Sabtu, Januari 31, 2009

What Is Straw Mushroom

The Paddy Straw Mushroom, known simply as a Straw Mushroom and more formally as Volvariella volvacea, is a type of mushroom found widely distributed throughout Asia. The thumb sized mushrooms are heavily cultivated for food and export in Asia, and can be found in canned and dried forms in other parts of the world. Straw Mushrooms are often used in stir fries, and add a distinctive slightly musty flavor to food.

...

The mushroom takes its name from paddy straw, the straw left over after growing rice, which happens to be the mushroom's favorite habitat. In addition to its traditional growth medium, the Straw Mushroom can also be found growing on many types of vegetable material such as other straws or grasses, compost, and wood piles. Usually the Straw Mushroom is cultivated for consumption on a mixture of cotton fiber and paddy straw.

...

When mature for eating, a Straw Mushroom is approximately thumb sized, and distinguished by its pale pink gills and white spore print. The mushrooms have long white stems with bulbous bases, and drooping yellow to brown caps with a partial veil.

...

The Straw Mushroom has not been identified in the wild in North America, although it has been observed in most of Asia and parts of Eastern Europe. Unfortunately, many Asian immigrants mistake the delicious Straw Mushroom with members of the amanita genus, which can be deadly. Amanitas have many superficial resemblances which can confuse amateur mushroom hunters: it is better to avoid veiled mushrooms with bulbed bases or volvas unless you are very experienced with mushrooms.

...

In Asia, the Straw Mushroom is readily available in fresh, dried, and canned form at most markets. Because they take well to indoor cultivation, fresh specimens are available year-round. In other parts of the world, exported dried and canned Straw Mushrooms can be found at Asian specialty stores and some large markets. Dried Straw Mushrooms can be rehydrated with boiling water, while canned ones should be drained and rinsed before use.

..

The Straw Mushroom has a delicate, musty, slightly earthy flavor which is quite appealing to some consumers. It takes well to inclusion in stir fries, soups, and stuffings, and retains both shape and flavor through cooking.

It figures most prominently in Asian cuisine, and many Westerners are familiar with the shape and taste thanks to a proliferation of Asian-themed restaurants around the world. It can also be included in cuisine from other nations for an unusual injection of flavor and texture.

Pihak Cendawan global ingin mewar-warkan kursus cendawan tiram kelabu (bukan cendawan jerami padi / straw mushroom, ye?) seperti senarai yang tertera. Pendaftaran dibuka sekarang dan sila hubungi urusetia untuk pendaftaran.

...



Khamis, Januari 29, 2009

Button Mushroom

..

The button mushroom is one of the most widely cultivated mushrooms in the world. This fungus is also called the table mushroom, white mushroom, common mushroom, cultivated mushroom, and called champignon de Paris in France.
..
Note that while this specific mushroom is sometimes called simply champignon in the English-speaking world, this word means "fungus" in general in French, including all mushrooms, toadstools and even fungal infections.
..
Overview
Most grocery stores in the Western world sell this mushroom in canned and fresh preparations. An agaric, its gills are often left on in preparations. It can be found cooked on pizzas and casseroles,stuffed mushrooms, raw on salads, and in various forms in a variety of dishes.
..
Button mushrooms are fairly rich in vitamins and minerals. The mushroom contains an especially high amount of vitamin B and potassium. Raw mushrooms are naturally cholesterol, fat, and sodium free. The mushrooms also have very low energy levels—five medium-sized button mushrooms added together only have twenty calories (80 kilojoules).
..
Button mushrooms have a unique flavor that can be matched by few other mushrooms. No specific flavor can be defined; most people describe the mushroom as "plain", but other people say that the button mushroom tastes slightly sweet or "meaty".
..
Like potatoes and apples, table mushrooms "rust" quickly when exposed to air. When sliced and exposed to air for ten minutes or more, the mushrooms quickly soften, turn a brownish color, and lose their original flavor. For this reason, whole raw button mushrooms always have the best flavor.
..
The Agaricus bisporus mushroom originated in France. Today's commercial variety of the button mushroom was originally a light brown color. In 1926, a Pennsylvanian mushroom farmer found a clump of button mushrooms with white caps in his mushroom bed. As was done with the navel orange and red delicious apple, cultures were grown from the mutant individuals, and most of the cream-colored store mushrooms we see today are products of this haphazard natural mutation.
..
In most supermarkets, button mushrooms are marketed as "table mushrooms" and are often packed in small quantities. Mushrooms may be sold sliced or whole.



