Memaparkan catatan dengan label Mengawal Penyakit Cendawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengawal Penyakit Cendawan. Papar semua catatan

Khamis, Jun 26, 2014

Masalah cendawan dan cara mengatasinya

affectionate mushrooms

Penanaman cendawan juga mengalami masalah yang boleh merugikan dan melemahkan semangat pengusaha. Tetapi sebarang masalah mesti ada sebab dan cara untuk menyelesaikannya. 
.
Di sini terdapat beberapa masalah yang dihadapi, punca dan cara untuk mengatasinya.
.
Mesilia gagal untuk berkembang
  • Air klorin atau air kotor ---- guna air telaga atau peram air paip semalaman
  • Bahan mentah rosak---- pastikan bahan mentah elok dan segar
  • Kukus tidak sempurna----pastikan kukus 7-8 jam
  • Beg media panas----biarkan sejuk baru suntik benih
  • Benih tidak berkualiti
  • Lupa nak suntik benih
..
Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan
..
  • Formula media tidak betul----ubah formula, periksa pH, habuk kayu, dedak
  • Serangga, kulat perosak, virus, bacteria dan hama---periksa proses kukus, suntik benih, dan kebersihan rumah cendawan
  • Benih tidak berkualiti---dapatkan daripada pembekal lain
  • Cendawan terbentuk, tetapi payung tidak terbentuk
  • Cahaya tidak cukup---ubah cahaya dalam rumah cendawan
  • Pengudaraan tidak sempurna----tingkatkan pertukaran udara luar dan dalam
.
Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembang
  • Masa peram terlalu lama
  • Cahaya kurang
  • Media campuran berkualiti rendah
  • Kadar pentumbuhan mesilia kurang—benih kurang
  • Benih tidak berkualiti
.
Cendawan gagal tumbuh pada pusingan kedua
  • Formula campuran tidak betul
  • Benih tidak berkualiti
.
Saiz cendawan kecil
  • Terlalu banyak anak cendawan tumbuh
  • Formula tidak betul
  • Benih tidak berkualiti
.
Cendawan ringan
  • Periksa kelembapan semasa gaul media

Cendawan cepat rosak
  • Cendawan dikutip terlalu tua—kutip yang muda sebelum tepi berombak
.
Cendawan suam sebelum pek
  • Sejukkan dulu baru bungkus dalam plastic
.
Cendawan lembap
  • Cendawan disimpan terlalu lama
.
Bintik-bintik kuning pada cendawan
  • Serangan bakteria---periksa kelembapan dan rumah cendawan 80-85% 

Rabu, Mac 26, 2014

Simpton serangan serangga "Spring Tail"


Maiselium seolah-olah hilang atau berundur ke belakang bukan hama tetapi springtail. Carta kawal ialah dengan cara kawal hama.


1. Buang segera beg-beg yang menampakkan simptom diserang. Sebaiknya kukus balik supaya telur, ibu, anak yag ada dalam beg tu mati (tumpang kukus dengan beg yang baru)


2. Sembur beg-beg yang tinggal dengan racun organik seperti cuka kayu dan apa-apa yang didakwa boleh membunuh mite/serangga..


3. Boleh juga gunakan klorok/air kapur tetapi kena basuh dengan saline / air garam sebelum beg keluar hasil...


4. Tanyalah juga petua kekawan yang dah banyak pengalaman....

Isnin, April 22, 2013

Masalah cendawan dan cara penyelesaian


Penanaman cendawan juga mengalami masalah yang boleh merugikan dan melemahkan semangat pengusaha. Tetapi sebarang masalah mesti ada sebab dan cara untuk menyelesaikannya. 
.
Di sini terdapat beberapa masalah yang dihadapi, punca dan cara untuk mengatasinya.
.
Mesilia gagal untuk berkembang

  • Air klorin atau air kotor ---- guna air telaga atau peram air paip semalaman
  • Bahan mentah rosak---- pastikan bahan mentah elok dan segar
  • Kukus tidak sempurna----pastikan kukus 7-8 jam
  • Beg media panas----biarkan sejuk baru suntik benih
  • Benih tidak berkualiti
  • Lupa nak suntik benih
..
Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan
..
  • Formula media tidak betul----ubah formula, periksa pH, habuk kayu, dedak
  • Serangga, kulat perosak, virus, bacteria dan hama---periksa proses kukus, suntik benih, dan kebersihan rumah cendawan
  • Benih tidak berkualiti---dapatkan daripada pembekal lain
  • Cendawan terbentuk, tetapi payung tidak terbentuk
  • Cahaya tidak cukup---ubah cahaya dalam rumah cendawan
  • Pengudaraan tidak sempurna----tingkatkan pertukaran udara luar dan dalam
.
Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembang
  • Masa peram terlalu lama
  • Cahaya kurang
  • Media campuran berkualiti rendah
  • Kadar pentumbuhan mesilia kurang—benih kurang
  • Benih tidak berkualiti
.
Cendawan gagal tumbuh pada pusingan kedua
  • Formula campuran tidak betul
  • Benih tidak berkualiti
.
Saiz cendawan kecil
  • Terlalu banyak anak cendawan tumbuh
  • Formula tidak betul
  • Benih tidak berkualiti
.
Cendawan ringan
  • Periksa kelembapan semasa gaul media

Cendawan cepat rosak
  • Cendawan dikutip terlalu tua—kutip yang muda sebelum tepi berombak
.
Cendawan suam sebelum pek
  • Sejukkan dulu baru bungkus dalam plastic
.
Cendawan lembap

  • Cendawan disimpan terlalu lama
.
Bintik-bintik kuning pada cendawan
  • Serangan bakteria---periksa kelembapan dan rumah cendawan 80-85% 

Ahad, Oktober 24, 2010

Mengawal penyakit cendawan



Igauan ngeri kepada pengusaha cendawan ialah bila mana cendawan yang ditanam diserang penyakit yang mengakibatkan kerugian yang besar dan sesetengahnya melemahkan semangat untuk meneruskan projek ini.

Salah satu cara yang patut diambil ialah buat persediaan awal dan belajar daripada pengusaha yang lebih berpengalaman bagi mengurangkan kesan tersebut.


Berikut adalah beberapa faktor mengapa bungkah cendawan mudah diserang penyakit:

  • Kelembapan tinggi dan persekitaran gelap di dalam bangsal sesuai untuk pertumbuhan kulat lain dan digemari serangga perosak
  • Penggunaan racun serangga yang terhad
  • Faktor persekitaran bangsal yang tercemar

Selain daripada di atas, kesilapan dalam proses penyediaan cendawan juga boleh menyebabkan bongkah cendawan diserang penyakit. contohnya:-

  • Menggunakan habuk kayu yang telah lama terbiar dan menjadi masam
  • Kandungan air yang terlalu tinggi dalam proses membancuh habuk
  • Proses mengukus yang tidak mencapai tempoh ditetapkan
  • Menggunakan benih yan telah rosak
  • Menyuntik benih di kawasan yang kotor

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, selepas proses pengukusan, bungkah cendawan perlu dilindungi dari jangkitan kuman. Untuk mencapai objektif ini, amalan kerja yang bersih perlu dititik beratkan.

a> Related Posts with Thumbnails