Isnin, November 17, 2014

RM1.2 juta perluas projek cendawan

 

PULAU PINANG 1 Okt. - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntuk sebanyak RM1.2 juta untuk memperluas projek cendawan di tujuh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Arpan Shah Satu berkata, sebanyak 40,000 bongkah cendawan jenis Tiram Kelabu akan diagihkan kepada setiap PPK dan hasilnya dijangka dapat dituai awal tahun depan. 

Menurut beliau, setakat ini, purata pengeluaran cendawan di bawah seliaan Pertubuhan Peladang negeri hanya mencapai 500 kilogram sebulan. 

"Kita menyasarkan pengeluarannya dapat ditingkatkan kepada 2.4 tan sebulan mulai tahun depan dengan adanya projek ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai program Kelab MyAgrosis Universiti Sains Malaysia (USM) di sini baru-baru ini. 

Dalam majlis itu, Arpan Shah turut menyampaikan cek bernilai RM24,000 kepada MyAgrosis USM untuk menampung kos pembinaan sebuah lagi rumah cendawan kelab berkenaan, di samping pembelian motosikal roda tiga dan benih baharu. 

MyAgrosis USM yang ditubuh sejak 2011 di bawah seliaan LPP muncul kelab terbaik setakat ini daripada lebih 20 MyAgrosis di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara. 

Menurut Arpan Shah, lima usahawan peladang akan mengurus projek itu secara bersama bagi setiap PPK, membabitkan PPK Seri Pulau, Penaga, Pokok Sena, Kampung Pelet, Tasek, Bukit Mertajam dan Sungai Acheh. 

Katanya, sebanyak 40,000 bongkah cendawan itu secara kasar dapat menghasilkan pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, namun pengusaha mampu menggandakan pendapatan sekiranya mereka bijak mengatur strategi, selain mempelbagaikan produk dikeluarkan. 

Dalam perkembangan lain, tambah beliau, MyAgrosis dengan kerjasama LPP akan menganjurkan Pasar MyAgrosis yang turut membabitkan 40 usahawan peladang, setiap Jumaat di kampus USM mulai 24 Oktober ini. 

"Pelbagai produk pertanian tempatan akan dijual, termasuk hasil akuakultur dan ini adalah program pertama berkonsep pasar tani dianjurkan di dalam kampus secara mingguan dari pukul 3 petang hingga 9 malam," katanya. 

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/rm1-2-juta-perluas-projek-cendawan-1.11450#sthash.pKzSDxm2.dpuf

Sabtu, November 15, 2014

Kursus Agropreneur Muda Cendawan 2014

Assalam.

Saya merasa amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri kursus agropreneur muda cendawan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian bertempat di PBU, Pagoh.

Seramai 29 orang peserta berkampung selama 4 hari bermula dari 10-14 November. Ada yang paling berpengalaman yang telah mengusahakan projek cendawan lebih daripada 9 tahun hinggalah kepada yang baru 2-3 bulan memulakan projek.

Matlamat utama program ini ialah bagi melahirkan usahawan cendawan yang mampu menghasilkan pendapatan lebih RM5,000 sebulan.


Para peserta datang dari seluruh Malaysia dan kami merupakan kumpulan yang paling awal bagi Agropreneur muda cendawan. Para penceramah pula terdiri daripada pakar dari bidang masing-masing dan kami amat bertuah kerana didedahkan dengan maklumat terkini dan cara yang betul bagi menjalankan projek cendawan melalui teori dan praktikal.


Sesi wajib, bergambar di hadapan pusat latihan sebelum memulakan kelas.


Pada hari terakhir dan di majlis penutup.


Kami dibawa melawat ke ladang cendawan C & C Mushroom yang merupakan ladang cendawan terbesar di Malaysia. Pengeluaran cendawan tiram kelabu di sini ialah sebanyak 3.5 tan sehari!


Alat yang digunakan untuk mengukus bongkah.

Pejabat jualan C&C.

Sepanjang kursus, banyak maklumat baru dan berguna dapat dikutip untuk dibawa balik dan dipraktikkan di tempat masing-masing dan adalah diharapkan semoga usaha MOA untuk melahirkan usahawan muda yang berjaya di dalam bisnes cendawan akan tercapai.

Selasa, November 04, 2014

Ebook Teknik Tanam Cendawan Tiram Kelabu Kecil-Kecilan Tanpa Menggunakan Tanah!



Anda buntu hendak tanam apa secara kecil-kecilan? 

Jom kita tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan tanpa menggunakan tanah!

Anda tinggal di apartmen yang tiada tanah sebagai tapak untuk bercucuk tanam? 

Ok, saya cadangkan kepada anda agar tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan sebagai alternatif yang terbaik khas untuk orang yang suka berkebun dan suka bertani!

Pada zaman sekarang ini, semakin ramai penduduk tinggal di kawasan bandar untuk mencari pekerjaan. Apabila tinggal di kawasan bandar, penduduk pasti akan mengalami masalah untuk dapatkan tapak tanah untuk bercucuk tanam. 

Jika ada pun tanah tidak lah luas sangat, hanya sekadar cukup untuk tanam beberapa pokok sayuran sahaja untuk melakukan penjimatan, memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dari tahun ke tahun. 

Namun, bagaimana pula dengan penduduk yang tinggal di kawasan flat, apartmen atau kondominium? Bagaimana mereka untuk bercucuk tanam sedangkan tapak tanah tidak disediakan di kawasan apartmen mereka? Inilah penyelesaiannya...



TANAM CENDAWAN TIRAM KELABU!

Penanaman cendawan tiram kelabu tidak memerlukan tanah! 

Senang untuk diuruskan asalkan ada kelembapan di sekeliling kawasan penanaman cendawan tiram kelabu itu. Anda boleh menanam cendawan tiram kelabu di belakang rumah, di dalam bilik air dan juga di bilik tidur! 

Bagi yang tinggal di rumah flat, apartmen atau kondominium, anda boleh menanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan di balkoni rumah anda! Cadangan yang bagus bukan? 

Penanaman cendawan tiram kelabu kecil-kecilan sangat penting memandangkan permintaan pada cendawan tiram kelabu sangat tinggi di pasaran. 

Bagi sesiapa tinggal di Selangor, jika anda pergi ke pasar, super market atau kedai runcit harga cendawan tiram kelabu boleh mencecah hingga RM 2.50 untuk 100 gram sahaja! 

Jadi, tunggu apa lagi, marilah kita tanam cendawan tiram kelabu walaupun dibuat secara kecil-kecilan sahaja!

Kenapa cendawan (termasuk cendawan tiram kelabu) mendapat permintaan yang tinggi di pasaran?

Cendawan tiram kelabu boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis resipi seperti sup cendawan tiram kelabu, cendawan tiram kelabu goreng berempah, nasi goreng cendawan dan sebagainya!

Cendawan tiram kelabu mempunyai banyak khasiat dan boleh bertindak sebagai agen antioksida untuk merencatkan pertumbuhan tumor dan kanser.

Pertanian dan pengeluaran cendawan masih lagi kurang di Malaysia termasuk pengeluaran cendawan tiram kelabu. 

Oleh itu, fakta ini boleh membuat anda berpeluang lebih cerah untuk tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecillan dan jual kepada mana-mana tauke kedai runcit! Mudah bukan?

KENAPA KITA PERLU TANAM CENDAWAN TIRAM KELABU?

Kerana Khasiat yang terdapat dalam Cendawan Tiram Kelabu...

Cendawan tiram kelabu mempunyai beberapa khasiat yang elok untuk kesihatan, contohnya:


  • Cendawan tiram kelabu mengandungi 9 jenis asid amino yang penting untuk kesihatan badan kita.
  • Cendawan tiram kelabu mengandungi pelbagai jenis vitamin contoh vitamin B1, B2, Niasin, Biotin dan Vitamin C.
  • Cendawan tiram kelabu mengandungi mineral-mineral penting seperti Kalium (K), Potassium (P), Kalsium (Ca), Natrium (Na), Magnesium (Mg) dan Kuprum (Cu).


Cendawan tiram kelabu tidak mengandungi bahan kimia. Oleh itu, cendawan tiram kelabu boleh dikatakan sebagai tumbuhan organik dan selamat untuk dimakan. 

Selain itu, ia ditanam di taman yang tertutup di mana aspek kebersihan sangat perlu dijaga untuk memastikan cendawan tiram kelabu ini boleh tumbuh dengan baik. Jika tidak, habislah cendawan tiram kelabu akan dijangkiti kulat dan jangkitan ni akan melarat dan berjangkit pada cendawan tiram kelabu yang lain!

Vitamin-vitamin yang terkandung dalam cendawan tiram kelabu ini boleh menjadikan ia sebagai agen anti oksida untuk merencatkan pertumbuhan tumor dan kanser. Peranan ini sudah cukup untuk menjadikan cendawan tiram kelabu mempunya nilai kesihatan yang sangat tinggi pada manusia!

Cendawan tiram kelabu juga mempunyai sifat anti thrombotik di mana ia boleh berfungsi untuk mengurangkan kesan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi. Kesan-kesan penyakit darah tinggi dapat dikurangkan dengan mengamalkan makan cendawan tiram kelabu memandangkan nutrien-nutrien dalam cendawan tiram kelabu boleh melancarkan perjalanan darah.

