Ahad, April 27, 2008

Kunjungan Ilmu Ke Lembah Bio-Tech

....
Kota Tinggi 27 APRIL - Kunjungan kali ke -3 ke Ladang Cendawan di Lembah Bio-Tech hari ini bersama-sama anak saya dan juga adik ipar untuk mendalami lebih lanjut tentang Cendawan Tiram Kelabu serta sebab utamanya kerana memenuhi pesanan daripada pelanggan yang membeli sebanyak 120 beg.
....

..
Malam sebelum tu pun adik ipar saya, Firdaus dah excited sangat nak datang ke sini untuk melihat sendiri bagaimana penanaman cendawan tiram kelabu dijalankan dan tentunya saya boleh anggap bakal team Cendawan Global tidak lama lagi. ..
..
..
Kami amat berbesar hati kerana En. Yanto sudi melayan kedatangan kami serta menunjukkan rumah hasil cendawan yang mana tidak semua orang yang mempunyai kemudahan untuk memasukinya atas sebab meminimumkan pencemaran dan sebagainya.
....
Banyak info dan tip berguna diperolehi termasuklah rasional mengapa beg cendawan disusun secara berselang antara satu sama lain dan sebabnya ialah bagi mengelakkan 'kesesakan' semasa pengeluaran dan juga untk keselesaan ia keluar nanti. Juga, rahsia menghasilkan cendawan yang baik dan kelihatan segar adalah kerana unsur penting yang perlu ada iaitu sejuk, lembap dan gelap.
..
Jika beg yang mengeluarkan hasil telah pun ringan dan kecut, itu tandanya kualiti beg adalah kurang dan kita perlu pastikan suasana dan suhu cendawan dalam keadaan sentiasa sejuk dan gelap, terutama dalam proses pengeluaran cendawan.
..

..
Sebenarnya, beg-beg cendawan di rumah hasil yang berjumlah kira-kira 18,000 beg ini adalah kepunyaan USAHAWAN di mana satu konsep perkongsian pintar dijalankan di sini iaitu mereka membeli beg cendawan tetapi urusan penjagaan dilakukan oleh pihak Pertubuhan Peladang. Ini bermakna, USAHAWAN hanya mengeluarkan modal pembelian beg, pekerja dan tidak perlu keluarkan modal untuk tempat dan pembinaan rumah. Satu langkah yang bijak dan saya sendiri pun dah mulakan bulan lepas di mana rumah saya di Pasir Gudang menjadi tempat menyimpan beg-beg cendawan, pelanggan beli dan cuma kutip hasil bila cendawan keluar nanti. Setakat ini, dah 100 beg termasuk dalam skim ni. Harap ia boleh dikembangkan terutama kepada yang kurang modal untuk mulakan secara besar-besaran.
..

..
Hasil daripada perbincangan juga timbul idea daripada saya untuk menjalankan kursus cendawan di sini jika segala urusan selesai termasuk kemudahan dan juga kerjasama daripada pihak pengurusan berjalan lancar, sedikit masa lagi. Sebelum balik, En. Yanto telah mengisi bonet kereta saya dengan 120 beg untuk dibawa ke Pasir Gudang.
..

..
Kepada yang masih tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan hasil daripada cendawan, jawapan saya ialah : Satu cara untuk menjalankan bisnes cendawan dan memperolehi hasil pendapatan daripadanya ialah trading iaitu jual lebih tinggi pada harga belian pada kadar margin tertentu seperti yang saya lakukan sekarang. Sebenarnya banyak cara lagi dan saya akan kongsi pada masa-masa akan datang.
..
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En. Yanto atas kerjasama dan diharap kerjasama ini akan lebih mantap dan maju pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails