Selasa, April 30, 2013

Mushroom benefits highlighted at academic conference


Mushrooms’ nutritional benefits held center stage at a recent academic conference.
Nine reports about mushrooms were presented at the annual Experimental Biology conference in Boston the week of April 15, according to a news release from the San Jose, Calif.-based Mushroom Council.
The research discussed at the conference was sponsored by the council and covered topics including weight management, vitamin D, immunity and diet quality.
The studies presented are the result of collaborations between the council and researchers from universities including Johns Hopkins, Louisiana State University, Boston University, the University of Florida and Tufts University.
Lawrence Cheskin, a researcher in the Department of Health, Behavior and Society at Hopkins’ Bloomberg School of Public Health, was the principal investigator on research that studied mushrooms and weight management.
“This study was in fact a follow-up study to previous research we conducted in 2008, also supported by the Mushroom Council,” Cheskin said in the release. “With the council’s support, we were able to coordinate a one-year clinical trial that involved a detailed screening process, consistent follow-up on participant progress as well as thorough analysis of results.”
The mushroom industry is only beginning to feel the benefits of increased awareness of mushrooms’ role in immunity, weight management and vitamin D content, said Fletcher Street, the council’s vice chairman and the director of sales and marketing for Ostrom Mushroom Farms.
“In my experience, the research the council has funded has definitely impacted the consumer,” Street said in the release. “Consumers now understand that mushrooms have nutritional value. Research on vitamin D and the other nutrition benefits of mushrooms have certainly impacted on-pack messaging especially, and thus the consumer’s awareness and likelihood to purchase.”

Sabtu, April 27, 2013

Pasaran hasil cendawan


Perusahaan cendawan adalah satu perniagaan yang serius dan berpotensi besar, maka salah satu faktor kejayaan ialah dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu tentang potensinya. 

Matlamat penilaian pasaran adalah untuk menjangka jumlah jualan dan pendapatan kasar daripadanya serta menganalisa potensi keuntungan dan aliran tunai, juga bagi mengumpul maklumat berkaitan potensi pembeli dan juga pesaing (membantu dalam membangunkan strategi pemasaran kelak).

Banyak cendawan yang berpotensi untuk ditanam, namun pasarannya, walau sedang berkembang, masih terhad dan memerlukan banyak usaha kita sendiri untuk berjaya. 

Sekiranya anda berfikir dan merancang untuk memulakan perusahaan penanaman cendawan secara komersil, bermula dengan persoalan ini: Kepada siapa anda ingin jual?

Anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan di dalam sebarang bisnes jika anda tidak mempunyai pembeli kepada produk anda. Kaji siapa yang akan membeli cendawan anda, jenis yang bagaimana yang mereka mahu dan di mana mereka akan beli. 

Anda perlu kaji dengan lebih lanjut permintaan ke atas setiap spesis cendawan atau produk daripada cendawan tersebut - juga tempat yang ia akan dipasarkan, sebelum terjun secara besar-besaran beserta modal dan sepenuh tenaga dalam perusahaan ini.

Semak situasi semasa di kawasan anda. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menjalankan pemerhatian ke atas gelagat pembeli, survey ke atas kebanyakan kedai-kedai, temu ramah dengan penanam cendawan, dan juga test market (sekiranya anda sudah ada produk yang sedia diuji kaji).

Satu lagi cara kajian pasaran ialah dengan menilai pesaing-pesaing anda. Ini akan membantu anda menentukan apakah pasaran yang sedia wujud dan mengenal pasti keperluan baru / niche yang boleh anda penuhi melalui produk anda. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesaing anda, gunakan produk mereka. Bercakap dengan mereka. Anda akan terkejut berapa banyak maklumat yang mereka akan kongsi dengan anda. 


Khamis, April 25, 2013

Jutawan senyap melalui cendawan




Segalanya bermula dengan satu tekad untuk merubah nasib dan mencapai impian menjadi jutawan...

Bukan mudah untuk kita berjaya kalau tak dipecahkan ruyungnya ......  ikut lah resmi cendawan selepas hujan kata-kata pepata horang dulu-dulu...bukan sekadar tumbuh selepas hujan sahaja kita boleh lihat, malahan musim kemarau pun kita masih boleh menikmati sup cendawan.... macam mana caranya?

