Selasa, September 28, 2010
Kelebihan cendawan dari sudut kesihatan
Khamis, September 23, 2010
VCD Teknik Asas Tanaman Cendawan Tiram Kelabu
..
....
- 1 VCD Teknik Asas
- Handout - Manual Instruction
- Khidmat nasihat - handphone kami sentiasa "on" untuk menjawab segala kemusykilan
..
BAYARAN RM40 UNTUK PEMBELIAN VCD
MAYBANK : 1510-7116-7133
SMSkan
ALAMAT KEDIAMAN / TEMPAT PENGHANTARAN
NO. H/P
NO. TRANSAKSI
MASA & TARIKH PEMBAYARAN
KE
019 758 9774 (NIZAM)
Rabu, September 22, 2010
Ebook Usahawan Cendawan !
Ketahui Rahsia Bagaimana Menjadi Seorang Usahawan Cendawan Yang Berjaya Dari Rumah!
.
Mudah dipelajari, kos rendah, permintaan tinggi, dan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja!
.
Daripada: Amirul Hafiz
Salam sejahtera para pembaca sekalian...
Mahukah anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan cendawan yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang cukup untuk membina kandang ayam atau batas sayur di belakang rumah? Tahukah anda bahawa ruang kecil di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM1000 ke atas sebulan?
..
Kemungkinan anda sudah biasa membeli sepeket cendawan di pasaraya Giant atau Jusco dengan harga RM4.00 ke RM5.00. Dalam satu paket cendawan tiram tersebut cuma terdapat lebih kurang 10 ke 15 helai cendawan sahaja dan beratnya cuma dalam lingkungan 400g sahaja.
.
.
.
Kalau anda ingin tahu harga sekilogram bagi cendawan tiram ialah RM10. Dan harga bagi sebongkah (tempat cendawan tiram ditanam) ialah dalam purata RM1.40 sehari. Bayangkan jika anda memiliki 100 bongkah maka pendapatan sehari anda ialah RM140.
.
Oleh sebab permintaan terhadap cendawan ini kurang di pasaran maka harga sekilogram bagi cendawan tiram boleh mencecah RM15. Tidakkah anda mahu mempelajari bagaimana mengusahakan cendawan tiram sendiri dari rumah?
.
Mengapa Harus Memilih Menjadi Usahawan Cendawan?
Jika anda seorang PENGANGGUR, mengapa harus berdiam diri dan membuang masa di rumah?
Bukankah baik jika anda melakukan sesuatu perniagaan?
Kerajaan sendiri menggalakkan semua orang menceburi bidang keusahawanan pertanian. Jadi inilah masanya, bina kerjaya dengan pertanian. Anda mengatur masa sendiri tanpa ada bos mengarah-arahkan anda melakukan kerja. Anda berminat dan bersedia untuk menjadi usahawan cendawan?
.
Inilah yang anda perlukan sekarang...
.
MEMPERKENALKAN
Ebook format PDF setebal 130 mukasurat (hanya dibaca di komputer menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader sahaja)
.
Ebook ini penuh dengan informasi dan ilustrasi langkah demi langkah bagaimana memulakan bisnes cendawan. Ini adalah skrin shot kandungan ebook ini
Rabu, September 15, 2010
Persediaan Awal Penanaman Cendawan
- 1 unit bangunan untuk pejabat, bilik pengumpulan hasil, bilik penyimpanan (chiller) dan bilik proses
- 1 unit bangunan untuk menyimpan habuk kayu dan ruang penyediaan beg media
- 1 unit bangunan untuk pengukusan, penyejukan beg media dan bilik penyuntikan benih
- 10 buah unit rumah cendawan bersaiz 20' x 50' untuk pemeraman dan pengeluaran hasil
.
.
Sila blok tarikh di dalam diari anda dan boleh hubungi pihak urusetia untuk urusan pertanyaan dan pendaftaran kursus.
.
Sepertimana yang diamklumkan oleh En. Zul, bos Cendawan Puchong, sambutan kepada kursus cendawan masih lagi hangat dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tip-tip dan rahsia penyediaan cendawan daripada pakar. cendawan ini.
