Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Semasa. Papar semua catatan

Ahad, Mac 16, 2014

Kursus Kawalan Penyakit Cendawan


Assalam.

Berita baik buat pengusaha cendawan di kawasan Besut, Terengganu kerana Jabatan Pertanian Besut akan menganjurkan kursus kawalan penyakit cendawan pada tarikh, tempat dan masa seperti di atas. 

Masuk adalah PERCUMA dan saya juga menjemput kepada bakal pengusaha cendawan untuk hadir pada kursus ini kerana ini adalah peluang terbaik untuk berkenalan dengan pengusaha cendawan berpengalaman dan juga bertukar-tukar maklumat. Jumpa anda di sana!

Khamis, November 07, 2013

Mesyuarat antara pengusaha cendawan dan pejabat pertanian Besut


Assalam.

Hari ini (6.11.2013) berlangsungnya mesyuarat antara Persatuan Pengusaha Cendawan Besut dan Pejabat Pertanian Besut yang diadakan di Pejabat Pertanian Besut, Kg Gerai.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah sebagai sesi perkenalan dan beramah mesra di antara sesama pengusaha cendawan dan juga bertukar maklumat tentang industri cendawan yang dihadiri oleh lebih daripada 26 orang peserta dari seluruh Besut, Terengganu.

Persatuan ini diketuai oleh Cikgu Fauzi dan wakil daripada Pertanian oleh En.Zahari dan En. Mohd Rafi. Banyak input, cadangan dan info terkini dibincangkan dan topik yang paling digemari tentulah tentang suntikan modal. 

Setiap peserta diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan juga masalah yang dihadapi serta keperluan bagi memajukan lagi bisnes cendawan ini. 

Pihak pejabat Pertanian berjanji untuk mengambil kira segala keperluan dan juga cadangan yang diutarakan serta berpendapat jaringan kerjasama sesama rakan pengusaha cendawan amatlah penting di samping penyimpanan rekod yang teratur demi memudahkan segala urusan pada masa hadapan.

Sesi perjumpaan ditangguhkan pada jam 6 petang. :) 

Rabu, Mei 15, 2013

Isu terkini penanaman cendawan di Terengganu



Ramai yang tertanya-tanya kenapa industri cendawan sekarang ini semakin merosot..tidak seperti 4 tahun lepas. Sana sini orang bercerita tentang tanaman cendawan baik di  tv atau surat khabar...semua nya bercerita tentang kejayaan seseorang pengusaha.

Adakah bisnes cendawan kini seperti projek pertanian yang lain seperti projek ikan keli, fertigasi, cacing dan lain-lain..sudah merudum atau sunyi sepi?


Mengikut info penulis terima setakat ini hanya lebih kurang 13-15 orang sahaja di terengganu berbanding dulu beratus-ratus orang. Mengapa semua ini terjadi?

Mari kini selidik kenapa ini terjadi..

Masalah Penyakit 

Punca utama yang tidak dapat dielakkan. Biasanya masalah penyakit kulat hijau selepas hasil pertama atau kedua. Dimana setelah beg media disuntik benih dan diperam selama 60 hari kemudian proses membuka tutup beg media. 

Serangan akan berlaku ketika beg terdedah kepada persekitaran. Puncanya dari persekitaran dalam bangsal yang kotor, bawaan serangga bari-bari, benih cendawan tidak berkualiti, beg media tidak cukup matang dan kandungan dedak yang berlebihan dalam beg media. 

Apabila pengusaha menghadapi masalah in mereka akan tidak bersemangat untuk meneruskan kan projek kerana mengalami kerugian.


Masalah Benih Cendawan

Isu yang selalu diperkatakan..masalah benih. Ok, masalah ini menjadi sebahagian punca kegagalan. Mengikut pengalaman penulis susah untuk menilai atau menentukan benih yang berkualiti kerana pengeluar yang berpengalaman pun belum tentu boleh menjamin kualiti yang  baik..apa yang terjadi apabila guna benih yang tak elok?
.
  • Meselia tak bergerak- 7 hari selepas suntik benih tidak bergerak..beg media rosak..rugi
  • Benih lembik - kandungan kelembapan tinggi..benih tidak bergerak..beg berulat..rugi 

.
Contoh: Buat 5000 beg media dalam seminggu dan suntik benih yang tidak berkuliti..selepas itu semua beg rosak...pengusaha akan mengalami kerugian yang tinggi..kos, masa dan tenaga hanya sia-sia..duit tidak menjadi masalah tetapi semangat akan hilang.

