Khamis, November 07, 2013

Mesyuarat antara pengusaha cendawan dan pejabat pertanian Besut


Assalam.

Hari ini (6.11.2013) berlangsungnya mesyuarat antara Persatuan Pengusaha Cendawan Besut dan Pejabat Pertanian Besut yang diadakan di Pejabat Pertanian Besut, Kg Gerai.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah sebagai sesi perkenalan dan beramah mesra di antara sesama pengusaha cendawan dan juga bertukar maklumat tentang industri cendawan yang dihadiri oleh lebih daripada 26 orang peserta dari seluruh Besut, Terengganu.

Persatuan ini diketuai oleh Cikgu Fauzi dan wakil daripada Pertanian oleh En.Zahari dan En. Mohd Rafi. Banyak input, cadangan dan info terkini dibincangkan dan topik yang paling digemari tentulah tentang suntikan modal. 

Setiap peserta diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan juga masalah yang dihadapi serta keperluan bagi memajukan lagi bisnes cendawan ini. 

Pihak pejabat Pertanian berjanji untuk mengambil kira segala keperluan dan juga cadangan yang diutarakan serta berpendapat jaringan kerjasama sesama rakan pengusaha cendawan amatlah penting di samping penyimpanan rekod yang teratur demi memudahkan segala urusan pada masa hadapan.

Sesi perjumpaan ditangguhkan pada jam 6 petang. :) 

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails