Sabtu, Disember 27, 2008

Modal Permulaan Tanaman Cendawan

Modal Permulaan. Soalan yang paling kerap ditanya di Cendawan Global oleh ramai bakal pengusaha dan peminat cendawan dan hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kos ataupun modal yang diperlukan.
..
Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
..
  • Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
  • Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
  • Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
  • Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
  • Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
..
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 - RM5,500 (Kos beli beg).
..
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
..
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
..
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
  • Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
  • Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
  • Cash flow = RM1,000
  • Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
..


Attachment photo untuk canopy
..
Maklumat ini saya perolehi daripada rakan saya, En. Zul Cendawan Puchong dan sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh mendaftar kursus yang beliau anjurkan seperti iklan kursus yang tertera.

Rabu, Disember 24, 2008

Kursus Cendawan 2009

..
Bisnes cendawan dan produk keluaran berasaskan cendawan masih hangat dan menarik minat dan menjadi tumpuan kepada sesiapa sahaja. Kita di Malaysia beruntung kerana pihak kerajaan menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang pertanian.
..
Satu kajian yang telah dibuat oleh badan profesinal mendapati bidang pertanian berpotensi serta berupaya menyumbang kepada aktiviti ekonomi yang sekarang ini berdepan dengan keadaan meleset. Pihak Cendawan Global amat berbesar hati dan berbangga kerana telah dan akan sentiasa menyokong industri ini dari masa ke semasa.
..
Bagi merancakkan lagi bisnes cendawan ini, sekali lagi dengan kerjasama daripada CendawanPuchong, sesi kursus cendawan akan dianjurkan bagi bulan Januari 2009. Pendaftaran dibuka sekarang dan sila hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut. Seklik ke dunia cendawan!
..

Selasa, Disember 23, 2008

Cara memilih benih yang baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru sebentar tadi saya poskan 20 paket benih cendawan kepada seorang pelanggan di Sarawak. Beliau bolehlah dianggap pelanggan tetap kami dalam urusan benih cendawan ini. Setakat ini usaha yang dibuat memberikan hasil yang memuaskan.
..
Khas untuk pengunjung Cendawan Global, saya amat bertuah kerana rakan bisnes saya iaitu En. Zul dari CendawanPuchong sudi berkongsi beberapa tip bagi memilih benih cendawan yang baik. Terima kasih atas kerjasama beliau.
..

..
Cara memilih benih yang baik:
..
1 Benih yang baik biasanya berwarna putih seperti kapas, gebu dan agak kering@peroi. Sebelum guna sila lihat dalam corong di tengah benih dan jika ada dot warna selain warna putih so jangan guna. Ia sudah tercemar!!!
..
2 Ramas 3 hari sebelum guna sebab kulat hijau susah nak nampak melainkan diramas dulu. Ia akan muncul selepas 2-3 hari dibiarkan. Jika nampak kulat hijau maka buang terus atau bakar benih tu.
..
3 Simpan benih di dalam suhu bilik. Benih boleh tahan selama 10 hari dari masa pembelian benih. Usia sebenar benih adalah 1 bulan tetapi kita tidak tahu bila ia dihasilkan. Jadi 10 hari adalah masa selamat kita untuk guna.
..
4 Benih yang agak tua masih boleh diguna. Tanda-tanda tua adalah keluar minyak yang sedikit dan benih menggerutu. Jika minyak yang keluar terlalu banyak dan menggerutu pon banyak sangat, maka benih sudah terlalu tua dan sudah tak kuat. Jadi jangan guna.

...
..
Cara suntik dan adap-adap ketika menyuntik:
..
Yang ini anda boleh pelajari semasa sesi kursus cendawan yang akan diadakan seperti jadual tertera. Selamat maju jaya kepada semua.

Jumaat, Disember 19, 2008

Global Kit 101 ke Kelana Jaya dan benih cendawan ke Sarawak

..
Dalam kesibukan kerja pun masih sempat lagi pihak kami menghantar Global Kit ke Kelana Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Cik Aidaroyani atas pembelian. Ternyata penanaman cendawan masih lagi mendapat tempat di kalangan bakal usahawan dan peminat kulat di seluruh Malaysia. Dengan cara penanaman dan penyediaan yang ringkas dan senang dipelajari, saya percaya bisnes ini mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan lagi.
..
Juga penghargaan kepada seorang pelanggan nun jauh di Sarawak iaitu En. Angga, dua paket benih diterbangkan khas ke Sibu, Sarawak sebagai percubaan bagi beliau.
...
Pihak Cendawan Global merakamkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada anda berdua.