 Masalah Bahan Mentah

Kekurangan bahan mentah juga menjadi alasan untuk meneruskan projek. Tetapi masalah ini tidak begitu ramai yang menghadapinya..biasanya masalah habuk kayu dan dedak padi. Beragantung kepada kawasan dan kos yang terlibat 

Terlampau Agresif 

Ayat biasa kita dengar..buat kecil-kecilan dulu, bila dah pandai, dah yakin baru komersialkan. Ramai juga yang mula buat projek terus nak ada alat-alat yang lengkap, bangsal yang cantik. Kurangnya pengalaman dan ilmu,apabila projek mengalami masalah pengusaha gagal untuk meneruskan projek.

Penerima Bantuan 100%
.
Kita hairan kenapa projek cendawan yang menerima bantuan sepenuhnya masih lagi gagal untuk meneruskan projek walaupun penguasaha tidak mengeluarkan modal cuma titik peluk sahaja. Ada beberapa sebab yang boleh kita fikirkan...

  • Cara pemilihan peserta
  • Kurang berminat, tapi mahu juga terima bantuan
  • Kurang galakkan dan kesungguhan
  • Tidak nampak projek cendawan memang menguntungkan
  • Masalah pasaran 

.
Kurang Berminat

Ada juga dikalangan pengusaha yang berhenti kerana kurang berminat disebabkan menjadikan projek cendawan sebagai budaya ikut-ikutan, tengok orang buat kita pun nak buat. Bukan atas dasar minat dan potensi yang ada pada bisnes cendawan itu sendiri.
.
Masalah Pasaran
.
Alasan biasa kita dengar..bukan sahaja projek cendawan malah produk pertanian yang lain pun mempunyai alasan yang sama. Pasaran bukan tiada cuma pengusaha itu sendiri yang perlu cari di mana dan cara untuk pasaran cendawan. 
Contoh: semua pengusaha hantar ke pasar borong dan akan berlaku lambakan...harga akan turun. 

Kalau tidak mahu menghadapi masalah kita pengusaha perlu guna cara lain seperti hantar terus ke restoran, kedai makan tengahari, kedai jual barang basah, makcik goreng pisang dan dll. Tidak semestinya projek cendawan atas nama 'contract farming' belum boleh menjamin pasaran. Yang paling kita perlu bergantung pada diri kita sendiri.


P/S....Banyak lagi punca-punca kegagalan yang berlaku. Tunggu sambungan artikel ini akan datang, penulis akan menceritakan banyak lagi kisah-kisah kegagalan usahawan cendawan. 

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada sesiapa yang berminat menjadi penguasaha cendawan. Jangan hanya tau cerita untung sahaja tetapi kita tidak tau apa masalah yang akan kita hadapi untuk memperolehi keuntungan tersebut.


Sila la komen sekiranya maklumat ini tidak tepat atau ada kekurangan.

sumber: Cendawan Dungun

 Nota: Buat bakal pengusaha cendawan, jadikanlah senarai punca kenapa projek cendawan gagal sebagai panduan dan cuba buat dengan lebih baik lagi kerana potensi bisnes ini adalah besar dan masih lagi penyumbang kepada ekonomi di negeri ini. 


Ahad, Jun 20, 2010

Wawancara Bersama En. Zul Cendawan Puchong - revisited

Hari ini saya berbesar hati kerana En. Zul dari Cendawan Puchong merangkap penceramah kursus cendawan sudi meluangkan masa untuk diwawancara oleh Cendawan Global bagi mengenali lebih dekat lagi latar belakang beliau dan tip-tip bisnes cendawan.
..
Cendawan Global: Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara, keluarga, kerjaya dan sejarah penglibatan dalam perusahaan cendawan ini?
.
....
En. Zul : Saya merupakan seorang Senior Officer di salah sebuah syarikat swasta di Bandar Baru Bangi. Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di UKM (1999). Berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak. Isteri saya merupakan seorang pensyarah di UNITEN. Namun begitu saya juga merupakan salah seorang penanam cendawan tiram kelabu di Puchong.
.
Saya bermula pada Mei 2006 iaitu dengan menyertai kursus Tanaman Cendawan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Johor Bahru Selatan. Pada bulan Jun saya terus memulakan perniagaan ini dengan melakukan survey dan marketing. Saya juga ada membeli beberapa beg cendawan untuk testing. Setelah begitu yakin dengan potensi yang ada dan dah dapat market kat mana nak jual maka, saya mula melakukan pembinaan bangsal cendawan, membeli beg cendawan, daftar syarikat dan sebagainya.
....
Cendawan Global : Sudah berapa lama mengusahakan penanaman cendawan secara komersil?
......
En. Zul : Saya bermula pada Jun 2006 hingga ke hari ini iaitu hampir setahun setengah.
....
Cendawan Global : Kenapa pilih cendawan tiram kelabu?
..

....
En. Zul : Cendawan Tiram Kelabu, adalah salah satu daripada 12 jenis cendawan yang boleh dikomersialkan di Negara ini. Namun begitu, dari segi pasaran dan permintaan, cendawan Tiram ini mendapat pasaran dan permintaan yang sangat baik. Ini kerana hampir semua komuniti di Negara ini sangat sebati dan menyukai cendawan jenis ini kerana rasanya yang sangat manis dan berkhasiat tinggi. Jadi atas factor-faktor inilah yang menjadi pendorong bagi saya untuk mengusahakan tanaman jenis ini.
...
Cendawan Global : Apakah prospek tanaman cendawan di Malaysia dan boleh beri komen berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saudara?
.
En. Zul : Mengikut statistic yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan bahawa, kerajaan masih lagi mengimport cendawan termasuk cendawan Tiram. Ini menunjukkan bahawa, permintaan ke atas cendawan sudah melebihi penawaran. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa, industri tanaman cendawan ini sangat berpotensi besar untuk menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya oleh mereka yang berminat.
...
Cendawan Global : Berapakah kos permulaan saudara mulakan dari awal?
...
En. Zul : Saya memulakan projek ini dengan modal sebanyak RM15,000. Di mana sebanyak RM5,000 untuk pembinaan bangsal (20” x 25”), Beli beg cendawan matang RM5,000 dan baki RM5,00 untuk cash flow dan perbelanjaan lain seperti bil air dan elec, plastic membungkus cendawan dan sebagainya.
...
Cendawan Global : Biasanya, ramai yang mengatakan cendawan sensitif kepada penyakit, boleh beri ulasan?
..
..
En. Zul : Penyakit!!!, semua benda hidup akan berdepan dengan penyakit! Baik manusia, haiwan dan ternakan. Tetapi bagi saya, cendawan ini mudah ditanam dan mudah dijaga apatah lagi untuk dituai. Jika sudah cukup 2 bulan ia diperam, maka tumbuhlah cendawan ini walaupun beg cendawan tidak begitu sempurna rupanya. Asalkan, kita menjaga 3 asas utama iaitu menjaga dari segi kelembapan, kegelapan dan suhu bangsal. Saya juga ada mengguna sejenis baja yang sangat membantu saya dalam projek tanaman ini iaitu EM (Effective Microb). Baja ini sangat murah dan sangat efektif dalam menghasilkan cendawan yang sihat, besar, berat, tahan penyakit serta memanjangkan hayat cendawan. Ia merupakan baja organic semulajadi yang dicipta oleh Prof. dari Jepun pada 20 tahun yang lalu. Hampir 116 buah Negara telah menggunakannya termasuklah Malaysia.
...
Cendawan Global : Bagaimana untuk pasarkan cendawan?

..
...
En. Zul : Sebagai pengusaha kita perlulah tahu bagaimana dan dimana kita hendak pasarkan hasil keluaran kita. Jadi dalam hal ini, marketing sangat penting. Para usahawan perlulah melakukan survey, tanya setiap pekedai sayur sama ada sudi atau tidak memebeli hasil kita, pergi ke super market dan tanya taukeh mereka dan sebagainya. Muka kena tebal sikit baru boleh menjual. Kalau boleh jual terus kepada end user seperti menjual di pasar malam, pasar pagi, pasar minggu atau pasar tani dan borong.
...
Cendawan Global : Di mana untuk dapatkan bekalan bahan-bahan tanaman cendawan?
...
En. Zul : Segala bentuk bahan mentah boleh didapati dari pengusaha-pengusaha Cina yang dah lama bertapak dalam industri ini. Untuk mendapatkan bekalan benih, plastic, stopper, neck, top, kapur dan dedak anda boleh beli dari Vita Agrotech Tg Sepat Morib (03-31975600), Kuan Damansara (019-2613107) atau Lau Klang (016-3135977). Saya juga ada menjual beg cendawan berbenih dengan harga RM1.10 setiap beg. Baja EM juga saya ada jual dengan harga RM5 setiap botol 500ml.
...
Cendawan Global : Matlamat saudara dalam bisnes ini?
...
En. Zul : Matlamat utama saya ialah ingin berjaya dalam industri tanaman cendawan ini dan menjadikan ianya satu lagi kerjaya kepada saya.
...
Cendawan Global : Perancangan masa hadapan saudara untuk bisnes ini?
...
En. Zul : Sudah pastinya saya ada perancangan masa hadapan di mana saya akan pastikan projek tanaman cendawan saya ini terus berkembang dengan jayanya. Saya juga bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan ini supaya saya dapat menampung keperluan setempat. Kepada mereka yang ingin berkongsi ilmu daripada saya, bolehlah datang berkursus di farm saya supaya lebih ramai lagi usahawan-usahawan baru menceburi bidang ini.
..
Cendawan Global : Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi cerita tentang cendawan dengan kami. Selamat maju jaya.
..
En. Zul : Sama-sama.

