumah kedai yang dijadikan gudang cendawannya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

...

Menurutnya lagi, dua buah lot rumah kedai itu yang mempunyai keluasan 20 kaki x 80 kaki tiap satu mampu menempatkan sebanyak 20,000 beg yang ditempatkan di atas rak yang disusun rapi.

...

Menerusi syarikat Setia Gading Enterprise yang dikendalikannya, Saleha bersama-sama dua orang pekerjanya mampu menghasilkan 40 kilogram (kg) sehingga 50 kg cendawan setiap hari.

..

Jelasnya lagi, secara purata, hasil tersebut merupakan cendawan yang dihasilkan daripada 1,000 beg yang sudah sampai tempoh matang. Dalam pada itu, Saleha turut menerangkan bagaimana proses tanaman cendawan tiram kelabu dilakukan.

...

Menurutnya, proses tanaman cendawan tiram kelabu, memerlukan penggunaan habuk kayu serta beberapa campuran lain termasuk kapur digunakan bagi dijadikan bahan asas. Seterusnya , kesemua bahan itu perlu digaul dan dicampur dengan air sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik khas.

...

‘‘Selepas itu, beg plastik tersebut akan disuntik dengan benih cendawan dan diperam selama dua bulan.

..

‘‘Dalam masa itu, beg plastik tersebut akan bertukar menjadi warna putih dari masa ke semasa dan itu bermakna akar cendawan tersebut sedang tumbuh dalam beg tersebut,’’ ujarnya.

Selepas tempoh dua bulan, tutup beg plastik tersebut akan dibuka dan kemudian benih yang asal itu akan dibuang tetapi beg tersebut ditutup kembali dalam tempoh 10 hari.

...

Tambahnya, selepas 10 hari benih tersebut dibersihkan, tutup beg tersebut akan ditanggalkan dan setiap beg akan mula mengeluarkan hasil selepas empat ke lima hari benihnya dibuang.

Hasil yang dihasilkan itu kemudiannya sudah boleh dipetik dan dibungkus untuk dipasarkan. Buat masa ini, Saleha membekalkan cendawan-cendawannya kepada para peruncit dan pembekal cendawan kecil-kecilan di sekitar Rawang.

...

Selain itu, ditanya mengenai cabaran serta masalah yang dihadapi sepanjang mengusahakan penanaman cendawan itu, beliau menjelaskan bahawa cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju merupakan spesies yang sangat sensitif.

..

‘‘Bagi mendapatkan hasil yang baik, soal kebersihan perlu diutamakan. Ini kerana persekitaran yang kotor akan mempengaruhi udara, sekali gus akan mendatangkan penyakit kepada cendawan.

‘‘Bagaimanapun, penyakit ‘hijau’ merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengusaha cendawan masa kini, selain serangan serangga seperti ulat dan lain-lain lagi,’’ katanya.

Tambah Saleha, bagi menangani perkara ini, persekitaran hendaklah dijaga dengan rapi. Semburan racun serangga perosak dilakukan dengan berhati-hati agar beg cendawan tidak terdedah kepada semburan ini.

...

Saleha turut mengakui bahawa risiko kerosakan cendawan juga agak tinggi. Antara 10 hingga 20 peratus beg cendawan akan mengalami kerosakan. Pada masa yang sama, Saleha turut memberitahu bahawa benih yang baik juga menjadi salah satu faktor yang mampu mempengaruhi produktiviti.

Buat masa ini, bagi menampung keperluan mendapatkan bekalan benih cendawan yang baik dan bermutu tinggi, Saleha telah mengadakan perbincangan antar pengusaha tiram kelabu di selatan Thailand.

...

Menurutnya, beberapa orang pengusaha di negara itu sedang berusaha mendapatkan kelulusan pihak tertentu di negara ini untuk membawa masuk benih yang baik bagi diedarkan di negara ini.

Lebih menarik, benih yang digunakan di Thailand itu mampu menghasilkan cendawan hanya dalam tempoh 28 hari berbanding pada kebiasaannya, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan setengah bagi mendapatkan hasil.

...

Saleha berharap agar sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan cendawan miliknya atau memasarkannya agar menghubungi di talian 019-2199180 atau suaminya Safri Ali di talian 017-3953654 atau berkunjung ke lot kedainya di alamat G23, Jln Kasturi 1B, Bukit Sentosa.