Ahad, Januari 25, 2009

Sumbangan untuk blog Cendawan Global

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
..
Blog Cendawan Global dilancarkan pada bulan Julai 2007 yang pada asalnya saya setelah membuat serba sedikit kajian pasaran dan gerak hati, apakah bisnes yang boleh dibuat secara online dan mendapat sambutan ramai ketika itu.
..
Tak sangka dalam masa sebulan dua tersebut sambutan semakin menggalakkan dan sehingga kini momentumnya masih ada walaupun kadang-kadang ada pasang surutnya. Yang paling saya banggakan ialah melalui blog ini, jaringan antara pengusaha, pelanggan, pembekal dan usahawan berkembang dan membentuk komuniti usahawan yang unik.
..
Secara peribadi saya boleh katakan yang memang kita boleh buat duit dengan kuasa internet dan blog jika subjek dan produk yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran. Namun, ada masanya untuk menjadikan blog Cendawan Global ini sentiasa relevan dan dikemas kini sentiasa, sokongan daripada anda sekalian amatlah dialu-alukan terutamanya dari segi dana bagi menjalankan operasinya.
..
Untuk itu, saya melancarkan satu usaha iaitu dana bagi blog Cendawan Global. Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai bagi memperkembangkan lagi industri cendawan ini di peringkat yang lebih tinggi.
..
Anda boleh membuat sumbangan terus ke akaun saya dan jika mahu, anda boleh emailkan maklumat peribadi atau syarikat serta bisnes anda dan saya akan paparkan kredit di blog ini sebagai pulangan, maknanya sumbangan anda akan dipaparkan di sini untuk ditatapi oleh semua (jika anda mahu) dan juga boleh dianggap sebagai iklan bisnes anda nanti.
..
Sumbangan kewangan untuk Cendawan Global:

..
MAYBANK : 1510-7116-7133 : AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
..
@
..
CIMB BANK : 0506-0078-123525 : AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
..
Saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga bisnes cendawan lebih sukses lagi pada masa hadapan. Sekian, wassalam.

Khamis, Januari 15, 2009

Wood Vinegar vs Green Fungus

..
Refer to the Persatuan Cendawan Malaysia, we understand that you are mushroom grower. I wood like to take this opportunity to introduce to you, we are Wood Vineger Manufacturer & Exporter from Malaysia. Till today, the only Natural & organic product which effectively prevent, controlling & kill Green Fungus in Mushroom Cultivation.
..
Attach here with the usage & application for your reference. Almost all our customer after using our wood vinegar, mushroom growth near to 0% Green Fungus, with application of Tanali Wood Vinegar will also speed up the growth of mycelium & increase the shelf life of your mushroom.
..
We deliver Tanali Wood Vinegar product to your door without additional charges within Penisular Malaysia.
..
Prevent & Controlling Green Fungus
..
Generally green fungi come from around mushroom shed and the nursery room. Hygiene around the mushroom shed & the nursery room plays a very important role, by spraying Tanali wood vinegar solution throughout the mushroom shed and particularly on the infected area, the mushroom bag & the nursery room for prevention and stops it for breeding.
..
For the prevention of green fungi, after cleaning the bag mouth from the previous harvested, sprayed Tanali wood vinegar solution before closing it. This is to kill bacteria and fungi.
..
If you make your own mushroom bags, use Tanali wood vinegar water solution for mix media, this will prevent green fungi, black fungi and orange fungi’s breeding inside mushroom bag. By adding Tanali wood vinegar in the mushroom peat will also shorten the steam process times by half.
..
This is because the Tanali wood vinegar had killed some harmful bacteria & fungi in the mix medium in the mushroom bag.
..
Nota Cendawan Global: Saya terima panggilan daripada Mr Tan dah lama dah dan minta dia emailkan maklumat tentang penggunaan cuka kayu ini untuk dikongsi bersama dengan pengunjung dan pengusaha cendawan seluruh Malaysia. Diharap ia boleh membantu sebagai alternatif untuk mempastikan keluaran cendawan dalam keadaan yang terbaik.




