Sabtu, Disember 27, 2008

Modal Permulaan Tanaman Cendawan

Modal Permulaan. Soalan yang paling kerap ditanya di Cendawan Global oleh ramai bakal pengusaha dan peminat cendawan dan hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kos ataupun modal yang diperlukan.
..
Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
..
  • Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
  • Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
  • Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
  • Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
  • Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
..
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 - RM5,500 (Kos beli beg).
..
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
..
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
..
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
  • Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
  • Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
  • Cash flow = RM1,000
  • Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
..


Attachment photo untuk canopy
..
Maklumat ini saya perolehi daripada rakan saya, En. Zul Cendawan Puchong dan sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh mendaftar kursus yang beliau anjurkan seperti iklan kursus yang tertera.

Rabu, Disember 24, 2008

Kursus Cendawan 2009

..
Bisnes cendawan dan produk keluaran berasaskan cendawan masih hangat dan menarik minat dan menjadi tumpuan kepada sesiapa sahaja. Kita di Malaysia beruntung kerana pihak kerajaan menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang pertanian.
..
Satu kajian yang telah dibuat oleh badan profesinal mendapati bidang pertanian berpotensi serta berupaya menyumbang kepada aktiviti ekonomi yang sekarang ini berdepan dengan keadaan meleset. Pihak Cendawan Global amat berbesar hati dan berbangga kerana telah dan akan sentiasa menyokong industri ini dari masa ke semasa.
..
Bagi merancakkan lagi bisnes cendawan ini, sekali lagi dengan kerjasama daripada CendawanPuchong, sesi kursus cendawan akan dianjurkan bagi bulan Januari 2009. Pendaftaran dibuka sekarang dan sila hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut. Seklik ke dunia cendawan!
..

Selasa, Disember 23, 2008

Cara memilih benih yang baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru sebentar tadi saya poskan 20 paket benih cendawan kepada seorang pelanggan di Sarawak. Beliau bolehlah dianggap pelanggan tetap kami dalam urusan benih cendawan ini. Setakat ini usaha yang dibuat memberikan hasil yang memuaskan.
..
Khas untuk pengunjung Cendawan Global, saya amat bertuah kerana rakan bisnes saya iaitu En. Zul dari CendawanPuchong sudi berkongsi beberapa tip bagi memilih benih cendawan yang baik. Terima kasih atas kerjasama beliau.
..

..
Cara memilih benih yang baik:
..
1 Benih yang baik biasanya berwarna putih seperti kapas, gebu dan agak kering@peroi. Sebelum guna sila lihat dalam corong di tengah benih dan jika ada dot warna selain warna putih so jangan guna. Ia sudah tercemar!!!
..
2 Ramas 3 hari sebelum guna sebab kulat hijau susah nak nampak melainkan diramas dulu. Ia akan muncul selepas 2-3 hari dibiarkan. Jika nampak kulat hijau maka buang terus atau bakar benih tu.
..
3 Simpan benih di dalam suhu bilik. Benih boleh tahan selama 10 hari dari masa pembelian benih. Usia sebenar benih adalah 1 bulan tetapi kita tidak tahu bila ia dihasilkan. Jadi 10 hari adalah masa selamat kita untuk guna.
..
4 Benih yang agak tua masih boleh diguna. Tanda-tanda tua adalah keluar minyak yang sedikit dan benih menggerutu. Jika minyak yang keluar terlalu banyak dan menggerutu pon banyak sangat, maka benih sudah terlalu tua dan sudah tak kuat. Jadi jangan guna.

...
..
Cara suntik dan adap-adap ketika menyuntik:
..
Yang ini anda boleh pelajari semasa sesi kursus cendawan yang akan diadakan seperti jadual tertera. Selamat maju jaya kepada semua.

Jumaat, Disember 19, 2008

Global Kit 101 ke Kelana Jaya dan benih cendawan ke Sarawak

..
Dalam kesibukan kerja pun masih sempat lagi pihak kami menghantar Global Kit ke Kelana Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Cik Aidaroyani atas pembelian. Ternyata penanaman cendawan masih lagi mendapat tempat di kalangan bakal usahawan dan peminat kulat di seluruh Malaysia. Dengan cara penanaman dan penyediaan yang ringkas dan senang dipelajari, saya percaya bisnes ini mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan lagi.
..
Juga penghargaan kepada seorang pelanggan nun jauh di Sarawak iaitu En. Angga, dua paket benih diterbangkan khas ke Sibu, Sarawak sebagai percubaan bagi beliau.
...
Pihak Cendawan Global merakamkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada anda berdua.