Jom kita tanam cendawan..

Berdasarkan kiraan kasar:

Jika 1 bongkah = rm 1

Apa yang kita dapat ialah .. anggaran 0.05 kg setiap pengeluaran x 6 tuaian x rm10/kg = rm3/bungkah.

Untung kasar ialah RM3 - RM1 = RM2

1 bongkah = RM2,  bahagi 3 bulan = RM0.67

Kalau jangkaan kita nak pendapatan anggaran RM 5k/bulan...kita kena ada sejumlah lebih kurang RM5000 / RM0.67  = 7463  bungkah cendawan.

Begitulah juga kiraan seterusnya...kita yang jana pendapatan kita ...yang ni tak macam MLM di mana kita yang tentukan sendiri....

Insha-Allah usaha kita diberkati Allah swt sebab usaha kita ni kita buat berdasarkan kemampuan kita dan setakat mana impian untuk kita capai.

So...di mana cerita idea jutawan senyap ni timbul.....fikir-fikirkan sendiri lah...kalau memang niat kita nak kan pendapatan lebih ...lipat-gandakan lagi bilangan bongkah yang kita kena ada... itu saja ... mudah kan?

Rabu, April 24, 2013

Kebaikan cendawan dalam kehidupan kita





"Pleurotus ostreatus" yang juga dikenali orang ramai sebagai CENDAWAN TIRAM merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. 

Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan "mycoremediation" BIOREMEDIASI. 

Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap. Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro. 

Ia mengandungi 9 ASID AMINO dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini adalah VITAMIN B1, B2, NIASIN, BIOTIN dan VITAMIN C. Ia juga mengandungi mineral penting. 

Kehebatan dan Khasiat Cendawan 

Kehebatan cendawan ini juga dapat mengawal perjalanan darah, anti thrombotic, merendahkan tekanan darah serta meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan virus serta menghalang kanser dari merebak dan yang paling penting adalah ANTI OKSIDA. 

Cendawan juga biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti penyakit atritis. :)

Selasa, April 23, 2013

Cendawan ganti ayam



Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
RAMAI yang gemar menikmati cendawan ataupun makanan berasaskan cendawan, tetapi belum jelas atau tidak tahu khasiat terkandung dalam bahan berkenaan.
Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah dan sesetengahnya tumbuh meliar manakala ada juga ditanam sebagai makanan dan perubatan. 
Ia juga boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin dalam darah, namun tidak semua cendawan boleh dimakan kerana ada cendawan beracun dan boleh membahayakan kesihatan sekiranya dimakan. 

Antara yang boleh dimakan ialah cendawan tiram, telinga kera atau jeli hitam, kukur, shiitake, butang, enoki serta jarum emas.

Bagi pemilik kafe Nyaman, Chef Harun Mat Yusop, penyediaan hidangan berasaskan cendawan adalah satu bentuk makanan menyihatkan kerana ia mengandungi pelbagai protein serta boleh dijadikan pengganti ayam.

“Ia menu makanan menyihatkan kerana boleh disediakan dalam pelbagai sajian menyelerakan. Ia tentu sesuai diambil mereka yang ingin melangsingkan badan sebagai sebahagian daripada diet harian. 

“Rasanya juga enak sama seperti menikmati daging ayam dan bau yang terhasil daripada cendawan sama ada digoreng atau dipanggang amat membuka selera,” katanya ketika ditemui di kafenya di Jalan Pulau Gadong, Melaka. 

Chef Harun berkata, apabila menyajikan sajian berasaskan cendawan, paling penting untuk mengekalkan keaslian rasanya. 

Kaedah paling ringkas adalah dengan memanggang cendawan yang sudah diperap dengan bahan seperti lada hitam, garam dan minyak. Selain menggunakan kuali, boleh digunakan ketuhar untuk memanggang kulat dengan kepanasan antara 180 darjah Celsius hingga 200 darjah Celsius. 

Selepas dimasak, ia sedap dimakan ketika masih panas. -Harian Metro

a> Related Posts with Thumbnails