Rabu, Januari 07, 2009

Tanaman cendawan semakin diminati

20,000 pengusaha bumiputra sertai usaha penanaman komersil yang menawarkan hasil lumayan.
..
Oleh Ahmad Fiesal Othman
Petikan daripada : Berita Harian, 3 Januari 2009
....
..
Tanaman cendawan adalah antara industri semakin berkembang di Malaysia kerana iklim dan cuaca negara ini bersesuaian bagi menanamnya secara komersil.
..
Cendawan bukan sahaja enak dimakan dengan pelbagai jenis masakan, malah ia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan, selain ada jenis tanaman itu yang boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit tertentu.
..
Permintaan terhadapnya yang cukup menggalakkan serta harga yang tinggi di pasaran menjadikan cendawan semakin mendapat tempat di kalangan pengusaha tempatan dan dianggarkan ketika ini ada kira-kira 20,000 pengusaha bmiputera menceburi bidang itu.
..
Berikutan potensinya, beberapa syarikat menawarkan kursus cara penanaman cendawan dan antara yang popular ialah Mofamag Resources di Puchong, Selangor.
..
Mofamag Resources menawarkan kursus intensif memproses, menanam dan menuai cendawan tiram selain membekal beg atau bongkah cendawan berbenih (polybag) yang dikenali sebagai ‘beg media’ yang sedia mengeluarkan hasil.
..
Pengurus operasinya, Zulkifli Arif Mohd Hanafiah, berkata Mofamag Resources membekal cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya ‘Pleurotus Sajor-caju’ serta menawarkan khidmat kursus intensif memproses, menanam, menuai cendawan tiram secara teori dan praktikal menggunakan kaedah pembajaan E.M. (Efektif Mikrob-teknologi Jepun).
..
Katanya, ada kira-kira 2,500 species cendawan secara keseluruhannya tetapi cendawan yang paling popular ialah cendawan tiram.
..
Beliau berkata, penanaman cendawan mampu menjana pendapatan lumayan berikutan penawarannya yang kurang berbandibg permintaan selain harganya yang agak mahal di pasaran iaiatu antara RM10 hingga RM15 sekilogram bagi cendawan tiram.
..
"Mofamag Resources menyediakan khidmat A-Z (keseluruhan) untuk tanaman cendawan iaitu dari kursus yang disertai teori dan praktikal hingga kepada membekal benih dan nasihat serta kepakaran dan kelengkapan untuk memulakan perusahaaan tanaman cendawan.
..
"Untuk benih cendawan, kami mempunyai kapasiti pengeluaran kira-kira 20,000 bongkah cendawan sebulan yang dijual pada harga RM1.40 satu beg dan perkhidmatan penghantaran adalah percuma untuk kawasan lembah klang,” katanya dalam satu temubual di Puchong, baru-baru ini.
..
Zulkifli yang mendapat latihan dan bimbingan dalam bidang penanaman cendawan daripada Jabatan Pertanian berkata, syarikatnya mula menawarkan kursus penanaman cendawan yang disertai dengan teori dan praktikal secara kecil-kecilan sejak 2005 sebelum aktif mengusahakan sejak setahun lalu.
..
Katanya, selain menjadi masakan digemari, cendawan tiram kelabu sebenarnya mempunyai khasiat mampu mengawal atur darah-anti-trombotik, merendahkan kan tekanan darah dan kandungan glukosa serta lipid; meningkatkan system imunisasi badan melawan jangkitan virus dan bakteria; merencatkan tumbesaran tumor dan sebagai antioksida serta aktiviti pelindung gen.
..
Beliau berkata proses tanaman cendawan adalah mengikut tiga peringkat 'rumah' penghasilan iaitu rumah proses, rumah peram dan rumah hasil.
..
"Cendawan mempunyai jangka hayat tiga bulan (semusim) dan setiap beg media mampu mengeluarkan enam kali hasil dalam tempoh berkenaan," katanya.
..
Katanya, proses di rumah peram dianggap paling kritikal kerana pekerja dan bilik mestilah bersih serta perlu disembur ubat pembasmi kuman sebelum beg media dimasukkan ke situ dan diletakkan di rak peram.
..
"Beg media yang menunjukkan pertumbuhan positif iaitu berisi cendawan kelabu seakan-akan putih yang banyak akan dipindahkan ke rumah hasil, manakala yang bertukar warna oren atau hitam akan disingkirkan kerana dikategorikan sebagai rosak,”katanya.
..
Zulikifli menjelaskan, proses di rumah hasil agak rumit dan memerlukan penelitian kerana di situlah cendawan akan bercambah dan membesar sebelum dipetik.
..
Beliau tidak menafikan wujud juga risiko tanaman musnah dan rosak akibat dijangkiti penyakit dalam mengusahakan penanaman cendawan sekiranya ia tidak dijaga dengan baik serta tidak mempunyai pengetahuan cukup berkaitannya, tetapi risikonya amat kecil.
..
Mereka yang beminat menyertai kurus tanaman cendawan dianjurkan Mofamag Resources atau mendapatkan benih cendawan boleh melayari http://cendawanpuchong.blogspot.com/.
..


