Isnin, Julai 29, 2013

Is this the world's biggest mushroom?



Locals in China's Yunnan Province are hopeful the giant fungus, weighing in at 33lb (15kg), could be a world record breaker.

Residents of Puxiong Township in China's Yunnan province had good reason to fetch their cameras following the discovery of a giant fungus.
The large clump of mushrooms, which numbered over 100 caps attached at the base of their stems, caused quite a stir amongst locals.
"I guess this mushroom can be entered into the Guinness World Records," said one woman as she photographed the ball of grey capped mushrooms.
The fungus, which weighed more than 33lb (15kg) and measured 36in (93cm) in diameter, was proudly put on display by the man who found it.
However, it is not known what type of fungus it is, nor whether it is safe to eat. - telegraph.co.uk

Rabu, Julai 24, 2013

Info Cendawan Tiram



1. Nama Biasa: Cendawan Tiram 

2. Nama Saintifik: PLEUROTUS sp

3. Varieti: Tiram Putih,Tiram Kelabu ,Tiram Abalone

4. Keperluan Asas

4.1 Faktor Iklim 30-32 c
4.2 Faktor Tanah Habuk kayu getah, Dedak halus/dedak padi, kapur pertanian (CaC03), air, beg polipropilena (25cm X 9cm), leher dan penutup beg, kapas dan penyodok besar dan kecil
4.3 PH Tanah

5. Amalan Kultur

5.1 Benih tanaman mengikut jumlah beg
5.2 Penyediaan kawasan

  • Ruang penyediaan(4.5m X 4.5 m)
  • Bilik Suntik(1.5 m X 2.3 m)
  • Ruang beg cendawan (4.5 X 4.5 m)
  • Ruang pertumbuhan miselium(pemeraman)
  • Ruang pengeluaran hasil

5.3 Kepadatan menanam

2,000 beg(4.5 m X4.5 m)
5.4 Jarak menanam 20-3-cm X 1.8m tinggi
(ruang rak 0.5m X 1.2 m=36-40 bag cendawan)

5.5 Sistem penanaman

  • Setelah miselium memenuhi beg cendawan,beg tersebut dipindahkan dari tempat pengeraman ke atas rak didalam rumah cendawan dan beg disusun secara rebah
  • Mulut beg dibuka
  • Cendawan pertama akan keluar 3-5 hari selepas penutup beg dibuka.

5.6 Pembajaan Program Pembajaan bagi Cendawan
(tiada program khusus untuk pembajaan cendawan)

  • Benih cendawan disuntik ke dalam beg cendawan yang telah dikukus
  • Benih yang berwarna putih bersih dipilih
  • Benih ini dihancurkan dengan pencungkil besi yang telah dipanaskan dan disejukkan
  • Mulut beg cendawan dibuka dan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dimasukkan
  • Panaskan penutup mulut beg cendawan dan pasangkan kembali beg cendawan
  • Catatkan tarikh suntikan dan jenis cendawan pada beg. Eramkan beg cendawan tersebut sehingga miselium memenuhi beg pada suhu 28-30 c di ruang khas sebelum dialihkan ke rumah cendawan
  • Tempoh pengeraman bergantung pada saiz beg yang digunakan.


5.7 Pengurusan air

Memerlukan kelembapan bandingan udara 80-90%

Air perlu disembur ke dinding,lantai dan beg cendawan pagi dan petang bagi meningkatkan kelembapan dan merendahkan

5.8 Pengawalan penyakit dan perosak

Pengawalan Penyakit dan Perosak bagi Tanaman Cendawan

Pastikan rumah cendawan sentiasa bersih dan cukup pengudaran.buang dan musnahkan beg yang diserang kulat Neurospora sp.sembu r ruang dan rak dengan larutan dettol 10 %

Serangan serangga perosak dapat dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling rumah cendawan

Bagi mengawal lipas,semut dan tikus gunakan racun berbentuk umpan atau perangkap untuk mengelakkan pencemaran racun terhadap
cendawan.

5.9 Pengendalian selepas tuai

1. Penuian
2. Pemilihan
3. Pembersihan
4. pembungkusan
5. Penyimpanan sementara
6. Pengagihan

5.10 Hasil 60-80g/beg

5.11 Pengendalian

40-60 hari selepas benih disuntik

Cendawan diisi ke dalam beg plastik atau bakul jika hendak dijual dalam masa sehari

Beg plastik yang digunakan tidak perlu ditutup rapat

Beg ini perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5-10 c dan tahan selama 2-3 hari

7. Penggredan 

Mengikut pasaran/kualiti

Isnin, Julai 22, 2013

Kulat aneh ditemui





Salam Ramadhan..

Saya Bunyamin Lokman, saya ada pertanyaan sedikit mengenai mushroom. Saya kutip cendawan ni kat dalam USM Kubang Kerian, Kelantan. 

