Rabu, April 29, 2009

Laporan Kursus Cendawan Puchong 25 April 2009

..
Puchong, 25 April – Berlangsungnya satu lagi KURSUS TANAMAN CENDAWAN dengan kehadiran peserta seramai 8 orang. Peserta yang paling jauh kali ini datangnya daripada Ipoh@Ipoh mali…..iaitu En. Bala dan Isteri. Suasana kursus amat meriah walaupun suhu di tempat kursus semakin meningkat. Al maklumlah kursus di ladang cendawan memang begini ya.....tak ada air cond. Memang real dan memang telus dan jelas.
..
..
Jika kursus di dalam dewan atau di hotel-hotel, para peserta tak dapat merasai sendiri bagaimana keadaan sebenar bila datang dan duduk atau buat praktikal di ladang cendawan. Jauh bezanya seperti langit dengan bumi.
..
..
Di ladang para peserta didedahkan dengan segala macam benda dari A-Z. Boleh feel dan ambil gambo. Nak sentuh, merasa, tengok dan bawa balik pon boleh.
..
..
Apapun, saya nak ucapkan syabas kepada para peserta yang hadir kerana berjaya menghabiskan kursus dengan tanpa sebarang masalah serta happy. Saya doakan hajat anda untuk nak jadi usahawan cendawan akan berjaya. Yang penting ingat 4 kunci kejayaan tanam cendawan itu serta 3 asas nak jadi usahawan cendawan.
..


So korang nak tau apa 4 kunci dan 3 asas tu........datang kursus!!!. Jumpa saya dan saya ajarkan. Dah ramai usahawan baru dan lama saya bantu guna formula ini dan alhamdulillah mereka dah boleh bergerak sendiri tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri lagi. Insya ALLAH saya akan bantu.
..
Oleh : Zul

Selasa, April 28, 2009

Keratan Akhbar Projek Satu Kampung Satu Industri




.
28 April 2009 - Berita dan liputan sekitar Majlis Perasmian "Projek Satu Kampung Satu Industri" oleh Cendawan Puchong yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi Selangor / Kuala Lumpur.




Isnin, April 27, 2009

Kursus Cendawan Bulan Mei 2009 di CendawanPuchong












Pendaftaran Kursus Cendawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Berikut dimaklumkan kursus cendawan anjuran Cendawan Puchong akan diadakan seperti tarikh yang dinyatakan. Kepada yang berminat, boleh mengisi borang pendaftaran yang disediakan atau hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut.
.
Jangan lepaskan peluang mempelajari teknik tanaman cendawan daripada pengusaha cendawan sendiri!

Khamis, April 23, 2009

MAJLIS PELANCARAN 1 KG. 1 INDUSTRI

19 APRIL, PUCHONG – Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana segala usaha saya bersama rakan-rakan seperjuagan selama 1 minggu lebih kami bertungkus-lumus menyiapkan tapak majlis telah membuahkan hasil. Hari ini, 19 April telah tercipta satu lembaran sejarah buat Cendawanpuchong kerana terlancarnya satu Majlis Perasmian Satu Kampung Satu Industri oleh YB. TUAN HJ. YAAKOB SAPARI (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor).
.
Majlis ini merupakan satu titik tolak kepada perubahan yang akan dibuat di kampung Sri Aman Puchong ini di mana kampung ini telah dicanangkan sebagai kampung contoh bagi perlaksanaan “Program Satu Kampung Satu Industri” bagi TANAMAN CENDAWAN. Ini merupakan satu usaha kerajaan negeri dalam program membasmi kemiskinan serta menambah pendapatan penduduk kampung.
.
.
Memandangkan Kg. Sri Aman yang terletak begitu hampir dengan Bandar serta kawasan perumahan seperti Bandar Puchong, PJ, Shah Alam, USJ, Sri Kembangan dan sebagainya menyebabkan ianya begitu strategic dari segi kedudukan serta pemasaran. Dengan keluasan tanah yang agak terhad, maka projek Tanaman Cendawan ini merupakan projek yang paling sesuai untuk dilaksanakan di kampung ini. Setakat ini sambutan ke atas produk cendawan tidak pernah mengecewakan malah sentiasa hangat serta tidak mencukupi.
.
.
Semasa ucapan perasmian, ada banyak kata-kata “keramat” daripada YB yang menyuntik “Semangat” kami antaranya ialah:
.
1) Jika nak berjaya kena tumpu pada satu bidang/industri sahaja. Jadi pakar serta kuasai teknologinya…Insya ALLAH akan berjaya.
.
2) Mesti ada sikap suka menolong orang lain dan ada semangat nak bantu mereka yang memerlukan kepakaran kita.
.
3) Tak ada beza antara orang Melayu, Cina dan India…yang penting ada kemahuan,gigih serta semangat nak berjaya.

.
Sambutan ke atas majlis pelancaran program ini sungguh menggalakkan. Kehadiran kira-kira 400 penduduk. Kami hanya mensasarkan sekitar 300 orang sahaja. Jadi makanan tak cukup he he he. Minta maaf lah ya. Hidangan makanan ini kami import daripada Abg. Din Hulu Langat@CendawanLangat. Menu masakan adalah berasaskan cendawan.
..
Fuh!!! Sedap gila sehingga YB kata, perlu di ketengahkan dan tolong jadikan sebahagian daripada produk kampung. Antara menu masakannya adalah Nasi goreng udang cendawan, sup cendawan meletup, samosa cendawan, popia cendawan dan juga cendawan crispy.
.

Alhamdulillah, tepat jam 12.00 tengah hari, majlis pun selesai. Maka selesailah sudah “UJIAN” pertama kami ini. So, terima kasih buat teman-teman seCendawan dan seKeli kerana sama-sama menjayakan program ini. Ujian pertama kita sudahpun selesai, akan menyusul ujian baru pula…so bersedialah. BOLEH!!! BOLEH!!! BOLEH!!!
.
.
Zulkifli Ariff (Zul)
..
..
Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada pihak CendawanPuchong di atas perkembangan bisnes cendawan mereka. Ternyata bidang ini mempunyai potensi yang besar untuk diketengahkan sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun utama. Tidak syak lagi, "Pertanian adalah perniagaan" benar-benar dipraktikkan oleh CendawanPuchong.
..
Secara peribadi saya boleh berikan ***** di atas kejayaan ini kerana pihak cendawan global mengikuti perkembangan syarikat dan usaha beliau dari awal bermula tahun 2007 sehinggalah sekarang. Saya juga memuji usaha kerajaan negeri Selangor yang prihatin dalam menggalakkan pembangunan industri di kampung serta usaha menaik taraf ekonomi rakyat. Salute!
..
Kepada anda yang berminat menghadiri kursus cendawan, bolehlah mendaftar melalui borang di sebelah mengikut tarikh yang tertera. Wassalam.
.
Nizam
Bigfish Enterprise