Jumaat, November 28, 2008

Bekas doktor tanam cendawan shiitake

Oleh LAUPA JUNU
..
Cendawan satu ketika dulu hanyalah tumbuhan liar, yang banyak didapati pada kayu reput, atas tanah, dalam hutan dan seperti kata pepatah, kelihatan selepas hujan.
..
Dengan kata lain, ciri-ciri tersebut menjadikan tumbuhan tersebut tidak mempunyai nilai komersial dan hanya penting untuk makanan semata-mata.
..
Itu senario dulu tetapi dengan perkembangan sektor pertanian yang semakin memberangsangkan, ramai menyedari bahawa cendawan sebenarnya satu tanaman industri yang berpotensi untuk menjana ekonomi.
..
Malah, dengan perkemb
angan bidang bioteknologi, cendawan juga boleh dianggap penyumbang kepada bidang tersebut kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
..
Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.
..
Jabatan Pertanian bagaimanapun menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua kilogram setahun.
..
Ketika ini, pelbagai cendawan yang popular ditanam di negara ini antaranya Auricularia sp (telinga kera /jeli hitam), Schizophyllum commune (cendawan kukur), Flammulina velutipes (jarum emas) dan Agarcius braslllensis (cendawan butang).
..
Spesies lain termasuk Ganoderma sp. (Ling zhi), Hericum erinaceum (cendawan bunga kubis) Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu).
..
Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.
..
Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai, Kedah sejak 1985 lagi.
..
Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak ramai berminat dengan tanaman cendawan.
..
Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000 daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk cendawan brazil, butang dan oyster.
..
“Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
..
Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.
..
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada 1996 dan meninggalkan ayahnya untuk meneruskan perusahaan tanaman tersebut. Ketika di sana, dia mendapat tahu bahawa selain brazil, cendawan shiitake antara yang popular dan ia mendorongnya untuk meneruskan projek tersebut.
..
Cendawan shiitake katanya lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam daging. Ia juga mempunyai nilai perubatan.
..
“Orang gemar menggunakannya sebagai makanan tambahan, masak lemak cili api dan serunding.

..


“Sejak itu saya yakinkan bapa saya supaya memberi tumpuan kepada shiitake yang bermula pada 1997,” ujarnya.
..
Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanada, beliau kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju melabur RM1 juta pada 2005.
..
Shiitake atau nama saintifiknya Lentinus edodes mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol.
..
Namun katanya, kerja menyediakan bahan untuk menanam cendawan tersebut melibatkan banyak perkara kerana ia merupakan spesies yang sensitif dan memerlukan keadaan bersih terutama semasa inokulasi.
..
Kaedah menanamnya lebih kurang sama dengan cendawan lain seperti tiram kelabu yang juga menggunakan polibeg tetapi perlu ditegakkan. Tanaman cendawan yang diusahakannya juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam iaitu kurang populasi bakteria.
..
Bahan yang digunakan termasuk dedak, air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia.
..
Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu. Katanya benih tersebut mestilah yang berbunga besar, batang tebal dan kejap serta mempunyai insang tertutup untuk proses kultur tisu.
..
Bagi membolehkan ia menghasilkan keluaran lebih baik, benih seharusnya diambil daripada generasi ketiga. Justeru, meskipun shiitake berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai cendawan hibrid gunung tersebut.
..
Selain itu, ia perlu diubah kepada media oat terlebih dahulu dari kultur tisu sebelum ditanam sepenuhnya kerana dengan cara ini peluang hidup lebih tinggi berbanding terus kepada kultur tisu.
..
Polibeg shiitake perlu diletakkan menegak bagi membolehkan misellium nya bergerak dari atas ke bawah dan kemudiannya membentuk koloni. Mengenai penjagaan pula katanya, apabila cendawan muncul di mulut polibeg dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari dan ‘rehat’ selama 20 hari.
..
Selepas 20 hari, ia perlu disiram dalam keadaan polibeg tertutup dan terbalikkan dan akan cendawan akan muncul semula pada hari kelima. Ia boleh menghasilkan cendawan dalam tempoh tiga atau empat bulan sebelum memulakan penanaman baru.
..
Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak di pasarkan ke pasar raya-pasar raya besar. Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.
..
Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut. Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.
..
Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.
..
“Saya ingin menasihati mereka yang ingin menceburi perusahaan cendawan supaya menjaga kualiti dan mencari pasaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.agrobio_future.com.

Khamis, November 27, 2008

Lawatan semai minat dalam bidang pertanian

MUAR 25 Nov. – Murid sekolah digesa menanam minat untuk menjadi usahawan dalam bidang pertanian bagi menyahut seruan kerajaan yang kini giat melaksanakan Dasar Bumi Hijau di seluruh negara.
..
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, seawal usia muda, murid sekolah perlu didedahkan dengan bidang-bidang pertanian yang mampu memberikan pulangan pendapatan lumayan.
..
Selain berbakti kepada tanah, katanya, bidang pertanian adalah menguntungkan kerana ia semakin diberikan perhatian oleh kerajaan dan untuk itu, peluang untuk menceburi bidang itu perlu direbut oleh pelajar selepas menamatkan pengajian kelak.
..
“Malah, kita selaku penduduk di Parlimen Pagoh juga berbangga kerana hasil daripada projek-projek pertanian banyak diperkenalkan di kawasan ini.
..
“Sehubungan itu, saya menyeru lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian dilahirkan di Parlimen ini selepas ini dan yakin hasrat itu mampu dicapai,” katanya.
..
Beliau ditemui pada sesi lawatan seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5 ke pusat tanaman cendawan milik seorang pengusaha, Rahid Elias di Kampung Tengah, Sungai Terap di sini baru-baru ini.
..
Lawatan murid Sekolah Lestari itu diiringi Guru Penolong Kanan Pentadbirannya, Ruhani Omar.
..
Sepanjang lawatan itu, murid sekolah terbabit yang belajar dalam Tahun 5 dan 6 dibawa melihat projek penghasilan cendawan tiram kelabu di dalam sebuah ruang khas yang bertutup dan disebut sebagai rumah cendawan.

..

Menurut Ismail, perusahaan cendawan yang dilaksanakan oleh Rashid adalah salah satu contoh bidang pertanian yang diberi keutamaan oleh kerajaan.
..
Sementara itu, Ruhani ketika ditemui berkata, beliau yakin murid-muridnya akan mendapat manfaat hasil daripada lawatan ke pusat tanaman cendawan itu.
..
“Mereka (murid sekolah) begitu bersemangat untuk menyertai lawatan ini apabila dimaklumkan akan melihat pusat tanaman cendawan. Bagi saya, semangat ini membuktikan masih ramai golongan muda yang minat dalam bidang pertanian,” katanya. - Utusan Online

Rabu, November 19, 2008

Ling Zhi - King of Herb (Cendawan Gano)

..

The King of Herb – No. 1 di Malaysia yang mengandungi 100% pati Gano. Harga RM160 termasuk kos post laju.

..

Kelebihan dan keistimewaan Ling Zhi sememangnya telah diketahui umum sejak sekian lama. Hasil kerjasama dengan CendawanPucong, produk terbaru daripada rangkaian Cendawan Global ini boleh didapati melalui online dan kepada sesiapa yang berminat boleh membuat pembelian seperti di bawah.
..
Bagaimana untuk membuat pesanan?

BAYARAN RM160 UNTUK PEMBELIAN KING OF HERB

..
...KE AKAUN :

MAYBANK : 1510-7116-7133
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

@

CIMB BANK : 0506-0078-123525
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

SMSkan
..
  • NAMA PENUH
  • ALAMAT KEDIAMAN / TEMPAT PENGHANTARAN
  • ALAMAT EMAIL
  • NO. H/P
  • KING OF HERB
  • NO. TRANSAKSI
  • MASA & TARIKH PEMBAYARAN

KE

019 758 9774 (NIZAM)

.... KING OF HERB AKAN DIHANTAR DALAM TEMPOH 3 hari bekerja!

.....
Anda juga boleh dapatkan daripada saya secara offline namun anda perlu maklumkan dua hari lebih awal bagi memudahkan urusan. Bertindaklah sekarang dan jadilah antara pelanggan yang terawal merasai kehebatan dan faedah daripada King of Herb ini!


Jumaat, November 14, 2008

What: High class fungi

.................................................Risotto with truffles.
..
They are expensive, much sought-after and can be found in fine-dining restaurants. JAMES HIPKISS tells us about truffles.
...
Weighing and slicing or shaving truffles, carefully.
...
Atlantic lobster with truffles, deliciously decadent.
..
LIKE gold, truffles are found beneath the earth, and usually in the form of nugget shaped pieces, and their value by weight is not too dissimilar to that of gold, well RM18 per gram in a 5-star hotel restaurant at least!
..
However, the one big difference is that the black truffle, unlike gold is edible... And the flavour, ah, how does one begin to explain it?
...
First though a little background on the black truffle, and there are grey and white truffles, just to confuse things.

..
White truffles are even rarer and more expensive. The black and grey are more common and inferior in taste, the poor relation then. Black truffles are also often known as Perigord truffles as they were mainly found in the Perigord region of France, though they grow in parts of Spain and Italy too.
...
The truffle is actually a fungi and the black truffle is only found around the roots of oak and hazel trees, and usually up to 30cm below the surface. Truffles generally grow wild, and are not easily cultivated. Growing wild and underground then, the trick has always been how to actually find them.
...
Traditionally, female pigs used to sniff them out as they love the smell and taste of truffles. Apparently they have a similar scent to the male boar!

..
But alas given the chance they will wolf them down as soon as they unearth them, now trained dogs, with less of a voracious appetite are taking their place. The harvesting is normally done in late autumn and winter, and they appear in regional truffle markets around January onwards. In appearance the truffle in somewhat underwhelming, black in colour (obviously), knobbly and growing to a size of around 8cm in diameter. The attraction, for truffle lovers, is in its heavenly aroma and taste.
...
Actually the taste and aroma of the black truffle are almost impossible to accurately describe. Mushroom is the nearest thing but a fresh black truffle has a far more pungent aroma, a rich earthy scent. As for the flavour, some people actually are unable to smell them at all, however, whilst others may not find the aroma to their liking. The flavour though not strong or powerful as such is quite distinctive, and you will either immediately enjoy it or find it an anticlimax, perhaps a little like when you first tasted caviar.

