Memaparkan catatan dengan label Cendawan Puchong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cendawan Puchong. Papar semua catatan

Rabu, Jun 24, 2009

Majlis Penyerahan Bangsal kepada peserta projek

10 June, Puchong - Berlakunya satu perasmian penyerahan bangsal cendawan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang disempurnakan oleh Tuan Hj, Yaakob Sapari (EXCO Kerajaan Negeri Selangor) kepada para peserta projek.
..
Mereka yang terpilih bagi fasa satu ini adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah yang mana pendapatan isi rumah di bawah RM1,500.
....
Seronok dapat duduk dan berborak dengan Tuan Hj. Yaakob kerana misi dan visinya yang cukup jelas nak membantu masyarakat di Puchong ini. Apapun ada la dua tiga saranan dan arahan yang ditujukan khas buat saya sebab dah confirm jadi mentor ni. Nak tahu apa dia cakap " Awak kena ikhlas tolong orang dan jangan nak untung saja".
..
Aduh!!!! cukup berat rasanya amanat itu. Kena tolong orang dan kena ikhlas tu yang penting....
....
Insya ALLAH Tuan Haji, akan saya pegang amanat itu!!!!.
So, meh tengok gambo......

ZULKIFLI ARIFF
..
..
019 - 207 1743



Rabu, Jun 03, 2009

Laporan Kursus Tanaman Cendawan 16 Mei dan 31 Mei 2009


..
Assalamualaikum,
..
Puchong, 3 Jun - Laporan KURSUS TANAMAN CENDAWAN bagi sesi 16 May dan 31 May. Seramai 13 orang peserta telah mengikuti kursus ini dan yang paling jauh datangnya daripada Singapura, Ipoh mali dan Terengganu. Alhamdulillah, kursus ini telah berjaya di laksanakan dengan lancar dan penuh ceria.
..
Jadi kepada mereka yang masih ada minat tetapi tak sempat atau tak pasti nak kursus di mana, sila lah daftar kursus segera. Kekosongan masih ada untuk 7 jun. Setakat ini 12 orang telah mendaftar.
..


TQ
..
ZULKIFLI ARIFF
Cendawan Puchong
019 - 207 1743

Selasa, April 28, 2009

Keratan Akhbar Projek Satu Kampung Satu Industri




.
28 April 2009 - Berita dan liputan sekitar Majlis Perasmian "Projek Satu Kampung Satu Industri" oleh Cendawan Puchong yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi Selangor / Kuala Lumpur.




a> Related Posts with Thumbnails