Jumaat, November 28, 2008

Bekas doktor tanam cendawan shiitake

Oleh LAUPA JUNU
..
Cendawan satu ketika dulu hanyalah tumbuhan liar, yang banyak didapati pada kayu reput, atas tanah, dalam hutan dan seperti kata pepatah, kelihatan selepas hujan.
..
Dengan kata lain, ciri-ciri tersebut menjadikan tumbuhan tersebut tidak mempunyai nilai komersial dan hanya penting untuk makanan semata-mata.
..
Itu senario dulu tetapi dengan perkembangan sektor pertanian yang semakin memberangsangkan, ramai menyedari bahawa cendawan sebenarnya satu tanaman industri yang berpotensi untuk menjana ekonomi.
..
Malah, dengan perkemb
angan bidang bioteknologi, cendawan juga boleh dianggap penyumbang kepada bidang tersebut kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
..
Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.
..
Jabatan Pertanian bagaimanapun menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua kilogram setahun.
..
Ketika ini, pelbagai cendawan yang popular ditanam di negara ini antaranya Auricularia sp (telinga kera /jeli hitam), Schizophyllum commune (cendawan kukur), Flammulina velutipes (jarum emas) dan Agarcius braslllensis (cendawan butang).
..
Spesies lain termasuk Ganoderma sp. (Ling zhi), Hericum erinaceum (cendawan bunga kubis) Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu).
..
Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.
..
Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai, Kedah sejak 1985 lagi.
..
Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak ramai berminat dengan tanaman cendawan.
..
Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000 daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk cendawan brazil, butang dan oyster.
..
“Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
..
Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.
..
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada 1996 dan meninggalkan ayahnya untuk meneruskan perusahaan tanaman tersebut. Ketika di sana, dia mendapat tahu bahawa selain brazil, cendawan shiitake antara yang popular dan ia mendorongnya untuk meneruskan projek tersebut.
..
Cendawan shiitake katanya lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam daging. Ia juga mempunyai nilai perubatan.
..
“Orang gemar menggunakannya sebagai makanan tambahan, masak lemak cili api dan serunding.

..


“Sejak itu saya yakinkan bapa saya supaya memberi tumpuan kepada shiitake yang bermula pada 1997,” ujarnya.
..
Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanada, beliau kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju melabur RM1 juta pada 2005.
..
Shiitake atau nama saintifiknya Lentinus edodes mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol.
..
Namun katanya, kerja menyediakan bahan untuk menanam cendawan tersebut melibatkan banyak perkara kerana ia merupakan spesies yang sensitif dan memerlukan keadaan bersih terutama semasa inokulasi.
..
Kaedah menanamnya lebih kurang sama dengan cendawan lain seperti tiram kelabu yang juga menggunakan polibeg tetapi perlu ditegakkan. Tanaman cendawan yang diusahakannya juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam iaitu kurang populasi bakteria.
..
Bahan yang digunakan termasuk dedak, air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia.
..
Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu. Katanya benih tersebut mestilah yang berbunga besar, batang tebal dan kejap serta mempunyai insang tertutup untuk proses kultur tisu.
..
Bagi membolehkan ia menghasilkan keluaran lebih baik, benih seharusnya diambil daripada generasi ketiga. Justeru, meskipun shiitake berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai cendawan hibrid gunung tersebut.
..
Selain itu, ia perlu diubah kepada media oat terlebih dahulu dari kultur tisu sebelum ditanam sepenuhnya kerana dengan cara ini peluang hidup lebih tinggi berbanding terus kepada kultur tisu.
..
Polibeg shiitake perlu diletakkan menegak bagi membolehkan misellium nya bergerak dari atas ke bawah dan kemudiannya membentuk koloni. Mengenai penjagaan pula katanya, apabila cendawan muncul di mulut polibeg dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari dan ‘rehat’ selama 20 hari.
..
Selepas 20 hari, ia perlu disiram dalam keadaan polibeg tertutup dan terbalikkan dan akan cendawan akan muncul semula pada hari kelima. Ia boleh menghasilkan cendawan dalam tempoh tiga atau empat bulan sebelum memulakan penanaman baru.
..
Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak di pasarkan ke pasar raya-pasar raya besar. Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.
..
Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut. Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.
..
Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.
..
“Saya ingin menasihati mereka yang ingin menceburi perusahaan cendawan supaya menjaga kualiti dan mencari pasaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.agrobio_future.com.
a> Related Posts with Thumbnails