.
Selamat berkursus dan selamat maju jaya daripada Cendawan Global.
Rabu, September 01, 2010
Tanam cendawan sejak 25 tahun lalu
Cendawan merupakan tanaman makanan yang cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat kerana keenakannya dan boleh dinikmati dengan pelbagai cara.
.
Cendawan boleh dinikmati secara segar atau digoreng tepung. Tetapi antara makanan berkaitan cendawan yang paling popular ialah sup cendawan.
.
Oleh sebab itu, sama seperti peribahasa, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, begitu juga dengan kemunculan penanam tanaman tersebut ketika ini.
.
Selepas kerajaan menyatakan komitmen untuk menaikkan martabat industri pertanian, ramai penanam cendawan muncul mengusahakan tanaman tersebut sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan.
.
Antaranya seorang pengusaha cendawan di Kampung Sinaran Baru, Skudai, R. Azmi Buang yang mengusahakan cendawan sejak 25 tahun lalu.
.
''Zaman dahulu cendawan hanya diperoleh menerusi pokok-pokok getah yang telah reput dan pertumbuhannya tidak sekerap mana.
.
''Tetapi dengan ada teknologi moden ia boleh diperolehi pada bila-bila masa, iaitu selepas benih cendawan terpilih disuntik dan melalui proses pengeraman, dalam tempoh lima hari cendawan terbabit boleh dituai," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
.
Untuk itu R. Azmi, 45, juga tidak keberatan berkongsi pengalaman mengenai cara-cara mengusahakan tanaman itu, yang mana langkah awal dengan menyediakan abuk kayu getah, dedak beras, kapur dan polibeg.
.
"Pemilihan habuk kayu getah kerana ia paling sesuai untuk pertumbuhan cendawan, manakala dedak beras pula penggalak yang mana cendawan akan tumbuh dengan subur termasuk lebar dan bersih serta gebu.
.
"Kapur pula untuk mengurangkan kemasaman pada 'substrat' (bongkah-bongkah) untuk disuntik dengan benih cendawan terpilih," katanya.
.
Menurutnya, bagi mengadun bancuhan substrat itu bagi setiap 100 kilogram (kg) habuk kayu getah ia ditambah dengan lapan kg dedak beras, tiga kg kapur dan 80 liter air.
.
R. Azmi, berkata, adunan itu dimasukkan ke dalam plastik lutsinar berukuran 6 1/2 inci lebar x 14 inci panjang dan ia perlu dibungkus dengan padat yang beratnya antara 1 kg hingga 1.2 kg.
.
Beliau berkata, selepas itu, bongkah-bongkah tersebut dikukus pada suhu 100 darjah celsius selama tiga jam.
.
"Selepas sejuk bongkah-bongkah itu akan disuntik dengan benih, di mana setiap satu botol benih mampu untuk disi 35 bongkah.
.
"Untuk menyuntik benih ia perlu dilakukan di tempat yang betul-betul bersih dan kering dan kemudian pindahkan ke bilik pengeraman dalam tempoh dua bulan," katanya.
.
Katanya, susunan dan kedudukan bongkah mesti dalam keadaan berdiri supaya 'meselium' (buah) mudah tumbuh.
.
Tambah Azmi, selepas dua bulan di pondok pengeraman bongkah-bongkah itu di pindahkan ke bangsal pengeluaran yang suhunya mesti di bawah 32 darjah celsius dan kadar kelembapan mesti 60 hingga 80 peratus mengikut ukuran hygro meter, bagi menghasilkan cendawan berkualiti.
.
"Di pondok pengeluaran kita buka penutup bongkah bagi membolehkan buah cendawan tumbuh secara semula jadi yang lazimnya dalam masa lima hari buahnya boleh dituani.
.
"Ingin dijelaskan kepingan-kepingan berupa daun yang keluar dari muncung bongkah adalah buah cendawan, jadi yang kita makan itu adalah buah cendawan yang dikenali bahasa sains maselium," katanya.
.
R. Azmi berkata, setiap satu bongkah boleh mengeluarkan empat kali pengeluaran yang bertanya 250 gram.
.
----- Uutsan Malaysia Online