Jumaat, September 26, 2008

Semakan Harga

Saya bersyukur kerana bermula daripada pos pertama di blog cendawan global bulan julai tahun lepas sehinggalah sekarang, pengunjung dan peminat cendawan sentiasa memberikan sokongan dan respon ke atas setiap usaha yang dilakukan di sini untuk mengembangkan lagi bisnes cendawan secara online dan offline.
....
Adalah menjadi hasrat saya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan namun di atas kesan kenaikan harga hampir kesemua bahan, saya mengumumkan berikut adalah semakan harga produk dan perkhidmatan terkini.
...
Berikut adalah harga baru kami:
....
Global Kit 101
......

Global Kit 102

RM70 (Semenanjung Malaysia)

RM90 (Sabah / Sarawak)

.......

VCD Teknik Asas Cendawan : RM50

....

Setakat ini produk yang melibatkan penghantaran menggunakan perkhidmatan pos sahaja yang disemak semula. Bagi kursus dan ebook, masih pada harga yang asal. Diharapkan dengan harga baru ini dapat membantu dalam usaha kami mengembangkan lagi industri cendawan di Malysia dan global.

..

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan Cendawan Global yang pernah melanggan produk dan perkhidmatan kami secara langsung dan tidak langsung. Kepada kaum muslimin dan muslimat, saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin atas segala kesilapan.



Selasa, Ogos 26, 2008

Potensi Penanaman Cendawan di Jerteh

Hari Jumaat, 25 Ogos lepas, saya mengambil kesempatan bercuti untuk melawat keluarga di kampung di Seberang Jerteh, Terengganu. Tempoh masa cuti yang agak lama digunakan sepenuhnya untuk meninjau kawasan berhampiran rumah untuk dijadikan tapak komersil penanaman cendawan tiram kelabu nanti.
...
Kawasan tak lah luas sangat tapi kalau nak bina 2 buah rumah cendawan bersaiz 20' x 40' pun boleh. Yang lebih menggalakkan ialah adanya sokongan daripada keluarga dan juga bakal rakan kongsi. Kajian pasaran dah buat serba sedikit. Kiranya kalau ada projek kat kampung, lebih keraplah boleh balik berbanding sekarang. Tidak lama lagi proses pembinaan rumah cendawan akan dibuat termasuk kos dan modal yang terlibat . Perancangan awal pada pertengahan September nanti.

...
Saya juga berkesempatan berjumpa dengan seorang pengusaha cendawan yang dah pun memulakan projeknya di kampung berhampiran iaitu Kg. Pengkalan Sentul, En. Shauki. Sempatlah bertukar-tukar info tentang bekalan bahan-bahan mentah cendawan di sini dan saya juga membeli beg cendawan beliau sebagai sampel.
...
Dalam masa seminggu dua ni, proses perbincangan akan dibuat dengan bakal rakan kongsi tentang cara memulakan projek dan besar kemungkinan kami akan membeli dahulu dalam 1,000 ke 2,000 beg yang telah siap untuk diperam sementara mendapatkan pembekal bahan mentah dan pembinaan bangsal cendawan siap nanti.
....
Menurut En. Shauki, harga di kawasan ini boleh dikatakan agak rendah kerana adanya persaingan daripada pengeluar Siam yang menawarkan pada harga yang jauh lebih murah tetapi saya yakin dengan strategi pemasaran yang akan dibua t boleh mengatasi masalah berkenaan. Jadi, bersedialah rakan-rakan dan bakal pemborong dan pelanggan cendawan kerana Cendawan Global akan mula mengusahakan sendiri cendawan tiram kelabu secara komersil sebelum akhir tahun ini.
...
Saya akan kemas kini perkembangan dari masa ke semasa. Buat masa ni, gambar pun lupa nak ambik, lain masa nanti.