...
Much mystique is attached to the black truffle or Tuber melanosporum to give it its biological name. How long does it keep, how should it be stored, how to prepare it and serve it?
...
Many gourmets insist that it should only be eaten fresh, that is less than a month old, the older it gets the less intense its aroma and flavour becomes. It should be stored in a cool slightly damp and airtight place according to some chefs. Others suggest storing the truffle in a jar of Arborio rice, where it will impart its flavour to the rice too, which can later be cooked.
...
Some Italian and French gourmet food producers preserve truffles in tins or jars, usually in slightly briny water, though purists would say that some of the flavour and much of the aroma is then lost at the expense of preserving the truffle for months rather than weeks.
...
Before cooking or serving as a garnish, the truffle is almost always shaved into very thin slices. It is usually prepared in recipes with subtle-flavoured ingredients, allowing the truffles distinctive flavour to emerge. A risotto, or pasta is popular with shaved truffles in Italy. The French enjoy their truffles in anything from a fine Pate de Fois Gras, to a simple omelette or even in mashed potatoes.
...
You can sample two delicious dishes with black truffles at the Pacifica Grill, Mandarin Oriental Hotel in Kuala Lumpur. There is the delightful Risotto Parmegiano di Regiano, which is creamy and aromatic and the Boston Lobster with a mushroom froth sauce and shaved truffles.
...
The subtle taste of the lobster in this delicious dish is perfectly balanced with the mushroom and the truffle compliments it.
...
Give them a try? Look for them in dishes in gourmet restaurants or fine delicatessen shops, if you wish to cook with them at home. -NST Online

Sabtu, November 08, 2008

Pakar teknologi cendawan berhimpun

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
..
Bila bercerita mengenai cendawan apa yang terbayang hanya cendawan tiram kelabu yang popular di kalangan penanam.
.
Tetapi sebenarnya terdapat banyak jenis cendawan di negara ini memandangkan biodiversiti yang tinggi.
.
Bagaimanapun di negara ini industri cendawan masih di peringkat awal dan masih memerlukan banyak usaha untuk membangunkannya.
.
Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa amat bertuah kerana mempunyai pelbagai spesies cendawan yang berpotensi dimajukan dalam industri makanan dan perubatan.
.
Justeru Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya (UM), Persatuan Cendawan Malaysia, Jabatan Pertanian dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) menganjurkan Persidangan Cendawan dan Foray 2008.
.
Persidangan yang membincangkan mengenai pandangan global mengenai industri cendawan akan diadakan pada 27 hingga 29 November ini di Fakulti Sains UM.
.
Persidangan berkenaan diharap dapat menyediakan landasan bagi pakar-pakar dari seluruh dunia bagi memindahkan teknologi dan inovasi terkini dalam industri cendawan kepada usahawan tempatan.
.
Di persidangan itu, usahawan juga boleh bertukar-tukar idea dan pengalaman dengan mereka yang terlibat dalam industri berkenaan seperti penyelidik dan penanam cendawan.
.
Persidangan yang akan membincangkan mengenai sumber cendawan dan peningkatan strain, inovasi penanaman cendawan dan produk cendawan serta pemasaran sesuai dihadiri oleh usahawan cendawan, saintis, perbankan, pelajar dan pegawai kerajaan.
.
Acara sepanjang hari:
  • Pameran Cendawan Dalam Kehidupan Seharian
  • Jualan
  • Makanan dan minuman berasaskan cendawan
  • Produk - produk berasaskan cendawan
  • Pelbagai jenis cendawan segar
  • Barangan batik bercorak cendawan
  • Demonstrasi
  • Masakan resipi cendawan
  • Penjagaan kit cendawan segar
  • Penanaman cendawan jerami
    .
  • Acara lain yang menarik
    *Peraduan:
    -Mewarna
    -Melukis
    *Kutip & Kenali Cendawan Liar di laluan semula jadi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
    Ceramah mengenai cendawan
    *Makan Cendawan: Hidup Lebih Sihat dan Ceria oleh Prof. Dr. S.T. Chang
    *Vermikompos dari sisa penanaman cendawan
    *Menjinakkan Cendawan Liar oleh Prof. Dr. Thomas Volk
    *Basidiomycetes: Kepelbagaian, Peranan Ekologi and Potensi Nilai Komersial oleh Prof. Dr. E.B.G. Jones
    Mereka yang berminat boleh menghubungi Persatuan Penyelidikan Cendawan di 03-7967 6714 atau 012-6511509 (Prof. Noorlidah) - Utusan Online


Rabu, November 05, 2008

Shiitake Mushroom: High demand for longevity symbol


..
ALOR STAR: Amid the lush greenery near the peak of Gunung Jerai lies a farm that produces little miracles known to some as the Asian symbol of longevity.
....
It is the highly-flavoured shiitake mushroom (Lentinula edodes) that adds extra zing to many Asian dishes. Also known as the "black forest mushroom" or "Chinese black mushroom", it is popular not only for its meaty, delectable flavour, but also its reputed medicinal benefits.

..
The shiitake mushroom has all the essential amino acids in a higher and more concentrated proportion than soyabeans, meat, milk or eggs. It is also rich in essential vitamins and minerals, including A, B, B12, C, D and niacin.
..
The mushroom is native to China, but has been cultivated in both China and Japan since pre-historic times. About half of the world's supply of shiitake mushrooms comes from Japan.
..




Although it is expensive, the demand for shiitake is growing as more scientific findings support its perceived medicinal properties. To fulfil the increasing demand, and to enjoy the handsome profits, more countries, such as the United States, Korea and Taiwan, have started to grow their own shiitake.
.
The shiitake mushrooms in Gunung Jerai are grown in a natural forest environment with a constant flow of spring water and pure air. No synthetic chemicals are used. -NST Online
.

Love makes these mushrooms grow

By : Nadia Badarudin

.




ALOR STAR: To grow good mushrooms, you have to be a little in love with them.
.
"And with shiitake mushrooms, extra patience is needed because of the meticulous cultivation process," said Ooi Chooi Liang the director of Agro Bio-Future Sdn Bhd, the company that runs the shiitake business.

Ooi also described how he and his wife, K. Rajakumari, came to be organic shiitake mushroom farmers on Gunung Jerai.

"Finding the perfect location was not easy. After years of research and experimentation, we found the best spot at the top of Gunung Jerai."

Shiitake mushrooms grow on dead hardwood trees in an environment that combines temperatures of 18o Celsius to 24o Celsius and a relative humidity of more than 85 per cent.

In addition, the location must have daily temperature changes of aboutfive per cent and be misty for most of the day.

Ooi grows his mushrooms on logs specially made from rubberwood sawdust and other ingredients which include wheat, oats, rice and nutrients to put the spawn in.

The sawdust is locally sourced and the spawn imported from Japan.

After harvesting the mushrooms, the used logs undergo a natural process called "vermicomposting" -- breaking down the organic matter with earthworms, producing a nutrient-rich organic fertiliser and soil conditioner called "vermicompost", which is used on the farm to grow organic vegetables.


.
Ooi said they grow more than 10 types of vegetables, including lettuce, cabbage, purple cauliflower and radish.

"They are safe to be eaten straightaway because they are pesticide-free. And because the vegetables are organically grown, they fetch higher prices."

The farm was established in 1985, and for the first 10 years production was slow.

But now, all the hard work is paying off , and his son and daughter have left their careers to help their parents.

Their son worked in IT and the daughter was a medical doctor.
.
"I'm proud to say we now produce export quality shiitake mushrooms consistently and systematically.
.
"Our farm produces an average of 200-300kg of shiitake a day, and it is sold for RM40 to RM50 per kg.

"We export the mushrooms and vegetables mainly to Singapore and we also sell them to some local supermarket chains."

The Oois are exploring other markets for their produce, including Australia and Japan, and looking at expanding the farm.

"At present, we are using only about four hectares out of the 10 we have. We are trying to increase capacity to meet the rising demand for our organic mushrooms and vegetables.

"Of course, we need to do this without felling a single tree or destroying the environment."

Ooi also said he and his green entourage are ready to share their knowledge and expertise with other farmers in the area.

"Agriculture has a lot of potential. We at Agro Bio-Future have proven that it is economically viable if it is done smartly and sustainably." -NST

Rabu, Oktober 29, 2008

Suri Rumah Boleh Tanam Cendawan Tiram Di Rumah

.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) – Bagi menyahut seruan agar rakyat berbudi pada tanah, Jaafar Md Amin, telah mengusahakan penanaman cendawan tiram bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi juga bagi tujuan komersil..

Jaafar yang mula berjinak dengan dunia pertanian sejak tamat sekolah mengengahnya pada 1982, berkata penanaman cendawan tiram boleh diusahakan sendiri oleh sesiapa sahaja khususnya suri rumah..

“Hanya dengan modal tak sampai RM50, suri rumah boleh menanam sendiri cendawan di halaman rumah mereka. Mereka boleh meletakan tabung (beg plastic yang diletakkan bahan membantu pembiakan cendawan) sebagai tanaman hiasan..

Mereka juga boleh meletakkannya sebagai pokok hiasan yang digantung atau meletakkannya di atas para kecil dalam kawasan rumah. Ia tidak memerlukan kawasan yang luas. Tinggal di rumah flat pun boleh tanam cendawan,” katanya ketika ditemui di tapak PameranPertania, Hortikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) di Serdang dekat sini hari khamis..

Jaafar berkata persekitaran yang redup dan tidak menerima sinaran matahari terik dapat membantu dalam proses pertumbuhan cendawan..

Katanya penanaman cendawan juga boleh dijadikan antara elemen bagi menghasilkan bahan makanan sekaligus menjimatkan perbelanjaan isi rumah. Beliau berkata sebuah tabung plastik yang siap dengan medium pembiakan cendawan itu berharga hanya RM2, manakala harga benih cendawan pula berbeza mengikut jenis cewndawan..

“Apa yang menarik untuk seseorang melibatkan diri dalam penanaman cendawan ialah anda tidak perlu menanam semula benih selepas menuainya. Setiap tabung yang sihat akan mengeluarkan hasil dalam masa dua minggu dan boleh mengeluarkan hasil untuk enam atau tujuh kali tuaian,” kata Jaafar..

