Jumaat, Mei 29, 2009

Kursus Tanaman Cendawan Bulan Jun 2009









Cendawan Global berbesar hati mewar-warkan kursus tanaman cendawan anjuran Cendawan Puchong yang akan diadakan sepanjang bulan Jun 2009. Pastinya banyak tip dan teknik yang akan diberikan oleh penceramah merangkap pengusaha dan usahawan cendawan sendiri iaitu En. Zul.
..
Jangan lepaskan peluang ini, blok dalam diari anda dan ambillah langkah bijak dengan menghubungi pihak urusetia kursus untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Atau isikan borang pendaftaran di borang kursus yang disediakan. Selamat berkursus dan selamat maju jaya!

Selasa, Mei 26, 2009

Cendawan: Kaya khasiat dan nilai perubatan

26 Mei 2009@1:36pm
..
OLEH NUR AISHAH
..
Anda suka makan makanan yang berasaskan cendawan?
..
Saya pasti ramai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.
..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.
..
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).
..
Namun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.
..
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
..
Selain itu, cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
..
Cendawan Hericum erinaceum atau cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
...
Jenis cendawan tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida...
Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
...
Manakala cendawan Ling Zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidium.
..
Cendawan Ling zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
..
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.
..
Cendawan Butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
..
Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit tau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
Cendawan Shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat.
..
Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
..
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
..
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
..
– Dipetik daripada majalah SAJI bulan Jun 09

Sabtu, Mei 23, 2009

Minggu Cendawan di Perkampungan Budaya Taman Pertanian Malaysia

...
Salam kepada semua.
..
Bertempat di Taman Pertanian Malaysia Shah Alam, kami, Salam Makmur dengan usahasama Taman Pertanian Malaysia, akan menganjurkan Minggu Cendawan di Perkampungan Budaya Taman Pertanian Malaysia.
..
Kami amat mengalu-alukan kepada usahawan yg berminat untuk membuka gerai jualan ataupun memperkenalkan produk cendawan semasa Minggu Cendawan tersebut.
..
Tempat: Perkampungan Budaya, Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam
Tarikh: 30 ~ 31 May
Masa: 8.00am ~ 5.00pm
..
Bersama ini, saya lampirkan keterangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut.
..
Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi:
..
En. Akmal: 017-6372810
Fazliatun: 017-8840900

Jumaat, Mei 22, 2009

Isu cendawan di kementerian

22 Mei 2009 @ 2:35 pm
..
Pada 28 April yang lepas, satu perjumpaan dengan Kementerian Pertanian Malaysia telah diadakan di Wisma Tani Putrajaya bagi membincangkan banyak perkara tentang isu dan masaalah tanaman makanan kekal.
..
Perjumpaan ini di pengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Mokhtar Bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
..
..
Gambar bersama Mr Chew, CnC Mushrooms bersama Mr Song, Vita Agrotech Mdm Cheng Suami Isteri dan saya sendiri.
..
Pengusaha tanaman makanan telah di jemput untuk perbincangan dengan kementerian tentang masalah semasa. Pengusaha cendawan yang dijemput hadir adalah Mr Chew dari CnC Mushrooms, Mdm Cheng dari Vita Agrotech, Dr Shirley Ooi pengusaha cendawan shitake dan saya sendiri dari Cima Agro.
..
Kami berempat merupakan kumpulan minoriti kalau hendak dibandingkan dengan ketua ketua persatuan yang datang dari berbagai negeri seluruh Malaysia. Namun, yang melucukan, suara yang hanya 4 pengusaha cendawan ini lebih banyak dan lantang menyuarakan isu berbanding yang lain.
..
Saya duduk bersebelahan dengan Mr Chew dari CnC, maka kami telah berbincang sebelum mengutarakan isu penanaman cendawan di Malaysia. Mungkin kerana kami datang dengan persiapan tentang isu menyebabkan ianya lebih diperbincangkan. Antara isu yang saya sendiri utarakan..
..
1) 1-2 buah pusat pemprosesan tandan/batang kelapa sawit diwujudkan di negeri yang bertaburan tinggi pengusaha cendawan tetapi kekurangan habuk kayu getah.
..
2) Mencadangkan pengusaha yang memproses beg media yang menggunakan 1-2 mesin di kategorikan sebagai ’ Manufacturing dan Agriculture’. Maka untuk ’manufacturing’ ia perlu di daftarkan di bawah MIDA.
..
3) Sijil SALM dan SOM, dan beberapa perkara lain lagi.
Diharap apa yang saya, Mr Chew dan Mdm Cheng utarakan adalah juga untuk kebaikan semua pengusaha cendawan dalam menangani isu-isu yang kita hadapi dalam industri ini.
..
Di sesi setengah hari ini juga saya sempat berbincang dengan Mr Chew tentang pembungkusan cendawan Crisps beliau. Memang semua sudah tahu bahawa beliau menggunakan pembungkusan ’aluminium standing pouch’ dengan 4 perisa berlainan.
..
Oleh kerana dana Cima Agro yang terbatas, (maklumlah, itu nak buat, ini pun nak buat) saya hanya akan mengeluarkan satu perisa sahaja dan InsyaAllah saya cuba untuk mengeluarkannya hujung tahun ini. Ia tidak boleh di lancarkan pada pertengahan tahun ini seperti yang telah saya rancangkan kerana masalah pembelian mesin pembungkusan.
..
Saya juga ingin menyatakan agak ralat kerana tidak dapat hadir ke Mesyuarat MAM baru-baru ini. Agak membanggakan kerana apa yang saya tahu adalah perjumpaan kali ini lebih meriah kerana ramai yang sudah menjadi ahli persatuan dan hadir berikutan ’exposure’ yang diberikan melalui internet oleh pelbagai pihak.
..
Tahniah kepada Encik Nabil dari Nas Agro dan Puan Zainon dari Genting Permai Resources kerana telah dilantik memegang jawatan penting dalam persatuan. Tentang perlantikkan ini saya di maklumkan melalui telefon oleh Mr Song dari CnC Mushroom, wakil CnC yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Beliau menghubungi saya sebelum kami berjumpa di Putrajaya keesokkan harinya.
..
Kepada 2 pengusaha ini saya ucapkan tahniah dan harapan saya semoga berjaya membawa persatuan ini ke dimensi baru untuk kebaikan semua.
..
Nurul Cendawan

Khamis, Mei 21, 2009

Laporan Kursus Tanaman Cendawan pada 3 dan 16 May 2009

21 Mei 2009 @ 12:35 pm
..
..
Alhamdulillah, inilah dia laporan kursus TANAMAN CENDAWAN pada 3 dan 16 May di Puchong, Selangor. Kehadiran peserta kursus amat memberangsangkan iaitu seramai 14 orang kesemuanya.
..
Suasana kursus sungguh meriah terutama ketika sesi membuat beg kerana ada beberapa beg telah "Meletup" gara-gara peserta syok menghentak beg. Apa tah lagi di sahut oleh peserta lain yang melatah. manyak syok wooooo.
..
..
Juga semasa sesi menuai hasil, paling seronok bila dapat memetik hasil cendawan dengan banyaknya. Dah petik, pastu packing dan bawak balik. hari kursus adalah percuma....kalau hari lain..ehem ehem...RM10 sekilo.
..

..
So, kursus seterusnya adalah pada 31 May ini. Sudah ada 10 peserta yang telah mendaftar. So, tempat masih ada kosong lagi....so jangan bertangguh. Sila SMS nama anda untuk pendaftaran ke no 019-207 1743 (zul).
..
TQ
..
ZULKIFLI ARIFF
Cendawan Puchong
019 - 207 1743
..
Terima kasih En. Zul atas laporan kursus tanaman cendawan yang dianjurkan oleh beliau. mesti tengah happy sebab maklumlah sekarang dah buat bisnes cendawan full time. Saya pun bercita-cita ke arah tu, sedikit masa lagi. Apa pun selamat maju jaya buat semua daripada Cendawan Global.

a> Related Posts with Thumbnails