Nutrien-nutrien yang ada dalam cendawan tiram kelabu ini boleh juga mengurangkan kesan penyakit diabetes dengan merendahkan tahap glukos dan lipid dalam darah.

Selain itu, cendawan tiram kelabu juga dapat memperbaiki sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Sistem imun sangat penting kerana jika imun sistem kita lemah, kita mudah diserang penyakit termasuk penyakit kronik seperti kanser!

Cendawan Tiram Kelabu boleh Dimasak dengan Pelbagai Cara

Cendawan tiram kelabu merupakan sayur pilihan untuk dimasak sebagai sup sayur, cendawan goreng berempah dan juga digunakan untuk membuat nasi goreng. Malah cendawan tiram kelabu sangat disukai kanak-kanak terutamanya cendawan tiram kelabu goreng dengan tepung yang selalu dijual di pasar!

Cendawan Tiram Kelabu Boleh Ditanam Dengan Pelbagai Cara dan Dimana-mana Sahaja!

Cendawan tiram kelabu boleh ditanam dengan pelbagai cara tanpa perlu menggunakan tanah dan pasu, contohnya dengan cara menggantung cendawan, meletakkannya di rak-rak kayu dan boleh juga di rak-rak kayu yang dipaku di dinding! 

Selain itu beg cendawan tiram kelabu juga boleh diletakkan atas dulang atau besen mengikut kemampuan dan kreativiti anda. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

Jadi anda sudah nampak bukan, betapa mudahnya menanam cendawan tiram kelabu ini? 

Tunggu apa lagi, marilah kita mula menanam cendawan tiram kelabu sebagai langkah untuk meningkatkan penjimatan kos sara hidup dan persediaan untuk menghadapi pengenalan GST yang bakal bermula pada bulan April 2014 nanti!

Namun, penanaman cendawan tiram kelabu memerlukan teknik yang betul agar ia dapat tumbuh dengan baik. Oleh itu, anda perlu menimba ilmu sebanyak yang boleh tentang teknik-teknik penanaman cendawan tiram kelabu dan kenali cendawan tiram kelabu terlebih dahulu sebelum menanamnya!

Jadi, untuk mempelajari teknik-teknik yang betul tentang penanaman cendawan tiram kelabu ini, marilah dapatkan ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu yang hebat ini yang berharga hanyalah RM 20 sahaja!

EBOOK TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU KECIL-KECILAN

Tahukah anda.... 

Apakah Keistimewaan Ebook Cendawan Tiram Kelabu Ini? 

Harganya berpatutan dan memenuhi kehendak pembaca yang hanya ingin mempelajari ilmu lengkap tentang tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan.

Yang penting sekali, penjelasan tentang teknik untuk tanam cendawan tiram kelabu dalam ebook ini mudah difahami dan anda sudah boleh mulakan penanaman cendawan tiram kelabu selepas membaca ebook ini!

Anda tidak perlu membelanjakan kos yang tinggi sehingga beratus-ratus ringgit untuk semata-mata untuk menghadiri kursus penanaman cendawan tiram kelabu di mana ia hanya praktikal bagi orang yang ingin menanam cendawan secara besar-besaran tetapi kurang fokuskan pada penanaman cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan. 

Melalui ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu ini yang dengan hanya pelaburan RM 20 sahaja sudah cukup untuk anda untuk memulakan penanaman cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan dengan penuh yakin!

BONUS!!!

Ebook teknik penanaman cendawan ini akan menunjukkan teknik penyediaan tali untuk menggantung beg cendawan tiram kelabu dengan baik untuk mengurangkan risiko kerosakan yang teruk pada beg cendawan tiram kelabu.

Jika berminat, komen NAK di blog ini untuk mendapatkan ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu tanpa menggunakan tanah yang hebat ini!

Jika hendak tahu lagi tentang penanaman cendawan tiram kelabu ini, anda boleh kunjungi http://www.exercisesifu.com

Blog asal di sini.

Isnin, Oktober 20, 2014

Nurul Hakimi buat keputusan tepat

NURUL HAKIMI (kanan) dan Mohd. Shahril boleh berbangga kerana telah memiliki empat buah rumah cendawan setakat ini.