...
Kepada yang berminat untuk mendalami ilmu penanaman cendawan, rakan saya dari CendawanPuchong akan menganjurkan kursus yang terakhir bagi bulan Ogos sebelum berehat untuk memberi laluan kepada bulan Ramadhan dan Hari Raya. Pendaftaran di buka sekarang.

...


Rabu, Mei 07, 2008

Perkembangan Peserta Kursus Intensif Cendawan

..
..

Dua hari lepas saya dihubungi oleh saudara Zaidi, salah seorang peserta kursus yang hadir pada bulan Disember 2007 yang lepas. Saya masih ingat lagi kami sempat bertukar-tukar contact no. sebelum sesi kursus bersurai. Beliau memaklumakn baru sahaja memulakan projek cendawannya di kawasan Klang dengan saiz rumah cendawan boleh memuatkan sehingga 10,000 beg.
..
Projek ini akan diusahakan beliau bersama 4 orang lagi rakan kongsi. Dalam masa terdekat ini En. zaidi akan menghantar perkembangan terbaru beliau beserta gambarnya sekali dan saya akan paparkan di Cendawan Global ini untuk para pengunjung. Sebenarnya memang dari dulu lagi saya merancang untuk memaparkan perkembangan para peserta kursus cendawan setelah mereka mengikuti kursus intensif terutama dari En. Zul, Cendawan Puchong.
..
Kepada yang berminat, anda boleh hantarkan cerita terbaru anda dengan menyertakan sedikit sebanyak maklumat seperti:
..
1. Nama syarikat (jika ada)
2. Tempat projek cendawan
3. Jenis cendawan diusahakan
4. Siapa yang mengusahakan
5. Target dalam bisnes ini
6. Kejayaan terbesar setakat ini
7. Lain-lain tambahan
..
Anda boleh emailkan kepada saya di nizamsky@gmail.com dan sertakan juga gambar termasuk promosi daripada produk dan perkhidmatan anda.
Di samping cerita tentang perkembangan mereka (macam rancangan realiti pulak), saya akan berusaha sebaik mungkin untuk "matching' antara para pengusaha atau pengeluar cendawan yang ada di seluruh Malaysia dengan para bakal pembeli atau mereka yang memerlukan bekalan cendawan. Sebolehnya kita ingin melihat industri ini terus berkembang dan boleh memberikan sumbangan bagi meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.

..



..
Dan kepada yang berminat untuk menghadiri kursus intensif cendawan, anda masih berpeluang kerana pendaftaran dibuka sekarang. Sila hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut.

Ahad, April 27, 2008

Kunjungan Ilmu Ke Lembah Bio-Tech

....
Kota Tinggi 27 APRIL - Kunjungan kali ke -3 ke Ladang Cendawan di Lembah Bio-Tech hari ini bersama-sama anak saya dan juga adik ipar untuk mendalami lebih lanjut tentang Cendawan Tiram Kelabu serta sebab utamanya kerana memenuhi pesanan daripada pelanggan yang membeli sebanyak 120 beg.
....

..
Malam sebelum tu pun adik ipar saya, Firdaus dah excited sangat nak datang ke sini untuk melihat sendiri bagaimana penanaman cendawan tiram kelabu dijalankan dan tentunya saya boleh anggap bakal team Cendawan Global tidak lama lagi. ..
..
..
Kami amat berbesar hati kerana En. Yanto sudi melayan kedatangan kami serta menunjukkan rumah hasil cendawan yang mana tidak semua orang yang mempunyai kemudahan untuk memasukinya atas sebab meminimumkan pencemaran dan sebagainya.
....
Banyak info dan tip berguna diperolehi termasuklah rasional mengapa beg cendawan disusun secara berselang antara satu sama lain dan sebabnya ialah bagi mengelakkan 'kesesakan' semasa pengeluaran dan juga untk keselesaan ia keluar nanti. Juga, rahsia menghasilkan cendawan yang baik dan kelihatan segar adalah kerana unsur penting yang perlu ada iaitu sejuk, lembap dan gelap.
..
Jika beg yang mengeluarkan hasil telah pun ringan dan kecut, itu tandanya kualiti beg adalah kurang dan kita perlu pastikan suasana dan suhu cendawan dalam keadaan sentiasa sejuk dan gelap, terutama dalam proses pengeluaran cendawan.
..