Sumber: Utusan Online


Rabu, Ogos 06, 2008

Nilai Nutrisi Cendawan Bagi Tujuan Perubatan

JIKA dahulu tidak ramai yang menggemari cendawan kecuali mereka yang tinggal di pedalaman tetapi masakan cendawan kini semakin digemari dengan dihidangkan pelbagai jenis masakan.
..
Bagaimanapun, selain daripada rasanya yang sedap, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat daripada tumbuhan ini terutama dari segi perubatan.
........
Berdasarkan kajian oleh Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan seperti:
...
...... Auricularia sp (Telinga kera /Jeli hitam)

Membantu merawat gangguan kardiovaskular dengan:
  • mencairkan darah beku
  • mengawal atur tekanan darah
  • merendahkan tahap kolesterol dan lipid
  • agen antioksida, melindungi DNA dan
  • membantu mengurangkan berat badan.
. ..

Schizophyllum commune (Cendawan kukur)

  • Mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser.
  • Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh;
  • anti-radangan,
  • anti bakteria,
  • anti parasit dan
  • melindungi hati.
    ....

Lentinus edodes (Shiitake)
....

Mengandungi Lentinan iaitu bahan yang terdapat dalam ubat anti kanser. Ia juga digunakan sebagai terapi imuniti bagi kanser paru-paru, usus, serviks dan payu dara.

  • Dikatakan mampu membantu merencat pertumbuhan semula kanser.
  • Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh dengan merangsang limfosit dan makrofaj agen melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.

......
Flammulina velutipes (Jarum emas)

  • Merupakan agen toksik kepada sel tumor.
  • Meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus.
  • Agen anti radangan.
  • Aktiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA.

.........
Agarcius braslllensis (Cendawan butang)

  • Membantu merencatkan pertumbuhan tumor.
  • Membantu mengawal atur tekanan darah.
  • Membantu Merawat gastrik.........
...

Ganoderma sp. (Ling zhi)

  • Membantu menghalang dan merawat kanser.
  • Meningkatkan meningkatkan sistem imuniti dari segi;
  • anti alahan,
  • anti radangan,
  • anti viral,
  • anti bakteria dan
  • anti oksida.
  • Melegakan serta merawat paru-paru yang berpunca dari serangan lelah (asma) dan masalah pernafasan.
  • Melindungi hati dengan meningkatkan proses detosifikasi.
....

...
Hericum erinaceum (Cendawan bunga kubis)

...

Membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti dementia , trauma saraf akibat strok dan juga penyakit Alzheimer.

  • Membantu menguatkan otot, gerakbalas motor dan fungsi kognitif.
  • Lektin - mampu membantu merencat pengumpulan darah merah.
  • Membantu merawat ulser perut.
  • Membantu meningkatkan sistem imuniti.

.. .. ...
Pleurotus cystidiosus (abalone)

Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan

....

Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu)

  • Mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid.
  • Meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria.
  • Menghalang pertumbuhan tumor.
  • Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.