Jumaat, April 17, 2009

Nabil usahawan cendawan berjaya

Jalankan kajian hasilkan benih terbaik
.
MUHAMMAD KHAIRIL S ISWAN
Sinar Harian 16 April 2009
.
CENDAWAN kini mendapat permintaan tinggi di seluruh negara. Menurut beberapa pengusaha cendawan yang ditemui, antara pelanggan utama mereka ialah pengusaha restoran tomyam.
.
Selain menjadi ramuan dalam masakan popular Thai itu, cendawan juga sedap digoreng setelah disalut dengan tepung. Tidak hairanlah, lading cendawan kini menjadi pilihan golongan pengusaha. Selain itu, kemudahan dan sokongan daripada kerajaan turut menjadi factor utama merancakkan perusahaan cendawan.
..
Begitu juga halnya dengan pemilik Nas Agro Farm, Nabil Sanusi. Katanya, dia memilih mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.
..
Idea mengusahakan cendawan ini bermula daripada isteri saya yang berminat dalam bidang pertanian,"katanya.
..
Menurut beliau, isterinya Surina Saad, 38, sanggup berhenti kerja sebagai akauntan sebuah syarikat perakaunan di Shah Alam. Justeru, seiring dengan sokongan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nabil kemudiannya yakin dengan keputusannya untuk membuka ladang cendawan. Krisis kegawatan ekonomi 1998 memberi banyak pengajaran kepada saya dalam menghadapi dunia perniagaan. Saya melihatkan perniagaan dalam bidang pertanian tidak menerima kesan kegawatan, inilah yang membuatkan saya berani menanggung risiko untuk mempelbagaikan jenis perniagaan yang saya usahakan,"katanya.
..
Menurut Nabil, ladang cendawan miliknya seluas 0.5 hektar diusahakan di atas tanah milik keluarga di Sepang.Bagi mewujudkan kelainan, ladang ini diubah suai menjadi lokasi tanaman cendawan berdaya saing berkonsepkan taman,"katanya. Beliau yang mempunyai Ijazah Perakauan United Kingdom berkata, isterinya banyak memberi idea dan nasihat serta menjadi tulang belakang projek penanaman cendawan yang diusahakannya.
.
Disebabkan saya mempunyai tugasan lain, kebanyakan urusan ladang dijalankan oleh isteri namun saya masih meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali sehari menjenguk keadaan di ladang bersamanya. Walaupun tanaman cendawan agak sukar untuk dijaga disebabkan sifatnya yang sensitive dan mudah dijangkiti penyakit, saya tetapkan tekad meneruskan perniagaan ini berkat dorongan daripada isteri dan keluarga,"katanya.
..
Menurutnya, penanaman cendawan memerlukan ruang yang berbumbung bagi memastikannya tidak terdedah kepada hujan dan pencahayaan matahari melampau selain memerlukan kelembapan serta suhu yang sesuai bagi membolehkan sporanya membiak dengan lebih pantas dan subur.
..
Kata Nabil, disebabkan sifat cendawan yang sensitive, penjagaannya memerlukan ketelitian ditambah persekitaran bersih supaya cendawan ini tidak menghidap penyakit yang boleh memudaratkan.
..
Kurang habuk kayu, tidak dapat tingkat pengeluaran
.
Walaupun dijalankan dalam skala yang agak besar, namun beliau menggunakan system penuaian secara harian di mana pada setiap hari, cendawan ini akan dituai sebanyak tiga kali iaitu pada tengah hari, petang dan malam. Dengan keluasan ladang yang ada sekarang, ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 200 kilogram sehari namun Nabil meminimumkan pengeluarannya kepada 70 ke 80 kilogram sehari disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
..
Menurutnya, antara masalah tersebut adalah kekurangan habuk kayu di mana bahan tersebut menjadi asas utama tanaman cendawan.Permintaan produk berasaskan perabot kayu kini menurun disebabkan kegawatan ekonomi menyebabkan permintaan habuk kayu yang hanya boleh didapati di kilang pembuatan perabot tidak dapat dipenuhi,"katanya.
..
Menurutnya, setelah mengikuti kursus yang diperkenalkan rakannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai tanaman cendawan, dia mula mengorak langkah meneroka bidang ini. Ladang Nas Agro Farm mengeluarkan cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju disebabkan cendawan jenis ini popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan kerana harganya yang agak murah.
..
Cendawan ini dijual dengan harga RM7 sekilogram dan mendapat sambutan yang sangat baik disebabkan masakan berasaskan cendawan kini popular dalam kalangan restoran selain rasanya yang enak serta berkhasiat,"katanya.
..
Menurut beliau, ladang ini mempunyai sembilan dan diuruskan dengan sistematik di mana seripa pekerja mempunyai tugas khusus dan dipantau oleh seorang ketua. Dengan menggunakan modal sendiri sebanyak RM200,000, dia dan isterinya memulakan perniagaan ini dengan membina bangunan dan kelengkapan asas yang kemudiannya diubah suai mengikut kesesuaian sehingga hari ini.
..
Menurut Nabil, penyelidikan terhadap pembenihan cendawan turut dijalankan sendiri di ladangnya di mana beliau membina makmal ujian bagi mendapatkan benih cendawan terbaik. Walaupun terdapat 16 spesies cendawan sesuai ditanam di Malaysia, cendawan jenis ini paling mudah untuk dibiakkan dan buat masa ini, saya sedang mengusahakan untuk mencari variety baru bagi mempelbagaikan cendawan yang ada di negara ini.
..
Penanaman cendawan menggunakan proses tisu kultur dan kajian yang saya jalankan ini akan mendatangkan hasil menggalalakkan, "katanya. Nabil turut menyarankan supaya lebih ramai petani menceburi bidang ini dan beliau sanggup menjadi pembekal selain kursus kepada mereka yang berminat.
..
"Walaupun saya meningkatkan pengeluaran sehingga ke tahap maksimum, permintaan terhadap cendawan tidak akan dapat dipenuhi dan pasaran saya kini hanya untuk di sekitar Sepang sahaja. Biasanya pembeli dan pemborong perlu menempah terlebih dahulu cendawan, selain jualan terus dari ladang turut dilakukan,"katanya.
..
Menurut Nabil, untuk perancangan masa depan dia merancang membangunkan pusat penyelidikan cendawan di Sabah tidak lama lagi.




a> Related Posts with Thumbnails