..
"Penanaman cendawan mampu menjana pendapatan lumayan berikutan penawarannya yang kurang berbanding permintaan selain harganya yang agak mahal di pasaran." ..

...
Zulkifli Ariff Mohd Hanafiah
Pengurus Operasi
Mofamag Resources
...

Nota Cendawan Global: Saya mengucapkan tahniah buat rakan bisnes saya En. Zul sebab dah masuk paper atas usaha dan komitmen beliau dalam bisnes cendawan. Ternyata industri ini mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan. Satu contoh sikap seorang usahawan yang boleh berjaya pada masa hadapan.


Jumaat, Januari 02, 2009

Teknologi majukan industri cendawan

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
..
AKTIVITI penanaman cendawan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pengusaha bidang pertanian.
..
Namun, disebabkan industri tersebut masih baru di negara ini, ia memerlukan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk memastikannya terus berkembang.
..
Sebenarnya, industri berkenaan mampu untuk berkembang disebabkan ia menerima permintaan yang sangat menggalakkan dari kalangan pengguna.
..
Ini kerana tumbuhan dari spesies kulat tersebut bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan, malah ia turut digunakan untuk menghasilkan makanan hiliran lain seperti jus, sambal cendawan dan juga serunding cendawan.
..
Bagi mencari platform bagaimana aktiviti penanaman cendawan dapat diperkembangkan melalui penggunaan teknologi dan inovasi terkini, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menganjurkan Persidangan Dan Pameran Cendawan Malaysia 2008 (MMCF 2008).
..
Program yang dikelolakan oleh Pusat Penyelidikan Cendawan (MRC) UM itu telah mendapat kerjasama dari Persatuan Cendawan Malaysia (MAM) dan juga Jabatan Pertanian. Selain jualan dan pameran cendawan, program tersebut juga telah menunjukkan demonstrasi memasak resipi cendawan, penjagaan kit cendawan segera dan teknik penanaman cendawan kepada para pengunjung.
..
Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti Sains UM, Prof. Dr. Rauzah Hashim, melalui persidangan seperti itu, golongan seperti pakar-pakar, penyelidik dan juga pengusaha dapat bertukar-tukar pendapat untuk memajukan sektor tersebut melalui sumber-sumber yang ada.
..
"Inisiatif seperti ini secara tidak langsung dapat mempromosikan penyelidikan dan pembangunan cendawan melalui aplikasi.
..
"Ia juga bakal memberi manfaat kepada ekonomi negara dan berpotensi untuk menyumbang kepada jaminan kualiti makanan serta kesihatan masyarakat," katanya selepas merasmikan program tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
..
Untuk membangunkan industri berkenaan, ia bukan sahaja bergantung kepada teknik pelaksanaannya, malah perkongsian kerjasama dengan negara-negara lain juga penting agar ia dapat dilakukan dengan berjaya melalui pelaburan kos yang efektif.
..
Negara kita perlu mengambil pengalaman dari negara-negara pengeluar cendawan seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan juga New Zealand.
..