Menurut beliau antara medium yang digunakan untuk menjadi agen pembiakan cendawan ialah serbuk kayu getah, kapur tanaman dan dedak beras..

Jaafar yang mengusahakan penanaman cendawan secara komersil di Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka adalah antara peserta yang mengambil bahagian bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malatysia(FAMA) dipameran berkenaan.


Rabu, Oktober 22, 2008

The Big Secret to Marketing Your Business

...
Every entrepreneur wants a magic marketing potion that will attract all the customers and sales they can handle. Many are searching for that one, big marketing secret that will make their business successful beyond their wildest dreams.
...
These starry eyed people believe there exists one piece of information or tactic that will take them from obscurity to becoming the marketing champion in their industry. Sadly, most will never discover this secret even though it’s hidden in plain sight and instantly available to them at any time.
....
This Big Marketing Secret is your attitude!
...
Yes, successfully marketing your business requires the correct attitude. Just like your relationships with other people, the attitude you take decides on what you will ultimately achieve.
....
Your belief system and your approach play a significant role in your marketing success. It is the starting point what you will accomplish and how much money you earn in your business.
...
Do you believe that your marketing efforts will pay off in increased sales? Or, do you think that marketing is a waste of time and money because you’ve tried once before and failed to attract any response?
...
The fact of the matter is that marketing does work when you understand how. Like catching a ball or riding a bike it is a learned skill that anyone can master. All that stops you from achieving more is your attitude toward marketing.
...
There are millions of people who are now highly successful because they possessed the attitude that marketing is the most important activity in their business. Everything starts and relies on your ability to attract and convert prospects into buyers. It’s the only area of your business that produces the opportunities to make a sale.
...
When you ignore it, cut the budget when times are tough or just don’t market at all your business will suffer. Without marketing it’s tough to make a sale. Without sales, you have no business; only an expensive hobby!
...
Successful marketing requires desire, action and commitment. If you lack in any of these three qualities and have a bad attitude, you might as go work for someone else. It’s no secret that your attitude is critical to what you achieve in life and business. When you have a positive approach to your marketing, what you believe will be the most likely outcome.
...
Like the late Henry Ford said, “If you think you can or you think you cannot, you are always right.”
...
Coach Ron Abbott
...
http://www.td-marketing-system.com/Small-Business-Marketing-Blog.htm


...
Sikap kita terhadap pemasaran memainkan peranan yang paling penting untuk bisnes berjaya dan tidak terkecuali dalam bisnes cendawan. Jika anda tidak boleh menjual, jadilah bisnes anda satu hobi yang mahal.
...
Seperti yang ditekankan oleh Robert Kiyosaki, penulis buku siri Rich Dad, skill menjual adalah syarat yang paling utama untuk menjadi seorang usahawan. jika anda tidak boleh menjual, anda tidak boleh berjaya sebagai usahawan. Saya setuju 100%.


Selasa, Oktober 14, 2008

Cendawan muncul semasa musim panas


LONDON - Lazimnya cendawan tumbuh selepas hujan namun lain pula berlaku di Britain apabila beberapa spesies baru kulat tersebut ditemui segar kerana musim panas agak lembap.
...
Pakar fungus di Yayasan Kulat Nasional berkata, kemunculan aneh itu menjelaskan kemungkinan ada pelbagai spesies cendawan yang mampu hidup subur malah boleh muncul mendadak ketika musim kering.
...
Dr Peter Roberts dari Taman Botani Diraja di Kew mendakwa, lebih 10 spesies fungus yang dipercayai amat nadir sudah dikesan di serata Britain dalam tempoh dua minggu lalu.
...
"Ada dikenali dengan nama Latin, Tuber mesentericum atau Bagnoli truffle yang popular sebagai perasa pedas di Itali namun ada spesies pinkgills yang beracun," katanya. -Agensi
...
Sumber: Kosmo!

Sabtu, Oktober 11, 2008

Cerita Pengusaha Cendawan di Kuala Selangor

...
Saya baru menerima mesej daripada seorang pengusaha cendawan yang ingin memaklumkan tentang projek cendawan beliau di Kuala Selangor. Sukacita saya war-warkan di sini jika anda yang ingin mendapatkan bekalan cendawan segar dalam kuantiti yang banyak atau membuat lawatan sambil belajar boleh hubungi pihak yang dinyatakan iaitu En. Mirza atau Pak Hassan.
.......
... ...
Berikut saya paparkan info daripada email beliau dan diharapkan bisnes cendawan yang makin berkembang pada masa kini dapat dimanfaatkan bersama demi kebaikan semua.


...

Asalamualaikum.....pe khabau, T Kasih kerana sudi dan memberi peluang kepada saya untuk mempromosikan cendawan saya di kebun. Sebenarnya projek menanam cendawan nie lama dah...Bangunan saya panjangnye 100 ' x 44' memuatkan lebih 70,000 kompos....sekarang dah berhasil..... kalau nak datang melawat silakanlah...kebun di lot 164 kampung bukit kemuning 45000 kuala selangor.....okla terima kasih ...jasa mu di kenang.
...
Sila hubungi.
....
En Mirza / Faizul : 018 2120 203
Pak hassan : 019 2193 618



Jumaat, Oktober 10, 2008

Setitik Wangi Sepanjang Hari!