Sumber: Utusan Online



Jumaat, Ogos 01, 2008

Cendawan Dapat Sambutan

Berita Harian 16/10/07 Edisi Timur:
..
Oleh Wan Faizal Ismayatim
..
Pasangan muda di Kampung Rahmat gigih usaha tanaman sejak tahun lalu turut pelbagaikan produk berasaskan kulat.
..
KUALA KRAI: Suatu ketika dulu, perusahaan tanaman cendawan hanya dijalankan oleh masyarakat Cina yang menggemari tumbuhan ringkas tanpa akar dalam hidangan mereka. Namun, perubahan masa dan selera rakyat negara ini menyaksikan permintaan cendawan kini semakin meluas meliputi semua lapisan masyarakat termasuk penduduk Melayu di luar bandar.
..
Meskipun fizikalnya ringkas, cendawan mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana spesies kulat ini dikatakan mampu mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin dalam darah. Selain itu, ia juga dikatakan mampu membunuh beberapa virus pembawa penyakit berjangkit selain berperanan sebagai ejen mempertahankan badandari serangan barah.
..
Bagaimanapun, tidak semua cendawan boleh dimakan kerana sebahagiannya mempunyai racun. Antara spesies digemari masyarakat negara ini ialah Cendawan Tiram dan Telinga Kera (Auricularia Polytricha). Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Malah, masyarakat negara ini sudah biasa dengan masakan berasaskan cendawan seperti sup cendawan dan nasi goreng cendawan.
..
Menyedari permintaan cendawan meliputi semua lapisan masyarakat, sepasang suami isteri dari jajahan ini nekad mengusahakan tanaman cendawan bagi menyara kehidupan. Pasangan suami isteri yang berkelulusan kejuruteraan dari Universiti Kanazawa, Jepun, Rozain Ismail, 29 dan isterinya, Zariah Ibrahim, 29, sanggup meninggalkan jawatan di kilang yang menawarkan gaji lumayan semata-mata menceburi perusahaan cendawan.
..
..
Menerusi syarikatnya, Rozeria Enterprise, yang beroperasi di Kampung Rahmat, Kuala Krai, sejak lebih setahun lalu, mereka bukan setakat memasarkan cendawan segar, sebaliknya mempelbagaikan produk berasaskan tumbuhan itu.
..
Inovasi mereka terhadap cendawan membawa kepada penghasilan produk sejukbeku berasaskan cendawan dalam bentuk bebola nugget, popia berkrim dan tempura. Walaupun produk sejuk beku cendawan ini masih baru di negara ini, potensi memajukannya cukup besar dan mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara komersial.
...
Rozain berkata, idea menghasilkan nugget, popia krim dan tempura cendawan bermula ketika beliau menuntut di Jepun apabila melihat kegilaan masyarakat negara matahari terbit itu menikmati makanan berasaskan cendawan.
..
"Mengambil pengalaman itu, saya dan isteri menghasilkan produk sejukbeku cendawan dan kini mendapat sambutan menggalakkan apabila dipasarkan di sekitar Kuala Krai dan beberapa kawasan lain di Kelantan."
..
"Nugget cendawan adalah ciptaan kami sendiri dengan campuran kentang dan daging, manakala popia krim cendawan adalah penghasilan popia segera yang berintikan krim dan cendawan.
..
"Tempura pula adalah cendawan celupan tepung yang sesuai dijadikan hidangan petang dan rasanya enak seperti isi udang," kata bapa kepada tiga anak yang masih belum bersekolah itu. Selain mengusahakan produk sejuk beku cendawan, pasangan usahawan mudaitu turut mengusahakan tanaman cendawan tiram dan telinga kera secara komersial dalam rumah cendawan di kawasan rumah mereka.
..
Dengan modal permulaan RM15,000, mereka mengusahakan lebih 10,000 beg cendawan dalam bangsal berdinding pelepah buluh dan beratap rumbia sejak Mac tahun lalu. "Walaupun masih baru, kami menempuhnya sebagai satu cabaran apatah lagi menyahut seruan kerajaan yang mahu melihat golongan belia bekerja sendiri sebagai usahawan tanpa terlalu bergantung pada kerja makan gaji."
..
Berikutan permintaan dan hasrat memperluaskan pemasaran, kami merancang pembinaan sebuah lagi rumah cendawan dengan kapasiti sama bagi meningkatpengeluaran dalam tempoh terdekat," katanya.
..
Rozain berkata, usaha menanam cendawan tidaklah serumit seperti disangka, malah menyeronokkan kerana hasilnya boleh dikutip secara berterusan selama tiga bulan.
..
Katanya, bahan asas digunakan habuk kayu, dedak padi serta kapur pertanian yang digaul dengan air sehingga basah untuk menghasilkan medium cendawan. Seterusnya, medium cendawan itu dipadatkan dalam beg plastik dan ditutupsebelum menjalani proses kukus atau steril bagi membunuh organisma dankuman yang ada dalam medium cendawan.
..
"Proses seterusnya ialah menjalankan kerja penyuntikan benih sebelum disusun atas rak dalam rumah cendawan yang memerlukan cahaya lemah dan sekata bagi mengelakkan pertumbuhan terbantut jika terkena cahaya berlebihan. "Selepas tiga bulan, spora akan terbentuk dalam beg cendawan dan mengembang memenuhi beg. Penutup beg akan dibuka bagi membolehkan cendawan tumbuh sepenuhnya," katanya yang dibantu pekerja sambilan terdiri remaja di sekitar kampung.
..
Beliau berkata, sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram setiap kali dituai dan setiap beg mengeluarkan hasil berulang kali selama tiga bulan sebelum hasilnya berkurangan dan perlu ditukar dengan medium baru.
...
Nota CG: Saya baru je jumpa artikel ni, tapi dikira menarik untuk dijadikan rujukan walaupun tidak disertakan gambar yang sebenar. Satu lagi usaha yang bijak dalam memepelbagaikan produk berasaskan cendawan. Yang penting inovasi dan usaha yang bersungguh-sungguh bagi meningkatkan perkembangan bisnes yang dijalankan.


a> Related Posts with Thumbnails