Memaparkan catatan dengan label Pemasaran Cendawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemasaran Cendawan. Papar semua catatan

Isnin, April 13, 2015

Pasaran dan pemasaran cendawan

 

Perusahaan cendawan adalah satu perniagaan yang serius dan berpotensi besar, maka salah satu faktor kejayaan ialah dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu tentang potensinya. Matlamat penilaian pasaran adalah untuk menjangka jumlah jualan dan pendapatan kasar daripadanya serta menganalisa potensi keuntungan dan aliran tunai, juga bagi mengumpul maklumat berkaitan potensi pembeli dan juga pesaing (membantu dalam membangunkan strategi pemasaran kelak).


Banyak cendawan yang berpotensi untuk ditanam, namun pasarannya, walau sedang berkembang, masih terhad dan memerlukan banyak usaha kita sendiri untuk berjaya. Sekiranya anda berfikir dan merancang untuk memulakan perusahaan penanaman cendawan secara komersil, bermula dengan persoalan ini: Kepada siapa anda ingin jual?



Anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan di dalam sebarang bisnes jika anda tidak mempunyai pembeli kepada produk anda. Kaji siapa yang akan membeli cendawan anda, jenis yang bagaimana yang mereka mahu dan di mana mereka akan beli. 

Anda perlu kaji dengan lebih lanjut permintaan ke atas setiap spesis cendawan atau produk daripada cendawan tersebut - juga tempat yang ia akan dipasarkan, sebelum terjun secara besar-besaran beserta modal dan sepenuh tenaga dalam perusahaan ini.

Semak situasi semasa di kawasan anda. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menjalankan pemerhatian ke atas gelagat pembeli, survey ke atas kebanyakan kedai-kedai, temu ramah dengan penanam cendawan, dan juga test market (sekiranya anda sudah ada produk yang sedia diuji kaji). 

Satu lagi cara kajian pasaran ialah dengan menilai pesaing-pesaing anda. Ini akan membantu anda menentukan apakah pasaran yang sedia wujud dan mengenal pasti keperluan baru / niche yang boleh anda penuhi melalui produk anda. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesaing anda, gunakan produk mereka. Bercakap dengan mereka. Anda akan terkejut berapa banyak maklumat yang mereka akan kongsi dengan anda.

Selasa, Oktober 05, 2010

Pemasaran cendawan



Setakat yang kami telah perhatikan, pasaran cendawan adalah memberangsangkan. Permintaan melebihi penawaran. Walau bagaimanapun pemasaran cendawan ini bukanlah mudah.

Hanya satu musuh utamanya adalah masa. Jika anda terlewat untuk memasarkan cendawan yang telah dipek besar kemungkinan ia akan rosak. Ini kerana jangka hayat cendawan yang telah diputik cuma sekitar 2-3 hari sahaja. Selepas itu ia akan menjadi layu dan berwarna kekuningan. Akhirnya cendawan akan buruk dan berbau busuk.

Jika anda menyimpan cendawan yang telah dipek dalam peti sejuk selama beberapa hari, anda mestilah memasarkannya paling lama 2 hari, pada hari yang ketiga ia tidak akan dibeli lagi oleh pelanggan walaaupun anda menurunkan harganya.

Jadi bagaimana membuat ia tahan?

Ada kawan yang mengeringkan cendawan menjadi cendawan kering. Teknik ini boleh dicuba.

Artikel diatas merujuk kepada Cendawan Tiram Kelabu. Tidak termasuk Cendawan Telinga Kera/Tikus.
.

Rabu, Disember 19, 2007

Khasiat Cendawan Tiram Kelabu

Setiap 100g Cendawan Tiram Kelabu Segar mengandungi:

..
  • Tiada bahan kimia
  • Tiada buangan haiwan
  • 100% organik
  • Taman tertutup
  • Amalan kebersihan dalam penanaman
  • Khasiat tinggi
  • Pemakanan sihat
  • Sesuai untuk diet sayur
  • Disukai kanak-kanak
Biasanya cendawan segar dibungkus dan dijual dalam packet 100g. Anda boleh gunakan ciri-ciri ini apabila memasarkan hasil keluaran cendawan anda kepada bakal pembeli atau prospek dan tekankan kelebihan dan faedahnya, dengan teknik yang betul, pasti boleh close jualan.

Ahad, September 30, 2007

Kaedah Pemasaran Cendawan

Pemasaran Cendawan
Pemasaran adalah faktor yang paling mustahak diambil kira dalam perusahaan cendawan. Jika anda tidak boleh menjual cendawan anda pada harga yang boleh memberikan margin keuntungan yang munasabah, lebih baik anda lupakan sahaja projek ini. Luangkan sedikit masa, malahan sedikit modal untuk menambah pengetahuan anda tentang kaedah pemasaran yang paling sesuai untuk memasarkannya. Kajian pasaran dan penilaian awal terhadap potensi cendawan dianggap cabaran yang paling utama dalam peringkat awal memulakan satu bisnes cendawan.
..
Bisnes Cendawan
Kunci utama kepada bisnes cendawan yang berjaya ialah dengan mendapatkan pembeli yang tetap / terjamin dan pengusaha berupaya menghasilkan pengeluaran cendawan yang tetap. Penanam cendawan yang baru mungkin perlu menghadapi cabaran memperolehi tunjuk ajar dan pengetahuan dalam selok-belok bidang ini dalam masa dua hingga tiga tahun. Anggaran memulakan perusahaan cendawan secara komersil memerlukan kos antara RM50,000 hingga RM250,000, bergantung kepada samada penanam bermula dengan bangunan yang lengkap atau tidak. Dengan sebab itu, adalah lebih baik bermula secara kecil-kecilan dahulu. Antara tip yang boleh diikuti ialah seperti berikut:

  • Jadikan pasaran pendorong kepada pengeluaran anda. Bercakap / berjumpa & berunding dengan pembeli yang berpotensi berkaitan jumlah keluaran dan harga cendawan anda.
  • Terokai pelbagai pilihan pemasaran: broker, pengedar, pasar tani, restoran, kedai runcit, katering, koperasi dsbnya.
  • Pertimbangkan juga bagi menjual semula cendawan keluaran pengusaha lain bagi menawarkan lebih varieti dan meningkatkan jumlah jualan.
  • Berunding dengan pengusaha lain dan juga mungkin konsultan tentang sistem pengeluaran untuk penambah baikan.
  • Pertimbangkan untuk membeli peralatan second-hand bagi mengurangkan kos pelaburan modal awal.
  • Seimbangkan dengan sebaik mungkin antara penggunaan modal yang rendah dengan pinjaman yang tinggi terutama di peringkat permulaan. Pada peringkat ini risiko perlu diambil kira.
a> Related Posts with Thumbnails