Ahad, September 30, 2007

Kaedah Pemasaran Cendawan

Pemasaran Cendawan
Pemasaran adalah faktor yang paling mustahak diambil kira dalam perusahaan cendawan. Jika anda tidak boleh menjual cendawan anda pada harga yang boleh memberikan margin keuntungan yang munasabah, lebih baik anda lupakan sahaja projek ini. Luangkan sedikit masa, malahan sedikit modal untuk menambah pengetahuan anda tentang kaedah pemasaran yang paling sesuai untuk memasarkannya. Kajian pasaran dan penilaian awal terhadap potensi cendawan dianggap cabaran yang paling utama dalam peringkat awal memulakan satu bisnes cendawan.
..
Bisnes Cendawan
Kunci utama kepada bisnes cendawan yang berjaya ialah dengan mendapatkan pembeli yang tetap / terjamin dan pengusaha berupaya menghasilkan pengeluaran cendawan yang tetap. Penanam cendawan yang baru mungkin perlu menghadapi cabaran memperolehi tunjuk ajar dan pengetahuan dalam selok-belok bidang ini dalam masa dua hingga tiga tahun. Anggaran memulakan perusahaan cendawan secara komersil memerlukan kos antara RM50,000 hingga RM250,000, bergantung kepada samada penanam bermula dengan bangunan yang lengkap atau tidak. Dengan sebab itu, adalah lebih baik bermula secara kecil-kecilan dahulu. Antara tip yang boleh diikuti ialah seperti berikut:

  • Jadikan pasaran pendorong kepada pengeluaran anda. Bercakap / berjumpa & berunding dengan pembeli yang berpotensi berkaitan jumlah keluaran dan harga cendawan anda.
  • Terokai pelbagai pilihan pemasaran: broker, pengedar, pasar tani, restoran, kedai runcit, katering, koperasi dsbnya.
  • Pertimbangkan juga bagi menjual semula cendawan keluaran pengusaha lain bagi menawarkan lebih varieti dan meningkatkan jumlah jualan.
  • Berunding dengan pengusaha lain dan juga mungkin konsultan tentang sistem pengeluaran untuk penambah baikan.
  • Pertimbangkan untuk membeli peralatan second-hand bagi mengurangkan kos pelaburan modal awal.
  • Seimbangkan dengan sebaik mungkin antara penggunaan modal yang rendah dengan pinjaman yang tinggi terutama di peringkat permulaan. Pada peringkat ini risiko perlu diambil kira.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails