Cendawan adalah sejenis organisma hidup yang telah divariasikan dalam industri asas tani sebagai bahan makanan dan perubatan seperti produk kesihatan, produk penjagaan diri dan makanan ringan.
....
Cendawan juga boleh dikaitkan dalam industri bioteknologi kerana teknologi yang berkaitan dengan cendawan telah diusahakan untuk mendapatkan produk yang lebih bernilai, berkualiti atau mendatangkan kebaikan kepada pengguna.

..
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Pada masa dahulu , kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk tujuan perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah, menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.

Secara umumnya, ia boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayuran. Selain itu, pada masa sekarang sesetengah jenis cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna memperolehi manfaat kesihatananya kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.

Penanaman Cendawan Mempunyai Potensi Yang Baik Kerana:

- Cendawan segar masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan
- Pengeluaran cendawan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan pengimportan makanan negara
- Peranan cendawan sebagai tanaman jangka pendek bukan sahaja dapat mengurangkan kadar import negara tetapi juga dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada petani / syarikat / usahawan terlibat
NOTA CG : Potensi penanaman cendawan amat besar untuk dikembangkan pada masa kini dan peluang untuk memperolehi pendapatan lumayan hasil daripada CENDAWAN tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Ada pelbagai produk berasaskan cendawan boleh ditawarkan dan hanya dihadkan oleh daya imaginasi serta kreativiti anda sahaja. Segalanya terletak di tangan anda.