Selasa, Mei 28, 2013

Pengusaha cendawan baru di Besut

Jalan-jalan cari cendawan...aksi Cikgu Rahim yang sempat dirakam semasa beliau sedang menuai hasil di dalam rumah cendawannya.


Cendawan Tiram Kelabu yang sedang bergaya di depan kamera..


Sedang packing cendawan segar untuk dipasarkan...


Rumah cendawan yang boleh memuatkan sehingga 20,000 bongkah..


Setia memberikan hasil yang terbaik..purata pengeluaran sekitar 20kg sehari..

Lokasi projek adalah di Kg Pak Wong, Besut.

Banyak ilmu dan tips yang diperolehi, hasil kunjungan dan kerjasama stategik dengan pengusaha cendawan yang sedang meningkat di Besut ini. Beliau tak lokek berkongsi pengalaman yang menyeronokkan dalam melibatkan diri dalam tanaman cendawan secara komersil.

Semoga Cikgu Rahim terus maju dan sukses dalam usaha niaga ini.

Selasa, Mei 21, 2013

Cendawan unik untuk dijual




Assalamualaikum wbt,

Saya Muzaffar dr Alor Setar, Kedah. Ceritanya begini. Saya ada satu Cendawan yang unik dan ada nilai seninya telah disimpan lama oleh keluarga sebelah isteri saya. Abang ipar saya telah menjumpainya semasa mencari madu lebah di hutan tebal sebelah Pokok Sena, Kedah sekitar 10 tahun yg lalu.

Keadaan cendawan tersebut masih lagi baik walaupun telah dikerat dari tutasnya dan tidak reput. Saya tidak tahu apa kelebihan kulat ini. Ada yang kata ianya boleh buat ubat, buat perhiasan rumah dll.

Apa-pun, saya & isteri tidak lagi berhasrat mahu menyimpannya. Lebih baik dijual kepada mereka yg tahu menilai dan boleh menjadikan ia lebih unik dan berniali tinggi. Saya mahu menjualnya dengan kadar segera.

Mohon tuan nilai dan beri pendapat pada saya kerana saya percaya anda lebih berpengetahuan dalam cendawan daripada saya.

Tuan boleh hubungi saya 013-497 5996.

Terima kasih.

 Nota Cendawan Global: Secara peribadi, saya kurang pasti, apakah jenis cendawan ini serta khasiat daripadanya. Apa pun, sekiranya ada rakan-rakan yang tahu, mungkin boleh komen di sini ataupun hubungi terus En. Muzaffar. Terima kasih. :)

Isnin, Mei 20, 2013

Cendawan Global kini di Jerteh

















Lokasi yang lebih tepat lagi ialah di Kampung Seberang Jerteh iaitu kira-kira 1 km dari bandar Jerteh menghala ke Bukit Puteri.

Semoga projek cendawan ini terus sukses dan dapat menyumbang kepada ekonomi penduduk sekitar Jerteh dan Malaysia amnya. 

Ahad, Mei 19, 2013

Khasiat cendawan tiram kelabu

[DSC00730.JPG]

Cendawan ni namanya cendawan tiram kelabu...sangat best dimakan kalau buat tom yam, sup ataupun goreng celup tepung...

Cendawan ni selain daripada sedap rasanya...khasiat pun banyak...Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro.

Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah: vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu.

Kebaikan cendawan ni plak:

  • Tiada bahan kimia
  • Tiada buangan haiwan
  • 100% organik
  • Taman tertutup
  • Amalan kebersihan dalam penanaman
  • Khasiat tinggi
  • Pemakanan sihat
  • Sesuai untuk diet sayur
  • Disukai kanak-kanak


Cendawan ni jugak sangat baik untuk kesihatan badan kita...contohnya:

- Mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, -mengurangkan kandungan glukosa dan lipid.

- Meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria.

- Menghalang pertumbuhan tumor.

- Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik. 

Rabu, Mei 15, 2013

Isu terkini penanaman cendawan di Terengganu



Ramai yang tertanya-tanya kenapa industri cendawan sekarang ini semakin merosot..tidak seperti 4 tahun lepas. Sana sini orang bercerita tentang tanaman cendawan baik di  tv atau surat khabar...semua nya bercerita tentang kejayaan seseorang pengusaha.

Adakah bisnes cendawan kini seperti projek pertanian yang lain seperti projek ikan keli, fertigasi, cacing dan lain-lain..sudah merudum atau sunyi sepi?


Mengikut info penulis terima setakat ini hanya lebih kurang 13-15 orang sahaja di terengganu berbanding dulu beratus-ratus orang. Mengapa semua ini terjadi?

Mari kini selidik kenapa ini terjadi..