Saya dah cuba search dalam google tapi x jumpa spesies apakah ini. Jadi, minta jasa baik tuan untuk kenalpasti apakah spesis ini. Saya ada attach gambar cendawan tersebut.

Terima kasih atas pertolongan tuan.
Selamat berpuasa..

Bunyamin Lokman
Pembantu Penyelidik
Kluster Penyelidik Perubatan Tradisional
Komplementari & Integratif
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
USM Kubang Kerian.
Tel. no: 09-767 6126 / 013-655 3914
E-mail: bun_okimi@yahoo.com

Sabtu, Julai 20, 2013

Cendawan Tiram


Pleurotus Ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. 

Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. 

Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Nama

Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. 

Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama.

Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok jintan manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.

Habitat

Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.

Maklumat tambahan

Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. 

Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan.

Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai cara untuk memperoleh nitrogen.

Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. 

Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.

sumber: Wikipedia

Khamis, Julai 18, 2013

Cendawan Jerami

Assalamualaikum...dan Selamat Sejahtera. Adakah anda pernah dengar tentang Cendawan Jerami?

Secara saintificnya cendawan ini di kenali sebagai Volvarella Volvacea. Cendawan Jerami biasanya tumbuh liar diatas tanah, ataupun di longgokan Jerami. Oleh kerana kekerapan cendawan ini dijumpai pada tompokan jerami maka ia pun dikenali sebagai Cendawan Jerami. 

Semasa saya kecil dulu saya selalu kutip cendawan ini di ladang sawit bapa saya, tapi waktu itu cendawan ini dikutip setelah ianya seratus peratus kembang, maklumlah waktu itu saya tidak tahu yang ia sebenarnya sangat enak dimakan ketika ianya masih di dalam bentuk telur. 

Cendawan ini ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna sedikit hitam di bahagian atasnya hasil dari permainan cahaya.

Khabarnya, cendawan ini berasal dari Selatan China yang kemudiannya diperkenalkan ke Selatan Timur Asia (Chang 1972). Cendawan amat terkenal di kalangan negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, China dan Thailand. 

Di sana mereka giat menjadikan cendawan ini sebagai satu perusahaan secara besar-besaran dan juga sederhana. Malangnya, di Malaysia ianya masih belum menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai pertanian komersil sepertimana cendawan tiram.

Cendawan Jerami sangat kaya dengan protein dan karbohidrat bebas (N-face carbohydrate). Ianya juga sangat dikenali sebagai makanan anti kolesterol, eritadenin dalam Cendawan Jerami dikenali sebagai penawar racun dan banyak mengandungi antibiotik yang berguna untuk pencegahan anemia. 

Bagi yang mengidap diabetes dan penyakit kekurangan darah adalah sangat dianjurkan makan Cendawan Jerami ini.

Di Indonesia ianya dipanggil Jamur Merang (Jamur merujuk kepada Cendawan manakala Merang pula ialah Jerami Padi). Pertanian penanaman Cendawan Jerami ini amatlah menggalakkan di sana sehingga ianya menjadi satu fenomena yang sangat positif. 

Ada yang menjalankan secara besar-besaran dan juga secara kecil-kecilan. Ianya juga menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Cendawan ini sukar untuk ditemui pada masa yang kita kehendaki kerana ianya tertakluk kepada musim. Selalunya ia tumbuh selepas hujan lebat di tompokan jerami, diladang-ladang sawit dan sebagainya. Namun dengan cara tanaman moden, kita dapat menikmati cendawan ini bila-bila masa yang kita kehendaki dan tidak lagi bergantung kepada musim.

MORFOLOGI

Sebenarnya tidak adil rasanya jika kita menamakan cendawan ini sebagai cendawan jerami. Ini kerana ianya juga tumbuh di media atau sisa-sisa tanaman yang memiliki sumber selulosa seperti sisa kapas, sisa kertas, sisa biji kopi, sisa hampas sawit, sisa sagu dan sisa kulit buah pala. 

Cendawan ini memiliki volva atau cawan yang berwarna coklat muda yang mana berfungsi sebagai selubung yang menyelimuti seluruh badan buah ketika masih stadia telur.

Ketika proses perkembangan tangkai dan tudung buah membesar sehingga selubongnya terkoyak dan terangkat ke atas dan kulitnya tertinggal di bawah akan menjadi seperti cawan. Apabila cawan ini terbuka akan terbentuk batang dan bumbung seperti payung. 

Pada saat matang, pembentukan basidia dan basidiospora berwarna merah muda atau merah merun.

TUAIAN

Waktu yang paling sesuai untuk menuai cendawan ini ialah ketika stadia iaitu badan buah masih dalam bentuk telur. Namun jika lewat menuainya harganya akan jatuh dan masa jualan juga singkat sehingga beberapa jam sahaja.



Ini ialah Jerami padi yang digunakan sebagai bahan media Cendawan Jerami. 
a> Related Posts with Thumbnails