NURUL HAKIMI SHAHRI, 34, tidak menyangka nasib ahli keluarganya berubah selepas dia secara tidak langsung melibatkan diri dalam penjualan cendawan tiram kelabu kira-kira lima tahun lalu.
Melihat prospek jualan yang amat memberangsangkan, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini tidak teragak-agak mencuba nasib untuk mengusahakan sendiri tanaman cendawan yang dilihat mempunyai permintaan pasaran tinggi.
Menurut Nurul Hakimi, segala-galanya bermula secara kebetulan ketika dia sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka antara tahun 2009 hingga 2011 apabila seorang rakan memperkenalkannya dengan hasil pertanian itu.
“Pada awalnya saya hanya berniaga suka-suka. Saya beli tiga kilogram cendawan setiap hari, kemudian dibungkus semula dan dihantar ke beberapa buah kedai makan sekitar tempat tinggal saya.
“Setiap hari cendawan yang saya jual habis dan dari situ, saya mula buat kajian melalui internet mengenai prospek tanaman cendawan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.
Menurutnya, pada 2010 dan berbekalkan modal RM1,500, dia dan suaminya, Mohd. Sharil Md. Sarip, 35, mula mengusahakan tanaman cendawan.
Namun, semua proses itu dilakukan secara manual kerana mereka masih tidak mampu untuk membeli mesin dan menyediakan rumah cendawan.
Nurul Hakimi berkata, empat bulan kemudian, mereka berjaya mengumpul modal sebanyak RM50,000 hasil meminjam duit daripada ahli keluarga untuk membina sebuah rumah cendawan dan membeli dua jenis mesin untuk memproses tanaman tersebut.
Katanya, melihat potensi besar tanaman itu, suaminya mengambil risiko dengan berhenti kerja dan memberi fokus penuh terhadap perniagaan tersebut manakala dia pula terpaksa membahagikan masa antara belajar dan mengusahakan tanaman tersebut bersama suaminya.
SEORANG pekerja membungkus cendawan sebelum ia dipasarkan.
Tidak menunggu lama, beliau berkata, mereka mula mengembangkan perniagaan dengan membina tiga lagi rumah cendawan dan kemudian menggunakan pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM100,000 bagi meluaskan ‘empayar’ yang diusahakan.
“Kini setiap bulan, empat buah rumah cendawan yang diusahakan di kampung suami saya di Tangkak, Johor boleh menghasilkan sebanyak 1.5 tan cendawan sebulan. Hasil tersebut diagih kepada beberapa buah pasar raya.
“Harga cendawan berkenaan adalah antara RM9 hingga RM10 sekilogram untuk pasaran borong manakala RM12 hingga RM16 sekilogram bagi jualan runcit.
“Namun, jumlah tersebut masih belum cukup untuk menampung permintaan yang tinggi di pasaran,” jelasnya,
Buat masa ini, Nurul Hakimi hanya boleh membekalkan hasil pertanian itu ke tiga buah pasar raya di Melaka dan sebuah pasar raya di Seremban, Negeri Sembilan.
Disebabkan ruang pasaran yang dilihat sangat meyakinkan, usahawan ini terus mengembangkan perniagaannya dengan suntikan modal melalui pembiayaan berjumlah RM300,000 daripada Agrobank baru-baru ini.
Melalui dana tersebut, mereka memajak sebidang tanah seluas 0.8 hektar milik Jabatan Pertanian Ledang dan membina 15 buah rumah cendawan yang kini dalam proses pembinaan.
“Jika siap kelak, kesemua 19 rumah cendawan tersebut dijangka mampu menghasilkan 250 kilogram cendawan setiap hari dan pasaran dijangka meluas ke Lembah Klang,” katanya.
Menurut Nurul Hakimi yang juga Ahli Majlis Unit Agropreuner Muda, kunci kejayaan mereka adalah tidak kenal putus asa dan sanggup belajar walaupun diuji pelbagai rintangan.
“Dari situ kami tahu, banyak perkara perlu dititikberatkan termasuk menggunakan benih berkualiti selain menjaga kebersihan rumah cendawan kerana tanaman ini sangat sensitif terhadap persekitaran,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm#ixzz3GeOaKPNp 
Hakcipta terpelihara 


Ahad, Oktober 05, 2014

Beli bongkah siap atau buat bongkah cendawan sendiri?



Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masa kini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. 

Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? 

Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. 


Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit.

Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. 


Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tau seba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik-teknik buka tutup penutup untuk tau macam manae nak keluarkan hasil setiap hari. 


Ini ada sedikit tip untuk anda lihat perbandingan serta kelebihan / kekurangan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.

Beli bongkah cendawan matang

  • Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll 
  • Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh
  • Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual
  • Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit
  • Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat
  • Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la
  • Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung
  • Boleh buat separuh masa

Buat bongkah sendiri

  • Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll… 
  • sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
  • Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
  • Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
  • Masalah penyakit kulat perosak
  • Jimat kos
  • Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z
  • Kena buat sepenuh masa

Cara mana yang anda pilih?


Itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Saya sendiri pun bermula dengan membeli bongkah yang diproses dan benih diisikan sendiri. 


Jika berminat untuk menempah bongkah cendawan, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam) 
a> Related Posts with Thumbnails