Masalah Penyakit 

Punca utama yang tidak dapat dielakkan. Biasanya masalah penyakit kulat hijau selepas hasil pertama atau kedua. Dimana setelah beg media disuntik benih dan diperam selama 60 hari kemudian proses membuka tutup beg media. 

Serangan akan berlaku ketika beg terdedah kepada persekitaran. Puncanya dari persekitaran dalam bangsal yang kotor, bawaan serangga bari-bari, benih cendawan tidak berkualiti, beg media tidak cukup matang dan kandungan dedak yang berlebihan dalam beg media. 

Apabila pengusaha menghadapi masalah in mereka akan tidak bersemangat untuk meneruskan kan projek kerana mengalami kerugian.


Masalah Benih Cendawan

Isu yang selalu diperkatakan..masalah benih. Ok, masalah ini menjadi sebahagian punca kegagalan. Mengikut pengalaman penulis susah untuk menilai atau menentukan benih yang berkualiti kerana pengeluar yang berpengalaman pun belum tentu boleh menjamin kualiti yang  baik..apa yang terjadi apabila guna benih yang tak elok?
.
  • Meselia tak bergerak- 7 hari selepas suntik benih tidak bergerak..beg media rosak..rugi
  • Benih lembik - kandungan kelembapan tinggi..benih tidak bergerak..beg berulat..rugi 

.
Contoh: Buat 5000 beg media dalam seminggu dan suntik benih yang tidak berkuliti..selepas itu semua beg rosak...pengusaha akan mengalami kerugian yang tinggi..kos, masa dan tenaga hanya sia-sia..duit tidak menjadi masalah tetapi semangat akan hilang.

 Masalah Bahan Mentah

Kekurangan bahan mentah juga menjadi alasan untuk meneruskan projek. Tetapi masalah ini tidak begitu ramai yang menghadapinya..biasanya masalah habuk kayu dan dedak padi. Beragantung kepada kawasan dan kos yang terlibat 

Terlampau Agresif 

Ayat biasa kita dengar..buat kecil-kecilan dulu, bila dah pandai, dah yakin baru komersialkan. Ramai juga yang mula buat projek terus nak ada alat-alat yang lengkap, bangsal yang cantik. Kurangnya pengalaman dan ilmu,apabila projek mengalami masalah pengusaha gagal untuk meneruskan projek.

Penerima Bantuan 100%
.
Kita hairan kenapa projek cendawan yang menerima bantuan sepenuhnya masih lagi gagal untuk meneruskan projek walaupun penguasaha tidak mengeluarkan modal cuma titik peluk sahaja. Ada beberapa sebab yang boleh kita fikirkan...

  • Cara pemilihan peserta
  • Kurang berminat, tapi mahu juga terima bantuan
  • Kurang galakkan dan kesungguhan
  • Tidak nampak projek cendawan memang menguntungkan
  • Masalah pasaran 

.
Kurang Berminat

Ada juga dikalangan pengusaha yang berhenti kerana kurang berminat disebabkan menjadikan projek cendawan sebagai budaya ikut-ikutan, tengok orang buat kita pun nak buat. Bukan atas dasar minat dan potensi yang ada pada bisnes cendawan itu sendiri.
.
Masalah Pasaran
.
Alasan biasa kita dengar..bukan sahaja projek cendawan malah produk pertanian yang lain pun mempunyai alasan yang sama. Pasaran bukan tiada cuma pengusaha itu sendiri yang perlu cari di mana dan cara untuk pasaran cendawan. 
Contoh: semua pengusaha hantar ke pasar borong dan akan berlaku lambakan...harga akan turun. 

Kalau tidak mahu menghadapi masalah kita pengusaha perlu guna cara lain seperti hantar terus ke restoran, kedai makan tengahari, kedai jual barang basah, makcik goreng pisang dan dll. Tidak semestinya projek cendawan atas nama 'contract farming' belum boleh menjamin pasaran. Yang paling kita perlu bergantung pada diri kita sendiri.


P/S....Banyak lagi punca-punca kegagalan yang berlaku. Tunggu sambungan artikel ini akan datang, penulis akan menceritakan banyak lagi kisah-kisah kegagalan usahawan cendawan. 

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada sesiapa yang berminat menjadi penguasaha cendawan. Jangan hanya tau cerita untung sahaja tetapi kita tidak tau apa masalah yang akan kita hadapi untuk memperolehi keuntungan tersebut.


Sila la komen sekiranya maklumat ini tidak tepat atau ada kekurangan.

sumber: Cendawan Dungun

 Nota: Buat bakal pengusaha cendawan, jadikanlah senarai punca kenapa projek cendawan gagal sebagai panduan dan cuba buat dengan lebih baik lagi kerana potensi bisnes ini adalah besar dan masih lagi penyumbang kepada ekonomi di negeri ini. 


a> Related Posts with Thumbnails