Antara jenis cendawan yang di tanam di Malaysia adalah dari spesies tiram kelabu, tiram putih, jeli hitam dan juga bunga kubis.
..
Setakat ini, MRC telah menghasilkan beberapa kepakaran sistematik melibatkan industri cendawan dari segi bioteknologi, biodiversiti, kesihatan, pertanian dan alam sekitar.
..
Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa penganjur persidangan berkenaan, Prof. Dr. Vikineswary berkata, rakyat Malaysia perlu mengamalkan memakan cendawan kerana selain mempunyai khasiat yang tinggi, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.
..
"Makan cendawan secara segar adalah paling digalakkan bagi mendapatkan keseluruhan nutriennya,'' katanya.
..
Menurut beliau, bagi merangsang pertumbuhan industri berkenaan, kerjasama antara universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) juga penting bagi mewujudkan pelbagai aktiviti dalam kajian mengenai penanaman cendawan.
..
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti seminar, bengkel, pesta dan juga perkhidmatan bantuan kepada pengusaha yang berminat. Mengambil contoh UM, mereka ada menjalankan usaha sama dengan beberapa universiti dari luar negara seperti New Zealand dan San Francisco dalam bidang-bidang berkaitan.
..
Selain itu, universiti tersebut juga melatih lebih kurang 50 pelajar siswazah yang berminat untuk mendalami kajian cendawan dalam pelbagai aspek.
..
"Kajian-kajian yang dijalankan adalah seperti kandungan enzim di dalam cendawan, teknik penanaman selain mencari spesies-spesies baru di dalam hutan untuk penyelidikan yang lebih terperinci,'' jelasnya.
..
Sebenarnya, tidak semua spesies cendawan boleh ditanam di Malaysia kerana proses pertumbuhan dan khasiat cendawan adalah bergantung kepada iklim sesebuah negara. Justeru, untuk mencari kesesuaian berkenaan, peranan persatuan dan badan penyelidik adalah sangat penting bagi meningkatkan stimulasi pembiakan dan seterusnya mengekalkan khasiatnya.
..
Di samping itu, agensi-agensi seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian, persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus memberi sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
..
Sehingga penghujung tahun lalu, sebanyak 334 ladang cendawan telah diusahakan di negara ini yang melibatkan tanaman secara komersial dan juga secara persendirian. Daripada jumlah itu, terdapat enam syarikat yang melaksanakan projek berkenaan dalam skala yang besar iaitu melebihi 500 kilogram (kg) sehari manakala 57 syarikat melakukannya secara sederhana yang melibatkan hasil 50 hingga 500 kg sehari.
..
Sementara itu, sebanyak 260 pengusaha pula melaksanakannya secara kecil-kecilan dengan hasil yang dikeluarkan kurang daripada 50 kg sehari. Johor merupakan negeri yang paling banyak mempunyai ladang penanaman cendawan dengan jumlah keseluruhan 67 ladang.
..
Secara keseluruhannya, negara kita menghasilkan sebanyak 24,000 kg cendawan sehari dan jumlah itu tidak mampu menampung permintaan yang tidak kurang dari 50,000 kg setiap sahari.
..

Sumber: Utusan Malaysia





a> Related Posts with Thumbnails