Saya berminat dengan satu bisnes yang boleh dianggap berpotensi untuk menjana pendapatan melalui internet iaitu minyak wangi One Drop Perfumes.
....
Ini merupakan satu permulaan bagi seseorang yang ingin mempelajari dan mempraktikkan ilmu keusahawanan dan cara bisnes yang memerlukan modal yang minimum tetapi potensi pulangan yang maksimum. Anda boleh layari blog
http://www.globalperfumes.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Jumaat, September 26, 2008

Semakan Harga

Saya bersyukur kerana bermula daripada pos pertama di blog cendawan global bulan julai tahun lepas sehinggalah sekarang, pengunjung dan peminat cendawan sentiasa memberikan sokongan dan respon ke atas setiap usaha yang dilakukan di sini untuk mengembangkan lagi bisnes cendawan secara online dan offline.
....
Adalah menjadi hasrat saya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan namun di atas kesan kenaikan harga hampir kesemua bahan, saya mengumumkan berikut adalah semakan harga produk dan perkhidmatan terkini.
...
Berikut adalah harga baru kami:
....
Global Kit 101
......

Global Kit 102

RM70 (Semenanjung Malaysia)

RM90 (Sabah / Sarawak)

.......

VCD Teknik Asas Cendawan : RM50

....

Setakat ini produk yang melibatkan penghantaran menggunakan perkhidmatan pos sahaja yang disemak semula. Bagi kursus dan ebook, masih pada harga yang asal. Diharapkan dengan harga baru ini dapat membantu dalam usaha kami mengembangkan lagi industri cendawan di Malysia dan global.

..

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan Cendawan Global yang pernah melanggan produk dan perkhidmatan kami secara langsung dan tidak langsung. Kepada kaum muslimin dan muslimat, saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin atas segala kesilapan.



Khamis, September 18, 2008

Lagu Anak Tupai



Saya minat lagu rakyat ciptaan saudara Halim Yazid. Banyak pengajaran yang boleh dikutip. EnjoY!..
...
Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte…
kudung ekor... perut lapar… jale cari make….(2x) (2x)
.....
kejadie Tuhe...dipanggil namo tupai...
asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x)
........... ....
kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda…

jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar…
..........
panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok…

nok wi kabar oghe jahat…
jange terlajak manggak…
.....
ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai…

bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X)
......
nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai…

pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual….
........
pakat bedil ado… tupai habih mati….

hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x)
.......
kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji…

nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi
.......
oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai..

krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x)
.......
bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera…

maghi dale baruh bokali keno racun bakar..

Isnin, September 15, 2008

Bina Bengkel Cendawan Dari Bahan Terbuang


....
ALOR STAR 14 Sept. - Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Itulah perumpamaan yang menjadi pegangan Nordin Ahmad yang kini muncul sebagai pengusaha cendawan tiram berjaya.
.....
Nordin, 48, yang tidak pernah kenal erti patah semangat, gigih mengusahakan tanaman itu walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan yang moden dan canggih. Bapa kepada tiga orang anak itu cuma menggunakan kreativiti sendiri mencari barang-barang terpakai untuk membina sebuah bengkel bagi menempatkan tanaman yang semakin disukai ramai itu.
...
Nordin sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori nekad menjual lorinya dengan harga RM21,000 untuk dijadikan modal permulaan.
...
Pada awal tahun lalu, dia berjaya membina sebuah bengkel yang boleh memuatkan sehingga kira-kira 20,000 beg cendawan.
..
''Saya cari semua bahan-bahan terpakai seperti kayu, asbestos dan kanvas yang dibuang penduduk di sekitar kampung untuk membina bengkel ini.
...
''Malah, tempat untuk mengukus (wap) beg-beg yang telah diisi dengan benih juga saya gunakan tong-tong minyak yang tidak digunakan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
....
Hasilnya, dia kini mempunyai 15,000 beg cendawan yang sedia untuk dituai pada bila-bila masa.
...
''Walaupun saya buat secara kecil-kecilan tapi saya berpuas hati kerana kualiti cendawan saya setanding dengan cendawan lain yang penanamannya menggunakan peralatan yang lebih moden dan canggih.
...
''Malah, ada juga pelanggan datang terus membeli di rumah selain dijual di pasar sekitar daerah ini," katanya yang membina bengkel ini bersebelahan rumahnya di Bukit Tinggi, Kepala Batas di sini.
...
Tambahnya, permintaan cendawan tiram yang mempunyai rasa seakan-akan ayam goreng itu amat menggalakkan sehingga melebihi penawaran dan dia sering kehabisan stok walaupun ia dituai antara lapan hingga 10 kali dalam sehari.
Menurutnya, dia yang berhasrat membesarkan perusahaannya sering kali terbatas disebabkan tenaga kerja yang terhad.
....
''Saya mengusahakan tanaman ini secara manual. Campuran habuk kayu, dedak dan kapur pertanian diisi dalam beg-beg plastik hanya mengguna tulang empat kerat ini.
....
''Saya hanya mampu menyiapkan 500 beg dalam sehari. Ternyata jumlah itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan permintaan yang semakin hari semakin meningkat," jelasnya.
...
Dia pernah berusaha untuk mendapatkan dana dan peralatan yang lebih moden daripada beberapa jabatan kerajaan namun sehingga kini permohonan tersebut masih belum menampakkan hasil.
....
Dalam pada itu, dia tetap bersyukur kerana hasratnya untuk meneruskan perniagaan tersebut menarik minat anak gadisnya, Nur Hidayah, 21, yang mempunyai kelulusan Diploma Elektronik.
...
''Sedikit sebanyak, dapatlah meringankan tugas saya kerana Nur Hidayah juga cepat belajar dan boleh diharap untuk mengusahakan tanaman ini," ujarnya yang menggunakan rak ciptaannya untuk penanaman cendawan tersebut.
...
Utusan Malaysia

Khamis, September 11, 2008

Tip Menarik Pelanggan

Hari ni saya ingin ulas tentang tip bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan akhirnya membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jika anda mengikuti cara ini, peratusan anda berjaya adalah tinggi.
....

Sebagai seorang usahawan yang ingin berjaya, bukalah mata dan minda anda serta perhatikan di sekeliling bagi mempelajari teknik-teknik jualan yang berkesan daripada para penjual. Mana tahu, mungkin ada sesetengah cara promosi yang dibuat oleh mereka akan berkesan untuk diaplikasikan dalam bisnes anda nanti. Contoh yang paling dekat ialah sempena bulan Ramadhan ni, banyak bazar dibuka dan pelbagai produk ditawarkan. Bersedia?
...
Sebenarnya, prospek atau bakal pembeli anda akan terdorong untuk membeli apa sahaja yang anda tawarkan jika anda:
..
Boleh memberi peluang kepada mereka menggunakan pancaindera mereka sebanyak yang mungkin mencuba ke atas produk atau perkhidmatan anda.
....
Berilah peluang mereka menggunakan mata (pandangan / visual), telinga (bunyi), tangan (sentuhan) , lidah (rasa) atau kombinasi daripada kesemua pancaidera ini. Semakin banyak pancaindera yang boleh mereka gunakan, semakin berkesan dan lebih mudah untuk anda menutup jualan.
...
...
Cuba anda perhatikan seseorang yang membeli buah durian. Perhatikan, kebiasaannya, apa yang mereka buat. Ada yang mencium bau, belek-belek dan malahan menggoncangnya, kan?
....
Bila dah berpuas hati, mereka akan beli tanpa banyak soal lagi.
...
Untuk anda praktikkan cara ini ke atas produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, terutama cendawan, pastikan ia dibuat dengan cara yang betul, di mana dalam kos yang boleh diterima serta mampu meningkatkan jualan anda. Gunakan daya kreativiti anda dan selamat mencuba.
....

...

Kepada yang ingin menggunakan kelima-lima pancaindera seperti yang disebutkan tadi, anda boleh mencubanya dengan hadir ke kursus anjuran rakan saya, En. Zul dari CendawanPuchong seperti maklumat di atas. Pendaftaran masih dibuka dan setakat ini dah ada 12 orang yang mendaftar.

Rabu, September 10, 2008

Terengganu acquires taste for mushrooms

By : Rosli Zakaria
...
Mat Yusof with a sample of a mushroom that can provide growers with good returns.
....
KUALA TERENGGANU: Mushroom cultivation will be promoted as one of the state's ventures, as it has proven to be successful in providing the poor with a stable income.
...
With low technology application and low starting capital, coupled with a high demand and good market price, makes it an ideal backyard venture.
...
"You only need a small space in the backyard and you need not spend too much on building a shed.
..
"With a bit of training, you can already start a small project," said Mat Yusof, an officer at the Agriculture Department research station in Ajil, Hulu Terengganu.
...
The station has started propagating the mycelium collected from fresh and high quality mushrooms that will enable the cloning of the spores, which will later be transferred into a growing medium such as sterilized wheat or sawdust.
...
At the moment, the commercial mushroom growers are getting the spores from Johor and Selangor, but with the station given the tasks of producing more of them, there will soon be more than enough for both commercial growers and participants of poverty eradication projects.
...
"Mushrooms have a short life cycle but they can be grown all year round. "As such they can be harvested continuously.
..
"Moreover, their market price is high and so is their yield.
..
"A shed with about 1,000 healthy bags of spores can produce four kilogrammes of mushrooms a day, and at a price of RM10 a kg, a participant can easily earn RM40 a day.
...
"And mushrooms can be harvested everyday.
..
"Although the life cycle of mushrooms is only two weeks, a scheduled production will enable participants to consistently produce them all year round. Mat said despite high demand outside the state, the demand for the fleshy oyster mushrooms was also growing in Terengganu based on a study done by the station at wet markets.
...
"Attempts must be made to promote mushrooms.
...
"There is also a potential for growers to be employed as contract farmers for companies which produce canned mushrooms."
...
Source: NST Online

a> Related Posts with Thumbnails