..
Sebenarnya, beg-beg cendawan di rumah hasil yang berjumlah kira-kira 18,000 beg ini adalah kepunyaan USAHAWAN di mana satu konsep perkongsian pintar dijalankan di sini iaitu mereka membeli beg cendawan tetapi urusan penjagaan dilakukan oleh pihak Pertubuhan Peladang. Ini bermakna, USAHAWAN hanya mengeluarkan modal pembelian beg, pekerja dan tidak perlu keluarkan modal untuk tempat dan pembinaan rumah. Satu langkah yang bijak dan saya sendiri pun dah mulakan bulan lepas di mana rumah saya di Pasir Gudang menjadi tempat menyimpan beg-beg cendawan, pelanggan beli dan cuma kutip hasil bila cendawan keluar nanti. Setakat ini, dah 100 beg termasuk dalam skim ni. Harap ia boleh dikembangkan terutama kepada yang kurang modal untuk mulakan secara besar-besaran.
..

..
Hasil daripada perbincangan juga timbul idea daripada saya untuk menjalankan kursus cendawan di sini jika segala urusan selesai termasuk kemudahan dan juga kerjasama daripada pihak pengurusan berjalan lancar, sedikit masa lagi. Sebelum balik, En. Yanto telah mengisi bonet kereta saya dengan 120 beg untuk dibawa ke Pasir Gudang.
..

..
Kepada yang masih tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan hasil daripada cendawan, jawapan saya ialah : Satu cara untuk menjalankan bisnes cendawan dan memperolehi hasil pendapatan daripadanya ialah trading iaitu jual lebih tinggi pada harga belian pada kadar margin tertentu seperti yang saya lakukan sekarang. Sebenarnya banyak cara lagi dan saya akan kongsi pada masa-masa akan datang.
..
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En. Yanto atas kerjasama dan diharap kerjasama ini akan lebih mantap dan maju pada masa hadapan.

Selasa, April 15, 2008

Makhluk Perosak Cendawan

Saya yakin ramai pengusaha cendawan yang mengalami salah satu masalah ni iaitu makhluk kecil tapi boleh bagi masalah juga iaitu lipas (Gambar yang dipaparkan hanya sebagai hiasan semata-mata sebab suspek sebenar belum dijumpai). Semenjak akhir-akhir ni, di ladang cendawan saya kat Keramat (macam besar sangat) ni pun setiap kali keluar hasil cendawan, ada la sampai tiga empat kuntum cendawan yang cantik lak tu dah jadi rongak. Rasa macam tak best lak walaupun nampak macam perkara kecil je. Saya pun tanya lah kat sifu tentang masalah global ni dan ini jawapan beliau -tanpa suntingan, siapa lagi kalau bukan En. Zul dari Cendawan Puchong.

"Lipas satu natang yang sukakan cendawan sebab cendawan berasa manis dan lemak serta sangat berzat dan berkhasiat. Saya pon ada masalah lipas juga dan bila keluaran kurang maka banyak yang kena gigit sebab mereka berebut-rebut nak makan. Kena beli racun lipas atau spray lipas. Ada satu keluaran CNI..agogo…namanya. Memang baik untuk hindarkan lipas. Spray aje kat luar bangsal…fuh berpuluh mati dan pitam kat dalam bangsal..takde bau tapi cukup kuat untuk bunuh lipas. Cuba cari produk CNI nie….satu lagi boleh beli racun Malation kat hardware..harge dalam RM6 ke..baunya sangat busuk tapi haiwan perosak memang tak suka..boleh bancuh dan sembur pada beg cendawan semasa tutup rehat sahaja. Jangan sembur masa ada cendawan tumbuh, takut nanti ada yang gol..pulak."
Satu tip yang bernas dan saya akan praktikkan nanti. Terima kasih sifu dan jumpa lagi.

Sabtu, April 12, 2008

Sup Ayam Cendawan



Hari ni Chef Zam (bukan nama sebenar) nak berkongsi resipi Sup Ayam Cendawan dengan peminat cendawan seluruh Malaysia. Bersedia dengan pen dan kertas serta sedikit keberanian, ye?. Nasihat saya, PLEASE TRY THIS AT HOME!
....
Bahan-bahan ( bergantung kepada kuantiti )


100g isi ayam
10-15 kuntum cendawan tiram
1 kiub pati ayam (sebarang brand)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
lada sulah
3 sudu minyak masak - untuk menumis
air--bergantung, kalau nak pekat air sikit saja


Cara-caranya
..
Panaskan periuk dgn minyak masak.
Tumis bawang putih dan isi ayam.
Masukkan air sikit demi sikit.
Masukkan semua bahan lain, kiub Pati ayam, Lada Hitam dan juga Garam.
Kemudian masukkanlah cendawan tu..Bukan ape cendawan tu cepat sangat layu..
Nanti kurang sedap kalau terlebih masak. Akhir sekali masukkan lada sulah. Bolehlah diangkat.
....
Taburkan daun sup, daun bawang. Enak dimakan...juga sedap kalau makan camtu je sementara masih berasap. Selamat mencuba!

Selasa, April 08, 2008

Kunjungan Ilmu Ke Lembah Bio-Tek Peladang Johor

..
Kota Tinggi 8 APRIL - Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor pada hari ini dan kebetulan saya sendiri mengambil cuti tahunan, peluang yang ada digunakan untuk membawa keluarga melawat tempat penanaman dan pengeluaran cendawan komersil di Lembah Bio-Tek Peladang Johor. Ini merupakan kali kedua setelah kunjungan yang pertama pada dua bulan yang lepas.
..
.. ..
Rumah tuaian hasil cendawan di bawah seliaan En. Haris
..
..
Saya disambut oleh En. Haris, salah seorang yang diberi tugas dalam urusan pemasaran dan pengeluaran cendawan ini. Layanan mesra dan informasi berguna yang diberikan oleh beliau amat bermakna kepada kami untuk meningkatkan lagi kualiti hasil cendawan dan juga mempastikan penyakit daripada cendawan dapat diminimumkan sebaik mungkin.
..
En. Haris sedia berkongsi tip dan pengalaman dalam penanaman dan pengeluaran cendawan tiram
..
.
Lawatan kami bermula di dalam rumah cendawan yang bersaiz 20’ x 30’ yang memuatkan lebih kurang 18,000 beg cendawan yang matang dan dalam proses pengeluaran. Beliau berkata, beg-beg cendawan ini ditempah oleh Persatuan Usahawan Johor dan mereka menyewa tempat ini bagi menghasilkan cendawan. Apabila hasil cendawan keluar, ia akan dipasarkan kepada ahli, pengguna dan pasar serta mini market berhampiran di sekitar sini.
..
Berbeza latar belakang dan kaedah promosi cendawan tetapi berkongsi visi dan misi yang sama
..

Antara tip berguna yang diberikan oleh En. Haris dalam penghasilan cendawan ialah, beg cendawan dibuka sepenuhnya bagi menghasilkan cendawan yang lebih banyak. Kiranya tak perlu gunakan neck, kemudian, untuk tutup rehat, ikatkan dengan tali dengan menjerutnya. Lebih mudah dan cepat katanya. Juga, di ladang ini menggunakan EM sebagai campuran asas di dalam penghasilan serta penjagaan cendawan. Memang cendawan di sini kelihatan segar dan bebas daripada penyakit dan kadar penyakit adalah hanya di sekitar 1-2% sahaja.
..
Yang lebih menarik lagi, di dua buah tempat pemeraman yang diasingkan, beg-beg cendawan yang diperam setelah disuntik benih disusun menegak di atas rak dengan keadaan yang terbuka, tidak memerlukan jaring untuk melindungi dan ini bagi saya sendiri satu cara yang baru kerana walaupun tempat tersebut terdedah tetapi ia langsung tidak menunjukkan sebarang jankitan penyakit. Memang cara ini kata En. Haris diamalkan dari dulu lagi dan hanya beg cendawan yang telah matang sahaja akan dipindahkan ke rumah yang tertutup dan berjaring serta disiram sebanyak dua kali sehari bagi mempastikan kelembapannya.
..
Di belakang Insyirah (model sambilan) ialah beg-beg cendawan yang baru dibuka untuk kali pertama menunggu masa untuk dipetik hasil
..
Beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk melawat dan juga membeli beg cendawan yang telah siap agar datang ke sini dan berjumpa dengan beliau. Beg cendawan yang dijual adalah pada harga yang berpatutan dan perkhidmatan penghantaran disediakan bagi tempahan yang banyak.
..
Sesi lawatan di akhiri dengan kami membeli 30 beg cendawan untuk dibawa ke Pasir Gudang atas permintaan pelanggan saya di sana. Saya berharap agar pertemuan ini akan berterusan untuk meningkatkan lagi kerjasama antara dua pihak yang sama-sama berhasrat memajukan lagi bisnes cendawan di Malaysia.

