Pada zaman dahulu, manusia terpaksa memanjat tinggi ke atas gunung dan menjelajah ke dalam hutan rimba yang tebal demi mendapatkan cendawan yang misteri ini. Ling zhi liar hanya tumbuh pada tunggul kayu atau pada akar-akar pokok yang berdaun lebar sahaja.
...
Ini menyebabkan kuantiti yang diperolehi tersangat sedikit. Maka ia hanya diperuntukkan kepada raja-raja. Tetapi, pada zaman teknologi yang moden ini, manusia tidak perlu lagi bersusah payah mendaki gunung serta menjelajah hutan bagi mendapatkannya kerana dengan adanya teknologi moden kejuruteraan-bio, kini ia telah ditanam secara komersil di dalam rumah hijau di kebanyakan negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat.
....
Dengan ini seluruh umat manusia pun mula dapat menikmati kebaikannya. Benih-benih ling zhi yang disemaikan pada musim bunga akan bertunas pada bulan Julai dan kemudian akan menjadi matang sepenuhnya pada bulan Ogos atau September. Apabila ling zhi menjadi matang sepenuhnya di bawah keadaan pengawalan penanaman yang baik, maka perubatannya akan berkumpul di dalam tangkai dan cendawan (casp).
.....
SEJARAH LING ZHI DI CHINA
Ling zhi pertama sekali disebut sebagai perubatan di China adalah ketika pada zaman Dinasti Shu iaitu kira-kira 2,400 tahun dahulu. Pada masa itu, ling zhi yang memiliki nilai yang begitu tinggi hanya digunakan oleh maharaja-maharaja China sahaja. Ia dipercayai bukan sahaja boleh melanjutkan usia seseorang bahkan juga boleh menjamin hidup yang abadi.
...
Demi mencari jenis tumbuhan mujarab ini, maharaja China yang pertama Shih Huang Ti telah menghantar ekspedisi yang terdiri daripada 500 lelaki dan perempuan muda ke negara Jepun melalui jalan laut. Malang sekali ekspedisi maharaja ini telah gagal.
...
Menurut sejarah China, cendawan ini ditemui oleh seorang petani yang bernama Seng Nong yang juga digelar "Petani yang suci" (Holy Farmer). Menurut beliau, ling zhi merupakan sejenis tumbuhan yang bersifat menyembuh setelah beratus-ratus spesies tumbuhan dicuba olehnya. Beliau telah menghasilkan sebuah manuskrip yang berjudul Herba Seng Nong Klasik yang dikatakan merupakan materia medica Cina yang terulung. Malahan pada masa kini, manuskrip ini masih dianggap sebagai asas atau panduan kepada ubat tradisional Cina dan ubat tradisional timur pada umumnya.
...
Dalam manuskrip tersebut, Seng Nong telah menyifatkan ling zhi dengan terperinci iaitu di antara 365 spesies tumbuhan, akar, kayu-kayan, haiwan dan batu-batan; yang dibahagikan kepada tiga gred, ling zhi digredkan dalam gred pertama. Bukan itu sahaja, malah ia juga merupakan nombor pertama di antara spesies yang digredkan pertama.
....
Ciri-ciri tumbuhan yang grednya pertama ialah kesan sampingan tidak akan wujud walaupun telah digunakan dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, Seng Nong juga membezakan 6 spesies ling zhi dengan mengikut warna masing-masing.
.....
Li Shi Zhen, seorang saujana perubatan yang terkenal pada zaman Dinasti Ming (1368 – 1644) telah memperkenalkan 6 spesies ling zhi dengan penunjuk yang jelas. Kerja-kerja beliau kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1956. Tambahan pula, ia telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa asing termasuklah bahasa Jepun, Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia dan Latin. Penerbitan itu juga dianggap sebagai asas ubat tradisional Cina.
.....
SEJARAH DI JEPUN
Oleh sebab ling zhi tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti dan kualiti yang lebih baik ketika di China, maka pada tahun 1971 bermulalah seorang penyelidik Jepun yang bernama Yukio Naoi yang berasal dari Universiti Kyoto untuk menanam ling zhi ini dengan lebih giat. Beliau telah menemui pelbagai cara untuk menanam cendawan ini supaya dapat meningkatkan hasil tanamannya. Sejak penemuan cara-cara menanam ling zhi ini dan setelah diperbaiki, maka hasil pengeluaran ling zhi telah meningkat lebih 10 kali ganda dalam masa sepuluh tahun.
...
Di samping itu, terdapat juga catatan yang mengatakan bahawa sebelum Yukio Naoi, ling zhi sebenarnya pernah dicatatkan dlaam salah sebuah buku sejarah "Nihon-Shoki" yang diterbitkan pada abad ke-8 zaman Nara. Di dalam buku itu, ling zhi disifatkan sebagai sejenis tumbuhan "Shiba-kusa". Manakala terdapat juga sebuah buku perubatan yang bernama "Fukasoko" ditulis oleh seorang paderi yang terkenal ketika zaman Yedo yang memuji ling zhi sebagai "Fukoso".
.....
KANDUNGAN KIMIA DAN NILAI PERUBATAN
Setelah ling zhi menjadi matang, serbuk ling zhi akan dikumpulkan melalui spora-sporanya di mana serbuk ini merupakan esen ling zhi yang mengandungi nilai perubatan yang tinggi. Apabila dikaji melalui farmakologi, didapati ling zhi mempunyai kandungan protein berkualiti yang tinggi iaitu sebanyak 26.4%, 18 jenis asid amino perlu, 112 jenis triterpenes yang diketahui, campuran vitamin natural dan mineral, ingredien aktif seperti germanium, lanostan, coumarin dan ergosterol dan yang selebihnya ialah polisakarida.
...
Cendawan ling zhi memiliki kandungan polisakarida yang amat tinggi. Polisakarida ini terdiri daripada molekul gula yang menjadi rantai supaya dapat membentuk satu lapisan gula (sugar layer). Ia amat diperlukan dalam sistem pengimunan dan sebagai "pelawan tumor" (tumor fighter). Ini telah menarik perhatian yang amat sangat daripada para penyelidik di Chian, Jepun dan Amerika Syarikat.
...
Baru-baru ini, para penyelidik di Universiti Perubatan Shanghai, Hospital Tumor Shanghai dan Hospital Chung San Shanghai telah berusaha mengasingkan beberapa jenis poisakarida daripada ling zhi kerana pernah ditunjukkan dalam kajian klinikal bahawa ia bertindak sebagai anti aktiviti pertumbuhan tumor.
...
Dalam aspek lain, misalnya merendahkan tekanan darah dan anti-hipertensi, triterpenes merupakan agen utama yang boleh didapati dalam bentuk asid lemak yang dikenali sebagai asid "lucidenic" dan "ganoderic". Triterpenes yang didapati dlaam ling zhi dapat diklasifikasikan kepada 112 jenis yang diketahui. Dengan ini, ia dapat bertindak menurunkan tekanan darah dan anti hipertensi dengan berkesan.
...
Cendawan ini digunakan sebagai adaptogen kerana ia mempunyai kesan adaptogenik yang dapat mengurangkan tekanan akibat daripada persekitaran (enviromental stress), emosi dan serta memulihkan semangat badan dan minda. Sebenarnya, penggunaan ling zhi untuk masalah ini telah dipratikkan sehingga ia dikenali sebagai "a historical use".
...
Ling zhi boleh digunakan juga sebagai tonik dan sedative. Maka ia amat berguna dalam Sindrom Kepenatan Kronik, dan kepenatan saraf. Cendawan ini juga memiliki tindakan antihistamin yang boleh membantu dalam mengatasi alergi dan menguatkan sistem pengimunisasi.
...
Di samping itu, telah dikenalpasti bahawa ia dapat mengubati kebanyakan penyakit repiratori seperti asma kronik, bronkitis dan masalah sinus. Satu kajian telah dijalankan di China pada tahun 1970-an, di mana 2,000 pesakit bronkitis diberi sirap ling zhi dalam bentuk pil selama dua minggu. Keputusan yang didapati ialah 60-90% menunjukkan pemulihan penyakit tersebut termasuk selera makan bertambah baik. Ujian di Jepun pula menunjukkan pemulihan 50 hingga 90%.
...
Pada umumnya, selain penyakit-penyakit di atas, ling zhi juga dipercayai dapat mengatasi masalah kesihatan seperti kolestrol yang tinggi, insomia, diabetes, masalah hati, arthritis dan melegakan kesakitan.
...
Kesan toksik tidak dapat diperhatikan walaupun ling zhi digunakan sebanyak 300 kali dalam dos yang direkomenkan. Walau bagaimanapun, pengambilan ling zhi pada mulanya mugkin menyebabkan rasa pening, sengal tulang, kulit bermasalah, cirit-birit atau sembelit. Keadaan-keadaan ini berbeza mengikut individu-individu masing-masing tetapi ia adalah tanda bahawa toksin telah dibersihkan dari badan. Sebaik sahaja semua toksin telah dikeluarkan, keadaan-keadaan tersebut akan pulih dan tidak akan wujud lagi.
NILAI KOMERSIAL
Kini, ling zhi telah dijadikan produk yang komersial oleh kebanyakan negara misalnya Jepun, China, Taiwan, Korea, Amerika Syarikat dan juga di Asia Tenggara. Ekstrak ling zhi boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti kapsul, pil, sirap mahupun bungkusan teh (paket).
...
Bentuk kapsul merupakan bentuk yang paling mendapat sambutan kerana ia dapat mengelakkan rasa pahit dalam dos yang diperlukan. Wala bagaimanapun, bukan semua kapsul ling zhi adalah sama kerana terdapat kapsul yang diperbuat daripada buah badannya di mana ia mengandungi gentian dietari yang banyak.
..
Sementara itu, ada pula kapsul yang telah dicampurkan dengan herbal yang lain dan ini mungkin akan membawa kepada kesan sampingan. Begitu juga ada ling zhi yang telah dicampurkan dengan bendasing ketika ia dituai misalnya serpihan dari tunggul kayu yang ditumbuhinya. Perbezaan antara ling zhi tulen dan tidak tulen boleh dilakukan dengan merasai serbuknya. Ling zhi yang tulen akan menghasilkan rasa pahit yang tulen.
...
Terdapat beberapa pengeluar yang cuba menghaslkan risalah yang tidak benar supaya orang ramai membeli produk mereka. Informasi sebegini akan mengelirukan orang ramai. Pengguna yang bijak perlu berhati-hati ketika meneliti sumber informasi tersebut.
..
Sumber informasi yang datang dari sumber para ahli sains barulah merupakan sumber yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, penulisan ling zhi oleh dr.Terry Willard yang pernah menghasilkan buku berkenaan ling zhi dan Dr. Shiuh Sheng Lee yang berasal dari Universiti Perubatan, Taiwan. ..