Isnin, Mac 31, 2008

Jaringan Pengusaha Cendawan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sebenarnya matlamat asal saya wujudkan blog ini adalah untuk menemukan bakal pembeli dan penjual cendawan serta membantu kelancaran urusniaga sekiranya ada. Misalnya semalam saya bertemu dengan seorang pengusaha cendawan, En Shukri, yang baru berjinak-jinak dan berkenalan dengan perusahaan cendawan tiram kelabu dari syarikat Maizer Enterprise.
..
Hasil perbincangan, beliau melahirkan hasrat untuk memasarkan hasil cendawan yang baru diusahakannya di kawasan Kajang dengan jumlah beg pada masa ini dalam 6000 beg. Jangkaan pengeluaran ialah pada bulan Mei 2008. Saya bagi pihak Cendawan Global mengalu-alukan sesiapa yang memerlukan bekalan cendawan segar dari Kajang supaya menghubungi beliau di talian 012 9774 964 (Shukri) atau boleh layari blog beliau di www.maizerenterprise.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
..
Saya juga mengalu-alukan jika sesiapa yang ingin mencari pemborong cendawan atau bekalan cendawan segar supaya memaklumkan kepada saya seperti email, poskan di ruangan chatting atau sms supaya lebih mudah segala urusan berkaitan.
..
Insyallah saya akan cuba usahakan sebaik mungkin agar usaha yang anda lakukan memperolehi kejayaan dan sedikit sebanyak dapat mengembangkan lagi jaringan pengusaha cendawan di Malaysia.

Khamis, Februari 28, 2008

Produk Terbaru Berasaskan Cendawan

..
Berita Baik! Cendawan Global telah dilantik menjadi antara pengedar terawal untuk memasarkan produk terbaru iaitu Cendawan Frozen. Hasil kerjasama yang erat terjalin antara Cendawan Tiram Puchong.com, kami telah merancang kempen pemasaran besar-besaran untuk mengembangkan lagi produk bermutu berasaskan cendawan ini di seluruh Malaysia dan Insyallah akan dikembangkan sehingga di eksport ke pasaran antarabangsa.
..


Harga pasaran : RM3.50 sebungkus.
Berat
: 200g
..
Sapa nak jadi pengedar dialu-alukan dan harga special kami akan beri.
..
Kepada yang berminat, anda boleh hubungi En. Zul (019-207 1743) untuk maklumat lanjut berkaitan syarat menjadi pengedar dan juga urusan mendapatkan bekalan produk ini.
..
Saya akan kemas kini nanti bagaimana anda juga boleh mendapatkan produk ini daripada saya di Cendawan Global, sedikit masa lagi. Tentunya melalui online dan juga offline!
..

..
Berasaskan sumber bahan mentah yang ada, kami juga menawarkan pakej untuk membina bangsal cendawan seperti contoh yang diberi.

Harga RM boleh runding.

..


Selasa, Januari 01, 2008

Produk Keluaran Cendawan

Pagi Tahun Baru 2008 saya menerima satu panggilan daripada En. Azri yang menanyakan sesiapa yang mempunyai info ataupun tahu jika ada pengusaha cendawan yang boleh mengeluarkan cendawan sejuk beku untuk jumlah yang banyak iaitu 500kg seminggu. Beliau sanggup untuk mengambil bekalan jika ada yang boleh sediakan. Saya pun ada juga tanyakan kepada rakan-rakan pengusaha cendawan yang ada dan setakat ini mereka pun masih mencari maklumat dan rasanya susah jugak kot.
..

Saya maklumankan di sini, jika ada sebarang info, boleh contact saya di 019 7589774 atau pun emailkan. Mungkin boleh membantu saudara Azri dan mana tahu, ini pun salah satu usaha untuk mengembangkan lagi industri cendawan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna dan rakyat Malaysia. Produk nilai tambah daripada hasil cendawan!
a> Related Posts with Thumbnails